Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)
Showing posts with label Sumber Luar. Show all posts
Showing posts with label Sumber Luar. Show all posts

07 August 2010

Sebuah Perkongsian Kisah~

2 comments:
Kisah ini ku baca sewaktu masih belajar di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) 08/09..
Ia diterbitkan secara bersiri di setiap helaian belakang risalah "Soutul Muttaqin"..
Apa kisahnya?
Secara umumnya ia mengenai panduan cinta yang berlandaskan syariat antara kaum Adam & Hawa dalam suasana kampus (dalam bentuk cerita)..
Sesuatu yang mungkin menarik minat kebanyakan yang tidak mahu membaca risalah berfakta itu sedikit sebanyak.. Antara pendekatan yang baik.. hmm~

Ku akui, dulu aku kurang mengerti akan tujuan hidup sebenar, serta persepsi cinta yang terhad.. TAHU tapi tak benar-benar RASA kehebatan Ilahi..

Di KMPh jualah tempat perubahanku mula bercambah..
Alhamdulillah, dari Allah jualah segala Ilmu & Ilham..
Perjalanan dari hari ke hari semakin positif & bermakna..

Setiap insan pasti ada kisah silam yang tersendiri kan..?
Bergantung pada individu jika mahu terus dalam kesilaman waktu..

Atau mengambil iktibar darinya
dengan menjadikan ia papan lonjak untuk ke arah penghijrahan positif..

(Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, & esok lebih baik dari hari ini)

Pada masa yang sama menimba ilmu berunsur keagamaan..
Sama ada secara Sdn. Bhd. / kuliah..
Terkadang ku ambil sesuatu perkara itu secara "direct" / istilah amnya Jumud..
Aku masih teringat ketika cuba memutuskan segala bentuk perhubungan dengan mana2 lelaki yang telah kukenal, ketika itu masih "shock" dengan pendedahan dari akak-akak senior (datang dari IPT luar) yang berpendapat sedemikian, sehingga ada antaranya yang tidak mahu berkahwin kerana menganggap cinta itu hanya pada Allah semata & bukan pada ciptaanNya..

*Sedangkan cinta itu anugerah & fitrah dariNya, di mana telah dibahagikan peringkat cinta itu untuk panduan.. Pada Iman lah ia tergantung untuk dikawal..
Dan sudah tentu, cinta teragung hanya pada Allah, kemudian Rasulullah SAW, Ibu Bapa, para ilmuan & seterusnya..

Mujur 'fenomena' yang melanda diriku waktu itu sementara sahaja,
kerana dalam kesamaran pendapat itu aku terus merujuk pada Ustazah & juga 'menggeledah' buku-buku serta blog para ilmuan yang diiktiraf kehebatan pengetahuannya..

Alhamdulillah, pandangan mereka sangat membuka minda beserta bukti kajian & bersesuaian dengan konsep Islam yang sebenar... di mana setiap maslahat ada syarat tertentu yang menjadikan ia haram, makruh, harus, sunat atau wajib..

Oleh itu jika kita renungkan kembali mengenai pertanyaan sesuatu hukum, Para Ulama' tidak akan menyatakan jawapannya secara mudah tanpa penjelasan selanjutnya seperti "HARAM!! (full stop)".. Mereka akan mengulasnya bersandarkan situasi & contoh..
Setiap yang berlaku pasti ada penyelesaiannya yang tersendiri..

Syukur, apa yang dilalui dahulu telah mengajar diri ini untuk lebih berhati-hati dalam menerima apa jua Ilmu yang didengari.. tak semestinya semua itu sahih (walau dari buku & laman web, melainkan ia benar2 dipersetujui kebanyakan ulama' / yang biasa diamalkan).. Kita hanya berhak mendengar & harus menghormatinya, berfikiran positif..

Namun selain dari waktu itu kita juga berhak menilai & berfikir kembali sebelum dicernakan ke dalam hati.. dapatkan kepastian terlebih dahulu..
Ibarat seperti meneliti kehalalan kandungan sesuatu makanan sebelum membelinya..

Wallahu-a'lam.. Mohon diperbetulkan kekhilafan..
--"Islam itu mudah tapi jangan mempermudahkan Islam"--

Kisah ini jugalah yang turut membantu diri ini mengubah persepsi cinta, dari yang terhad ke jalan yang sebenarnya.. Cinta kurniaan Allah amat luas.. carilah cinta yang menuju RedhaNya..

Cerita sedikit mengenai "Soutul Muttaqin" ;
Ia sehelai risalah ringkas yang diterbitkan setiap hari Jumaat oleh AJK Surau di situ, Surau Al-Muttaqin (Surau itu besar & telah diiktiraf untuk Solat Jumaat)..
Antara kandungannya ialah perihal Tokoh-tokoh Islam, ayat peringatan & mutiara kata..
Walaupun ringkas, isinya padat & diterbitkan secara berterusan, yang kemudiannya akan diedarkan dari bilik ke bilik..
Teringat jua pada setiap malam pukul 11pm akan bergema bacaan Surah Al-Mulk di Blok2 kediaman melalui pembesar suara.. setiap blok ada pembacanya mengikut giliran.. Subhanallah.. satu suasana yang cukup indah & dirindui..

Ops.. fikiran banyak termelayang ke masa lalu lak..
Maaf.. tadi tu kisah sampingan..
Ha, kembali semula ke 'Kisah' sebenar yang mahu dikongsikan..

Sedang membelek2 folder dalam laptop, terjumpa kembali kisah ini yang telah lama tersimpan..
Terdetik di hati untuk berkongsi kepada saudara/i yang sudi menyinggah di sini..
Cari2 kat folder sedia ada di web, maka terjumpa lah kat scribd ..
tapi berat nak load page dia....
Jadi amek link dari 4shared ja ..

Mungkin ramai yang sudah membacanya, tapi tak apalah, moga ia jadi peringatan bersama..

Tajuk : SEINDAH MAWAR BERDURI
Karya : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN (Novelis Islamik terkenal)

boleh di-download dalam bentuk pdf (ada link dari 4shared di bawah) & bacalah ketika ada masa terluang,

Moga dapat manfaat dari perkongsian yang tak seberapa ini, (terutama mengenai kisah lalu sebelumnya.. huu.. maaf)

Komen peribadiku mengenai kisah ini ;
..Memang terbaik lah.. cerita bukan sekadar cerita, namun ia boleh menjadi panduan dalam hidup.. membangunkan jiwa, mendekatkan lagi diri padaNya..

*Note : Latar penceritaanya kat UKM lagi tu..
(adakah aku memilih UKM sebab tertarik dengan suasana & persekitaran yang dibaca ini ketika di matrik? ~ hmm.. sedikit2 tu ada la mempengaruhi, tapi utamanya sebab course yang dipilih.. hehh~ ;) Allah Maha Menentukan..

Dari 4shared.com :



Sebarang pembetulan / pendapat amatlah dialu2kan.. ku mohon maaf atas segala salah & silap

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dihendakiNya, (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 269~



13 June 2010

'Sinki' Terbesar di Bumi?

No comments:
Ia bukan sebarang sinki, ia menelan segala apa yang ada di atasnya. Kehadirannya menggemparkan & cara ia terbentuk kelihatan sungguh luar biasa. Jeng3x~ itulah Sinkhole, atau 'Lubang Sinki' (terjemah direct ja ni). Kejadian terbaru berlaku pada akhir bulan lepas (30 Mei 2010) di Bandar Guatemala, Amerika Tengah & disiarkan di dalam berita pada 1 Jun.


Ini contoh Sinkhole yang berlaku di kawasan padang (dicedok dari bing.com)

Sinkhole adalah sejenis mendapan tanah yang berbentuk bulat (selalunya membentuk corong yang dalam. Ia terbentuk apabila batuan di dalamnya terlarut. Kebiasaannya ia berlaku di kawasan yang kaya dengan Batu Kapur (sejenis batuan sedimen dari kalsium karbonat yang terbentuk di lautan cetek & kurang tumpat). Jika ada Batu Kapur di daratan, maka dapat disimpulkan kawasan itu dahulunya ditenggelami lautan cetek. Batu ini mudah terlarut / terhakis (Dissolution Process) terutamanya dengan asid karbonik yang boleh didapati bersama air hujan / terkumpul bersama air bawah tanah.

Pembentukan Solution Sinkhole (klik gambar untuk lebih jelas, sumber)

Sinkhole yang berkaitan dengan larutan Batu Kapur dipanggil Solution Sinkhole. Apabila Batu Kapur di bawah tanah terlarut, rongga akan terbentuk & pada saat ini, kekuatan struktur tanah sudah mulai lemah. Struktur ini mulai runtuh apabila berat di atas tanah sudah tidak dapat ditampung lagi (++ pembangunan diatasnya). Sinkhole jenis ini berlaku di kawasan yang landai / sedikit curam.


Pembentukan Collapse Sinkhole (sumber)

Collapse Sinkhole pula berlaku apabila atap gua runtuh akibat berat yang berlebihan diatasnya. Ia biasa berlaku terhadap gua bawah tanah yang kaya dengan air bawah tanah. Paras air bawah tanah pula sering berubah, seiring dengan cuaca sekitar. Jika bekalan air bawah tanah ini berkurangan (kerana kekurangan hujan / musim kemarau), rongga akan terbentuk & sokongan struktur menjadi lemah. Ia juga boleh berlaku akibat perbuatan manusia yang mengepam air bawah tanah melebihi had.

Gambarajah umum pembentukan Sinkhole (sumber)

Kini berbalik kepada kejadian di Guatemala yang telah 'menelan' bangunan setinggi 3 tingkat itu. Sinkhole ini dikatakan mempunyai diameter lebih kurang 18 meter & sedalam 100 meter. Menurut suatu sumber berita luar negara, Sinkhole ini terbentuk sejurus selepas berlakunya Ribut Tropika Agatha. U.S Geological Survey menyatakan kejadian ini paling kerap berlaku di Florida, Texas, Alabama, Missouri, Kentucky, Tennessee & Pennsylvania. Berikut adalah gambar Sinkhole di Guatemala :


Mengerikan.. 'bulat molek' pulak tu.. (sumber)

Beberapa polis sedang berbincang berdekatan Sinkhole itu (dicedok dari Bing.com)

Dari sumber NatGeo News, Beberapa pakar Geologi telahpun menyiasat kawasan ini, antaranya En. Sam Bonis (Geologist di Dartmouth College, New Hampshire yang tinggal di bandar itu juga). Menariknya, beliau menyatakan kejadian ini disebabkan oleh sistem perpaipan bawah tanah bandar itu yang bocor, ditambah dengan struktur batuan bawah tanah -- terdiri daripada Batu Pumis (sejenis Batu Volkanik berongga), yang terdeposit sewaktu letusan gunung berapi zaman lampau.

Menurut beliau lagi, sifat Pumis di bandar itu longgar & mudah terhakis oleh sebarang pergerakan air. Hmm.. suatu yang logik juga untuk difikirkan. Semua kondisi tersebut menjadi 'resipi' kepada bencana ini yang akhirnya 'dibongkar' dengan izin Allah oleh ribut yang melandanya. Kesimpulan beliau, kejadian ini bukan Sinkhole kerana ia tidak memenuhi 'syarat' pembentukan Sinkhole (Batu Kapur tidak ditemui di bawah kawasan bandar itu).

Alhamdulillah setakat ini tiada Sinkhole yang serius seperti ini berlaku di Malaysia, hanya yang kecil2an (Ya Allah jauhilah kami dari bala bencana & Su'ulkhatimah), itupun kebanyakannya berlaku di kawasan bukit batu kapur yang jarang orang mahu 'menempat' di situ. Zaman ini, banyak bencana alam berlaku dikaitkan dengan perbuatan manusia yang mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka Bumi ini. Perumahan dilakukan sesuka hati serta melampaui had, hasil Bumi dikaut dengan rakusnya tanpa ada usaha berterusan untuk memeliharanya kembali ~ lebih kurang prinsip Output melebihi Input = tidak efektif!

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." -Surah As-Syura, Ayat 30-

*Ulasan dari berita berdasarkan rujukan di bawah.. Selainnya, Wallahua'lam.. :)

Rujukan berita dari LiveScience & NatGeo Daily News (klik untuk liputan penuh)

Info selanjutnya (bacaan tambahan) yang berkaitan : Sinkhole Org & Wiki.

10 June 2010

Jihad Boikot

No comments:
Setelah sekian lama bersembunyi di sebalik tabir, pemilik tangan yang tidak berbisa menulis ini hanya ingin berkongsi beberapa perkara, buat insan2 yang sudi membaca, sebagai peringatan bersama..

Seketul tajuk.. yang maknanya dapat memberi impak yang besar. Ya, pasti ramai yang telah sedia maklum mengenai pemboikotan barangan keluaran Yahudi.. Berikutan peristiwa yang berlaku terhadap umat kita, umat Islam di Palestin terutamanya sejak dahulu lagi. Ada pelbagai cara untuk membantah tindakan Israel, namun tidak semua mampu melakukan kesemua cara tersebut. Tetapi apa yang pasti semua mampu untuk memboikot produk mereka, kan3x ? :)

Bagi yang telah TERbeli produk2 tersebut (termasukla diri ini), usah terus membuangnya, nanti membazir pulak. Kalau dah tak ada jenama lain masa tu / yang itu sahaja yang tidak memberi mudarat ++ terdesak nak guna masa tu gak, itu terpulang, Allah Maha Mengetahui akan keadaan & niat setiap hambaNya. Jika produk itu bersifat elektronik (komputer, telefon bimbit, etc), kita gunakannya sebaik mungkin dalam usaha untuk menjatuhkan kaum Yahudi kembali melalui buatan mereka sendiri. Cuma untuk pembelian seterusnya kita beralihlah pada produk2 keluaran muslim / bumiputera & memajukan lagi industri ini untuk generasi kini & akan datang, InsyaAllah..

Perkara 1 :

Berikut antara Produk A.S yang diboikot oleh para Ulama' (sumber buku di bawah) :
PEPSI, COCA COLA, PIZZA HUT, KFC, MC DONALD, FORD, CHEVROLET, ENERGIZER, MOTOROLA, NIKE, ADIDAS, DONNA KARAN (DKNY), LEVI'S, RALPH LAUREN
Produk2 lain (ulangtayang link PPIM'08 punya) : klik sini

Ini antara buku yang patut dimiliki oleh semua, berharga RM20 (untuk keterangan lanjut, klik pada gambar).

Ada 1 lagi buku yang berkaitan & kupasannya lebih terperinci, tajuknya "Fobia Yahudi dan Barat Terhadap Islam" (RM22), keluaran Al-Hidayah, oleh Haji Husseiny bin Zambery (diedit oleh Dr. Mohd. Puzhi bin Usop) -- tak dapat imej, masih baru dalam pasaran --

Ini antara Cebisan Sajak & Puisi Palestin yang disalin dari buku 1 diatas, diedit dalam bentuk perenggan (err.. maaf.. nak jimatkan space & memudahkan pembacaan -- panjang sangat) ;

Tajuk : JIHAD BOIKOT

Wahai saudaraku, Tahukah kamu semua? Yahudi itu tidak sekuat mana, Ia bangsa pengecut, Hatinya amat penakut, Dibongkar Allah dalam al-Quran, Jihadmu cukup menggentarkan.

Namun, Hari ini ia berkuasa, Kenapa? Kerana ia kaya-raya, Produknya menguasai dunia, Ditaja pula kuasa besar Amerika, Bantuan berjuta dolar, Bebas memiliki senjata.

Saudaraku, Kamu membeli produk Yahudi, Kamu menyokong mereka, Kamu memberikan mereka dolar, Kamu memberikan mereka kekuatan, Dengan rasa bangga, Tanpa rasa bersalah.

Kamu mencipta seribu alasan, Kau akan lapar, Kau akan kebulur, Kau tidak maju, Kau akan susah, Kau hilang pekerjaan, Tanpa produk mereka, Cukuplah!

Kau beralasan lagi, KFC tak sokong Yahudi, Nestle tak ada kaitan, Mudahnya kau percaya, Pada diayah mereka, Tanpa sebarang siasatan, Tidakkah kau lebih percaya, Pada fatwa para ulama, Yang berhukum dengan kajian, Cukuplah!

Inilah jihad saudaraku, Tiada jihad tanpa pengorbanan, Tiada jihad tanpa kesusahan, Usah bergantung pada produk Yahudi, Bangkitlah berdikari, Buktikan produk Muslim lebih berkualiti.

Ingatlah hari kebangkitan, Allah pasti menyoal, Di mana perjuangan kamu? Di mana maruah kamu? Di mana sumbangan kamu? Di mana persaudaraan kamu? Untuk saudaramu di Gaza.

Tidakkah ada sedikit simpati? Tidakkah ada rasa belas kasihan? Tidakkah ada semangat ukhuwah? Tidakkah ada rasa ingin menolong? Jika tiada, Masih adakah simpati Allah buatmu nanti?

Tidak keterlaluan jika kukatakan, Duitmulah sumber kekuatan Yahudi, Kamulah yang memberi mereka senjata, Kamulah yang menyokong mereka, Kamulah yang membunuh saudaramu, Kamulah yang membuat saudaramu derita, Duitmu tersalur ke peluru Yahudi.

Ingatlah saudaraku, Allah SWT Maha Adil, Kamu pasti akan disoal, Kamu pasti akan dihisab, Atas setiap yang kamu belanjakan, Meskipun hanya untuk Kit Kat, Nestle.

Kamu mungkin tak mampu, Berjuang di medan perang, Mengangkat senjata, Berkonfrontasi dengan si zalim, Mengelak percikan api, Mendengar dentuman bom, Melihat aliran darah.. Habis? Apa yang kau mampu?

Tanganmu mampu dan berkuasa, Memboikot barangan mereka, Sebagai tanda perjuanganmu, Seiring jihad saudaramu, Meninggikan kalam Allah dan Rasul.


Ayuh! boikot Yahudi!

[karya Dr. Farhan Hadi Mohd Taib, Hospital Selayang, 29 Januari 2009]


Perkara 2 :

Lagu dari Maher Zain (video), bertajuk "Palestine Will be Free"



Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

(sumber lirik)

--------------------------------------------

Moga dapat manfaat bersama, InsyaAllah. Diharapkan agar usaha ini sama2 dapat dilaksanakan secara istiqamah. Segala salah silap ku mohon maaf & mohon diperbetulkan, Allahu-a'lam. "Show that we care to ummah by du'a & action, not by only words"~ Moga Ibadah kita diterima Allah~❤ peace (^^,)V

~Sekian~
~Wassalam~

14 April 2010

Nilai Kesempurnaan~

No comments:
Sedang ku mengintai halaman Fb sat semalam (sempat lagi tu =="),
terbaca la status wall dari rakan seorang pemuda Indonesia..
mungkin ayat ini biasa kedengaran, ayat yang juga suatu doa..
namun penambahannya menarik minatku untuk dikongsikan bersama..
cuma telah diubahsuai sikit-sikit mengikut bahasa rakyat tempatan Malaysia ~~

Ya Allah, Izinkanlah ku menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut pada-MU, Agar tidak terjatuh ku dalam jurang CINTA SEMU. Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisi-MU, Kerna ENGKAU pun pasti MAHA MENGETAHUI sesungguhnya akan KEADAANKU. Tidak seseorang pun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan. Maka, Aku meminta kepada-MU seseorang yang ...TAK sempurna Ya Rabb,, sehingga ia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya KERANA-MU.
-Amin-


Sempurnakah kita semua ...?
-------------------------------

Kesempurnaan akan hadir beserta rasa kesyukuran,
penerimaan suatu sifat / perkara (subjektif pada setiap orang),
yang bukannya dari perkara yang mencukupkan segala kebaikan semata,
kesyukuranlah akan mencukupkan kita,
menjadikan kita lebih menghargai apa yang ada,
yakni apa yang telah Allah ciptakan / anugerahkan,
sama ada kelebihan / kekurangan..
segalanya pasti yang terbaik untuk kita,
ada hikmah / manfaatnya,
selagi kita gunakan kelebihan / kekurangan itu ke arah menuju jalan-Nya,
ia berbalik jua pada iman di dada..


Kelebihan = jadikan ia manfaat bersama > Lillahi-ta'ala > Redha Allah

Kekurangan = jadikan ia peluang untuk kita 'upgrade' diri sentiasa > suatu usaha > peningkatan iman + amalan (Lillahi-ta'ala) > Redha Allah
Sekadar renungan.. Wallahua'lam

Bersyukur, bersyukur juga, tapi bukan bermakna kita stop kat situ & berserah gitu2 ja..
Ayuh kita usahakan ke arah peribadi yang lebih baik~!
Tingkatkan amalan & ilmu seiring dengan waktu & usia :)

-peringatan buat diri & bersama-

Moga Rahmat & Redha-Nya sentiasa bersama kita semua, InsyaAllah


~Sekian~
~Wassalam~

01 January 2010

Ada apa dengan Gempa Bumi?

No comments:
Post kali ini dipetik daripada Majalah Solusi Isu 14, m/s 64..
gempa bumi..yang juga berkait dengan subjek Geologi..
Sekadar ingin berkongsi apa yang sudah tertulis..

Kalau ikutkan nak kaji / tulis sendiri, apalah sangat dengan ilmu yang ada ni.. (--.)”
Ku sedar diri ini tak sehebat muslimah lain yg 'mantop' perjuangannya..
Laptop kesayangan ni jugak yang sudi memandang atau.. ianya satu paksaan~?!
Eh ke situ pulak.. Allahu~Akbar.. maaf ku pinta..
Yang penting = bersyukur dengan apa yang ada, berusaha tingkatkan prestasi... yah

InsyaAllah pada masa akan datang nanti (kalau sempat la..), bila dah jadi Pakar Geologi Islamik yg berjaya (InsyaAllah).. akan ku cuba jua.. kerna ilmu Allah takkan pernah habis..

Tapi kalau nak tunggu sampai benar2 berjaya alamatnya tak berkembang la ilmu kan?
Kita tidak tahu bila Malaikat Izrail akan menjemput...
Mana2 ilmu yang ada sebaiknya disampaikan..khususnya yang sudah disahkan kebenarannya,
dan jika ada salah silap, maka amatlah dialu-alukan untuk memberi pandangan / menegur kesalahan..

..Hayatilah artikel ini & moga dapat manfaat bersama :) InsyaAllah~


---------------------------------------------------------
HIKMAH KEJADIAN GEMPA DI PADANG

Ada pemerhati dan pengkaji kontemporari Al-Quran mengaitkan tarikh dan waktu berlakunya gempa di Padang ini dengan ayat al-Quran seperti di bawah :
1) Tarikh gempa : 30 September 2009 (30/9/09)
(Surah Ar-Rum 30 : 9) Allah berfirman yang bermaksud :

“Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah (bertani) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa yang mereka (ini) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka Rasulnya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tiada hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri."
2) Waktu berlaku gempa : 17:16 (WIB)
(Surah Al-Isra' 17 : 16) Allah berfirman mafhumNya :
"Apabila Kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami suruh orang yang mewah (supaya taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (durhaka), sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami binasakan negeri mereka
sebinasa-binasanya."
3) Waktu berlaku gempa susulan : 17:58 (WIB)
(Surah Al-Isra' 17 : 58 ) ;
"Tak ada antara penduduk suatu negeri melainkan Kami membinasakannya, sebelum hari kiamat atau menyeksanya dengan seksaan yang keras. Yang demikian itu telah termaktub dalam kitab."
* Apakah susunan surah dan ayat-ayat ini berlaku secara kebetulan? Atau memang telah menjadi rahsia Allah sejak azali lagi yang baru ditemui manusia melalui pemerhatian dan kecintaan kepada al-Quran?

Yang penting kita harus mengambil pengajaran bahawa setiap perkara walau sekecil manapun dijadikan Allah menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. Ada hikmah yang tersembunyi yang harus menjadi pengajaran untuk umat manusia
.

--------------------------artikel tamat---------------------------

Ya..memang benar.. usah kita pertikaikan apakah relevannya sesuatu kejadian itu kerana kita adalah hamba Allah yang mutlak, maka Allah lebih berhak untuk menentukan sesuatu mengikut rancanganNya (yang pasti adalah yang terbaik untuk ciptaan & hambaNya yang bersyukur).

Ambillah iktibar & peringatan dari apa jua yang berlaku.. Berusaha memperbaiki hubungan dengan Allah & sesama manusia..

Sesungguhnya peringatan yang dikurniakan oleh Allah (sama ada dalam bentuk hidayah, bencana atau melalui ingatan sesama manusia) adalah tanda kasihNya kepada kita. (",)



~Sekian~
~Wassalam~