Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

23 July 2010

Hilal Asyraf @ UKM

Tarikh : 19/7/10
Tempat : DK 111F, Bangunan Fizik, FST, UKM
Masa : 8:00 pm


Inilah beliau, saudara Hilal Asyraf, antara penulis muda yang giat berdakwah melalui penulisannya sama ada di dalam blog ataupun buku. Sudah lama ingin melihat karisma tuan empunya diri & mendengar penyampaiannya setelah sekian lama membaca penulisannya yang membangunkan jiwa. Alhamdulillah dia antara yang dipilih Allah untuk menjadi anak muda yang setia berdakwah. Jadi kehadirannya ke tempatku menuntut ilmu ini takkan ku lepaskan begitu sahaja.

Sepanjang penyampaiannya ku cuba untuk menyalin & mencerap seberapa daya yang mampu, sebagai peringatan untuk diri serta perkongsian buat para pembaca.. Moga dapat manfaat bersama InsyaAllah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MOTIVASI KEJAYAAN HAKIKI

1. KONSEP KEJAYAAN

- Maksud sebenar bagi setiap individu ~ Impian yang tercapai

- 'Tahu' & 'Rasa' adalah 2 perkara yang berbeza. Sebagai contoh, ada orientalis Barat yang merujuk Al-Quran dalam kajian mereka kerana 'tahu' akan kebenarannya namun belum cukup untuk me'rasa' kebesaran & kehebatan Allah yang menjadikan semua itu ..

Beliau sedang menerangkan garisan perjalanan hidup

Garisan perjalanan hidup (menurut guru beliau), tidak semestinya garisan 'Alam Kehidupan' itu panjang..

- Seksaan kubur (alam barzakh) tidak dapat dilihat secara fizikal. Sebagai contoh, antara seksaan kubur ialah disempitkan kubur sehingga berselisih tulang rusuk.. seksaan ini berterusan hingga hari kebangkitan seterusnya.. Jika difikir secara logik, pasti tulang itupun sudah lama hancur sepanjang masa yang berlalu. Seperti juga keadaan kita tidak dapat melihat kubur seseorang menyempit atau meluas.. kerana roh itu yang akan merasakan demikian.. [Na'uzubillah.. moga kita dijauhi dari seksaan kubur.. ]

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" ~Surah Al-Zalzalah, Ayat 7-8~
"Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)." ~Surah An-Naba', Ayat 40~

- Sistem perhitungan Allah sangat detail

- Penantian di Padang Mahsyar kelak pula sangat lama... Bayangkan, setiap seorang dari zaman dahulu, kini dan akan datang, akan dihitung secara sangat teliti dari umur baligh sehingga 80 tahun (jangka hayat umum secara puratanya). Cuba kalikan dengan jumlah sekalian manusia yang tak terkira banyaknya... sudah pasti giliran yang akan tiba saaanngaaat lama.. Apatah lagi dengan matahari yang sejengkal di kepala & berendam dalam air peluh dengan kedalaman berdasarkan amalan masing2. MasyaAllah.. itupun kita dikira sangat bertuah jika dibandingkan dengan umat Nabi lain kerana umat Nabi Muhammad akan dihitung terlebih dahulu.. Subhanallah..

- 80 tahun itu teramat100x kecil jika dibandingkan dengan SELAMA-LAMANYA di akhirat kelak. Andaikan, jika diambil pembaris & ditetapkan jaraknya, kita boleh menentukan jarak 80 tahun itu (seperti dalam gambar di atas).. namun, bayangkan pembaris ini tiada limitnya.. semakin jauh ia pergi, maka semakin kecil skala 80 tahun itu, langsung tak terbayang! Maha Pemurahnya Allah yang 'membayar' kebaikan / amalan yang kita lakukan dalam tempoh teramat singkat di dunia ini dengan kebaikan Syurga yang SELAMA-LAMANYA!! Namun beringat jualah seksaan yang amat pedih yang akan dirasai selama-lamanya jika didunia sentiasa melakukan kemungkaran.. Allahuakbar..


2. TUJUAN HIDUP YANG SEBENAR

- Dunia itu 'modal' kita untuk membuat 'bisnes' dengan Allah

- Adakah penciptaan kita main-main sahaja?

- "Dunia itu ladang akhirat"

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." ~Surah Adz-Dzariyat, Ayat 56~

- Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi ; "Barangsiapa yang menempatkan kalimah Ibadah itu hanya sekadar di masjid, maka dia sendiri yang telah menyempitkan ajaran Islam" (lebih kurang begitu ayatnya)

- Diingatkan, belajar / menuntut ilmu = Ibadah!

- Study itu amanah, dan sangat2 dituntut atas umat Islam. Maka dapat disimpulkan secara umum ; jika result jatuh / teruk, tidur sewaktu kuliah, ponteng kuliah & seumpamanya adalah DOSA.. Ini merupakan pandangan beliau secara peribadi, & aku juga sependapat dengannya.. (oh~ banyaknya dosa ini.. Astaghfirullah..)

- Belajar bersungguh2, dengan sehabis baik, bukan sambil lewa / cukup2 lepas je

- RASAilah belajar itu sebagai satu Ibadah, bukan sekadar TAHU mengenainya.. [Moga kita dapat Istiqamah dalam mempraktikkannya.. InsyaAllah!! yakin boleh! ]

- Setibanya di persimpangan itu (merujuk pada ilustrasi di bawah)... apakah pilihan anda? Tepuk dada tanya Iman~!

- Bagaimana pula bagi yang melakukan kemungkaran dengan beralasankan permulaan ayat di bawah ini ?

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 256~

- Sebenarnya jika disambung habis ayat itu, ia bermaksud "Tidak ada paksaan dalam BER-agama Islam".. ayat ini diturunkan beserta dengan statement ‘jika semuanya kufur' yang bermaksud tidak ada paksaan bagi mereka yang masih belum menerima hidayah untuk memeluk Islam. Namun bagi yang telah beragama Islam (telah nyata kebenaran Islam), kita WAJIB mematuhi segala perintah dari Allah.


3. PENGISIAN HIDUP

- Kalau diisi dengan kejahatan semata, tidak mungkin akan masuk Syurga kecuali jika sempat bertaubat ..

- Analoginya, apabila balang kehidupan itu diisi dengan Coke (kemungkaran) sehingga penuh, tidak akan ada peluang untuknya masuk Syurga. Akan tetapi, ada sahaja suara yang mengatakan, “Apa susah, tuang je la air Coke tu & isi semula dengan air Zam-zam sehingga penuh”. (Dalam konteks ini, ‘tuang’ = bertaubat). Namun, BILA waktunya kita akan berbuat demikian? Tunggu sehingga sudah lanjut usia kerana mahu enjoy habis2an dahulu? Jika ajal datang bertandang pada waktu yang tidak pernah kita jangka, alamatnya lingkuplah kita diakhirat kerana tidak sempat ‘menuang keluar air coke’.. Na’uzubillah.

- Bagaimana jika kita tersilap mengisinya? Perlukah kita menangguh? Baiklah, tunjukkan agreement anda untuk hidup seminit lagi.. Kita tidak ada pun bukan..?

“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” ~Surah As-Sajdah, Ayat 12~

- Allah Maha Pengampun, namun bagi yang mengetahuinya & tetap melakukan kemungkaran, dia telah mengkhianati peluang yang telah Allah berikan.. Jadi, Taubatlah sekarang!

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." Surah Ibrahim, Ayat 7~

- dalam ayat diatas, Allah memberi 'warning'.. jika kufur, azab yang dijanjikan sangat pedih

- Kematian tidak dapat dijangka.. Seperti contoh, orang yang bermain bola di tengah padang pasti merupakan orang terpilih yang sihat2, namun ada sahaja yang mati mengejut sambil bermain...

4. SAHAM

- Pelaburan di dunia ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar."


~Surah As-Saff, Ayat 10-12~

- Terdapat 4 point utama daripada ayat di bawah ini (diulas lebih lanjut kepada pecahan abcd);

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ~Surah Ali'-Imran, Ayat 185~

a) Mati itu bila-bila masa sahaja

- tiada sesiapa yang boleh menjangkakan pada waktu bila ajal akan tiba (diselitkan kisah juniornya, Jannah Sani)

- Berusahalah dalam redha Allah

- Jika kita sudah berusaha bersungguh2 namun tidak dapat apa yang kita mahukan, itulah ujian dariNya

- Bagi orang2 yang tidak beriman / kufur tetapi masih berjaya? Itu merupakan Istidraj ; sesuatu yang Allah akan bagi kerana usahanya semata, pada masa yang sama mengujinya apabila dia semakin menyimpang dari Allah atas kejayaannya itu

- Kejarlah kejayaan hakiki di akhirat dengan mengejar kecemerlangan di Dunia


b) Balasan di Akhirat

- Kematian di dunia bukanlah satu pengakhiran..

- Tempat abadi tiada kembali.. "dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu"

- Maksudnya, Mana2 yang tidak disempurnakan di dunia, Allah akan sempurnakannya di akhirat

- Hidup itu sekali sahaja? Oh tidak sama sekali... Hidup itu dua kali! Satu Kehidupan di dunia yang sementara.., Satu lagi kehidupan di akhirat yang kekal abadi..

- Hidup fail kita tidak boleh repeat semula, tidak macam exam~!


c) Kejayaan Hakiki

- Definisi kejayaan terulung > di akhirat, dalam Syurga.. Selama2nya..

- Dunia dan akhirat perlu SEIRING

- "Ketika itu sesiapa yang diselamatkan dari neraka & dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia TELAH berjaya" = Kejayaan Hakiki

"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." ~Surah Ibrahim, Ayat 22~

- Secara ringkas daripada ayat diatas, apabila ahli neraka menuduh penyebab kepada kemungkaran mereka adalah Syaitan, maka Syaitan membalas, "Aku hanya mencadangkan, mengapa kamu ikut??"


d) Dunia menipu daya

- Sebagai peringatan bagi yang masih hidup ....

- Jangan disiakan apa yang ada di muka bumi ini

- "Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu daya"

- Mengapa Allah menyebut perkara akhirat dahulu dan pada akhirnya dinyatakan mengenai Dunia di dalam ayat 185 Surah Ali'-Imran ini?
>>> Kerana kita masih hidup di Dunia! Dunia ini tempat kita menjalani kehidupan sebagai khalifah

"Sebahagian mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami ! kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kamia daripada azab neraka"."

"Mereka orang yang akan mendapat habuan yang baik daripada apa-apa yang mereka usahakan. Allah amat segera pengiraannya."


~Surah Al-Baqarah, Ayat 201-202~


Akhir katanya, "Asimilasikan kejayaan hakiki dengan kehidupan seharian, banyakkanlah bekalan d Dunia untuk menampung kehidupan di Akhirat"

------------

Segalanya adalah kurniaan dari Allah. Sesungguhnya penulisan semula ini berdasarkan apa yang didengari, dilihat & difahami oleh diri ini untuk dikongsi.. Rajah / Ilustrasi diatas dibuat semula berdasarkan paparan slideshow beliau. Sebarang salah silap ku mohon maaf.. Moga dapat manfaat bersama, Wallahu-a'lam..

No comments: