Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

28 February 2010

A. Palaeontologi 8 (Phylum Mollusca 3)

No comments:
Tarikh : 25/2/10 (Khamis)
Tempat : Makmal Palaeontologi, Aras 2, Bangunan Geo, UKM
Masa : 1300-1600

-CLASS CEPHALOPODA-

yosh~ ini satu lagi variasi fosil yang pelbagai.. ada spesis yang masih wujud sampai sekarang, antaranya Nautilius pompilius >>unik punyaa..

Sotong2 sama ada sotong kurita, cumi2 & seumpamanya pun tergolong dalam kelas ini..

Cephalopoda... asal termnya dari Latin, iaitu "Cephalon" (kepala), & "poda" (kaki)..

Atau maksud lainnya = "Kepala & kaki atau kaki di atas kepala"

Nak mudah faham, tengok je sotong.. kaki2nya semua ada kat kepala ;)

"Most of the approximately 650 living species of cephalopods are active swimmers with close circulatory system, except octopus (which have secondarily assumed a benthic life)"

"They are very abundant in pelagic marine environment, live as voracious predators of many organisms, especially fish"


[A] Sub-Class Nautiloidea

A1) No. : A 51

Ortoceras bohemicium

Jenis lingkaran (coiling) : Orthocone (jenis lurus)

A2) No. : A 317


Endoceras commune


A3 ) No. : C 318

Lituites procerus
Jenis lingkaran : Cyrtocone (melengkung sedikit) + Evolute (lingkaran penuh)

A4) No. : C 320

Nautilius pompilius
Jenis lingkaran : Involute (lingkaran tersorok sepenuhnya)

A5) No. : UKMG 1

Nautilius pompilius
(rupa yang sangat berbeza dengan yang atas kan? namun ia spesis yang sama. yang atas tu lebih 'tua' fosilnya)
Jenis suture* : Wavy
  • Awal2 tadi ada sebut sal haiwan ni... di manakah uniknya?
  • haa... nampak tak bahagian yang telah dipotong tu, ada chamber / segmen yang banyak (dibahagikan oleh septa).
  • Setiap segmen itu lak disambung dengan satu tiub khusus yang dipanggil Siphuncle.
  • Siphuncle = kontrol daya apungan dengan mengawal kemasukan air / udara ke dalam setiap segmen kosong itu..
  • Sebab tu Prof cakap haiwan ni Engineer laut dalam ;)
  • Badannya terletak di segmen yang paling luar itu sahaja, dikenali sebagai Living chamber
[B] Sub-Class Ammonoidea
B.1.Order} Clymeniida (1 jenis)
1) No. : C 321
Clymenia laevigata
Jenis lingkaran : Evolute
B.2.Order} Goniatitida (3 jenis)
1) No. : C 324

Cheiloceras curvispina
Jenis suture : Goniatitic (sharp saddle & lobes)
*Suture (struktur dalaman)= Garisan pertemuan antara septa & dinding cangkerang
2) No. : D 89
Monticoceras intumenscens
3) No. : WF 313

Gonioloboceras welleri
Jenis suture : Goniatitic
B.3.Order} Ceratitida (3 jenis)
1) No. : C 325

Ceratites (Discoceratites) levaloisi
Jenis suture : Ceratitic (rounded saddle & lobes)
2) No. : C 328
Megaphyllites jarbas
3) No. : SFK 53

Ceratites nodosus
Jenis suture : Ceratitic
B.4.Order} Ammonititida (7 jenis)
1) No. : C 334
Turrilites costatus
macam bola ragbi ja ;)
2) No. : C 342

Erycites gallifax
Jenis lingkaran : Convolute (lingkaran separa penuh)
3) No. : C 343

Dumortieria (Uptonia) jamesoni
Jenis lingkaran : Evolute
4) No. : A 56
Macrocephalites macrocephalus
5) No. : A 58

Acanthoscaphites nodosus
Jenis lingkaran : Convolute
6) No. : WF 345
Asteroceras obstusum
Jenis lingkaran : Evolute
7) No. : SFW 108

Perisphinctes sp.
Jenis lingkaran : Evolute
Jenis suture : Simple (straight)
* paparan ini hanya berdasarkan gambar sampel fosil yang sempat diambil..

~Sekian~
~Wassalam~

27 February 2010

A. Palaeontologi 7 (Phylum Mollusca 2)

No comments:
Tarikh : 11/2/10 (Khamis)
Tempat : Makmal Palaeontologi, Aras 2, Bangunan Geo, UKM
Masa : 1300-1600


Presenting..


PHYLUM - MOLLUSCA..
VERSI 2 >> CLASS GASTROPODA~!



Gastropoda? Oh what is that? Ngehe.. just go at the beach and u'll find it beneath ur feet >

sipots dong.. ops... shell-lah.. or snails... at ur green-gross-slimy-mossy-garden.. ^^

Apo nih... sopik english peroporley plis.. (nogori style la plak, bak kata iklan di IKIM) ;p
ya udeh.. jom ke kelas memasak seafood~

Dengan lafaz Bismillah~


Dari nota:

Most gastropods are marine animals, but there are numerous forms in both
freshwater & terrestrial environments


- Form yang ada shell (cangkerang) = "Snails"

- Form tanpa shells = "Slugs" (rupa cam siput 'toot' -siput darat- , dgn mata ala2 sesungut & badannya, tapi bukan lintah / pacat tau.. yg tu tarak sesungut..)


Prof kata slug ni bekas laluannya nampak berkilat2.. hmm.. agak menarik, tapi tak pernah pula ku lihat di taman2 sebelum ni.. dah dikutip buat gulai agaknya.. erk..
Dari segi Biologi?

(sumber gambar dari wikipedia)


- Ia mempunyai kepala, mulut (beserta radula = rahang), mata, tentakel & organ deria yg lain

- Visceral disc terletak di dalam ruang cangkerang yang kosong, dengan putaran 180 darjah. Jadi, perut, insang & ruang mantel terletak di atas kepalanya (keadaan ini dipanggil putaran sempurna / lengkap). Bagaimanapun, gastropod yang tidak bercangkerang tidak mengalami putaran ini (jadi, perutnya terletak di belakang kepala)

- Insangnya terletak di dalam ruang mantel secara berpasangan, tetapi bagi Pulmonata (siput darat) insang digantikan dengan paru-paru

- Kakinya rata & fleksibel agar haiwan tersebut boleh merayap atas permukaan yang tidak rata

- Operculum (penutup atas) tersambung kepada kakinya, yang berfungsi untuk menutup cangkerangnya apabila ia diancam / masuk ke dalam

- Secara umumnya, Gastropod adalah haiwan karnivor (pemaging), tetapi ada sesetengah yang detritus feeder (memakan lumpur). * Siput darat adalah herbivor...


Pengelasannya ditumpukan kepada bahagian badan gastropod yang lembut seperti insang, sistem saraf, jantung, buah pinggang, organ reproduktif, etc2..

Ini antara Sub-Class & Order yg ada di lab ini.. banyak lagi sebenarnya :)

*Disebabkan kemalasan melanda untuk menulis kembali setiap satu Genus & Species (sebab dah ada dalam gambar), meh ku terangkan bagaimana menafsir dari gambar2 berikut (cewah).. kalau yang tulisan kecik sangat / salah eja kat gambar tu akan ditulis semula juga..

Genus & Species boleh didapati dari 'Name'.. tiada istilah 'Name' sebenarnya bagi pengelasan palaeontologi.. Genus adalah perkataan pertama dalam nama saintifik, Species adalah nama saintifiknya (gabungan nama Genus). Jika ditulis tangan, perkataan tersebut perlu digariskan (melainkan anda berupaya menulis Italic dengan kemas ^^)



[A] Sub-Class : Prossobranchia


(A1) Order : Archaeogastropoda


1. No. : C 260


Ni spesis berbentuk topi.. jenis bentuk Helcionella (pandangan atas)

haa..ni dari bawah..topi wizard.. ;)



2. No. : C 263




3. No. : C264

pandangan atas.. (teringat pulak kat cendawan goreng... =_=")


bawah..


4. No. : C 268

dari atas, nampak biasa2 sahaja..
cak...macam kasut... bentuk bellerophon


5. No. : C 275

ini bentuk Ampulella...

pandangan pintu rumahnya..


6. No. : C 276

ini... dalam bentuk sepasang.. sebenarnya satu2.. mati bersama.. heh

macam tulang belakang pun ada..

* untuk nama tu, yg dalam bracket tu termasuk dalam Genus ya.


7. No. : A 46

Genus : Paludina (Tulotoma)
Species : Paludina (Tulotoma) stricturaneum

*apa conteng2 ni...ish :]

hm....


8. No. : KF 254




(A2) Order : Caenagostropoda

1. No. : C 278

Genus : Tympanotonus
Species : Tympanotonus margaritaceous



2. No. : C 284

Genus : Apporhais
Species : Apporhais pespelicani


*ni bentuk Apporhais (ada digit = jejari, tempat siphon keluar)



3. No. : C 288



Genus : Globularia
Species : Globularia patula



4. No. : C 292




5. No. : C 296


bentuk Acteonella


6. No. : C 305


Genus : Murex (Bolinus)
Species : Murex (Bolinus) brandaria



7. No. : C 306





8. No. : C 307


Genus : Nassa
Species : Nassa clathrata



9. No. : MF 74

Seperti nama saintifiknya, ini salah satu bentuk Conus


10. No. : SFW 90


Spesis lain bentuk Conus


11. No. : SFW 93


Genus : Melomgena
Species : Melomgena subcoronata

*ala2 crown...agaknya itu datangnya nama 'coronata' tu


12. No. : MSL 10


ini antara spesis yang paling banyak jumpa kat pantai Malaysia..
bentuk : Calliostoma


13. No. : MSL 15


Eik..apakah ini? mana bukaannya? macam mana haiwan tu nak keluar masuk dari cangkerang ni?
haa itulah antara persoalan yang bermain di kepala ini bila pertama kali didedahkan dengan menda ni.. pelik tak?
Ini sebenarnya bukan cangkerang.. tapi inilah Operculumnya.. *penutupnya* bagi spesis yang tertulis tu..
bahagian yang gelap tu kesan cantuman kepada 'ekor'nya
cangkerangnya mana? tak dapat dikesan..eheh.. Prof cakap ni je tinggalan yang dijumpai...


[B] Sub-Class : Ophistobranchiata


1. No. : C 308 (satu2nya spesis bawah sub-class ini)


Genus : Actaeonella
Species : Actaeonella conica


*sampel yang agak berat kerna dipenuhi sedimen...

masa minggu ni tak perlu lukis sampel lagi.. baru je hati ni nak berbunga bahagia tetiba minggu seterusnya kena lukis 7 sampel gastropod ni, + dengan lukisan Cephalopod (kisah Cephalopod akan menyusul secepat mungkin..InsyaAllah kalau berkesempatan)



~Sekian~
~Wassalam~