Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

31 July 2010

Kerjalapangan 5 @ Sg. Tekala

8 pagi - berkumpul di foyer bangunan geologi. Seusai menandatangani kehadiran, naik bas UKM ramai2.. Perjalanan tidak sampai 1 jam, namun meredah jauh ke dalam.

Fieldwork kali ini ternyata memberi kelainan, atau lebih sesuai dipanggil "Riverwork" kerana semua mencerap sambil berendam di dalam sungai~!

Cara Kerja :

Ukur panjang sungai dengan partner masing2 bermula dari hulu sungai (kawasan landai) hingga ke muka air terjun menggunakan tali (perjalanan semakin meninggi -- macam naik bukit juga la). Ambil kira kedudukan bearing serta jurus & kemiringan yang terdapat pada satah kekar / sesar di batuan sepanjang laluan sungai itu.



Sesampainya di sana, kami diberi taklimat mengikut 3 kumpulan (sebab ramai sangat).. aku & sha termasuk dalam kumpulan terakhir (mula kerja lewat sikit).

Kebanyakannya mengukur berhampiran = kepadatan 'penduduk' tinggi.. Jadi untuk mengelakkan 'kesesakan lalu-lintas', kami bergerak mengukur di bahagian paling hujung..

Secara amnya kawasan ini dipenuhi batuan igneus (Granit) yang mengalami proses luluhawa serta tektonik.. Banyak singkapan yang mempunyai kekar serta sesar yang berlainan set.. wu.. jenuh juga mengukur jurus & kemiringan setiap set yang berbeza arah (kalau selari dengan singkapan sebelumnya, tak yah ukur dah)..


'Tali-an hayat' kami... hujung satu lagi dipegang sha.. :)

Kiranya kerja 3 in 1 la (bearing, jarak, jurus & miring batu). Kadang2 ada batuan yang terlepas pandang bila terlalu fokus pada ukuran panjang sungai.. terkeliru pun ada.. apa2 pun perjalanan harus diteruskan.

Kawasan yang paling dalam diredah setakat paras pinggang, tapi Dr. suruh lalu mengikut laluan lain.. bahaya kalau terjatuh, lebih2 lagi sungai ni banyak sangat batunya. Sebelumnya Dr. pernah cerita, dulu ada student yang tergelincir , dan habis patah gigi depannya + terkoyak mulut dek kena batu.. ya Allah..seram mendengornye.. Batu kat sini sangat licin, meskipun sudah pakai kasut getah.. Beware~!

Sedang mara kehadapan entah berapa macam aksi menahan jatuh bila lalu kat kawasan yang tetiba dalam + batu licin.. Tapi 'Gaya-UKM' tak sempat buat la ~;p .Alhamdulillah tak jatuh tersembam.. sedikit sebanyak perjalanan jadi makin slow kerana semakin ke hulu semakin banyak batu besar & aliran sungai semakin deras.

Di tangan terpegangnya nota, pensil, kamera & kompas.. (erk.. kameraku tak kalis air..). Aku menjadi pencatat, pengukur & pengambil data menggunakan foto manakala sha lebih banyak kerja mengukur jurus + miring. Walau tak basah keseluruhan, barang2 lain turut terkena tempiasnya.. nota dah jadi macam notis tandas~~

Sedang lalu kat kawasan dalam sikit, sedar2 je kompas yang terikat talinya pada beg galas terendam dalam air.. cepat2 diangkat & Alhamdulillah masih berfungsi walau ada kesan air didalamnya....
*Baru je tau yang Kompas ni tak kalis air sebenarnya, cukup terkilan.. Ingatkan dengan harga yang 'mahal' tu ia kalis air.. Kemudian teringat kembali pada kamera dengan harga sekian2 yang tak kalis air juga & akhirnya ku akur.. huhu ..

Bila dah lenguh, berhenti sebentar untuk makan bekalan yang dibawa. Limit masa fieldwork ini diberi hingga 3.30 petang.. memandang jauh dihadapan, kelihatan bayang2 rakan lain yang laju mendahului, & ada juga yang di belakang kami..

Kawasan yang paling mencabar adalah di 'pulau', tempat sungai asal bercabang dan akhirnya bercantum semula.. di situlah air mengalir deras, ada part yang dalam, & tak kurang juga ada mat-mat dedah yang mandi kat situ (isk.. kok ye nak mandi pon tutupla aurat tu.. tu tempat awam la incik.. tak pasal2 kena limit pandangan yang dah kabur ni - -")


Inilah 'pulau'nya.. ada wakaf di tengah..

Dalam waktu melepasi tengah hari tu, semakin ramai pelancong datang beriadah dengan anak2 & ahli keluarga. Namun kerja tetap diteruskan dengan tali-temali berselirat serta aksi mengukur bearing yang pasti menarik perhatian sesiapa yang belum mengerti.. Best pulak tengok seisi keluarga tengah beriadah & bermain dengan anak2.. Ops.. anda datang sini bukan untuk berpicnic~ Fokus pada kerja!

Kesejukan air mengecutkan lagi kaki yang sudah lama terendam.. terlihat En. Mat (penyelaras makmal peta) sedang menunggu kami & beberapa partner lain di belakang. Perbualan sesama kami memerlukan suara kuasa soprano walau jarak kurang 5 meter,, suara tenggelam dek deruman air terjun. Last2 bila sampai kat muka air terjun, En. Mat beri anggaran jarak serta ketinggian air terjun di situ untuk mempercepatkan kerja kami (syukran!). Jam sudah menunjukkan pukul 3.05 petang..

Mengambil gambar terakhir di situ, namun kamera yang telah terdedah dengan suasana lembap menyebabkan wap air terkondensasi pada dalam lensa & skrin yang dah cacat (pernah terjatuh atas batu masa fieldwork pantai timur) memaparkan riak2 litar pintas.. terkedu seketika.....

Sha yang 'bercahaya' dek wap air pada lensa ~:)

tang dia ok sekejap.. inilah muka air terjun.. atas tu tinggi lagi disebalik pepohon

Seusai mengambil sudut dongak pada puncak air terjun, kami membasuh sisa pepasir lantas mengekori En. Mat melalui jalan darat.. Wah~ perjalanan di darat terasa seperti berterbangan dek terlalu lama meredah air..

Di dalam bas, dengan pakaian yang masih lencun, mengemaskini data kasar itu & menghantar pada En. Mat untuk disimpan di makmal peta (Kerja memproses data akan dilakukan sewaktu bulan Ramadhan)..

Rakan2 yang habis awal tak melepaskan peluang untuk mandi di situ. Mereka mandi di kawasan air terjun. Kami? huhu...tak berkesempatan.. Lain kali je la.. ;) InsyaAllah..
*Sempat juga bertanya 'rahsia' mereka cepat siap.. Mereka kata data tak perlu ambil detail sangat.. errr.. hm.. takpelah, biar lambat asal selamat (hish.. nak jugak sedapkan hati.. think + ok ;) Moga2 data yang kami dah terambil itu bermanfaat untuk kerja tafsiran kami kelak, InsyaAllah.. yang penting kefahaman semakin terbina :)

Bertolak pulang dalam waktu 3.40 pm ke UKM & selamat sampai di kolej pada waktu asar..

*balik tu terus bawa keluar kamera & kompas.. biarkan dia kering.. dengan harapan alatan itu masih dapat meneruskan 'jasa'nya walau cacat sekalipun.. sekiranya tidak dapat diselamatkan, aku harus redha.. itu hanya harta dunia..

namun..
Alhamdulillah, bila check semula, setakat ini ia dapat beroperasi seperti biasa :)

*Klik sini untuk INFO & LOKASI SG. TEKALA :)

------------------------

Syukur, perjalanan kerjalapangan kali ini lebih teratur walau sedikit terlambat..
Bila renungkan kembali, tak pernah pula terlintas kos Geologi selasak ini..
Akan tetapi ku rasakan ia 'senaman' sesuai untukku yang tak mampu berathletic..
Pada masa yang sama gembira kerana bidang ini dapat lebih mendekatkan diri ini kepada alam..
Alam ciptaan Ilahi..
melihatkan betapa tersusun ciptaanNya ..
walau pada batuan yang kelihatan 'tak bernyawa'..

Setiap bidang / ilmu adalah dariNya jua, tidak kira Geologi atau apa jua bidang sekalipun,
cuma terpulang pada penuntutnya sama ada mahu menjauhkan diri / mendekatkan diri pada Allah melalui kurniaan ilmu itu (^^)v [peace~]

Alam ini milikNya... tidak ada milik kita.. kita hanya mengusahakannya~

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)." ~Surah Ibrahim Ayat 32~

Selagi kita bernyawa, kita sedang memegang amanah.. amanah sebagai khalifah di muka bumi..

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~Surah Al-An'am, Ayat 165~

No comments: