Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

19 October 2010

-Salam Imtihan-

No comments:
Masanya hampir tiba...
.
.
.
Debarannya kian terasa..
.
.
.
Jadual exam turut 'resah' sampai bertukar-tukar tarikhnya~ [huh?]
.
.
.
Amali & presentation masih belum cukup terlaksana..
.
.
.
Ulangkaji.. bagaimana..??
.
.
.
(- -")
huu.. tak terkata rasanya.. pedas? masin? pahit? manis?? Wallahua'lam~

Tak lama lagi (dah dekat sangat daa~), pelajar UKM akan menghadapi sebuah lagi final exam..
Final exam semester 3 bagiku..
Sedang tersibuk dengan tugasan, mendapat khabar bahawa exam diawalkan seminggu (berdasarkan tarikh tertentu jadual asal) berikutan waktunya clash dengan cuti sempena Deepavali..
Disebabkan hal itu tidak diperhalusi dari awal dalam perancangan pihak 'atasan', maka berlakulah siri 'kehuru-haraan' dalam kalangan pelajar UKM..

..terkedu..

hm..
tak mahu cerita panjang...
itu semua dugaan sebelum bertemu ujian minda (exam)
melatih diri untuk banyakkan bersabar..
InsyaAllah di-upgrade iman (^^)

Moga segala kekusutan dapat dirungkai & dipermudahkan untuk mencapai kejayaan dunia akhirat

Ok, tak mahu banyak bicara, nak sahut seruan amali yang dah 'terfoliasi'..
there is no time to play..
Jom sambung perjuangan~!

[sambil meletakkan labah-labah untuk diternak dalam laman blog ini > beware : bakal penuh dengan sesawang + habuk]

Amalkan DUIT, InsyaAllah tenang sepanjang menghadapi exam / kehidupan :
D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal

Doa mudah faham / ingat

"Ya Allah, keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu, muliakanlah daku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah daku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang"

SALAM MUJAHADAH & ALL THE BEST~!

*percubaan pertama inking (29-8-10), berdasarkan lukisan lama yang bertarikh 19-8-08.. seronok juga explore software ni (Photoshop).. tapi melukis secara freehand terasa lagi best bagiku.. (tak 'terer' guna software sebenarnya.. hehe~ ops.. dah2)

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)" ~Surah Al-Insyiqaq, Ayat 6~

03 October 2010

Kerjalapangan 6 @ Tanjung Biru, PD

1 comment:
Tarikh : 2 - 3 Oktober 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Tanjung Biru, Port Dickson

2-10-10

- bertolak dalam pukul 8 lebih & tiba di sana dalam pukul 10 pagi

- air tidak surut seperti yang dijangka, namun perjalanan tetap diteruskan untuk memastikan keadaan benar-benar sesuai dan selamat. Dr.Zaiton tiada bersama pada hari ini untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya (keesokannya baru ada)

- perjalanan yang agak mencabar, melalui & mencelah-celah batuan licin + air paras lutut di tebingnya

Kawasan ini kaya dengan batuan metamorf jenis syis (schist), berwarna coklat kemerahan. Sangat cantik & jelas foliasinya (batuan ini dikenali dengan foliasi yang jelas & bergelombang). Kebanyakan permukaannya sudah terluluhawa & teroksida

Antara keunikan lain kawasan ini, pasang surutnya sangat jelas & dataran pantainya (shoreline) sangat panjang dan lebar. Ketika air pasang, nampak macam kawasan yang jauh dari pesisir pantai itu dalam, namun apabila pergi, ternyata air masih di paras pinggang (sesuai sangat kalau nak buat babak lemas di situ ;)

- sampai di pertengahan jalan, perjalanan kami terhenti kerana agak bahaya untuk dilalui, paras air masih tinggi & khuatir ia semakin menaik ketika hendak pulang kelak, lalu kami berpatah balik

- boleh check-in hotel pada pukul 1, sedangkan pada masa itu masih belum pukul 11 pagi, maka masa yang terluang itu kami bebas untuk melakukan sebarang aktiviti

- Ada yang mencuba perkhidmatan banana boat & kayak yang disediakan di situ :) aku pula hanya duduk di tepi pantai

- dalam pukul 11.30pm, bersama partner mengorak langkah melilau sekitar pantai.. seketika kemudian ternampak En. Mat (penyelaras makmal peta) dengan kunci-kunci bilik, menandakan kami boleh menghampirinya untuk check-in.. apa lagi, kami yang sudah lama menanti ini pantas saja menyerang beliau! :D

- dijangkakan air akan surut pukul 3 petang, maka kami pulang ke bilik dan berehat sebentar untuk 'recharge' tenaga.. aku hanya tidur-tidur ayam, entah mengapa, payah untuk melelapkan mata..

- keluar pukul 2 petang dengan partner, makan-makan kemudian menunggu yang lain tiba..
- boleh je nak mulakan dahulu dengan partner masing-masing, tetapi keselamatan agak terhad.. lebih-lebih lagi tempat cerapan kami agak sunyi & jauh dari pantai utama. Kerana safety-first, kami menunggu rakan lain hingga pada pukul 3.30pm.

- ada sepasang rakan lain yang sudah siap makan, maka kami bergerak berempat dahulu ke sana..

- ternyata air masih belum surut, dan belum sampai pertengahan jalan, terlihat kelibat rakan-rakan lelaki dan yang lain menyusul dari belakang.. lega, sekurang-kurangnya terasa lebih selamat bergerak bersama mereka

- sampai di suatu bucu, aku yang pada masa itu mendahului, melalui bahagian tepinya tetapi rupa-rupanya bahagian itu dalam dan batuan di bawah licin.. belum sempat untuk berpatah kembali, kaki tergelincir & sudah tidak mencecah dasar, lantas ku tenggelam melebihi paras pinggang & hampir hanyut dibawa ombak. Syukur ada rakan berdekatan yang sempat menarik aku kembali, kemudian kami memanjat tebing tersebut yang agak tinggi, namun lebih selamat berbanding laluan air tadi.

- Walau masih di antara puncak batuan, sempat lagi membelek kembali barang-barang & apabila melihatkan kamera serta telefon lencun dibasahi air laut, aku terkedu, namun masih menyimpan harapan agar ia kembali beroperasi setelah dikeringkan kelak.. Langkah diteruskan.

- Alhamdulillah, dalam perjalanan itu, air semakin surut walau masih belum mendedahkan keseluruhan singkapan, sekurang-kurangnya perjalanan dimudahkan.

- Dari suatu tanjung, kami memulakan pengukuran jarak & arah untuk membuat peta dasar

- jarak diukur seperti di Sg. Tekala, menggunakan tali, cuma pengukuran kali ini bertambah lancar setelah bergabung dengan 1 lagi kumpulan (makin panjang tali, makin mudah & cepat pengukuran ;)

- waktu demi waktu berlalu, akhirnya tiba jua di stesen pengukuran terakhir (tempat bermulanya perjalanan dari kawasan paya bakau).. pada masa itu matahari sudah hampir melabuhkan tirainya, memaparkan keindahan panorama matahari terbenam sebagai 'penenang jiwa' dariNya setelah kepenatan 'trekking' sambil mengukur
- keseluruhan stesen kami (tempat pengukuran di mana arahnya berubah) berjumlah 43 stesen, lain-lain bagi setiap kumpulan

- sekembalinya ke hotel, menunggu giliran untuk membersihkan diri (1 bilik 9 orang.. agak tersumbat.. huhu~). Seusai makan malam, ber'dating' dengan partner masing-masing, memulakan kerja memplot peta dasar & jadual untuk mengisi maklumat geologi disediakan (kemudahan di esok hari)

-kamera & fon tidak dapat diselamatkan jua setelah dicuci & dikeringkan.. gambar-gambar awal yang diambil semalam juga 'terkubur' kerana ia tersimpan di dalam internal memory..
hm.. harta dunia.. namun seharusnya perlu dijaga sebaiknya.. huu.. perginya dengan harapan agar diampuni & diberkati Allah segala urusan yang pernah berkaitan dengan harta benda tersebut sepanjang penggunaannya

3-10-10

- turun pada pukul 8 pagi sesudah sarapan, terus bergerak menuju ke kawasan lapangan

- pada masa itu air surut & kami terus bergerak ke lapangan melalui dataran pantai yang terdedah (semalam lalu kawasan hutan paya bakau)

sewaktu air surut.. sedang menuju ke lokaliti bersama partner.. satu-satunya gambar sebagai kenangan.. credit to hasif :)

- di stesen yang terawal, setelah ukuran jurus & kemiringan sesar serta foliasi diperoleh, kami diajar bagaimana untuk memasukkan data tersebut ke dalam peta dasar
1. Dengan arah pada kompas menunjukkan utara, selarikan kompas dengan kedudukan peta dasar (menghadapkan peta ke arah utara)

2. Kekalkan kedudukan peta, ubah arah pada kompas mengikut nilai data yang dikehendaki, selarikan jarum kompas dengan arah utara pada dasar kompas

3. Letakkan kompas dengan arah tersebut pada stesen yang dikehendaki & gariskan merentasi stesen tersebut (garis guna sisi kompas)

4. Tandakan garisan mengikut simbol-simbol tertentu (membezakan struktur sesar, kekar, telerang kuarza, atau foliasi)

5. Tuliskan nilainya bersebelahan dengan simbol tersebut
- Proses seperti itu diulang-ulang pada setiap stesen, namun apabila perjalanan semakin sukar + masa semakin suntuk, kami hanya mengambil data & akan memplotnya kemudian setelah selesai.

*Pakai protractor pun Ok.. selarikan nilai 0 di protractor dengan arah utara peta & plot nilainya pada garisan singkapan. Bagiku cara itu lebih senang & tepat, tanpa perlu risau peta / kompas teralih dari kedudukannya

- selesai menjelajah singkapan sekitar waktu tengahari, kemudian bertungkus lumus untuk transfer data pada peta di pantai utama.. Selain itu, lakaran struktur & laporan ringkas mengenai kawasan itu perlu disertakan. Alhamdulillah, sempat selesai & dihantar sekitar 2 pm, baru tenang untuk makan.

- bertolak pulang dalam 2.30 petang, tiba di UKM sekitar 4 pm

*minggu depan di Ayer Hitam, Johor (8-10hb) & seterusnya akan kembali semula ke PD di tanjung lain : Tanjung Tuan (16-17hb)

-masa semakin suntuk, tugas kian bertambah.. reciprocal function!-
-Moga Allah permudahkan segala urusan kita, InsyaAllah-

"Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." ~Surah Al-Mu'minun, Ayat 114~