Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)
Showing posts with label Keindahan Alam. Show all posts
Showing posts with label Keindahan Alam. Show all posts

15 January 2012

Tumbuhan Unik

No comments:
Suatu hari sedang menonton TV, tertukar ke siaran TV1 & dengan tajuk rancangan : LIFE (Dokumentari BBC)~ SubhanAllah, mata ini terpaku melihat kecantikan & keunikan pohon-pohon tersebut dengan bentuk dan cara pembiakannya, Allah jadikannya sedemikian sesuai dengan tempat ia hidup untuk memastikan kemandirian spesisnya.. Ini 3 jenis pohon yang sempat ditonton ;

1. Brunsvigia (ada banyak spesis)
Brunsvigia bosmanie [sumber web]
Pohon ini tumbuh di kawasan semi-arid, dalam lingkungan Afrika Selatan. Terdapat lebih kurang 20 spesis pohon ini yang bunganya akan berkembang mekar (seperti gambar di atas) pada musim luruh, dan ada juga yang mekar di musim sejuk. Susunan bunganya yang mekar akan membentuk bulatan. Comel~

2. Alsomitra (juga banyak spesis)

"The fruits of this tenacious jungle vine hang from the branches of an emergent tree above the rainforest canopy. The seeds which are released through a hole at the bottom of the fruit are equipped with a huge transparent wing which enables them to glide hundreds of yards before reaching the ground. A classic example of mechanical dispersal in the forest." [sumber = klik sini]
Pohon ini memang sangat unik dari sudut penyebaran benihnya, dan Maha Suci Allah yang menciptakan benih ini dengan aspek kejuruteraan yang tepat untuk memastikan ia boleh meluncur sejauh mungkin dari pohon induk setelah kelongsong (pod) benihnya masak. Dalam kelongsong benih itu terdapat ratusan benih bersayap yang akan tercabut & meluncur sehelai demi sehelai.

Benih Alsomitra macrocarpa.. mempunyai sayap yang nipis mengelilingi benih. Rekabentuk benih ini juga menjadi ilham kepada pereka kapal terbang & gliders [gambar sumber web]
Pod Alsomitra dari pandangan bawah [sumber bbc]
Boleh juga lihat video 'penerbangan' benihnya di link ini > [ Link ]

3. Desert Rose (Adenium. Antara spesisnya ada ditanam di Malaysia, yang kita panggil Kemboja)

Spesis Adenium obesum.. mungkin sebab akarnya yang obes~! ;) [gambar sumber web]
Juga spesis Adenium obesum.. dibandingkan dengan skala manusia (err.. maaf incik, auratmu perlu diblur).. yang ini besar kan? menakutkan la pulak.. Allah.. (yang belakang kanan tu macam botol.. hehe) [gambar sumber web]
Pohon ini biasa tumbuh melata di kawasan Afrika tropika dan Negara Arab . Bagi spesis lain yang lebih komersil, ia popular ditanam di Thailand, Vietnam, Taiwan dan tak ketinggalan di Malaysia. Ia boleh ditanam dalam kawasan rumah (dalam pasu) dan sebagai bonsai (boleh dibentuk) bagi kebanyakan spesis. Namun jenis obes seperti dalam gambar-gambar di atas rasanya tak dapat ditanam, ia tumbuh melata~ (besar kott) =_="

Ada dua maksud bagi Desert Rose ini sebenarnya.. Bagi ahli geologi, Desert Rose = nama lain bagi pembentukan mineral Gipsum dan Barit beserta inklusi pasir, yang menyerupai bentuk bunga ros. Nak tengok 'bunga geologi' ni? Lihat di bawah ;

Amacam, sebijik macam bunga ros kan? cuma beza warna & kekerasannya.. [gambar sumber web]
--------------
* Kalau nak tahu lebih lanjut boleh je 'google' & paling bagus rujuk pada ahli sains Sekitaran / Botanikal~ ^^
* Betapa terperincinya 'hasil seni' Allah dalam setiap ciptaanNya.. Allah menciptakan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan, dalam setiap jenis tu pula ada spesis yang punya kelainan tertentu.. Teori Evolusi? Sebagai muslim, teori itu sepatutnya sudah lama ditolak tepi.. Allahu-a'lam :)
"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." ~Surah Al-'Ankabut, Ayat 20~

17 July 2011

Ayam Silkie @ Baung ::album 29-11-10::

No comments:
Lokasi : Rumah Saudara di Baung, Kelantan
Subjek : Ayam berjambul gebu dan pemandangan sekitar

Ayam unik ini sebenarnya jenis ayam baka 'Silkie' , mak saudara ada bela sepasang, ini yang betina, yang jantan dah mati.. kini berpasangan dengan ayam serama~ Ayam juga kan....

Bila search di internet, Subhanallah, baru ku tahu ada banyak jenis baka ayam di dunia ini.. ada yang pelik, ada yang sangat cantik.. sungguh luarbiasa ciptaan Al-Khaliq.. nak tengok? boleh klik di link ini > [chicken breed]

reaksi terkejutnya (konon) terhadap makhluk yang tiba-tiba menerjah di depan pintu untuk snap gambarnya.. apa-apapun ia jinak! 4:13 PM

teringat pula pada watak 'big bird' dalam Sesame Street..

tunduk hormat~ ;)

merenung jauh..

bergaya..?

halaman rumah saudara di Baung pada waktu petang..

dalam perjalanan keluar dari kawasan rumah (scene yang selalu diambil bila singgah di Baung, tapi tak pernah jemu)

perahu usang..

dah naik atas jalan raya.. off to Machang!

6:09 PM

6:12 PM

6:18 PM

di traffic light.. suka pokok botak tu.. 6:21 PM

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." ~Surah Al-An'am, Ayat 38~


25 September 2010

Rentetan Syawal di Kampung ::album 9 hingga 12-9-10::

No comments:
9-9-10 : Persiapan ketupat sebelum syawal menjelma

Membuat ketupat secara berjemaah~
Ketupat daun palas (pulut sedia manis) & pulut biasa (diikat dengan tali rapia)..
resepi asli Tokmi.. :)

1.3o PM - siap untuk direbus

5.53 PM - tinjauan petang di luar rumah


10-9-10 : Machang-Baung-Machang

Pagi Syawal di Machang...
seusai solat sunat Aidilfitri, bertolak ke Baung untuk berjumpa Tokwan..
*gambar ayam beraya je ada.. dengan ucapan "Selamat tak dijadikan rendang~" ;)

11.21 AM - mak & bapak ayam sedang bermaaf-maafan~

11-9-10 : Machang-KB-Machang


9.12 AM - sebelum bertolak ke KB.. yang sebelah tu pokok getah

7.57 PM - malam.. sekembali dari KB.. testing spotlight rumah yang baru dipasang ayah saudara untuk kemudahan pandangan di malam hari + keselamatan..

12-9-10 : 'bertapa' di Machang

8.50 AM - under this pokok "moktey" (rambutan)

8.52 AM - pokok rambutan

8.56 AM - Tokmi berjalan pulang dari rumah Tokcu..


-merindui menu utamaku sewaktu di sana > Pulut Panggang! (*di Kelantan panggil "pulot lepa")

-kepingin nak makan rendang, tapi tak jumpa-jumpa... akhirnya dapat juga makan di rumah sahabat karib setibanya di Kuantan..

-kebanyakan masa 'beraya' di jalan, makan 'jem', sebab kat kampung ni memang selalu ulang-alik antara kampung mak (Machang) & ayah di KB.. kiranya Machang tu tempat 'menginap' la, tak tidur di KB.. perjalanan 30 minit menjadi lebih daripada 1 jam... lagipun banyak kena bawa 'bekalan sabar', sebab situasi kereta memotong melalui jalan kecemasan sudah menjadi suatu kebiasaan & ramai yang bawa sesuka hati... perlu sentiasa dalam keadaaan bersedia~

--Integriti dapat disemat jika kita ingat bahawa Allah itu Maha Melihat-- :)

"Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya dan Dia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. " ~Surah Ghafir, Ayat 64~

15 September 2010

Perjalanan ke Kampung ::album 7-9-10::

No comments:
Suasana pagi dalam perjalanan dari Kuantan ke Machang...
-2 hari sebelum Aidilfitri-

8:13 AM - sebuah kampung yang permai di Terengganu

8:14 AM - dari sisi tingkap sebelah kiri, terlihat secalit pelangi yang semakin pudar, biasan matahari pada kabus pagi..

8:36 AM - Lorong antara ladang kelapa sawit (edited)

8:47 AM - melalui 'pusat asuhan' anak-anak sawit~

8:48 AM

8:51 AM

8:56 AM - melalui tasik di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu

9:25 AM - tinggi menggapai langit..

"Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang." ~Surah Ar-Ra'd, Ayat 15~

08 July 2010

Susunan Awan ::album 6-7-10::

No comments:
Lokasi : dari laman sisi rumah

4.44 PM

4.45 PM

6.59 PM

7.00 PM

7.07 PM


"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." ~Surah An-Nur, Ayat 43~

07 July 2010

Sinar Pagi ::album 29-6-10::

No comments:
Lokasi : Halaman rumah


6.48 AM

6.51 AM

6.59 AM

"Allah jualah Yang membelah cahaya Subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui." ~Surah Al-An'am, Ayat 96~