Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

04 July 2010

Air Terjun Sg. Pandan ::album 29-5-10::

Sepanjang cuti ini, abah sempat mencuri masa pada hari itu untuk membawa kami sekeluarga gi 'jalan-jalan' sekitar Kuantan, alang2 ada maksu, tokmi & cikyah di rumah. Bertolak pada waktu pagi, singgah makan & ke Muzium Sg. Lembing. Memandangkan sebelum ni aku pernah pergi ke sana dengan keluarga bertiga & tidak lupa juga semasa kerjalapangan Pantai Timur, maka bertukar perananlah menjadi tourguide sementara untuk nenek & ibu saudaraku ;)

Sesudah mendalami suasana lombong di sana, kami bergerak ke Air Terjun Sungai Pandan, gi berkelah la lebih kurang.. Sebelum ini pernah juga singgah di sini suatu ketika dahulu, sebelum usiaku mencecah 10 tahun..

Dulu free je masuk, kena dengan tempatnya yang kurang popular ketika itu. Sekarang sudah ada pintu masuk dengan pondok bayaran & ada tempat parking yang terhad di suatu kawasan. Namun bayaran itu berbaloi dengan segala kemudahan yang disediakan di sana, terutamanya bagi keluarga yang ada anak2 kecil kerana ada kawasan yang disediakan khusus untuk kanak2 :) macam taman tema air pun ada. Walau tak sehebat taman tema air ternama, namun suasana di sini lebih nyaman dengan persekitaran hutan asli kurniaan dariNya..

Dari kawasan parking di bahagian hilir, berliku2 juga jalannya untuk ke air terjun. Melalui kawasan gerai2 & berehat sebentar di pondok berhampiran sambil menikmati suasana sekitar. Subhanallah, sudah lama tidak merasai keindahan hutan lipur & air sungai..

1.29 pm - dari hilir sungai

1.45 pm - laluan tepi bukit menuju ke jambatan gantung & air terjun.. abah main menyorok la pulak~

Masa ni aku & abah sahaja yang naik tengok2 dulu, meninggalkan ahli keluarga lain berehat sejenak di bawah, khuatir tokmi kepenatan kalau jaraknya masih jauh untuk berjalan ke air terjun.

1.49 pm - Sambil menunggu pelancong lain habis posing untuk menyeberang, apa lagi.. alang2 tu tumpang 2 kaki jap déh~


1.49 pm - Tersergam indah... Subhanallah~ tuu diaa.. air paling berani sedang terjun tanpa henti ;) gambar dari jambatan gantung.. (horizontal view) Pembentukan air terjun yang unik dengan batuan bertingkat.. curam tuh.. don't play2 maa~

1.49 pm - (vertical view) orang2 yang mandi kat situ nampak sebesar semut ja.. terkejut gak tengok ada yang mandi kat cenuram tempat air mengalir atas nun.. hish.. berani seyh~

1.53 pm - dalam perjalanan ke hilir semula, seusai melalui jambatan gantung.. (pandangan belakang)

Lepas je lalu kawasan ni, nampakla umi & lain2 di seberang. Pastu call bagitau, OK je kalau nak lalu, cuma kena hati2 kat kawasan akar2 pokok takut tersadung (sambil tu sempat lagi main lambai2 sat). Kelihatan tokmi bersemangat untuk pergi..hehe.. bab2 mencuci mata kat pantai / kawasan rekreasi berkonsepkan alam memang menjadi kegemarannya kalau datang ke Kuantan.. kalau kat rumah memang tak lekang duduk, asyik berkebun je.. jika tak buat kerja, tokmi lebih penat kebosanan.. Kesungguhan & kekuatan tokmi walau semakin dimamah usia menambah kekagumanku padanya.. sakit2 pun sangat jarang.. tak makan koksé (meraban) sejak zaman mudanya mungkin menjadi salah satu faktor, ditambah lagi dengan kegemarannya ; ulam-ulaman + budu..

Terbayang2 pula bagaimana denganku bila dah berusia kelak, mungkin tidak sekuatnya, atau mungkin tidak sempat mencecah usia itu pun. Allahu-A'lam... apa2 pun, menjaga kesihatan itu salah satu ibadah, selagi mana boleh dicegah kemudharatan selagi itu perlu diusahakan. Sebarang kesakitan yang hadir pula menjadi ujian, moga menjadi kafarah atas dosa2 kecil kita InsyaAllah..

2.08 pm - baris..bariss..lurusss~! (dari depan ; umi, maksu, cikyah & tokmi)

Alhamdulillah, sempat jua bersama keluarga dari kampung sewaktu cuti ini dengan menghayati keindahan ciptaanNya & sedikit sebanyak dapat menyegarkan pernafasan dari debu2 kota yang semakin tepu sejak kebelakangan ini...

*Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai tempat ini serta lokasinya, boleh rujuk pada link ini : Sungai Pandan Waterfall

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." ~Surah Ar-Ra'd, Ayat 3~

No comments: