Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)
Showing posts with label Lakaran / Contengan. Show all posts
Showing posts with label Lakaran / Contengan. Show all posts

30 June 2013

Improvisasi ?

No comments:
Ok, 'Penambahbaikan'.. 
Lebih kepada muhasabah diri..
Sebelum ini selalu mencari 'diri yang hilang', entah sejak bila, ada satu bahagian dalam diri ini yang dahulunya pernah membahagiakan kini kurang serinya..
Membaca, mendengar, melihat, menafsir..
Rupa-rupanya terlalu sibuk mencari sebelum sibuk mengaplikasi..
Seperti sudah mengumpul banyak bahan masakan tapi tak masak-masak pun..
Mendapat banyak, memberi kurang ---> memang satu kerugian..
dan..
Hobi pun banyak yang ditinggalkan, kecuali membaca..
Ya, jika dahulunya suka melukis dan menulis tanpa perlu fikir banyak..
Padahal perkara sedikit yang boleh dimanfaatkan itu tetap elok selagimana syariat terjaga, dan PENTING agar tidak mengganggu keutamaan..
Bila dilihat kembali, hobi yang lain lebih kepada memberi (uh..walau tak umph mana) & membaca adalah lebih kepada kefahaman diri, MELAINKAN jika kita menyampaikannya kembali..
Dalam kesempatan sebelum mendapat kerja tetap ini, memang perlu dimanfaatkan sebaiknya bersama keluarga, berkhidmat penuh kasih sayang, pada masa yang sama cuba untuk penuhi kehendak diri agar tinggi potensi untuk memberi..
Mode : Pulun tugasan mak & bersedia apa yang patut.. Persiapan untuk hari akhirat..uhukk..
Pada masa yang sama cuba untuk selesaikan apa tujuan utama blog ini dibuat, ya, masih ada episod penulisan kerjalapangan yang ditangguh. Do'akan ya..
Lukisan lama, 20 Julai 2012.. Namun situasi tersebut akan senantiasa dimuhasabah. Menangis itu perlu tapi jangan selalu! Muhasabahlah namun perlu terus bangkit berubah selepas itu, ya, muhasabah untuk berubah, bukan terus pasrah.
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." [Surah Ar-Ra'd, Ayat 3]

Sentiasa BERFIKIR.. Baiklah, nafas baru -Yosh!- InsyaAllah moga semua urusan dipermudahkan dengan cara yang Allah redha, untuk kalian dan untukku!"

08 December 2011

=Away=

No comments:
Pendek je.
Nak buat perusahaan sarang labah-labah di sini + sedimen habuk

Ada perkara yang harus diutamakan, di 'kegilaan' marathon akhir semester ini ;

bentang hasil tesis, penulisan jurnal tambahan, LDKs, Kekuiz? (kuiz-kuiz), Midsem bahasa yang tertangguh, penulisan tesis, final exam
Semuanya bakal ditempuh dalam saki-baki semester ini yang bernyawa-nyawa ikan.. (ayat apa ni..argh..)
Program-program yang best pun banyak dibuat akhir-akhir ni gak laa.. Grrr~!  *mesti berani kata 'tidak', tapi Suara Kampus pada Selasa ni nak jugak pergi! Moga Allah mudahkan :_)
Ok dah, berhenti merapu dan jom sambung kerja, tunaikan Ibadah, tunaikan Amanah..
Moga bertemu lagi, InsyaAllah !! All the best untuk teman-teman seperjuangan~

(lukisan minggu lepas)

Pesanan Buat Diri by ~mahirahj on deviantART

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." ~Surah Al-'Asr, Ayat 1-3~

29 September 2011

Pembentangan STAP 3022 !

No comments:
Tajuk : Bencana Geologi - Tanah Runtuh

Tarikh : 3 Oktober 2011 (Isnin)
Masa : 8.38 - 9.02 am
Tempat : Bilik Mesyuarat Geologi (Kumpulan B)

- sebagai pembentang kedua pada hari itu..
- persediaan > dalam proses.. progressing... 
- ......... conteng la sat ;


Jika anda duduk di lereng bukit, kemudian tanah runtuh berlaku, apa yang anda akan buat?
Inilah kelebihan rumah kampung yang bertiang, kakinya panjang lagi fleksibel !

MAAF, agak merapu di situ...=_="

*Sesiapa yang sama kumpulan denganku, moga dapat beri sokongan dan kerjasama :)
taknak pun tak mengapa, tak paksa ^^, kirim do'a lah paling kurang.. boleh? Syukran yaa~~~
sebelum ku lupa, ALL THE BEST untuk rakan-rakan pembentang yang lain~!

oh ya.. apakah STAP 3022? itulah subjek Komunikasi Saintifik untuk Geosains.. salah satu subjek Geologi UKM Tahun 3 Semester 1.. melatih pelajar dengan kemahiran pembentangan & penulisan, yang juga boleh membantu pelajar sedikit sebanyak dalam bertesis pada masa yang sama !

eh, Tesis?

Pejam mata rapat-rapat sambil tersenyum kambing.. Keep on moving wahai diri!

Sebelum kepala ini lebih mereng, chow dulu-! Buat kerja kerana Allah, bukan Keranamu Malaysia je (Ops!!)
*don't worry, kalau ikut perintahNya InsyaAllah negara pun maju dalam RedhaNya.. kan kan kan?


اَللَّـهُمَّ لَاسَهْلَ إِلَّامَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلَ 
"Ya Allah tiada sesuatu yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah dengan kehendakMu"

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم daripada Saidatina Aisyah r.a ;
 إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ 
"Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang daripada kamu yang melakukan kerjanya dengan elok (itqan)." [Riwayat al-Baihaqi, Sya'bi al-Iman, jil.4, hlm. 334, no.5312]


21 August 2011

10 Masa Terakhir....

No comments:
Lukisan ringkas untuk peringatan bersama (guna deviantart muro)~ [klik imej untuk saiz sebenar]

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ"
Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan
(Hadis Riwayat Bukhari)

"كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ".
Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarganya
(Hadis Riwayat Bukhari)


Perkongsian dari sahabat ;
Sayyidatina Aisyah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya; "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku." -Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah
~"Allahummar zuqna lailatul qadr fi hazihis sanah wa fi kulli sanah"~
Selain itu, amalkan baca Ya Fattah sebanyak 71x kemudian baca surah Al-Insyirah dengan tangan kanan diletakkan di dada selepas sahaja solat Subuh, boleh dibaca pada hari ini sehingga akhir Ramadhan [Ust. Muhadir]

Berikut adalah Sejarah Malam Lailatul Qadar yang diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, sumber iluvislam.com = [ Link ]
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ). Sejahteralah malam (yang barakah ) itu hingga terbit fajar". ~Surah Al-Qadar, Ayat :1-5~


01 June 2011

Mujahidah Sejati~

1 comment:
Memegang batang kayu / besi, yang hujungnya tidak kelihatan.. Apakah ia sebuah senjata? Kain diikat pula ke kepala, sambil menutup wajah, renungan matanya menggambarkan tekad yang membara.. persis seorang mujahidah.. Adakah dia mahu ke medan perang untuk berlawan menentang musuh-musuh Islam?


.
..
...
....

Penyapu? Ya.. dia sedang melakukan salah satu kerja rumah iaitu membersihkan halaman.. (Analogi kain purdah dalam lukisan ini = melindungi diri dari habuk!) Jadi apa kaitan kerja-kerja rumahtangga dengan 'JIHAD' (bagi seorang wanita)? Mari teruskan pembacaan :)

*Tersenyum sendirian tatkala menatap kembali 2 lukisan ini yang berkesinambungan.. dilukis pada kertas amali Geofizik (19/3/11) yang tersadai atas meja study kolej, dalam minggu sibuk! Sempat pula? Entah memang selalu 'gatai tangan' nak melukis dalam waktu sebegitu, dan sudah pasti ruangan-ruangan kosong pada kertas yang dibuat kerja itulah yang menjadi mangsa (padahal ada je kertas A4 kosong)..

Tercetusnya ilham untuk melukis watak tersebut adalah dari pembacaan artikel pada webforum saudara Amirshah, dengan tajuk 'Jihad Seorang Ibu'.. (artikel ini sudah banyak tersebar di laman web dengan penulis yang berbeza, maka penulis sebenar tidak dapat dikenalpasti.. cukuplah untuk saya rujuk dari saudara Amirshah.. saya hanya memperkemaskan susunan penulisan sahaja)

Artikel kedua pula (klik link tajuk dibawah) adalah hasil penulisan Ust. Nasaruddin Al-Tantawi, yang telah ku abadikan dalam blog kedua > tajuknya : Jihad Seorang Wanita .. penjelasan di dalam artikel ini lebih meluas.


Dah baca yang itu? Ok, mari sambung baca pandangan artikel yang pertama (copy & paste) :
------------------------------------------------------------------------------------
Jihad seorang ibu (copied from Amirshah)

Wanita, khususnya ibu, juga berjuang dengan bersungguh-sungguh atau jihad. Itulah sebabnya pengorbanan ibu sering diingati sehingga Hari Ibu senantiasa popular.

Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap jerih payah isteri di rumah sama nilainya dengan jerih payah suami di medan jihad." (HR Bukhari & Muslim).
Pada dasarnya, Islam telah mengangkat darjat wanita, termasuk para isteri atau ibu yang memelihara rumah tangganya.

Untuk mendapatkan syurga-Nya kelak, isteri cukup berjuang di rumah tangganya dengan ikhlas. Peluh mereka di dapur dinilai sama dengan darah mujahid di medan perang.

Menjadi ibu di rumah tampak perkara remeh. Padahal, urusan rumah tangga dan mengasuh anak amat mencabar. Ia juga mengandungi kebaikan dan hikmah besar. Di tangan ibulah keperibadian sebuah generasi dipupuk....

Pertumbuhan suatu generasi bangsa bermula di buaian. Di tangan ibu pendidikan anak ditanam sejak awal sehingga tampil generasi bermutu untuk berbakti kepada watan, bangsa dan agama.

Dalam Islam, tugas ibu amat besar lagi mulia dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Rasulullah s.a.w berpesan:
"Seorang isteri pemimpin di rumah suaminya dan bila bertanggungjawab atas kepemimpinannya." (HR Bukhari & Muslim).
Sayangnya, banyak wanita kurang senang dengan kegiatan rumah tangga. Mereka lebih bangga bekerja di luar rumah kerana mengutamakan azam berdikari.

Meskipun seorang wanita tidak bekerja setelah lulus sarjana, ilmunya tidak akan sia-sia. Ini kerana dia akan menjadi ibu sekali gus pendidik bagi anak-anaknya.

Kebiasaan cara berfikir ilmiah yang dia dapatkan daripada proses belajar di institusi itulah yang akan menjadi pelengkapnya dalam mendidik anak. Seorang ibu memang harus cerdas dan bermutu kerana kewajiban mengurus anak tidak hanya memberi makan minum dan pakaian sahaja.

Ibu perlu dapat merawat dan mengasuh anaknya dengan benar, penuh kasih sayang dan kesabaran. Ibu bak acuan yang menempa anaknya dengan nilai mulia sehingga terhindar daripada unsur sekitar yang merosak akal dan akhlaqnya.

Itulah sebabnya ibu diletakkan tiga darjat lebih tinggi daripada bapa. Di telapak kaki ibu yang solehah ialah syurga anaknya.
------------------------------------------------------------------------------------
~ulasan~
Apa yang dapat kusimpulkan dari pembacaan kedua-dua artikel itu ialah setiap tindakan kita haruslah pada tempatnya (mengikut fitrah dengan hati terbimbing), melihat keutamaan & kesederhanaan dalam amal ibadat. Kerja-kerja rumahtangga merupakan jihad utama bagi seorang wanita yang bergelar isteri (juga menjadi ibadat dengan berbakti kepada kedua ibubapa bagi seorang anak), namun jihad dalam konteks menegakkan Islam & menumpaskan musuh itu merupakan tambahan bagi seorang wanita.
Benarlah sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah ia pada separuh yang lain" (Hadis Riwayat At-Tabrani Fil Ausath)
Wahai kaum hawa, bersyukurlah apa yang dikurniakan Allah kepada kita, usahlah terpengaruh dengan sesetengah pihak yang mengatakan Islam mendiskriminasi kaum wanita. Setiap kesusahan ada kesenangan & ganjaran tertentu, Allah tak menjadikan sesuatu perintah itu sia-sia.. Wanita ada kelebihannya, lelaki turut ada kelebihannya.. Sesungguhnya Allah Maha Adil, di mana keadilan itu bukan bermakna 'sama rata' tetapi sebenarnya adalah meletakkan sesuatu bersesuaian dengan keadaan ciptaanNya.. Kadangkala nikmat  / ganjaran yang Allah beri kita tak lihat ia turun di depan mata, tetapi kita akan merasainya, InsyaAllah..

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan." ~Surah Al-Hajj, Ayat 78~



22 February 2011

Bertarung dari Dalam

No comments:
Mood : Seperti tajuk di atas

~banyak yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata..~

melihat sekitar, berbicara dengan alam..
mata melihat, hati menafsir, akal berfikir..
lantas dikembalikan segala puji buat Pencipta alam ini..

komitmen dipegang.. baranya membakar tangan, merebahkan bahu memikul..
masa dilayang-layang.. tangan menggapai-gapai dari bawah.. mencari talinya untuk dipegang..
..pilu..rindu..sayu..sendu..

kulihat langit yang cerah bersinar..
enggang terbang melewati awan, bersama enggang-enggang yang lain..
pipit tersenyum dari bawah, berlegar-legar di pohon kasturi..
hidup itu indah..
walau tidak dapat terbang bersama,
bahagia si pipit tidak kan sama dengan bahagia si enggang..

kulihat bumi yang terhampar indah..
dari seluas stereoskopi pemandangan,
hingga kesepetan mata 'mengintai' mineral yang kecil..
Halus sungguh kesenian Al-Khaliq!
Nikmat manakah yang boleh didustakan?

kini pandanganku beralih ke meja..
kertas, buku, alat tulis, laptop ini..
hati seolah-olah menjadi batuan mika yang pecah berkeping-keping..
tenaga fizikal sudah dilaburkan untuk perkara 'segera tapi tak penting'..
akal terjejas kerana 'kurang cas' di malam hari.. (*apa-apa pun Alhamdulillah program tu dah berakhir~!!)
saat hampir lemas dalam kekalutan kerja utama, aku diberi peluang kedua yang tidak disangka..
...terkedu... takkan disiakan lagi! [InsyaAllah, amin]


sedikit sebanyak banyak juga peristiwa yang mengubat hati..
kini aku sudah tenang kembali, kerana cinta & RahmatNya sentiasa ada untuk hamba-hambaNya..
Alhamdulillah.. syukur pada Allah atas segala ketentuan ini :)


Pertarungan sebenar bukan dari usaha luaran semata,
namun yang utamanya adalah penggerak kepada usaha luaran tersebut >> HATI..
Hati yang sarat dengan motivasi dan keindahan rohani,
pasti dapat melawan segala unsur negatif..

Ilmu itu bukan untuk dihafal & disimpan, tapi digunakan sebagai wadah pemikiran & perkembangan kehidupan.. maka aplikasikanlah bersama, InsyaAllah berjaya~ ^^,

Nyahkan unsur 'robotik'! kita dikurniakan akal fikiran jadi gunakanlah ia sebaik-baiknya untuk berfikir & memahami :)

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dihendakiNya, (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 269~


07 December 2010

-1432H: Muhasabah Hijrah-

No comments:


Tahun 1431 H baru sahaja berlalu,
tempoh 1 tahun, cukup lama untuk menyimpan pelbagai 'khazanah' hidup,
namun cukup singkat apabila melaluinya..
merakamkan pelbagai tutur & tingkah sepanjang kita hidup di persinggahan sementara ini..

yang lepas dijadikan cerminan diri..
ibarat cermin belakang & sisi yang perlu dilihat meskipun kita memandu ke hadapan,
agar waspada dengan perancangan setiap langkah yang bakal menyusul..
mungkin 'merempuh' sesiapa yang seperjalanan dengan kita..
kerana hidup ini bukan sekadar melalui sebuah perjalanan, tetapi turut melibatkan cara kita mengendali kehidupan kita sepanjang menyusuri jalan tersebut,
dan kita bukan berseorangan di jalan itu... :)

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menempuhi satu lagi tahun hijrah..
moga dengan kesempatan yang diberi ini kita dapat manfaatkannya sebaik mungkin dalam meng'upgrade' ilmu, iman & amal kita.. InsyaAllah..

Petikan dari buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' ;

Amalan pada bulan Muharram :
> 1-9hb sunat puasa
> 10hb sunat puasa hari Asyura dan :
i. Menyapu kepala anak yatim
ii. Bersedekah kepada fakir miskin
iii. Bercelak mata pada waktu malam
iv. Menambah perbelanjaan keluarga
v. Memperbanyakkan bacaan berikut (sekurang-kurangnya 70 kali)
حَسْبُنَا اللَّـهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْ لَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
Maksudnya : "Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong."

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela & menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak & rezeki yang makmur & sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah & RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah & (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~Surah An-Nisa', Ayat 100~


19 October 2010

-Salam Imtihan-

No comments:
Masanya hampir tiba...
.
.
.
Debarannya kian terasa..
.
.
.
Jadual exam turut 'resah' sampai bertukar-tukar tarikhnya~ [huh?]
.
.
.
Amali & presentation masih belum cukup terlaksana..
.
.
.
Ulangkaji.. bagaimana..??
.
.
.
(- -")
huu.. tak terkata rasanya.. pedas? masin? pahit? manis?? Wallahua'lam~

Tak lama lagi (dah dekat sangat daa~), pelajar UKM akan menghadapi sebuah lagi final exam..
Final exam semester 3 bagiku..
Sedang tersibuk dengan tugasan, mendapat khabar bahawa exam diawalkan seminggu (berdasarkan tarikh tertentu jadual asal) berikutan waktunya clash dengan cuti sempena Deepavali..
Disebabkan hal itu tidak diperhalusi dari awal dalam perancangan pihak 'atasan', maka berlakulah siri 'kehuru-haraan' dalam kalangan pelajar UKM..

..terkedu..

hm..
tak mahu cerita panjang...
itu semua dugaan sebelum bertemu ujian minda (exam)
melatih diri untuk banyakkan bersabar..
InsyaAllah di-upgrade iman (^^)

Moga segala kekusutan dapat dirungkai & dipermudahkan untuk mencapai kejayaan dunia akhirat

Ok, tak mahu banyak bicara, nak sahut seruan amali yang dah 'terfoliasi'..
there is no time to play..
Jom sambung perjuangan~!

[sambil meletakkan labah-labah untuk diternak dalam laman blog ini > beware : bakal penuh dengan sesawang + habuk]

Amalkan DUIT, InsyaAllah tenang sepanjang menghadapi exam / kehidupan :
D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal

Doa mudah faham / ingat

"Ya Allah, keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu, muliakanlah daku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah daku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang"

SALAM MUJAHADAH & ALL THE BEST~!

*percubaan pertama inking (29-8-10), berdasarkan lukisan lama yang bertarikh 19-8-08.. seronok juga explore software ni (Photoshop).. tapi melukis secara freehand terasa lagi best bagiku.. (tak 'terer' guna software sebenarnya.. hehe~ ops.. dah2)

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)" ~Surah Al-Insyiqaq, Ayat 6~