Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

17 July 2010

Kerjalapangan 3 @ Taman Pantun UKM (Siri 1)


Ini Istana lama di tengah Taman Pantun UKM.. Sayang sekali.. Kini jadi Istana makhluk halus kot~ dah lama tinggal kosong tu. (sumber gambar)

Pagi ini ku bangun dengan berat berkilo2, memandangkan demam selsema yang singgah sejak hari Khamis lalu masih belum kebah sepenuhnya. Masih ada saki-bakinya.. kugagahkan jua kerana kalau tak hadir untuk kerjalapangan ni, alamatnya 'bergoncanglah dunia' pemetaanku yang masih belum stabil ini.. takkan ada pengulangan bagi yang tiada. Alhamdulillah masa tu kesihatan bertambah baik...

Sebelum ke kawasan lapangan, berkumpul dahulu di Makmal Peta untuk sesi taklimat pada pukul 8.30 pagi. Namun... pada masa itu masih kekurangan orangnya.. begitu juga 10 minit selepas itu.. masih belum penuh.. aku sekadar tersenyum kambing, kerana situasi sebegini sudah terlalu biasa dihadapi.. husnuz-zhan ok.. (- -,)

Akhirnya pensyarah yang dinanti tiba jua 20 minit selepas itu.. maka bermulalah sesi pembelajaran penggunaan kompas. Ada 2 jenis kompas yang famous digunakan ahli geologi ;

1. Kompas 'Silva Ranger'

- haa.. ini yang kami semua ada.. sama je capnya ; Suunto :) yang berharga RM 245 sebiji.. import tuh~~ (gambar dari internet, jenama lain namun sebijik camni)

- kompas ini sangat bagus untuk menentukan strike & dip, trend (bearing) serta plunge

- kelemahan : sukar untuk menentukan ketepatan bearing kerana kekurangan sistem penanda aras (tiada bubble untuk mengetahui kedudukannya benar2 landai atau tidak)

- pengukuran bearing lebih tepat pada kedudukan aras pinggang


2. Kompas Brunton

- yang ini bulat & tebal macam kotak rahsia / kotak mekap zaman dulu...haha. (gambar dari internet.. ini London mari~)

- Mendengarkan fungsinya sahaja sudah cukup untuk membuatkan para geologist ternganga kekaguman.. tapi bukan itu sahaja.. ada satu lagi perkara yang bakal membuatkan ia bertukar menjadi mimpi ngeri untuk membelinya ~ ia berharga RM 2,000 ++ !! wah~ buleh beli 100 bijik lagi kompas silva ranger dengan wang sebanyak itu.. huii T_T .

- antara kelebihannya, kompas ini dapat menentukan kemiringan secara direct sesuatu cerun, & ada Bull's eye untuk memastikan penyelarasan aras yang betul

- dapat mengukur bearing sama ada dari aras pinggang atau aras mata

- untuk mengukur strike & dip, trend & plunge

Kalau jadi geologist yang mengkhusus kepada pemetaan memang berbaloi la juga nak beli yang itu, lebih2 lagi tang dah bergaji nanti. Sebolehnya aku nak mengkhusus ke bidang Geologi Sekitaran masa tahun 3 nanti.. InsyaAllah.. & lebih sesuai untuk bekerja di pejabat..

Laporan akan dibuat secara kumpulan. 1 kumpulan 2 orang (berpasangan). Kalau dulu, (menurut Dr.) pelajar akan dipasangkan lelaki perempuan.. dan kali ini boleh pilih partner masing2 memandangkan batch ini ramai sangat perempuan.. Syukur sesangat dapat partner perempuan.. cuma sebenarnya kursus ni sepatutnya ramai lelaki la (untuk pembelajaran umum) memandangkan selalu kena keluar ke lapangan.. (aku juga tidak menyangka sebegini lasak.. namun apa2 pun sebagai seorang muslimah ada perkara yang harus dijaga & dielakkan, kalau rasa mampu sekalipun kena hadkan kerjanya..)

Sesi kajian dimulakan dengan mengukur arah utara sebagai panduan. Kemudian bergerak ke sisi parit (sempadan kawasan) untuk memulakan kerja pemetaan Peta Dasar dari situ. Sebelum memulakan langkah perlu menetapkan kedudukan arah bearing ke tempat yang dituju menggunakan kompas. Begitu juga seterusnya jika ada belokan.

Sambil2 itu sempat juga rakan se-SPKG ; Vani berseloroh ~ "Inilah Pangkor kita..." Kami sama2 tersengih sambil menggeleng kepala :D

Pada hari ini juga ada program di Pangkor, bawah SPKG k.nurul (under kolej).. namun yang itu harus dikorbankan demi kerjalapangan setiap hujung minggu yang harus diutamakan..

Setiap langkah bagi setiap orang adalah berbeza. Sebab itu tempoh hari (dalam minggu yang sama) kami berpakat dengan geng masing2 untuk pergi mengukur langkah di stadium, bersama pengurus bilik pemetaan yang selalu ada di sana pada waktu petang. Ada yang kehairanan melihat gelagat kami yang sekadar berjalan pada satu jarak yang lurus (jarak 20m & 100m) di stadium berulang-alik. Malah ada yang mengusik bertanya "ambil modelling ke..?" haha.. apa2 je la.. janji kerja selesai. Dari langkah itu kemudian bolehla ditentukan jaraknya dalam meter tanpa menggunakan pengukur.

Kawasan taman itu tidak rata & beralun... lenguh juga kaki yang tidak bertaraf atlit ini berdiri & melangkah buat masa yang lama tanpa henti. Apabila tiba di kawasan tepi jalan & mengira langkah di kawasan berumput (jauh sikit dari tengah jalan), ada banyak kenderaan yang memberi hon sambil lalu. Entah apa isyaratnya aku pun tak mengerti, mungkin nak beringat2 agar berjaga2 (ye, kami tau risiko itu..) tak terkecuali yang mengaco, ada sampai terlupa langkah pun ada. Akhirnya tiba juga di checkpoint / stesen terakhir iaitu tempat permulaan tadi sekitar pukul 1.45 pm.

Sesudah menunggu beberapa rakan, kami sama2 bertolak menuju ke makmal peta semula. Dari sana berjalan kaki, hingga ke stesen bas @ KTAMS. Wajah masing2 dah macam kena celur je.. termasuk diri ini. Dah tak larat nak berjalan lagi ke FST... beruntung bagi yang ada kenderaan sendiri, terutamanya kaum adam la yang banyak.. :) sempat mandi & makan lagi~ bagusla, dapat urus masa dengan baik. Nanti nak bawa keta kat sini gak la~ ;p ..InsyaAllah bila dah cukup yakin.

Sampai kat sana, bergegas untuk bersolat, dikatakan perlu berkumpul di makmal peta pukul 2.30pm, sedangkan pada waktu itu sudahpun 2.10pm. Baru je nak gi surau FST, tetiba partner dapat mesej katanya kul 2 mula. Maka naik la ke tingkat 1 & berasa cukup hampa melihat hanya ada 2 orang dalam tu, sedang tidur kepenatan (dah agak dah lom mula lagi). Dengan saki baki masa & kudrat yang dihabiskan ke situ, berkejar semula ke surau FST & kembali ke makmal pada pukul 2.45pm. Sela beberapa minit, pensyarah pun masuk. Alhamdulillah dapat bertemu janji dengan Allah terlebih dahulu.. sebab bila kena kumpul semula, biasanya akan diteruskan sampai ke lewat petang.

Ini baru pertama kali buat kerjalapangan secara kendiri & berpeta, jadi masing2 pun tidak tahu apa progress sepanjang hari itu. Walau diberi kuliah sehebat manapun, perkara yang berkaitan dengan amali pasti perlu dipelajari secara amali juga, baru dapat tahu benar2 faham atau tidak.. .
. . . Hendak bertanya sebelumnya pula tidak terlintas di fikiran ini ++ mengandaikan semua ini akan berakhir pada waktu tengahari.. (pengajaran..pengajaran..)

Daripada catatan bearing serta langkah kaki, kami perlu terjemah ia ke dalam kertas graf bersaiz A3 (ha, kertas ni pun bukan dijumpai kat U ini [ke aku je yang tak jumpa?], namun baru diberitahu sehari sebelumnya.. saiz A4 adala jual..hu). Maka berlakulah proses pinjaman dari sekelompok rakan yang dah beli.. mungkin mereka sempat outing petang semalam.. Allahu-a'lam..

Sungguh, pemetaan ini memerlukan penelitian yang tinggi, sudut tu kalau dah tersalah sikit pun dah rosak 1 peta.. Namun ku hairan melihatkan ada je yang cepat siap.. barangkali aku terlalu teliti sangat nak pastikan point nya tepat + beberapa kekhilafan yang lain, akhirnya sendiri juga susah..

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang... masing2 bertungkus lumus untuk menyudah & membetulkan kedudukan peta. Ini baru peta dasar (frame kawasan), minggu depan peta ini akan diisi maklumat seterusnya berkaitan kontur serta bentuk muka bumi di situ.

Kecuakan melanda apabila diminta untuk menghantar pada petang itu juga pada pukul 6 petang. Kerling kat jam, 5.50 petang~ (!!) Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa hatiku masa itu.. awat baru cakap.. :'(( Balik2 menyalahkan diri sendiri juga sebab tak tanya awal2.. (kuliah sebelum2nya ada cakap, kalau bukan hari itu, keesokan harinya pun boleh hantar... tapi... - -")

--Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. perjuangan harus diteruskan!

Setelah meminta pandangan Dr. mengenai peta kami, beliau kata dah OK skalanya. cuma lebih elok jika diperbesarkan. Namun apa boleh buat, nak padam & buat lebih besar dah kesuntukan masa, partner pun dah tak larat, seharian kami tak menjamah makanan (berbekalkan tenaga breakfast sahaja), air botol dah lama habis & kami sudahkan apa yang patut. Ada yang sudah pulang.. Akhirnya siap juga & hantar dalam pukul 6.35pm, keluar dengan mengharapkan rakan2 yang masih berjuang di situ agar dapat menyiapkan secepat mungkin juga.

Pulang ke kolej sambil berdoa moga masih ada makanan terutamanya nasi~ Alhamdulillah ada nasi goreng yang sudah siap dibungkus.. Allah, tak pernah merasa selapar itu... malah penatnya seumpama kerjalapangan seminggu pada bulan 5 lepas. Sewaktu berjalan pulang sekali dengan partner, dia ada terdengar senior cakap di PD kelak lebih mencabar & memeritkan.. ku tertawa dengan nada tak rela.. hm.. InsyaAllah akan dibiasakan juga nanti..

Minggu seterusnya tau dah la camne.. bawa persediaan secukupnya.. terutamanya bekalan hati & emosi yang sihat.. Allahu-a'lam.. wee~

"Sabar itu separuh daripada Iman"

Suatu lagi perkara untuk dikongsi ;

‎"Perhatikanlah hatimu karena ia akan menjadi fikiranmu. Perhatikanlah fikiranmu karena ia akan menjadi perkataanmu. Perhatikanlah perkataanmu karena ia akan menjadi perbuatanmu. Perhatikanlah perbuatanmu karena ia akan menjadi kebiasaanmu. Perhatikanlah kebiasaanmu karena ia akan menjadi karaktermu. Dan Perhatikanlah karaktermu karena ia akan menjadi lintasan hatimu" -post Ust Zawawi @ FB-

No comments: