Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

16 October 2012

Di Sebalik Singkapan LPT~

No comments:
Setiap perjalanan baru pasti membuatkan diri ini teruja walaupun gementar untuk melaluinya..
Baik di jalan raya mahupun dalam perjalanan hidup..
Terimbau kembali perjalanan pertama ke UKM bersama keluarga, dan hanya akan pulang pada cuti semester / hari raya..
Mula bergerak bersama ibubapa, kemudian memberanikan diri menaiki bas, dan akhirnya memandu sendirian.. namun masih memerlukan alat GPS kerana tidak cakna dengan jalan yang dilalui walaupun sudah banyak kali berulang-alik.. =_=" (jarak dekat masih boleh ingat..)

Antara jalan menarik yang dilalui untuk ke UKM dari Kuantan ialah LPT (Lebuhraya Pantai Timur)..
Setiap jalan yang dilalui pasti akan dilihat singkapan & suasana di bahagian kiri & kanan jalan, terutamanya lanskap & batuan :)
Peranan sebagai 'penumpang' dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengambil gambar secara snap jika ada pemandangan yang menarik.. yup, selalunya dari dalam kereta yang bergerak, namun kali ini abah berhenti agar gambar tersebut lebih jelas ~ (TQ!!)

Ternyata kebanyakan cerun di sekitar LPT terdiri daripada batuan sedimen dalam pelbagai gred luluhawa.. yeah, it's about geology~~
Ada yang warnanya sudah memerah (hampir menjadi tanah) namun kelihatan masih jelas sempadan lapisan antara setiap jenis lapisan batuan..
dan ada 2 lokasi utama di sepanjang jalan ini yang kelihatan masih segar, & itulah yang menjadi tarikan untuk dikongsikan bersama..

*Berdasarkan pengalaman kerjalapangan di Ayer Hitam (keadaan singkapan lebih kurang sama), lapisan putih = tuff (terbentuk daripada abu gunung berapi) & lapisan hitam = lodak / syal.. (mohon teguran daripada pakar jika tersilap)..

1. Di KM 152 (Perjalanan dari Kuantan - KL) *gambar diambil pada tahun 2010*
- Tarikh : 7 Nov 2010
- Waktu : Sekitar pukul 10 pagi
Singkapan di KM 152 ini panjang, pasti keindahannya terakam dengan baik jika menggunakan kamera & lensa yang sesuai..

Pandangan dari sudut kanan singkapan.. kemiringan lapisan yang jelas (ke arah bucu-kiri-bawah gambar)


Pandangan sudut kanan dari jauh..

Pandangan hadapan..

Pandangan keseluruhan dari kanan.. (banding kedudukan singkapan dengan jalan)

Arah kemiringan yang berubah & rencam.. pasti ada lipatan!

Bahagian yang lebih banyak perlapisan berwarna putih (tuff)

Close-up selang lapis antara lapisan tuff (putih) dan lodak/syal (kelabu-hitam)

Sambungan singkapan - kawasan yang lebih banyak lapisan tuff

Terdapat beberapa sesar kecil..
2. Di KM 150 (Perjalanan dari KL - Kuantan) *gambar diambil pada tahun 2011*
- Pada masa ini sudah memandu sendirian, jadi boleh berhenti pada bila-bila masa :)
- Tarikh : 13 Ogos 2011
- Waktu : 10.25 AM
Seperti kesan lipatan jenis mampatan

Sudut kedua..
*Sebelum ini sudah dipaparkan gambar-gambar singkapan ini di FB [link album], Alhamdulillah, mendapat respon daripada junior bahawa dia sekarang sedang berusaha untuk membuat kajian di situ sebagai kerja tesisnya.. Moga dipermudahkan semuanya, InsyaAllah ^^

Tidak sampai seminggu lagi untuk ke Majlis Konvokesyen.. Cepatnya tempoh 3 tahun pengajian berlalu..
Hm.. Secantik manapun rekabentuk & lanskap di kota, tidak dapat melawan keindahan alam yang asli di desa.. ciptaan Allah memang tiada tandingan.. dan keunikan singkapan asli ini terdedah buat tatapan manusia setelah cerun bukit dipotong untuk pembinaan jalan ini.. (pembangunan perlu berpada agar proses alam sekitar tetap seimbang)
Begitu juga dalam hidup.. kita hanya akan mengetahui potensi & peluang apabila kita melalui jalan / kehidupan baru kan.. walaupun banyak jatuh & bangun, kita harus ingat hidup ini suatu ujian, "jangan mengalah walaupun pernah kalah".. dan Allah mengajar kita melalui pengalaman tersebut..
Kunci untuk bergerak menempuhinya adalah keberanian~!

*Agak lama menyepi dalam penulisan blog.. bukan kerana tidak ada sesuatu untuk dikongsi, malah terlalu banyak yang berlaku untuk ditapis agar yang dikongsikan bermanfaat untuk pembaca & tidak mengarut.. sedang berusaha mengurangkan post mengenai perasaan diri sendiri (melainkan ada pengalaman yang baik untuk dikongsi) & mahu melebihkan post berunsur ilmiah.. InsyaAllah.
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~Surah An-Nisa', Ayat 100~

19 July 2012

Seminar "Productive Muslim" 2012

No comments:
Tarikh : 25 - 26 Februari 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Main Hall, Kuliyyah ICT, IIUM Gombak


Pergi dengan senyuman & harapan, bersama sahabat sekuliah + seusrah yang berkelapangan : Umi Amira & Rina, agar dapat muhasabah prestasi diri + meningkatkan produktiviti sebagai Mukmin Profesional InsyaAllah ! Bayaran RM 150 (tawaran khas bagi pelajar) harus dimanfaatkan sebaiknya, kerana setiap nilai ilmu & hikmah yang diperoleh ini tak ternilai tingginya di sisi Allah.. Ya Rabb, jadikan kami hambaMu yang bersyukur & mencontohi Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Berikut adalah laman Productive Muslim untuk diikuti (linked) :
*Seminar dalam 100% Bahasa Inggeris, maka untuk penulisan yang ingin dikongsi ini dialih bahasa kepada Bahasa Malaysia*


SUMBER OLAHAN : Productive Muslim Seminar Course Notes 2012 (bersama penerangan oleh pengasas ProductiveMuslim.com, Abu Productive) + nota catatan peribadi

Sabtu (25 Februari 2012)

Sesi 1 : "The Essence of Productivity" (Intipati / Asas Produktiviti)

Tahap perkongsian sebagai Muslim Produktif (3 tahap) :-
  • Pelajar (hanya belajar)
  • Pengajar (menyampaikan)
  • 'Duta' Produktif (mengamalkan sambil menyampaikan) [terbaik]
Prinsip Produktiviti :-
  • Menambah nilai & makna pada tugasan yang dibuat
  • Mulakan dengan niat yang ikhlas (intention) --> kemudian melaksanakan (Action) --> Hasil (Outcome) (jangan risau pada hasilnya, serah pada Allah!)
Produktiviti = Fokus + Tenaga : "Miliki niat yang baik & berusaha"
(keinginan sebagai bahan pembakar, qasad/niat sebagai titik permulaan)
  • Ke arah matlamat yang bermanfaat untuk diri & masyarakat
  • Ke arah memaksimakan ganjaran untuk Akhirat
Mengapa penting untuk menjadi produktif?
  • "La-Ilaha-Illa-Allah" --> sebagai kuasa penggerak, antara sebab Rasulullah صلى الله عليه وسلم berusaha keras & sebagai power word (umat Islam perlu kuat)
  • Mengikuti jalan para Rasul
  • Kunci kejayaan
  • Memberi makna pada kehidupan
  • Menjadi umat kebanggaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Segitiga Produktiviti (gabungan Pengetahuan, Perlaksanaan & Konsisten)


Kunci untuk Disiplin yang Konsisten (kaitan antara dunia dan Akhirat)
*Disiplin = Keupayaan untuk mengawal


Bagaimana untuk membentuk disiplin?
Tujuan yang tinggi = Untuk mengabdikan diri pada Allah
+
Latihan, Latihan, Latihan (konsisten) = Solat (pasak terbaik) + Puasa
+
Tanggungjawab-Kendiri = Sedar Allah Maha Melihat, & Malaikat sibuk mencatat amalan kita

--> Nasihat Praktikal
  • Waktu terbaik untuk mendisiplinkan diri : Apabila kurangnya minat / tidak mahu buat
  • Lebih baik berusaha bermati-matian daripada mengalah
  • Berhati-hati dengan "slipping points" (alasan)
  • Mempunyai mentor / jurulatih / guru
  • Do'a, Do'a, Do'a
*Ujian kendiri : Senaraikan 3 perkara (kebaikan) yang didapati susah untuk kita lakukan untuk berdisiplin beserta alasan [untuk dimuhasabah & diperbaiki]


Pembetulan konsep Produktif :-
  • Sibuk  Produktif
  • Produktif  Tiada kawan, tiada kegembiraan, tiada TV, tiada FB, dll.
*sebab itu logo Productive Muslim ada gambar orang muslim sedang minum dengan santai, sebab orang produktif sebenarnya cemerlang dengan urusan kerjanya (kerja cepat 'beres' & hasilnya baik)


3 Jenis Produktiviti (dirangkumi syariat Islam) :
Kekuatan Rohani + Kecergasan Fizikal + Tanggungjawab Sosial = Kehidupan ProductiveMuslim
1. PRODUKTIVITI ROHANI
  • Berkaitan dengan Barakah (keberkatan)
  • 1A) 18 sumber Barakah :
1. Niat yang baik + gigih berusaha (hadith) : Martyr status with intention
2. Keimanan + Ketaqwaan kepada Allah :
  • "Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa sebabkan apa yang mereka telah usahakan." ~Surah Al-A'raf, Ayat 96~
3. Meletakkan kepercayaan kepada Allah :

  • "Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." ~Surah At-Thalaq, Ayat 3~

4. Membaca + tadabbur Al-Qur'an :
  • "Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummulqura" (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di sekelilingnya dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya." ~Surah Al-An'am, Ayat 92~
5. Mengucapkan "Bismillah" (hadith) :
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

“Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: ''Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini''. Dan apabila masuk ke rumah tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: ''Kamu dapat bermalam di rumah ini", kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: "Kamu dapat bermalam dan makan di sini”."

[Hadis Riwayat Muslim daripada Sayyidina Jabir رضي الله عنه]
6. Makan beramai-ramai (hadith) :
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu." (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664)
7. Jujur dalam berjual beli (hadith) :
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Ahli peniagaan yang jujur dan amanah akan di tempatkan berserta dengan para nabi, para saddiqin dan syuhada." [Hadis Riwayat Tirmizi]
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan." [Hadis Riwayat Bukhari]
8. Do'a (hadith) :
Do'a Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada Sayyidina Anas bin Malik رضي الله عنه :
 ، اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ، وَوَسِّعْ لَهُ فِي دَّارِهِ ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيتَهُ 

 وَأَحْسِنْ أَعْمَلَهُ ، وَاغْفِرْ لَهُ
Maksudnya : "Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya."
[Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
*Mengikut catatan (ceramah), Anas memang kaya, mempunyai ramai anak ( 120 orang ), umur ketika wafat 104 tahun dan meriwayatkan 2200 hadith Nabi Muhammad .
9. Sumber pendapatan yang halal (hadith) :
Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , beliau berkata:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik."
Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman :
"Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh." ~Surah al-Mukminun, Ayat 51~
Dan Allah Ta'ala berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu." ~Surah al-Baqarah, Ayat 172~
Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): (Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!) Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"          

[Hadith Riwayat Ahmad no. 8348, Muslim no. 1015 dan al-Tirmizi no. 2922]
10. Mengikuti sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
  • "Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." " ~Surah Ali-'Imran, Ayat 31~
11. Solat Istikharah (hadith) : Daripada Sayyidina Jabir bin ‘Abdillah رضي الله عنه, [ Link ]
12. Bersyukur kepada Allah :
  • "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." ~Surah Ibrahim, Ayat 7~
13. Amal kebajikan / sedekah (hadith) :
Allah سبحانه و تعالى berfirman dalam sebuah hadith qudsi :
“Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.”
“Kerana, sesungguhnya Ku-jadikan engkau sejak semula mempunyai keinginan yang besar akan harta. Kerana itulah Aku telah memberimu harta. Sekarang, patutlah engkau tidak kikir dan bakhil membagikan hartamu itu kepada hamba-hamba-Ku; Aku telah pun menjamin gantinya, dan menjanjikan balasannya.”
[Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan]
14. Merapatkan hubungan silaturrahim (hadith) :
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
“Sesiapa yang ingin rezekinya dilapangkan dan usianya dipanjangkan, maka peliharalah hubungan silaturrahim.”
[Hadith Riwayat Al-Bukhari daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه]
15. Bangun awal (berpagi-pagian) (hadith) :
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan." [Hadis Riwayat At-Tabarani]
16. Perkahwinan :
  • "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." ~Surah An-Nur, Ayat 32~
17. Solat :
  • "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." ~Surah Thaha, Ayat 132~
18. Istighfar :
  • "Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)." ~Surah Nuh, Ayat 10-12~

1B) 11 Pemusnah Barakah :
1. Dosa & kelakuan jahat :
  • "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." ~Surah Ar-Rum, Ayat 41~
2. Tidak menyebut "Bismillah" (hadith) :

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
“Setiap perkara baik yang tidak dimulakan dengan menyebut Bismillah (dengan nama Allah) maka ia adalah terputus (tidak diterima)."
[Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Nasaie daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه] 
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
“Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: ''Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini''. Dan apabila masuk ke rumah tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: ''Kamu dapat bermalam di rumah ini", kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: "Kamu dapat bermalam dan makan di sini”."
[Hadis Riwayat Muslim daripada Sayyidina Jabir رضي الله عنه]
3. Bersumpah dalam perniagaan (hadith) :

Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Sumpah itu penyebab lakunya barang dagangan, tetapi menghapus keberkahan laba." [Hadith Riwayat Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه, Shahih Muslim No.3014]

4. Menipu (hadith) :
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan." [Hadis Riwayat Bukhari]
5. Memberi sedekah barangan yang tidak elok / rosak :
  • Kisah Habil & Qabil
6. Menjual harta pusaka / hakmilik (hadith) :
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
”Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang yang diberi suatu pemberian maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila dia meninggal menjadi milik keturunannya.”

[Hadith Riwayat Muslim daripada Sayyidina Jabir رضي الله عنه]
7. Memakan sumber pendapatan haram :
  • "Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 276~
8. Kedekut & tamak (hadith) :

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
“Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Sayyidatina Asma' رضي الله عنه]
9. Tidak membayar zakat (hadith) : [ link ]
10. Menipu berat timbangan barang dagangan :
  • "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi." ~Surah Al-Mutaffifin, Ayat 1-3~
11. Tidak bersyukur kepada Allah atas rezeki yang diperoleh (hadith) :
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

[Hadith Riwayat At-Tabrani]
7 Tabiat Kerohanian harian untuk dibentuk
  1. Solat sunat sebelum / selepas solat
  2. Mengingati Allah selepas setiap Solat = Do'a, Ma'thurat
  3. Mengingati Allah setiap pagi & petang = Zikir, Ma'thurat
  4. Solat malam = Qiyamullail
  5. Solat Dhuha
  6. Do'a sebelum tidur (& dalam keadaan berwudhu')
  7. Membaca Al-Qur'an selama 30 minit setiap hari (minimum)


2. PRODUKTIVITI FIZIKAL
2A) Body Hacks (Penambahbaikan Badan)

Otak vs. Minda --> 2 Latihan kritikal :
  • Memahami bagaimana otak bertindakbalas terhadap perubahan
  • Menggantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih positif
Memerlukan :
  • Bantuan Allah
  • Kecergasan fizikal
  • Kehendak pemikiran
Berapa hari untuk berubah?
  • 21 hari untuk suka tabiat baru
  • 66 hari untuk berubah sepenuhnya
Bagaimana jika gagal?
  • Teruskan perjalanan kehidupan
  • Tetapkan hati pada ganjaran
  • Jauhkan diri dari gangguan
  • Libatkan orang lain (untuk dibantu)
2A1. Menguruskan Tidur
  • 1/3 daripada waktu hidup kita diluangkan untuk tidur!
  • Tidak dapat dielakkan
  • Penting untuk kesihatan & kesejahteraan
  • Tidur untuk dunia vs. Tidur untuk Akhirat
Kepentingan tidur dari sudut Rohani :
  • Menunjukkan kekuasaan Allah ; Ayatul Kursi, Allah tidak tidur
  • Menimbulkan kesedaran mengenai kelemahan kita
  • Peringatan terhadap kematian & hari kebangkitan
  • Ganjaran terhadap sesiapa yang mengatasi tidur untuk beribadat
Bagaimana untuk tidur? (gabungan aspek Rohani, Fizikal & Sosial)
*jika kita mati semasa tidur, sekurang-kurangnya kita sudah lakukan amal yang terbaik sebelumnya
  • Penyelesaian Rohani :
    • Sebelum tidur = Solat witir, berwudhu', berdo'a
    • Semasa tidur = Ingat Allah berterusan, do'a jika terjaga tengah malam / tidak dapat tidur
    • Selepas tidur = Do'a, segerakan tindakan utama
  • Penyelesaian Fizikal :
    • Bersenam untuk membakar tekanan
    • Jangan makan makanan berat selepas waktu 8 malam
    • Tiada pengambilan kafein bermula waktu petang
    • Buat regangan sebelum tidur
    • Menjadikan suhu bilik sejuk / selesa
    • Bacaan ringan sebelum tidur
    • Jauhkan TV, laptop, barang elektronik, dll.
    • Kitaran tidur (kunci tidur yang berkualiti)
      • Memahami bahawa : Kita bukan robot, segala yang berada di dalam badan ada rentak tersendiri, Hukum Allah dalam alam semesta
      • Ada 5 Peringkat (rujuk gambar di bawah) -tempoh kitaran setiap orang berbeza-
        • Peringkat 1 : Senang untuk terjaga
        • Peringkat 3 - 4 : Proses membaik-pulih badan, sukar untuk terjaga (jika terjaga = bangun dengan sangat penat)
        • Peringkat 5 : REM (rapid eye movement) - bermimpi
      Kitaran tidur (sleep cycle). Olahan dari rajah asal
      • Sepatutnya ditanya "Berapa kitaran tidur yang diperlukan?", bukannya "Berapa jam tidur diperlukan?"
      • Jika masih penat pada siangnya, lakukan power naps (tidur sekejap / Qailulah)
  • Penyelesaian Sosial :
    • Membersihkan hati dengan :
      • Memaafkan kesalahan orang lain
      • Mengatasi konflik / isu emosi
      • Jangan tidur dengan perasaan marah
      • Jika sudah terlalu lewat untuk berbincang dengan sesiapa, tuliskan!
    • Bayangkan jika kita mati pada malam tersebut! Allahu-Rabbi....
2A2. Mengurus Pemakanan (gabungan aspek Rohani, Fizikal & Sosial)
  • Aspek Rohani :
    • Memahami sumber makanan kita (fikir bagaimana Allah ciptakannya)
    • Menyebut Bismillah / Alhamdulillah
    • Makan dengan tangan kanan (ikut sunnah)
    • Makan apa yang diperlukan = 1/3 makanan, 1/3 air, 1/3 udara
  • Aspek Fizikal :
    • Kita adalah apa yang kita makan
    • Selera / nafsu makan (psikologikal) vs. Lapar (fisiologi) - Eat to fulfill your need, not for full
    • Elakkan melangkau waktu makan : Untuk memastikan tahap tenaga yang konsisten
    • Merancang hidangan setiap minggu (diari makanan)
  • Aspek Sosial :
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang."

[Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه]
    • Penyelesaian asas untuk makan bersama --> Mulakan dengan keluarga, kemudian boleh ajak jiran berdekatan 
2A3. Mengurus Kecergasan (gabungan aspek Rohani, Fizikal & Sosial)
  • Kepentingan senaman (gabungan ciri muslim produktif) :
    • Berasa sihat
    • Kelihatan segar / sihat
    • Kehidupan selesa dengan gaya hidup sihat
  • 3 alasan tidak bersenam :
    • Tidak ada masa
    • Tidak mampu
    • Tidak ada komitmen
  • Senaman mudah :
    • Parking kereta jauh dari destinasi sebenar (berjalan lebih)
    • Naik tangga walaupun ada eskalator / elevator (lif)
    • Membahagikan masa sebanyak 3 sesi untuk berjalan selama 10 minit setiap sesi (pagi, tengahari, petang)
    • Bermain dengan anak-anak sekurang-kurangnya 1 jam setiap petang
  • Sebanyak mana senaman diperlukan? (mulakan dengan apa yang kita mampu)
    • Senaman sederhana = 150 minit setiap minggu
    • Senaman berat = 75 minit setiap minggu
2B) Emotional Hacks (Penambahbaikan Emosi)
  • Langkah pertama : Kesedaran sendiri
  • Aspek Rohani :
    • Solat
    • Qur'an
    • Do'a
  • Aspek Mental :
    • Tuliskan pada kertas / diari
    • Luahkan / berbincang dengan orang yang bijaksana
    • Minda vs. Hati
  • Aspek Fizikal :
    • gabungan pengurusan tidur, makanan & kecergasan seperti nota 2A1, 2A2 & 2A3 di atas (bahagian body hacks)

3. PRODUKTIVITI SOSIAL
"Wherever Allah plants you, be fruitful!" -by Productive Muslim
  • 3 konsep :
    • Amanah
    • Tanggungjawab kepada komuniti
    • Islam : Agama yang sosial?
  • Di mana untuk mulakan?
    • Dari dalam (circle of influence - bulatan pengaruh) ke luar (circle of concern - bulatan pemerhatian)
  • Bagaimana untuk mulakan?
    • Cari bidang yang diminati
    • Belajar / bangunkan bidang tersebut
    • Berkongsi / mengajar / sukarela
  • Bagaimana untuk seimbangkan?
    • Soalkan kepada diri berapa % daripada masa kita yang perlu diperuntukkan pada keluarga, kerja, dakwah, pembangunan diri, dll...
  • Mentakrifkan peranan diri :
    • Peranan mandat : Sebagai muslim, bapa / ibu, anak...
    • Peranan pilihan : Sebagai pekerja, kawan, bos, pelajar....
  • Mengukur prestasi tahap minimum diri sendiri bagi setiap peranan di atas
  • Kesimpulan :
    • Islam meletakkan Produktiviti Sosial sebagai pengaruh yang berat (penting)
    • Beri tumpuan pada 'bulatan pengaruh' dan kembangkan ia ke arah 'bulatan pemerhatian' sepanjang masa kita membesar
    • Seimbangkan peranan kita dengan mengekalkan tahap minimum prestasi (sekurang-kurangnya) bagi setiap peranan

Sesi 2 : "Beating Procrastination" (Melawan Penangguhan)
  • Syaitan sentiasa berusaha untuk mengganggu & memusahkan hidup kita dengan 'mendidik' nafsu kejahatan agar menguasai diri..
  • Bila ia melawan kita?
    • Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan yang menolak kepuasan serta merta dalam menyebelahi pertumbuhan jangka panjang, kesihatan & integriti..
  • Apa yang ia lakukan?
    • Menanamkan rasa takut, was-was, penangguhan, ketagihan, gangguan, ego, riak, bangga diri & kesempurnaan..
  • 7 Tip Praktikal untuk Melawan Penangguhan :-
    1. Mencari sebab = Adakah sebab tugasan itu terlalu sukar / tidak difahami?
    2. Menjadi profesional = Hadapi tugasan itu & berfikir sebagai profesional
    3. Teknik Pomodoro (suatu alat penggera yang biasa digunakan di dapur) = Tetapkan waktu bagi setiap tugasan
    4. Hindari / hapuskan gangguan
    5. Public Pledge = Memberitahu target / tugasan kepada orang yang kita hormati
    6. Ambil wudhu' & solat sunat 2 rakaat = Untuk reset diri
    7. Meminta perlindungan kepada Allah & mengingatiNya

Nota "Beating Procrastination" yang diringkaskan oleh kak Aneesah Satriya

Sesi 3 : "Focus Management" (Pengurusan Fokus)
  • Soalan pada diri :
    • Berapa lamakah kita boleh beri tumpuan pada sesuatu tugasan tanpa sebarang gangguan?
    • Mengapa sejak kebelakangan ini terlalu sukar untuk fokus?
  • Formula : Disconnect (Asingkan diri dari peranti) + Simplify (mudahkan) = Fokus
  • Bagaimana untuk Disconnect?
    • Tetapkan masa melayari internet
    • Asingkan ruang kerja dengan ruang berehat
    • Keluar ambil angin
    • Tinggalkan telefon bimbit / peranti
    • Perisian menyekat internet (jika benar-benar tidak mahu melayari internet pada komputer tersebut)
    • Connect / Disconnect setiap 20 minit
  • Bagaimana untuk Simplify?
    • Konsep Zuhud
    • Bahagikan hidup (buang sikap tidak teratur, serabut, halangan)
    • Ujian kendiri : Senaraikan hanya 100 barang yang kita ingin bawa bersama kita jika diberi pilhan (*jika cukup / kurang daripada itu, bermakna hidup kita memang simple :)
  • Islam mempertingkatkan Fokus melalui :-
    • Solat :
      • "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." ~Surah Al-Mu'minun, Ayat 1-2~
      • Latihan pengukuhan fokus = jika solat khusyu', InsyaAllah urusan lain mampu diberi tumpuan
      • Membantu untuk menenangkan diri
      • Mengingatkan kita mengenai tujuan hidup
      • Mengembalikan tenaga
      • Tuma'ninah (rukun solat) vs. Khusyu' (tumpuan penuh)
      • Bagaimana mempertingkatkan fokus dalam solat itu sendiri?
        • Berhenti buat tugasan sewaktu bermulanya azan
        • Pergi ke masjid
        • Membaca surah baru setiap rakaat
        • Buat isyarat meludah 3 kali ke kiri bila rasa terganggu
        • Do'a
    • Menundukkan / Menjaga pandangan :
      • "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." ~Surah An-Nur, Ayat 30~
      • Mengurangkan gangguan pada hati
      • Membersihkan persepsi & firasat
      • Memberi kekuatan & kesungguhan
    • Mengurangkan kerisauan :
      • "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." ~Surah Ali-'Imran, Ayat 139~
      • Memahami realiti kehidupan di dunia
      • Membangunkan produktiviti rohani & emosi
    • Pembacaan / Penghafalan Al-Qur'an :
      • "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar." ~Surah Al-Isra', Ayat 9~
      • Membaca Al-Qur'an setiap hari dengan kerap (sekurang-kurangnya 30 minit)
      • Memahami maksudnya & pelajari Tafsir Al-Qur'an
      • Menghafal
      • Bagaimana mempertingkatkan fokus pada Al-Qur'an?
        • Tetapkan waktu yang spesifik
        • Membaca untuk memahaminya & mengajarkannya
        • Bertanya soalan / berdo'a ketika membacanya
        • Dapatkan buku tafsir pada ayat yang tidak pasti maksudnya
        • Jadikan ia sumber rujukan dalam kehidupan
        • *Seeloknya berguru

Sesi 4 : "7 Productivity Killers" (7 Pembunuh Produktiviti)
  1. Kelemahan diri
  2. Malas
  3. Pengecut
  4. Bakhil / Kedekut
  5. Kesedihan & Kegelisahan
  6. Hutang
  7. Dikuasai

Ahad (26 Februari 2012)

Sesi 5 : Forum Intelektual "Becoming Productive Muslim"
bersama Ust. Zaharuddin Abd Rahman (UZAR) & Dr. Harlina Halizah Siraj (DR.H)
_______________PUSINGAN PERTAMA_______________ 
UZAR
  • Allah perintahkan agar kita bersaing / lawan dengan diri sendiri (dalaman)
  • Tiada pilihan selain untuk belajar
  • Untuk melakukan amal kebaikan, jauhi diri dari zon selesa
DR.H
  • Pelajari dari kisah & peribadi Rasulullah  صلى الله عليه وسلم, seperti bidang kepimpinan
  • Untuk menguruskan manusia berkelebihan tinggi, pemimpin perlu 'brainstorm' bersama-sama
_______PUSINGAN KE-2 : Bagaimana untuk kekal produktif?_______
UZAR
  • Merancang, Menentukan keutamaan, Motivasi (pandang ke Akhirat)
  • Perlu ada masa terluang untuk diri sendiri
  • Melakukan sesuatu kerja dengan fokus
  • Rasulullah  صلى الله عليه وسلم  hebat dalam multitasking
  • Mempunyai Role Model > Sebagai pemangkin semangat (biasanya seseorang yang dihormati / disegani)
  • Praktikal :
    • Lelaki : Sokongan penuh daripada isteri (sinergi suami isteri) 
    • Mentor : Nasihat, Usrah, Organisasi
DR.H
  • Mengimbangi keutamaan
  • Contoh dari buku "Life Balance" ;
    • 1. Matlamat > Sebagai Muslim : Akhirat
    • 2. Keseimbangan keutamaan (link dengan no.1)
    • 3. Keseimbangan Kelakuan (Attitude balance) - 'Meraikan' hal yang tak terduga / tiada dalam rancangan asal
  • Frasa "There is a woman behind every successful man" (Setiap lelaki yang berjaya ada seorang wanita di belakangnya) sepatutnya ditukar kepada "There is a woman BESIDE every successful man" (Setiap lelaki yang berjaya ada seorang wanita DI SISInya) >> Sama-sama berganding bahu~!
  • Wanita seharusnya lebih berdikari > jangan gunakan keluarga sebagai alasan untuk mengelak sesuatu urusan
___PUSINGAN KE-3 : Jika perasaan malas datang sewaktu bekerja?___
UZAR
  • Manfaatkan perasaan tersebut > dengan meluangkan masa bersama keluarga & anak-anak
  • Tukar kemalasan kepada sesuatu yang baik
  • Belajar sesuatu daripada alam sekitar / persekitaran kita
  • Tidur sebentar (Power nap)
DR.H
  • Dengan syarat tidak menyusahkan orang / beri kesan pada orang lain
  • Baca Al-Qur'an, bawa ia ke mana-mana
  • Jika malas sepanjang masa > memberi penyakit kemurungan ( Anhedonia ) !!
_____PUSINGAN KE-4 : Berapa lama para panel boleh fokus?_____
UZAR
  • Topik yang menarik : 3 jam terus-menerus
  • Kurang menarik (50/50) : 20 minit
DR.H
  • Pembedahan : 1 jam
  • Biasa-biasa : 5 minit
_______PUSINGAN KE-5 : Bagaimana untuk kekalkan fokus?_______
UZAR
  • Dalam urusan yang penting (urgent), jauhi diri dari gangguan / jauhi gangguan dari kita
  • Namun sesetengah orang mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa (supercapabilities?) seperti mendengar lagu sambil belajar, dll..
DR.H
  • Sewaktu menulis > Tutup TV
  • Hentikan perasaan bersalah jika tak dapat memenuhi kehendak / keperluan orang lain (nyatakan padanya waktu yang sesuai untuk dihubungi / untuk berurusan)
>> SESI SOAL JAWAB (Petikan 'Mutiara Kata' (jawapan) dari para panel sahaja sempat disalin)<<
  • 1. Tidur / menguruskan penat walau sibuk:
    • UZAR : Sesetengah da'ei / pendakwah tidak berasa penat ketika menjalankan tugasnya, tetapi bahagian yang penat sebenarnya perjalanan majlis selepas itu (sepert aktiviti bergambar, makan-makan, dll.)
    • DR.H : Ketahui pola tidur, rehat secukupnya (dengar 'seruan' badan), Qailulah (tidur sebentar sebelum Zuhur)
  • 2. Mengenai rasa bersalah dalam penjagaan anak yang diserahkan pada orang lain ketika bekerja
    • DR.H : Pemilihan seorang pengasuh / Nursery yang baik & dipercayai merupakan usaha & tanda kita mahu memberi yang terbaik pada anak-anak. Ketika kita ambil kembali mereka, gunakan peluang itu untuk mendidik / beri sentuhan istimewa pada mereka dalam berkasih sayang. Jangan sesekali menganggap anak-anak sebagai penyibuk.
  • 3. Asas bidang sains tetapi mahu mendalami agama
    • UZAR : "..anda boleh jadi 'Protaz' (Professional Ustaz).."
  • 4. Tekanan & sibuk sepanjang waktu belajar, khuatir tak sempat buat amal kebaikan / amal sunat
    • UZAR : "No pain No gain... Sebagai pelajar fokus dahulu dalam bidang anda.. Usah jadi ekstrim, proses belajar perlu kesabaran untuk dapat kefahaman.. do'a untuk dapat barakah dalam setiap urusan.. "
    • DR.H : "Usah rasa down dalam urusan yang dilakukan, be aware that Allah know you are busy / not (jadi tak akan buat sesuatu yang Allah larang walau sibuk atau lapang)"

Sesi 6 : "Productivity Tools" (Alat Pengurusan Produktiviti)
*boleh dimuat-turun (klik pada senarai di bawah)
  • Ultimate Goal Planner (Perancang Matlamat) = Versi PDF
  • Habitator (Pengurusan Aktiviti untuk dilazimkan - menjadi tabiat)
  • Weekly Taskinator (Pengurusan Aktiviti Mingguan)
  • Daily Taskinator (Pengurusan Aktiviti Harian)
  • Productivity Heatmap 
    • Mengenalpasti waktu aktif dan pasif harian
    • Warnakan mengikut jam (contohnya warna merah pada jam yang aktif & hijau untuk masa rehat)
    • Kemudian aktiviti penting boleh ditentukan pada waktu aktif tersebut
  • Teknik Pomodoro (Alat pelaras masa berbentuk tomato. Ada pelbagai bentuk sebenarnya) *pomodoro = tomato (bahasa Itali)
    • Cara yang berkesan untuk melawan penangguhan
    • Sesi fokus 25 minit
    • Selesaikan satu tugas dalam satu masa
    • Cuba lakukan sekurang-kurangnya 3 kali teknik Pomodoro dalam sehari
Sesi 7 : "Productivity After Death" (Produktiviti Selepas Kematian)
  • Sebagai muslim yang unik (menyebarkan Islam dengan cara yang tersendiri - yang mampu)
  • Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara; sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdo'a kepadanya.''
[Hadith Riwayat Muslim daripada Sayyidina Abu Hurairah رضى الله عنه]
---------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, selesai sudah penulisan ini setelah 3 hari menghadap
( ´ ▽ ` )ノ Maaf lewat berkongsi
Sebarang salah silap / teguran mohon ditulis di ruangan komen :) ~Syukran~
[Spread the good words = Spread the Love~♥]


17 June 2012

Rentak Tahun Akhir

No comments:
Allahu-rabbi.. tersenyum seorang diri sewaktu menziarahi blog sendiri yang sudah menjadi hutan rimba.. hampir terlupa pula ada blog!

Nak kata 'sibuk tahap gaban', sempat lagi update di FB.. yelah, pada diri ini blog = penulisan panjang ala-ala karangan (tapi tak mencapai tahap piawai bahasa yang tepat pun..)  oh bahasaku~ =_="
Tatkala menaip post ini, baru selesai memahami beberapa bab pelajaran 'Isu & Penilaian Sekitaran', yang peperiksaannya akan dihadapi  pada esok hari!

Jadi, post kali ini pun tidak akan berjela ^^


Tidak kira sesibuk manapun kita, ingatlah Allah sepanjang masa (photo via It's Sunnah)


Alhamdulillah, Selasa dan Rabu lepas, selesai sudah VIVA disertasi, dan banyak juga yang perlu diperbaiki sebelum dijilidkan..

Tahun akhir ambe memang penuh warna-warni bak beberapa lori cat yang tertumpah (tolongla), jadi mahu diceritakan satu persatu pun nanti pembaca akan muntah berwarna-warni juga! Tak mengapa, cukuplah ianya menjadi pengalaman peribadi, kan..?

Mana-mana pengalaman yang dirasakan bermanfaat untuk generasi akan datang (cewah) akan dikongsikan dalam post-post seterusnya InsyaAllah.. (post kerjalapangan yang lepas-lepas pun belum update.. harap boleh asah karat-karat yang melekat pada ingatan pengalaman berharga itu, fakta mungkin boleh dirujuk kembali, namun pengalaman sepanjang melaluinya akan segar jika terus ditulis -sesungguhnya ambe menyesal bertangguh akan hal itu- Mungkin juga Allah mahu jauhkanku daripada terus merapu dalam pengalaman kerjalapangan! ;)

Kebanyakan ujian dalam kesibukan ditelan, senyum & menangis sendirian, bermuhasabah, berbincang dengan keluarga dan para sahabat.. Hmm, selepas ni dah jarang berjumpa rakan-rakan segeologi, tak macam dulu, tiap-tiap hari boleh nampak muka dalam kelas melepaskan rindu ~ :_)

2 minggu sahaja lagi untuk menghayati kehidupan kampus di UKM ini..
Mulai esok, peperiksaan akhir bagiku & rakan-rakan se-geologi tahun akhir sudah bermula (kebanyakan pelajar UKM yang lain sudah bermula pada minggu lepas, tak kurang juga yang dah selesai)... takpe, kami yang tahun akhir ni berlapang dada.. selepas ini kami sudah tiada peperiksaan akhir.. hehe~~
Baiklah, selamat berjuang buat semua kenalan & sahabat, dan buat semua yang sudi berkunjung ke alam rimba ini~! BarakAllahu-lakum~

Rentak tahun akhirku tak serancak dulu, & ambe banyak menyepi dari dunia blogging, khuatir terlebih merapu dari isi pentingnya.. Err, maaf andai post ini pun ada merapu.. apa-apa update yang pendek InsyaAllah diteruskan di FB, yang itu ambe memang sukar nak berdiam diri.. Sedang bermujahadah untuk mendapatkan + menyebarkan kebaikan sahaja & pada  masa yang sama seimbangkan amanah-amanah yang terpikul di bahu ini.. be the change that we want to see! >_<

OK, ni cuma untuk berkongsi Jadual peperiksaan akhir ambe & urusan sebagai pelajar tahun akhir.. jumpa lagi dalam post-post akan datang, InsyaAllah... :
18 / 6 - Isu & Penilaian Sekitaran
20 / 6 - Teknologi Maklumat untuk Geosains
21 / 6 - Geosekitaran & Pengaruh Antropogenik
25 / 6 - Geotektonik & Sejarah Bumi
28 / 6 - Tarikh akhir menghantar disertasi (tesis) berjilid
2 / 7 - Barmulanya Latihan Industri di Jabatan Mineral & Geosains Pahang
23 / 9 - Tamat Latihan Industri
Oktober - Graduasi! :D

-Semuanya berlaku atas ketentuan & IzinNya-
 سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

07 March 2012

Mutiara Tasbih~

No comments:

Bicara sepi suara hati,
Tenggelam timbul,
dalam cucuran mutiara tasbih.

Rintiknya melarut debu dosa,
Lebatnya melimpah penuh Rahmat
Iramanya merancakkan zikir..
dalam fikir suatu muhasabah..

(menghayati hujan malam di kampus)

Do'a Ketika Hujan [sumber FB page TVAlhijrah]

"Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya)."
~Surah Yunus, Ayat 24~

15 January 2012

Tumbuhan Unik

No comments:
Suatu hari sedang menonton TV, tertukar ke siaran TV1 & dengan tajuk rancangan : LIFE (Dokumentari BBC)~ SubhanAllah, mata ini terpaku melihat kecantikan & keunikan pohon-pohon tersebut dengan bentuk dan cara pembiakannya, Allah jadikannya sedemikian sesuai dengan tempat ia hidup untuk memastikan kemandirian spesisnya.. Ini 3 jenis pohon yang sempat ditonton ;

1. Brunsvigia (ada banyak spesis)
Brunsvigia bosmanie [sumber web]
Pohon ini tumbuh di kawasan semi-arid, dalam lingkungan Afrika Selatan. Terdapat lebih kurang 20 spesis pohon ini yang bunganya akan berkembang mekar (seperti gambar di atas) pada musim luruh, dan ada juga yang mekar di musim sejuk. Susunan bunganya yang mekar akan membentuk bulatan. Comel~

2. Alsomitra (juga banyak spesis)

"The fruits of this tenacious jungle vine hang from the branches of an emergent tree above the rainforest canopy. The seeds which are released through a hole at the bottom of the fruit are equipped with a huge transparent wing which enables them to glide hundreds of yards before reaching the ground. A classic example of mechanical dispersal in the forest." [sumber = klik sini]
Pohon ini memang sangat unik dari sudut penyebaran benihnya, dan Maha Suci Allah yang menciptakan benih ini dengan aspek kejuruteraan yang tepat untuk memastikan ia boleh meluncur sejauh mungkin dari pohon induk setelah kelongsong (pod) benihnya masak. Dalam kelongsong benih itu terdapat ratusan benih bersayap yang akan tercabut & meluncur sehelai demi sehelai.

Benih Alsomitra macrocarpa.. mempunyai sayap yang nipis mengelilingi benih. Rekabentuk benih ini juga menjadi ilham kepada pereka kapal terbang & gliders [gambar sumber web]
Pod Alsomitra dari pandangan bawah [sumber bbc]
Boleh juga lihat video 'penerbangan' benihnya di link ini > [ Link ]

3. Desert Rose (Adenium. Antara spesisnya ada ditanam di Malaysia, yang kita panggil Kemboja)

Spesis Adenium obesum.. mungkin sebab akarnya yang obes~! ;) [gambar sumber web]
Juga spesis Adenium obesum.. dibandingkan dengan skala manusia (err.. maaf incik, auratmu perlu diblur).. yang ini besar kan? menakutkan la pulak.. Allah.. (yang belakang kanan tu macam botol.. hehe) [gambar sumber web]
Pohon ini biasa tumbuh melata di kawasan Afrika tropika dan Negara Arab . Bagi spesis lain yang lebih komersil, ia popular ditanam di Thailand, Vietnam, Taiwan dan tak ketinggalan di Malaysia. Ia boleh ditanam dalam kawasan rumah (dalam pasu) dan sebagai bonsai (boleh dibentuk) bagi kebanyakan spesis. Namun jenis obes seperti dalam gambar-gambar di atas rasanya tak dapat ditanam, ia tumbuh melata~ (besar kott) =_="

Ada dua maksud bagi Desert Rose ini sebenarnya.. Bagi ahli geologi, Desert Rose = nama lain bagi pembentukan mineral Gipsum dan Barit beserta inklusi pasir, yang menyerupai bentuk bunga ros. Nak tengok 'bunga geologi' ni? Lihat di bawah ;

Amacam, sebijik macam bunga ros kan? cuma beza warna & kekerasannya.. [gambar sumber web]
--------------
* Kalau nak tahu lebih lanjut boleh je 'google' & paling bagus rujuk pada ahli sains Sekitaran / Botanikal~ ^^
* Betapa terperincinya 'hasil seni' Allah dalam setiap ciptaanNya.. Allah menciptakan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan, dalam setiap jenis tu pula ada spesis yang punya kelainan tertentu.. Teori Evolusi? Sebagai muslim, teori itu sepatutnya sudah lama ditolak tepi.. Allahu-a'lam :)
"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." ~Surah Al-'Ankabut, Ayat 20~