15 January 2012

Tumbuhan Unik

0 buzz~
Suatu hari sedang menonton TV, tertukar ke siaran TV1 & dengan tajuk rancangan : LIFE (Dokumentari BBC)~ SubhanAllah, mata ini terpaku melihat kecantikan & keunikan pohon-pohon tersebut dengan bentuk dan cara pembiakannya, Allah jadikannya sedemikian sesuai dengan tempat ia hidup untuk memastikan kemandirian spesisnya.. Ini 3 jenis pohon yang sempat ditonton ;

1. Brunsvigia (ada banyak spesis)
Brunsvigia bosmanie [sumber web]
Pohon ini tumbuh di kawasan semi-arid, dalam lingkungan Afrika Selatan. Terdapat lebih kurang 20 spesis pohon ini yang bunganya akan berkembang mekar (seperti gambar di atas) pada musim luruh, dan ada juga yang mekar di musim sejuk. Susunan bunganya yang mekar akan membentuk bulatan. Comel~

2. Alsomitra (juga banyak spesis)

"The fruits of this tenacious jungle vine hang from the branches of an emergent tree above the rainforest canopy. The seeds which are released through a hole at the bottom of the fruit are equipped with a huge transparent wing which enables them to glide hundreds of yards before reaching the ground. A classic example of mechanical dispersal in the forest." [sumber = klik sini]
Pohon ini memang sangat unik dari sudut penyebaran benihnya, dan Maha Suci Allah yang menciptakan benih ini dengan aspek kejuruteraan yang tepat untuk memastikan ia boleh meluncur sejauh mungkin dari pohon induk setelah kelongsong (pod) benihnya masak. Dalam kelongsong benih itu terdapat ratusan benih bersayap yang akan tercabut & meluncur sehelai demi sehelai.

Benih Alsomitra macrocarpa.. mempunyai sayap yang nipis mengelilingi benih. Rekabentuk benih ini juga menjadi ilham kepada pereka kapal terbang & gliders [gambar sumber web]
Pod Alsomitra dari pandangan bawah [sumber bbc]
Boleh juga lihat video 'penerbangan' benihnya di link ini > [ Link ]

3. Desert Rose (Adenium. Antara spesisnya ada ditanam di Malaysia, yang kita panggil Kemboja)

Spesis Adenium obesum.. mungkin sebab akarnya yang obes~! ;) [gambar sumber web]
Juga spesis Adenium obesum.. dibandingkan dengan skala manusia (err.. maaf incik, auratmu perlu diblur).. yang ini besar kan? menakutkan la pulak.. Allah.. (yang belakang kanan tu macam botol.. hehe) [gambar sumber web]
Pohon ini biasa tumbuh melata di kawasan Afrika tropika dan Negara Arab . Bagi spesis lain yang lebih komersil, ia popular ditanam di Thailand, Vietnam, Taiwan dan tak ketinggalan di Malaysia. Ia boleh ditanam dalam kawasan rumah (dalam pasu) dan sebagai bonsai (boleh dibentuk) bagi kebanyakan spesis. Namun jenis obes seperti dalam gambar-gambar di atas rasanya tak dapat ditanam, ia tumbuh melata~ (besar kott) =_="

Ada dua maksud bagi Desert Rose ini sebenarnya.. Bagi ahli geologi, Desert Rose = nama lain bagi pembentukan mineral Gipsum dan Barit beserta inklusi pasir, yang menyerupai bentuk bunga ros. Nak tengok 'bunga geologi' ni? Lihat di bawah ;

Amacam, sebijik macam bunga ros kan? cuma beza warna & kekerasannya.. [gambar sumber web]
--------------
* Kalau nak tahu lebih lanjut boleh je 'google' & paling bagus rujuk pada ahli sains Sekitaran / Botanikal~ ^^
* Betapa terperincinya 'hasil seni' Allah dalam setiap ciptaanNya.. Allah menciptakan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan, dalam setiap jenis tu pula ada spesis yang punya kelainan tertentu.. Teori Evolusi? Sebagai muslim, teori itu sepatutnya sudah lama ditolak tepi.. Allahu-a'lam :)
"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." ~Surah Al-'Ankabut, Ayat 20~

08 December 2011

=Away=

0 buzz~
Pendek je.
Nak buat perusahaan sarang labah-labah di sini + sedimen habuk

Ada perkara yang harus diutamakan, di 'kegilaan' marathon akhir semester ini ;

bentang hasil tesis, penulisan jurnal tambahan, LDKs, Kekuiz? (kuiz-kuiz), Midsem bahasa yang tertangguh, penulisan tesis, final exam
Semuanya bakal ditempuh dalam saki-baki semester ini yang bernyawa-nyawa ikan.. (ayat apa ni..argh..)
Program-program yang best pun banyak dibuat akhir-akhir ni gak laa.. Grrr~!  *mesti berani kata 'tidak', tapi Suara Kampus pada Selasa ni nak jugak pergi! Moga Allah mudahkan :_)
Ok dah, berhenti merapu dan jom sambung kerja, tunaikan Ibadah, tunaikan Amanah..
Moga bertemu lagi, InsyaAllah !! All the best untuk teman-teman seperjuangan~

(lukisan minggu lepas)

Pesanan Buat Diri by ~mahirahj on deviantART

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." ~Surah Al-'Asr, Ayat 1-3~

27 November 2011

Refleksi di Ambang 1433H..

0 buzz~
Seperti yang semua umat Islam sedia maklum, telah bermulanya tahun baru hijrah yang ke 1433.. Salam Maal Hijrah buat semua ! Setiap hari kita perlu berhijrah ke arah yang lebih baik dengan muhasabah diri & perbaiki amal serta akhlak. Pasakkan niat yang betul sepanjang masa, didahului dengan niat kerana Allah, kerana mahu memartabatkan Islam, diikuti niat-niat yang baik. Maka dengan itu segala amal kita tak akan sia-sia walau secara zahirnya sedang bekerja di hadapan laptop! (Ibadah asas tetap kena jaga la, dan pekerjaan itu baik lagi halal J ).


SubhanAllah, alangkah indahnya hidup bersyariat kan? Tak susah pun, moga Istiqamah ya sahabat-sahabat~

Ok, post ini  lebih kepada perkongsian rasa selama ku diam mencari hati dari menyapu sawang labah-labah di blog ini khususnya dilema sewaktu hujung minggu ini bermula.


Alhamdulillah, perjalanan masih diteruskan walau merangkak bagai musafir kehausan.. Tapi bukan selamanya harus begitu.. Aku harus bangkit segera, perlu sentiasa bersemangat.. Pembentangan demi pembentangan, penulisan demi penulisan, tafsiran demi tafsiran, namun tak semua itu adalah untuk tugasan utama iaitu disertasi / tesis (Allah, aku pun pening dah yang mana satu).

Baru-baru ini mendapat tawaran berharga untuk menyertai sebuah program.. Ala-ala kem Ibadah.. Ia untuk kefahaman lebih mengenai perjuangan Islam & pentingnya kebersamaan dalam gerak kerja agar rantai dakwah sentiasa bergerak lancar.. Bukan main gembira lagi sebab dah lama nak tahu perkembangan gerak kerja (ye la, selama ni pun takdela ikuti sangat perkembangan program apatah lagi suasana masyarakat di luar sana, memang macam siput dalam cengkerang), sekurang-kurangnya bila pergi aku boleh faham la apa yang diperlukan..

Namun menyedari diri ini masih di bawah tanggungan keluarga, nak-nak program tu bukan sehari dua & dijalankan di luar kampus, seperti biasa aku perlu menyatakannya pada ibubapaku untuk meminta izin.. Apa jua yang kulalui sama ada kegembiraan atau kesedihan pun aku ceritakan pada mereka kerana bagiku itulah tanda kepercayaan pada orang yang kita kasih, bukan sekadar ucapan “saya sayang keluarga saya”.. Teringat sebuah lagu Inggeris “More Than Words”, nah, itulah dia ;)

Jawapan yang ku dapat tak memberangsangkan, ibubapaku tak benarkan kerana sedar anaknya ini sedang dalam saat-saat genting seorang mahasiswa – Tahun akhir dan melimpah dengan kerja, tambahan dengan subjek ulangan atas kekhilafan aku sendiri. Bukan mereka tak sokong perjuangan Islam, namun mereka lebih mengenali sikapku yang akan memudaratkan diri bila dapat suatu amanah walau tidak dipaksa dalam tempoh tertentu. Sesetengah orang kata orang perempuan cekap multitasking, tetapi nampaknya aku jenis yang perlu lebih fokus. Kerja-kerja rumah boleh la aku multitask, tapi tidak antara pembelajaran (amanah besar) dengan gerak kerja (amanah besar juga).

Bukan apa, aku memang suka kearah membantu perjuangan, jadi secara tak sedar aku akan mengabaikan kerja sebagai pelajar. Kerana asasku dalam menganggap pembelajaran sebagai ibadah belum cukup kukuh, Serius, aku BELUM mampu membahagi kepentingan. Melakukan sesuatu mengikut Awlawiyyat la yang terbaik kan.. Ye la, tengok orang lain pun sibuk juga, malah lebih sibuk dariku, pun boleh uruskan kerja & prestasinya dengan baik. Kelebihan anugerah Allah.. cemburunya.. kena la berusaha! Kejayaan takkan datang berguling dengan sendiri..

Apa yang kukatakan adalah lebih kepada soal kemampuan DIRI INI. Aku sedar, berdakwah itu wajib, apatah lagi berdakwah secara berjemaah. Berjemaah itu bukan sahaja tuntutan Syariat, malah ia sebenarnya adalah Sunnatullah. Ku meminjam kata dari Ust. Hasrizal [ Jemaah Itu Keperluan, Ummah Itu Tujuan ] : “Bukan sahaja di dalam hal ehwal agama, keperluan manusia kepada kumpulan juga merentasi semua itu, malah bagi sesiapa sahaja yang kenal manusia, akan sampai kepada kesimpulan yang sama”.

Ya, mungkin ibubapa kita kurang faham tuntutan berjemaah, NAMUN selagimana keluarga kita berlandaskan Aqidah Sunnah wal Jamaah & amar ma’ruf nahi munkar bukankah kita perlu patuh pada mereka? Maka aku berpegang pada “Redha Allah terletak pada Redha ibubapa”.. tak sanggup & tak tenang untuk pergi ‘berjuang’ dalam keadaan ibubapaku tak redha lantaran mereka sedar akan kelemahan pengurusan yang ada pada diriku. Setelah istikharah, aku yakin, Allah tahu yang terbaik buat diriku agar tidak meneruskan langkah ke program tersebut.. (dalam situasiku sekarang). Aku harus percaya pada orang yang paling mengenali sikapku sejak aku dilahirkan.. Aku yakin jika mereka percaya aku seorang yang ‘kuat’ mereka memang akan membenarkanku tanpa sebarang soal. :_)
(diri sendiri pun tak terurus, ada hati nak betulkan orang lain.. aduh, terguris nuraniku!)

*PERINGATAN : ini refleksi buat diri ini, bukan untuk yang dah selesai tanggungan daripada ibubapa mereka. Muslimat yang dah nikah, tanggungan anda di bawah suami. Namun masih perlu menjaga perasaan ibubapa yaa.

Teras pada kekuatan jemaah juga adalah Ukhuwwah.. Mengingati kembali betapa bersungguhnya mereka untuk meyakinkanku agar menyertai, aku khuatir mereka terasa bila aku tak dapat pergi.. bukan aku sengaja mengelak..  Namun aku percaya, jika benar Ukhuwwah itu berlandaskan ‘Aqidah & bukan atas dasar jemaah semata, mereka tidak akan meminggirkan / memulaukanku selagimana kita masih seaqidah.. Dengan bukan muslim pun kita perlu berakhlak baik, inikan pula sesama muslim kan.. hm..

Wallahu-a’lam siapa yang lebih benar… bukan itu yang aku nak tekankan. Tetapi berdasarkan apa yang ku faham atas kesyumulan Islam ini, kita masih boleh buat gerak kerja bersama-sama (berjemaah) asalkan tercapai matlamat, hatta dalam bidang yang kita ceburi (walau bukan bidang agama).. Cuma mungkin jika menyertai secara khusus itu menjamin kesetiaan & komitmen yang tak berbelah bahagi.

Di sini ku mahu kongsi petikan dari buku Mukmin Profesional, karya Ust. Pahrol Mohd. Juoi buat tatapan kita bersama, hayatilah ;
RUANG LINGKUP IBADAH UMUM
"Ibadah umum kebanyakannya bertaraf fardhu kifayah. Ia adalah manifestasi kekuatan dan keindahan ajaran Islam yang dapat dilihat dan disukat (observable and measurable). Berbanding ibadah asas yang boleh dilaksanakan secara individu, ibadah umum sebaliknya mesti dilaksanakan secara bersama (berjemaah)."
"Tanggapan sempit sesetengah anggota masyarakat yang sekian lama membatasi soal fardhu kifayah kepada solat jenazah dan Jemaah sahaja perlu dibuang. Ruang lingkup fardhu kifayah (ibadah umum) adalah lebih luas daripada itu. Membina sistem ekonomi, politik, pendidikan, sosial, hiburan dan lain-lain berteraskan akidah, syariah dan akhlak Islamiah adalah tuntutan yang sangat mendesak dan kritikal dewasa ini. Semua itu adalah ibadah umum."
"Jika Ibadah asas umpama akar dan batang, ibadah sunat umpama daun-daunnya, ibadah umum pula umpama dahan-dahan besar dan kecil pada pohon Islam secara keseluruhan. Ibadah umum inilah yang memberi rupa bentuk kepada kesyumulan ajaran Islam."
"Bayangkan kalau pokok yang hanya ada akar dan batangnya sahaja (tanpa dahan-dahan), maka pokok tidak kelihatan seperti pokok. Ia umpama tunggul kayu sahaja!”


Sebelum aku mengakhirkan pandangan & luahan ini, ingatlah, aku tak pernah menyalahkan mana-mana pihak jemaah, malah aku sangat menyokong gerakan mereka selagimana perjuangan itu benar untuk Islam. Tabik spring pada penggerak-penggerak yang mampu melaksanakan tugas dengan baik & profesional dalam hidupnya, BarakAllahu-lakum! Sekali lagi ku tegaskan, yang bermasalah untuk menyertai buat masa ini adalah aku, bukan Jemaah itu masalahnya..

Pernah mendengar perumpamaan ‘Kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar’? :-
“Ummah itu rumah, Jamaah itu kelambu, sedangkan yang mengganggu ahli rumah tersebut adalah nyamuk. Maka nyamuklah yang sepatutnya dibanteras. Nyamuk yang mengganggu Ummah adalah SIKAP NEGATIF dan CARA BERFIKIR yang salah.” (Ust. Hasrizal)
Mungkin akulah nyamuk itu, yang hanya mampu ‘sumbangkan’ suara  & bukan menyumbang tenaga L

Islam takkan rugi dengan hilangnya orang seperti aku, tetapi akulah yang akan merana tanpa agama ini!

MAAFKAN AKU YA ALLAH, MAAFKAN AKU YA RASULULLAH.. AKU AKAN PERBAIKI KELEMAHANKU & CUBA YANG TERDAYA UNTUK MEMBANTU DALAM AGAMA INI.. SAHABAT-SAHABAT YANG KU KASIHI KERANA ALLAH, MAAFKAN JUA KEKHILAFANKU……. T_T

"With great power comes great responsibility" > Quote pemujuk hati..
(semakin besar kemampuan seseorang, semakin besar tanggungjawabnya untuk berdakwah)
Apa-apapun perlu sentiasa berhijrah membaiki diri ke arah yang lebih baik..

Ingatlah duhai sahabat-sahabatku ;
Berakhlak mulia sambil berjuang, Berjuang sambil menjaga Akhlak..
kerana Akhlak itu cerminan Iman.. tanpanya perjuangan Islam akan menjadi fitnah..
Contohilah akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم secara menyeluruh, bukan separuh-separuh (ikut nafsu).
Sesungguhnya akhlak Baginda adalah akhlak terbaik ♥
*Akhlak termasuklah adab sesama manusia, dengan alam, dengan harta benda.. Segala perkara yang dilihat 'remeh'/ kecil pun Allah tetap akan hitung!*
…………Memahamilah sebelum difahami, walaupun selepas itu kita takkan difahami……….oh.
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada." ~Surah Faathir, ayat 38~
"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan." ~Surah Luqman, Ayat 22~

23 October 2011

Hati yang HIDUP (LIFE 2011)

0 buzz~
Pada hujung minggu lepas selesai sudah kembara ke Masjid Putra, Putrajaya,
mengikuti salah sebuah program anjuran ISIUKM (Ikatan Studi Islam UKM) iaitu L.I.F.E 2011
Tempoh : 14-16 Oktober 2011
Tempat : Sekitar Masjid Putra, Putrajaya

Ruang solat muslimat di aras 1..
Cop, apakah LIFE?
Ya, Love Islam For Eternity (Cintakan Islam selama-lamanya)
Program ini adalah kesinambungan dari program KERIS (Kembara Rabbani Siswa) pada tahun-tahun sebelumnya cuma kali ini ia "Laeen Sikit..!" (tagline baru ISIUKM) ^_^

Sebenarnya LIFE ini diutamakan untuk pelajar-pelajar tahun 1, tapi boleh je senior mahu turut serta~ (jadi penyibuk yang perasan muda.. ;)
Ambe yang dah 2 tahun tak berkesempatan untuk pergi KERIS memang terus 'terkam' borang pendaftaran LIFE ni masa 3S Siswi minggu sebelumnya.. (walaupun banyak kerja belum terlaksana, ini peluang terakhir buatku sebagai pelajar tahun akhir.. T_T)
memang 'berdendam' la sebab masaku tahun 1 sibuk dengan kerjalapangan mingguan, masa tahun 2 pula terlibat dalam urusan Dinner kursus..

Ok, berikut adalah antara pengalaman yang disusun secara kronologi (pengalaman ok, bukan tentatif yang spesifik..:)

Jumaat :
- berkumpul di masjid, bertolak dengan bas double-decker Kiffah Travel yang super-canggih (tak pernah terbayang pun akan naik bas sebegitu untuk ke program ini)
- setibanya di masjid, membuat pengesahan pendaftaran & dapat goodies bag yang di dalamnya MasyaAllah, bukan sekadar fail program tetapi ada 4 buah buku (naskhah hadiah) dari Ketua Pengarah JAKIM ! (suka sangat, Alhamdulillah)
- Malam : LDK ringkas yang mencuit hati, aktiviti My 1st Impression dan seterusnya pembahagian kumpulan secara rambang (Alhamdulillah dapat kawan-kawan baru~!)

Kami dari kumpulan pertama, 10 orang semuanya ; Abdullah Sani (ada sampai Sabtu pagi je, beliau ada hal), Fauzan, Hasyir, Salha, Aminah, Azie, Bazlina, Fiza & *Aisyah (tiba Sabtu petang)..

Sabtu (dilebihkan kepada seminar / ceramah) :
- PAGI!! >> Laungan keramat sebagai alert sepanjang program, meskipun pada waktu tengahari / malam :) ringkas, namun maksudnya, sebagai muslim kita dituntut untuk berpagi-pagian agar InsyaAllah kita dimurahkan rezeki dan moga semangat kita sentiasa Pagi (segar)..
- senam-senam ringat sikit~
- LDK : bawa air dalam cawan guna kain pelikat (slow but steady~ ;), 'masuk dalam kertas', permainan Spider Web (masuk pen dalam botol guna jaringan tali rafia)
- berkenalan dengan pimpinan ISIUKM.. sebelum kenal kena 'cari' dulu~
- Ceramah sulung : "Aqidah dan Cabaran Semasa" bersama Ustaz Rashidy Jamil (lepastu dapat beli buku Mutiara Tasawuf~!)
Aqidah =Ikatan, simpulan, tautan, hubungan kuat antara makhluk dengan Pencipta
Kuatkan Aqidah melalui ILMU.. 
Pegangan takkan tertukar dek;
  • Akademik (hujah)
  • Duit
  • walau selalu disebut-sebut
Jika Allah ada, kenapa kita tak nampak?
  • Mata kita yang dihijab untuk melihatNya
  • Kerana terlalu dekat
  • Kerana terlalu cerah
  • Kerana terlalu 'gelap'
Allah bukan makhluk, tetapi Pencipta makhluk  
Orang yang murtad suka bertanya soalan yang bertujuan untuk menggoyahkan keyakinan kita antaranya;
  • Malaikat Jibril kan tugasnya sampaikan wahyu pada Nabi, tapi bila Nabi dah tiada Jibril buat apa?
    • Jawapan Ust : Jibril kan ketua segala malaikat, ketua ni bukan kena buat satu kerja je, jadi banyak lagi kerja lain yang dia kena buat..
  • Kenapa tak semua dapat hidayah?
    • Jawapan Ust : Kita kan diberi akal, hidayah diberi dalam pelbagai cara seperti cetusan hati / kejadian tertentu / nasihat, cuma kita yang menentukan sama ada nak teruskan atau tinggalkan..
- Selepas Zohor, disambung dengan Forum "Di Manakah Remaja Kita?" bersama Ustaz Zamri 'mantopp' & Ustazah Syarifah Fatimah yang dikasihi
Kesimpulan dari bicara kedua-dua ahli panel ;
- Remaja - dalam proses mencari kestabilan (mengenal potensi diri jua termasuk dalam proses ini)
- Proses ini ambil masa yang lama
- Proses : Pandai (tahu je) >> Bijak (tahu dan pandai guna) >> Cerdik (tahu & kreatif penggunaannya)
- Kelebihan remaja ;

  • Mewarisi kepimpinan
  • Hati bagi jasad
  • Pembentuk kesejahteraan kualiti Negara
- Kejahatan itu berantai
- 3 peranan terbesar remaja;

  • Hamba Allah
  • Sebagai anak
  • Sebagai pelajar
- Kebanyakan remaja lupa peranan ini, ada yang dengan alasan "Rilek la broo~" (permulaan kepada kelalaian)
- Usah perasan Soleh / Solehah, sebaliknya berusahalah menjadi Soleh / Solehah
- Seseorang yang inginkan kejayaan dunia akhirat perlu melalui 5 jalan (oleh Imam Abdullah Al-Haddad rahimahullah) :

  1. Ilmu yang membawa kepada mengenal Allah Tuhan sekalian alam
  2. Khauf (takut) kepada Allah (kait dengan Ihsan, sedar akan CCTV Allah)
  3. Amal
  4. Wara' : Tidak melakukan dosa-dosa besar & tidak kekal berada di dalam dosa-dosa kecil
  5. Ikhlas
- Ibu bapa turut memainkan peranan yang penting..
- Realiti lebih berkesan dari fantasi walaupun kecil.. Allah yang terlebih dahulu mencintai kita.. SubhanAllah
- Petang : lepas nyanyi lagu ulat bulu dalam pelbagai vokal, didedahkan dengan ulat 'Realiti' sebagai LDK Fear Factor
Barisan Kumpulan 1 : Bersama Azie bermain ulat sebelum race bermula [kredit gambar pada jurufoto program]
- usai Maghrib, ceramah dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk "Budaya Ilmu VS Hedonisme"
- Mengenai perbezaan sifat lelaki & perempuan
- Competition untuk rebut perhatian dari Allah
- Effort >> Knowledge.. (budaya ilmu memerlukan kesabaran, kena 'susah' dahulu)
- Pahala bergantung pada tahap kesusahan yang kita hadapi
- Perlu pembahagian masa, tak semestinya jadi 'Ulat Buku' semata-mata, kita sebagai manusia turut memerlukan interaksi
- Hedonisme = melebihkan hiburan.. atau perkara-perkara yang tidak beri manfaat pada Islam! Berpacaran pun termasuk dalam kategori ini
- Ilmu - ada peringkat-peringkatnya
- Kampus = medan sebenar, bukan lagi medan latihan
- Agar mudah menghafal > rajinkan menulis / menyalin~!
- Banyakkan menyumbang dalam penulisan / gerak kerja / harta / etc, moga dengan itu InsyaAllah akan ada yang mendoakan / sudi solat jenazah untuk kita, bekalan alam barzakh
- Integrasikan Syariatullah & Sunnatullah~!
- LDK : debat terbuka (Mega Conference).. bahagian ini paling 'kecoh' ;) sampai lewat malam dibuatnya.. kami sebagai kumpulan mahasiswa, dahsyat juga terkena, sampai tak tahu & tak berpeluang defend, tapi yang paling teruk kena 'bom' sudah tentu pihak Kerajaan~! teet~ ;)

Ahad
- dimulakan dengan Kuliah Lapangan - My Sweet Family (berkenaan Usrah) oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan ISIUKM ; akh Azan Safar
- Usrah bukan sahaja tempat untuk menuntut Ilmu, tetapi tempat untuk membina potensi
- Kenapa tak buat dalam bentuk ceramah? Kerana dengan sikitnya ahli dalam sesuatu kumpulan itu kita lebih mudah / tak malu untuk bertanya, dan cara ini lebih efektif..
- Sebagai tempat berkasih sayang sesama ahli & naqib / naqibah - tiada perbezaan darjat, bagaikan adik-beradik
- Membangunkan potensi diri - latih bercakap, bina keyakinan (tapi diingatkan bukan sekadar itu sahaja)
- kemudian warm-up ringkas dengan sebutan bilangan yang digantikan dengan "tasbih-tahmid-takbir" sebelum bermulanya Kembara Siswa (ada 10 Checkpoint)
Kumpulan 1 : di checkpoint pertama [kredit gambar pada jurufoto program]
- setiap checkpoint ada pengajaran / ilmu tertentu.. antaranya (ini yang sudah ditafsir behind the scene) Fiqh Awlawiyat, penjagaan Ikhtilat, metod Dakwah yang berhikmah, Tsiqah pada Ketua / Pemimpin, muhasabah bersama alam, kepentingan berjemaah dan yang lainnya berkaitan pemikiran yang kritis, kreatif + kerjasama
- usai makan dan solat Zohor > Slot Resolusi - mengenai rancangan meneruskan usaha dakwah untuk diaplikasi di bumi UKM
- Last but not least, selepas solat Asar > Majlis Perasmian Penutup bersama Imam Besar Masjid Putra
- pulang ke UKM dengan kesyahduan iringan hujan~ setiap titis yang jatuh di muka bumi terasa bagai titisan kesyukuran yang membasahi hati.. Alhamdulillah atas kesempatan ini..

-------------------------------
Secara peribadinya, aku sangat-sangat terharu dengan kesungguhan mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini, setelah mengikuti & merasai sendiri pengalamannya, andai yuran pendaftaran itu melebihi RM 100 pun aku sanggup bayar, namun hakikatnya nilai yang diperoleh dari program ini memang tak ternilai dengan apa jua harta sekalipun.. SubhanAllah, berkatilah ilmu & usaha kami ini...

Ini Montaj LIFE 2011 dari ISIUKM channel..


Secara keseluruhannya bagiku, ternyata program ini mengHIDUPkan hati, membina keunggulan peribadi.. setiap aktiviti dipastikan tiada yang sia-sia (walau secara tersuratnya ada yang melucukan).. mengajar kita mengambil ibrah atas segala apa yang dilalui.. beri dimensi berbeza dalam pemikiran.. menambah rencah dalam ukhwah.. walaupun hanya 3 hari 2 malam, InsyaAllah kesannya berpanjangan.. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu-akbar! اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Sahabat-sahabatku, pada-Nya lah kasih kita bertaut.. Uhibbukum-fillah & Barakallahu-lakum~♥
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)." ~Surah Az-Zukhruf, Ayat 67~

09 October 2011

"Favorites" @ YouTube

0 buzz~
Okeh, terus pada isi utama post ini :

Saje nak berkongsi playlist "Favorites" sendiri dari YouTube.. (jika anda tak suka video, sila abaikan post ini kerana ia mungkin membosankan.. :)
Mengenai akaun YouTube diri ini, dibuat untuk senang update dengan channel yang kita subscribe..
Apa-apa sahaja video yang kita tonton boleh juga ditonton semula di bahagian History,
boleh Like / Favorite sesuatu video & ia akan tersimpan dalam channel kita..
[tu yang best, senang cari balik] ~ :)

*biasanya orang ada channel ni ada upload video sendiri kan, tapi ambe ada satu je video setakat ni (lagipun itu bukan niat asal buat channel~ heh) > Apakah Erti Sebenar Hafazan Al-Qur'an (video typo je dengan gambar-gambar~)
versi kata-kata : [ Link ] *sama je isinya, cuma medium penyampaian yang berbeza*

Setakat ni ada 20 favorites, termasuk yang terkini (pada 9/10/11) video Hamza Namira - Ehlam Ma'aya (Dream with Me) (ada translation English)
ku tujukan buat sahabat-sahabat sekalian, hayati maknanya (lirik bawah video) & let's dream + work together!
-untuk video seterusnya klik butang anak panah (next) di sebelah butang play di bawah..
-nak senang pilih favorites mana yang nak tengok (kalau nak tengok laa~) silalah ke channel ambe yang tak seberapa ni : www.youtube.com/user/mahirahj ...kalau kalian ada juga channel, add je jadi friend  ^_^




Lirik bagi video Hamza Namira - Ehlam Ma'aya :
Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through,
challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

Dream with me my friend,
Our footsteps will shorten the distance
I care about my innocent dream
Whatever it may be
It will stand beside us
No matter how long our journey becomes
Even if we become lost, my friend,
Our reunion will rally us toward our dream,
Towards our dream,
Only if we dream.

Alang-alang ni nak promote beberapa channel yang bermanfaat antaranya :
- shahzaro = Antara 'orang kanan kuat' Ustaz Azhar Idrus yang rajin upload video ustaz (yang tak penuh). Jika nak yang penuh kena beli CD ustaz :)
- orekelatekito = Rajin upload video Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman (Abu Anas Al-Madani)
- productivemuslim = pelbagai animasi menarik buat muhasabah bersama
- iskandarfateh = channel Ustaz Syaari Abdul Rahman
- dan banyak lagi, termasuk video-video Ulama luar negara seperti Sheikh Habib Ali Al-Jifri (yang kata-katanya banyak beri hikmah / kesan pada diri ini....)
*segalanya ada di hujung jari, terpulang pada kita mahu memilih yang haq atau batil!*
- tak banyak yang ambe subscribe, cuma yang lain-lain boleh lihat dalam list "Subscriptions"..

Ya~ mari luaskan aspek dakwah yang sememangnya boleh disebarkan dalam pelbagai versi..
Jika kita tak mampu menjadi pencetus, sekurang-kurangnya jadilah penyebar..
FB pun ada butang "share" kan, tak susah nak kongsi pun, cuma tekan share dan post sahaja! :)

Sebarlah ilmu / perkara bermanfaat pada yang lain, itulah tanda sayang kita pada ummah, bukan hanya 'ditelan' seorang diri.. Walau satu ayat yang ringkas, InsyaAllah ia tetap dikira Allah sebagai usaha dakwah ^^
Dengan menyebarkannya, secara tak langsung ilmu itu 'hidup'~!
Kewajipan kita adalah menyampaikan, bukan memaksa mereka menerima apa yang kita sampaikan.. Apa yang penting, sampaikanlah dengan penuh rasa kasih sayang, Lillahi-ta'ala!
"Katakanlah: Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah." ~Surah Al-Furqan, Ayat 57~

29 September 2011

Pembentangan STAP 3022 !

0 buzz~
Tajuk : Bencana Geologi - Tanah Runtuh

Tarikh : 3 Oktober 2011 (Isnin)
Masa : 8.38 - 9.02 am
Tempat : Bilik Mesyuarat Geologi (Kumpulan B)

- sebagai pembentang kedua pada hari itu..
- persediaan > dalam proses.. progressing... 
- ......... conteng la sat ;


Jika anda duduk di lereng bukit, kemudian tanah runtuh berlaku, apa yang anda akan buat?
Inilah kelebihan rumah kampung yang bertiang, kakinya panjang lagi fleksibel !

MAAF, agak merapu di situ...=_="

*Sesiapa yang sama kumpulan denganku, moga dapat beri sokongan dan kerjasama :)
taknak pun tak mengapa, tak paksa ^^, kirim do'a lah paling kurang.. boleh? Syukran yaa~~~
sebelum ku lupa, ALL THE BEST untuk rakan-rakan pembentang yang lain~!

oh ya.. apakah STAP 3022? itulah subjek Komunikasi Saintifik untuk Geosains.. salah satu subjek Geologi UKM Tahun 3 Semester 1.. melatih pelajar dengan kemahiran pembentangan & penulisan, yang juga boleh membantu pelajar sedikit sebanyak dalam bertesis pada masa yang sama !

eh, Tesis?

Pejam mata rapat-rapat sambil tersenyum kambing.. Keep on moving wahai diri!

Sebelum kepala ini lebih mereng, chow dulu-! Buat kerja kerana Allah, bukan Keranamu Malaysia je (Ops!!)
*don't worry, kalau ikut perintahNya InsyaAllah negara pun maju dalam RedhaNya.. kan kan kan?


اَللَّـهُمَّ لَاسَهْلَ إِلَّامَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلَ 
"Ya Allah tiada sesuatu yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah dengan kehendakMu"

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم daripada Saidatina Aisyah r.a ;
 إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ 
"Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang daripada kamu yang melakukan kerjanya dengan elok (itqan)." [Riwayat al-Baihaqi, Sya'bi al-Iman, jil.4, hlm. 334, no.5312]


18 September 2011

Saat kau Mengenaliku. . .

0 buzz~
Aku bukan sesiapa untuk dipuji-puja,
bukan permata idaman mahupun mutiara,
Aku hanya seorang hamba Ilahi yang berkongsi suka-duka,
juga peringatan buat diriku yang sering alpa.....

Duhai sahabat, duhai teman, ajal tak mengenal masa untuk tiba,
teguran kalian adalah muhasabah & mahabbah bagiku sebelum ku tutup mata..
Kerna tanpa kasih itu aku kan binasa..
Kasih yang mendekatkanku pada Kasih Pencipta..
Maka ingatkanlah daku tika ku sedih mahupun gembira..
itulah hadiah terbaik bagiku saat hayatku masih ada..

Sekiranya aku pergi dahulu sebelum sempat aku terima 'kasih'mu, sudikah kau kirimkan do'a sebagai tanda kasih yang terakhir buatku....?
Agar ku berlapang dada di alam barzakh..
Agar ku tenang menanti di Padang Mahsyar..
Agar ku bahagia disamping Allah & RasulNya.... . . .

Sepanjang perkenalan ini,
Maafkanku jika hadirku hanya memberi kesusahan buatmu...
Aku jua punya kerenah, mungkin ada tingkah / perkataanku yang kau rasa tak selesa...
Maafkanlah aku atas ketidaksempurnaan diri ini...

Moga Allah & Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengasihi kalian lebih daripada kasihku pada kalian.. pada agamaNya lah kita bersaudara.. Pada yang sempat / tidak sempat bersama di Dunia, moga kita bertemu di SyurgaNya.. InsyaAllah.. Uhibbukum-fillah, بارك الله عليكم.. 

Dengan mahabbah~ [pic by h23b, google]
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?" ~Surah An-Nisa', Ayat 78~
-Kembara Ilmu Ilahi dalam Mencari KeredhaanNya-