Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

31 July 2010

Kerjalapangan 5 @ Sg. Tekala

No comments:
8 pagi - berkumpul di foyer bangunan geologi. Seusai menandatangani kehadiran, naik bas UKM ramai2.. Perjalanan tidak sampai 1 jam, namun meredah jauh ke dalam.

Fieldwork kali ini ternyata memberi kelainan, atau lebih sesuai dipanggil "Riverwork" kerana semua mencerap sambil berendam di dalam sungai~!

Cara Kerja :

Ukur panjang sungai dengan partner masing2 bermula dari hulu sungai (kawasan landai) hingga ke muka air terjun menggunakan tali (perjalanan semakin meninggi -- macam naik bukit juga la). Ambil kira kedudukan bearing serta jurus & kemiringan yang terdapat pada satah kekar / sesar di batuan sepanjang laluan sungai itu.



Sesampainya di sana, kami diberi taklimat mengikut 3 kumpulan (sebab ramai sangat).. aku & sha termasuk dalam kumpulan terakhir (mula kerja lewat sikit).

Kebanyakannya mengukur berhampiran = kepadatan 'penduduk' tinggi.. Jadi untuk mengelakkan 'kesesakan lalu-lintas', kami bergerak mengukur di bahagian paling hujung..

Secara amnya kawasan ini dipenuhi batuan igneus (Granit) yang mengalami proses luluhawa serta tektonik.. Banyak singkapan yang mempunyai kekar serta sesar yang berlainan set.. wu.. jenuh juga mengukur jurus & kemiringan setiap set yang berbeza arah (kalau selari dengan singkapan sebelumnya, tak yah ukur dah)..


'Tali-an hayat' kami... hujung satu lagi dipegang sha.. :)

Kiranya kerja 3 in 1 la (bearing, jarak, jurus & miring batu). Kadang2 ada batuan yang terlepas pandang bila terlalu fokus pada ukuran panjang sungai.. terkeliru pun ada.. apa2 pun perjalanan harus diteruskan.

Kawasan yang paling dalam diredah setakat paras pinggang, tapi Dr. suruh lalu mengikut laluan lain.. bahaya kalau terjatuh, lebih2 lagi sungai ni banyak sangat batunya. Sebelumnya Dr. pernah cerita, dulu ada student yang tergelincir , dan habis patah gigi depannya + terkoyak mulut dek kena batu.. ya Allah..seram mendengornye.. Batu kat sini sangat licin, meskipun sudah pakai kasut getah.. Beware~!

Sedang mara kehadapan entah berapa macam aksi menahan jatuh bila lalu kat kawasan yang tetiba dalam + batu licin.. Tapi 'Gaya-UKM' tak sempat buat la ~;p .Alhamdulillah tak jatuh tersembam.. sedikit sebanyak perjalanan jadi makin slow kerana semakin ke hulu semakin banyak batu besar & aliran sungai semakin deras.

Di tangan terpegangnya nota, pensil, kamera & kompas.. (erk.. kameraku tak kalis air..). Aku menjadi pencatat, pengukur & pengambil data menggunakan foto manakala sha lebih banyak kerja mengukur jurus + miring. Walau tak basah keseluruhan, barang2 lain turut terkena tempiasnya.. nota dah jadi macam notis tandas~~

Sedang lalu kat kawasan dalam sikit, sedar2 je kompas yang terikat talinya pada beg galas terendam dalam air.. cepat2 diangkat & Alhamdulillah masih berfungsi walau ada kesan air didalamnya....
*Baru je tau yang Kompas ni tak kalis air sebenarnya, cukup terkilan.. Ingatkan dengan harga yang 'mahal' tu ia kalis air.. Kemudian teringat kembali pada kamera dengan harga sekian2 yang tak kalis air juga & akhirnya ku akur.. huhu ..

Bila dah lenguh, berhenti sebentar untuk makan bekalan yang dibawa. Limit masa fieldwork ini diberi hingga 3.30 petang.. memandang jauh dihadapan, kelihatan bayang2 rakan lain yang laju mendahului, & ada juga yang di belakang kami..

Kawasan yang paling mencabar adalah di 'pulau', tempat sungai asal bercabang dan akhirnya bercantum semula.. di situlah air mengalir deras, ada part yang dalam, & tak kurang juga ada mat-mat dedah yang mandi kat situ (isk.. kok ye nak mandi pon tutupla aurat tu.. tu tempat awam la incik.. tak pasal2 kena limit pandangan yang dah kabur ni - -")


Inilah 'pulau'nya.. ada wakaf di tengah..

Dalam waktu melepasi tengah hari tu, semakin ramai pelancong datang beriadah dengan anak2 & ahli keluarga. Namun kerja tetap diteruskan dengan tali-temali berselirat serta aksi mengukur bearing yang pasti menarik perhatian sesiapa yang belum mengerti.. Best pulak tengok seisi keluarga tengah beriadah & bermain dengan anak2.. Ops.. anda datang sini bukan untuk berpicnic~ Fokus pada kerja!

Kesejukan air mengecutkan lagi kaki yang sudah lama terendam.. terlihat En. Mat (penyelaras makmal peta) sedang menunggu kami & beberapa partner lain di belakang. Perbualan sesama kami memerlukan suara kuasa soprano walau jarak kurang 5 meter,, suara tenggelam dek deruman air terjun. Last2 bila sampai kat muka air terjun, En. Mat beri anggaran jarak serta ketinggian air terjun di situ untuk mempercepatkan kerja kami (syukran!). Jam sudah menunjukkan pukul 3.05 petang..

Mengambil gambar terakhir di situ, namun kamera yang telah terdedah dengan suasana lembap menyebabkan wap air terkondensasi pada dalam lensa & skrin yang dah cacat (pernah terjatuh atas batu masa fieldwork pantai timur) memaparkan riak2 litar pintas.. terkedu seketika.....

Sha yang 'bercahaya' dek wap air pada lensa ~:)

tang dia ok sekejap.. inilah muka air terjun.. atas tu tinggi lagi disebalik pepohon

Seusai mengambil sudut dongak pada puncak air terjun, kami membasuh sisa pepasir lantas mengekori En. Mat melalui jalan darat.. Wah~ perjalanan di darat terasa seperti berterbangan dek terlalu lama meredah air..

Di dalam bas, dengan pakaian yang masih lencun, mengemaskini data kasar itu & menghantar pada En. Mat untuk disimpan di makmal peta (Kerja memproses data akan dilakukan sewaktu bulan Ramadhan)..

Rakan2 yang habis awal tak melepaskan peluang untuk mandi di situ. Mereka mandi di kawasan air terjun. Kami? huhu...tak berkesempatan.. Lain kali je la.. ;) InsyaAllah..
*Sempat juga bertanya 'rahsia' mereka cepat siap.. Mereka kata data tak perlu ambil detail sangat.. errr.. hm.. takpelah, biar lambat asal selamat (hish.. nak jugak sedapkan hati.. think + ok ;) Moga2 data yang kami dah terambil itu bermanfaat untuk kerja tafsiran kami kelak, InsyaAllah.. yang penting kefahaman semakin terbina :)

Bertolak pulang dalam waktu 3.40 pm ke UKM & selamat sampai di kolej pada waktu asar..

*balik tu terus bawa keluar kamera & kompas.. biarkan dia kering.. dengan harapan alatan itu masih dapat meneruskan 'jasa'nya walau cacat sekalipun.. sekiranya tidak dapat diselamatkan, aku harus redha.. itu hanya harta dunia..

namun..
Alhamdulillah, bila check semula, setakat ini ia dapat beroperasi seperti biasa :)

*Klik sini untuk INFO & LOKASI SG. TEKALA :)

------------------------

Syukur, perjalanan kerjalapangan kali ini lebih teratur walau sedikit terlambat..
Bila renungkan kembali, tak pernah pula terlintas kos Geologi selasak ini..
Akan tetapi ku rasakan ia 'senaman' sesuai untukku yang tak mampu berathletic..
Pada masa yang sama gembira kerana bidang ini dapat lebih mendekatkan diri ini kepada alam..
Alam ciptaan Ilahi..
melihatkan betapa tersusun ciptaanNya ..
walau pada batuan yang kelihatan 'tak bernyawa'..

Setiap bidang / ilmu adalah dariNya jua, tidak kira Geologi atau apa jua bidang sekalipun,
cuma terpulang pada penuntutnya sama ada mahu menjauhkan diri / mendekatkan diri pada Allah melalui kurniaan ilmu itu (^^)v [peace~]

Alam ini milikNya... tidak ada milik kita.. kita hanya mengusahakannya~

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)." ~Surah Ibrahim Ayat 32~

Selagi kita bernyawa, kita sedang memegang amanah.. amanah sebagai khalifah di muka bumi..

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~Surah Al-An'am, Ayat 165~

26 July 2010

Ruang Biru Itu..

2 comments:
Seperti biasa..

Suatu anugerah untuk menghela nafas pagi setelah melepasi 'mati kecil' di malam hari...

Kuliah pertama adalah Amali Sedimentologi @ 9 pagi..

Dengan rasa gumbira & bahagia 'bermain' pelbagai sampel tanah serta pasir bersama rakan seperjuangan.. untuk ditafsir ke dalam amali mengikut kehendak soalan..

Kemudian..

Suatu rasa itu datang menjengah..

Sakit.. sakit yang amat..

Ku faham ia antara lumrah wanita, dan untuk mengalaminya antara kurniaan dariNya jua.. segalanya berhikmah..

Melewati sakit itu, ku doakan agar ia menjadi kafarah dosa2ku.. dengan izin dariNya..


..dengan mata berpinar2, aku cuba fokus pada Prof yang kini sedang berbincang mengenai hasil amali..

Ada antara rakan yang duduk berdekatan mula memandangku kehairanan, kerana aku sudah tak boleh duduk diam.. namun kubalas pandangan mereka dengan wajah "I'm ok & I'm happy"~

Sahabat yang mengetahuinya pula memandangku dengan wajah "Ok x?" dari jauh.. aku tersengih menahan pedih..

Amali berakhir pukul 12pm, lantas mahu bergegas bersama sahabatku, Hidayah untuk ke kelas Hubungan Insan yang bermula pada waktu itu jua -- di KTAMS!

Hanya aku & dia 'budak geo' yang mengambil kursus itu sem ini..

Minggu sebelumnya telah kami maklumkan kepada Prof H.Insan atas kemungkinan untuk tiba lewat ke kelasnya memandangkan amali kami di FST.. dan Alhamdulillah beliau mengizinkan..

..di stesen bas bersebelahan KDO, aku cuba menenangkan diri.. kadang terduduk menahan sakit.. antara dilema.. nak pergi merana, nak ditinggalkan sayang pula~

Ternyata, kesakitannya bertambah..
Lantas ku tekad untuk ke Pusat Kesihatan (PK)..

Pabila bas yang dinanti tiba, sahabatku memimpinku bergerak.. aku bangun dalam keadaan menggeletar..

Dalam bas aku berdiri dalam resah gelisah, hanya mampu bersandar pada sahabat yang sudah penuh ditangannya dengan barang2ku..

Setibanya di suatu lokasi, penumpang sudah berkurangan dan akhirnya aku dapat duduk..

Tiba2 aku mula terasa membahang..
& jari-jemariku kelihatan semakin melurus kekebasan..
langsung tidak merasai apa2..
aku tak mampu mengawalnya, & aku sendiri tak mengerti..
Sahabatku memegang tanganku kehairanan..

Perjalanan ke Pusat Kesihatan terasa begitu lama & menyeksakan..
Terjurai jua air mata di bahu sahabat..
Hinggakan terbayang2 apakah ajalku sudah hampir tiba...?

Setibanya di PK, aku meminta sahabatku meneruskan perjalanannya ke kelas..
namun dia menidakkannya.. menghabiskan jam kreditnya menguruskanku..
aku terharu.. T_T (Syukran ya sahabat.. Moga Allah merahmatimu..)

Sewaktu ke kaunter PK, Alhamdulillah masih mampu berjalan, tangan sudah tidak kebas lagi..
Aku yang belum pernah ke situ tertanya2 ke mana harus mendapatkan rawatan segera..
Nurse di kaunter itu pula berkata rawatan akan disambung pada pukul 2.. Ketika itu 12:50pm..

Melihatkan keadaanku seperti Notredame,
& setelah menjawab pertanyaannya aku disuruh pergi ke bilik kecemasan...
maka berbaringlah di wad itu, mengerekot seperti udang..

Seketika kemudian datanglah nurse dengan jarum suntikan..
Ubat penahan sakit agaknya..
Namun kesakitan yang sedang dialami mengatasi suntikan itu..

Seterusnya datang nurse lelaki membawakan ubat tablet..
entah bagaimana sebiji daripada 2 itu tidak mahu keluar dari tudung ubat..
terkial2 aku dibuatnya.. .
Nurse tu pun tergelak2, tambahan lagi bila dia buat pun tak menjadi juga..
aku yang sedang menahan kesakitan turut geli hati~ Last2 dapat gak keluar..

Sejenak kemudin datang pula doktor membawakan kantung air..
Err... hati ini resah juga melihatkan benda itu..
tak pernah pula menghadapinya...

Pabila doktor mula menjalankan tugasnya,
Ku melihat dengan pandangan kosong sahaja pada tangan ini..
Terasa macam kanak2 yang tak mengerti apa2 saat itu...

hm... camni rasanya masuk air.. sangkaanku mengenai kesakitan sewaktu air itu mengalir terus terhapus.. (haha..betapa aku tak mengerti!)~

Sahabatku ada berhampiran, sedang mengisi borang untukku..
Setelah berbual seketika, dia meminta diri untuk ke kelas amali seterusnya (Petrologi)..

Dalam kelegaan dapat merehatkan diri, aku sedih tak dapat menghadiri kelas & amali..
Entah berapa banyak sudah tertinggal... :'(
Akhirnya, dengan kesakitan yang berkurangan, aku tertidur kepenatan..

-------------


Terjaga kembali pabila waktu kerja disambung.. lampu2 dibuka semula..

oh.. sudah pukul dua lebih..
Aku merenung sekitarku..
Ku amati sungguh2 saat itu..

Bersyukur dapat bernafas normal kembali,
Bersyukur keperitan sudah beransur pulih,
meninggalkan saki baki ketenatan dalam diri..

Melewati birunya suasana wad itu,
terlihat kelibat doktor di sebalik langsir yang sedang menghampiri,
melihatkan aku yang sudah celik kembali, beliau bertanyakan keadaanku..

"Alhamdulillah..dah ok"..
"Ok, lepas dah habis air tu nanti, awak dah boleh pulang.."

Semakin pulih & Sedang menunggu air itu habis.. 2.21pm

Aku masih terkelip2 di situ, mendengarkan pelbagai 'perbualan harian' di dalam wad itu antara doktor & nurse2nya.. Tak lama selepas itu datang semula doktor, mempercepatkan aliran air yang sudah hampir habis & berlalu pergi..

Sela dalam beberapa minit..
Melihatkan air itu sudah habis menitik & baki aliran air yang semakin laju melewati tiub membuatkanku cuak..
Apa jadi kalau air tu dah habis? Masuk angin lak ke? (- -")

& doktor itu muncul right on time.. dah expert ngan menda ni agaknya.. namun aku yang baru pertama kali merasainya pasti tak lepas dari perasaan ragu & resah..

Setelah selesai aku pulang ke kolej.. membawa sijil baru.. Sijil cuti sakit sehari~! hehe~

--------------------------

Alhamdulillah.. walau tidak sampai sehari pun 'merana', sedikit sebanyak peristiwa tadi mengingatkanku kembali bahawa ajal / sakit boleh datang secara tiba2 tanpa diduga, meskipun kita sihat walafiat di pagi harinya~!

dan..

ia juga mengingatkanku bahawa kita tidak boleh hidup seorang diri sentiasa..
Benar, berdikari itu sesuatu yang bagus...
Namun ia tertakluk pada urusan yang memerlukan usaha sendiri..
Pada masa yang sama, orang sekeliling turut memainkan peranan tanpa kita sedari..

Yang takkan luput dari ingatan, pengorbanan dari seorang sahabat.. Nur Zatil Hidayah.. mungkin ia tak kelihatan terlalu besar, namun aku terlalu menghargai kesudiannya berada di sampingku dalam kesusahan.. lebih2 lagi bagiku yang sudah terbiasa dengan istilah 'keseorangan'....

SUBHANALLAH..

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum,
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku;
Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naim; .."

~Surah Asy-Syu'ara, Ayat 78-85~ (antara doa Nabi Ibrahim a.s >jom amalkan selalu :)

24 July 2010

Kerjalapangan 4 @ Taman Pantun UKM (Siri 2)

No comments:
Tarikh : 23 Julai 2010 (Sabtu)

Hari ini al-kisahnya perlu mengambil seberapa banyak info mengenai morfologi kawasan Taman Pantun itu, termasuk ketinggian, arah & jaraknya pada kedudukan peta..

Bermulalah suatu siri perjalanan yang panjang...

Kelas teori dimulakan pada pukul 9 pagi, diterangkan mengenai penggunaan Grid dalam menentukan kedudukan morfologi sesuatu kawasan tertentu. Dengan grid ini, segala rujukan semula akan dipermudahkan terutamanya jika berlaku kesilapan dalam mencerap sesuatu kawasan.

Kami juga diajar cara mudah yang asas untuk bergerak ke arah yang tertentu menggunakan kompas & pada akhirannya kami didedahkan dengan peta topografi yang terdiri daripada pelbagai skala.


Selepas habis kelas teori, aku bersama beberapa rakan seperjuangan mula bergerak menuju stesen bas berhampiran Kolej Ungku Omar, menaiki bas Zon U. . Kemudian berhenti di Fakulti Kejuruteraan (Kejut) untuk berjalan keluar melalui pintu belakang UKM, berhampiran ‘Tasik Kejut’.. (minggu lepas neik teksi~)

Setibanya di pintu pagar, dengan dukacitanya melihat tiada Incik Guard di situ untuk membukakan pagar. Memandangkan kedudukan pagar itu tinggi sedikit dari jalan, terdapat ruang di bawahnya yang kelihatan muat untuk insan2 menyelinap. Maka, kami pun cuba menyelinap di bawahnya, meleperkan badan sebolehnya.. (buat selamba je.. macam pelarian lak.. haha.. alang2 kereta yang lalu lalang berhampiran takde sangat~ :)



Sesampainya di sana, Dr. membawa kami meninjau kawasan2 yang penting yang perlu ada dalam peta kelak.. Ada bekas tasik ladam, dan kebanyakannya morfologi bekas sungai. Lubang2 yang membulat di kawasan itu tidak perlu diambil kira kerana menurut Dr., itu bekas aktiviti orang2 kampung terdahulu yang pernah menetap di situ.. Hm.. Pasti ada banyak kisah silam di sini.. yang terkubur begitu sahaja.. bak sesungai yang kini kering, dilitupi tumbuhan sekitarnya~




Setelah habis meninjau, bermulalah sesi mencerap bersama 'partner' masing2.. Aku & sha bermula dari tempat berakhirnya taklimat tadi..

Kami menuruni lurah & lembah, mengukur langkah serta arah.. ketinggian & kecuraman sama-sama diredah.. bila dah turun tu musti naik semula.. up & down we go.. Memaksimumkan penggunaan kaki~! heh~ dan proses ini berulang tanpa henti hingga melepasi waktu tengahari..

Waktu2 berlalu dengan keadaan seperti itu > Penat seyh.. Namun inilah dia pemetaan.. huhu, lumrah bagi sesiapa yang mempelajarinya ;)

Apabila langkah dah semakin tak normal, ditambah dengan pengukuran arah yang sudah tak tentu arah jadinya > Maka rehatlah sebentar di Tasik Ladam yang kami sangkakan destinasi terakhir kami perlu ukur.. Kemudian setelah menghabiskan kawasan itu, pergi meninjau semula sekitarnya untuk memastikan mana2 checkpoint penting tidak tertinggal..

..Dan.. memang ada pun tempat yang tak terpandang..huu. Dengan kudrat yang masih ada, kami mencerap kawasan yang belum diterokai dalam saki-baki masa yang telah kami tetapkan (target nak balik pukul 3). Masa tu tak dapat dibayangkan, fikiran melayang entah ke mana, tulisan & lakaran bak cakaran kucing amuk~ Ya Allah ampunkan daku..

...Desiran angin petang menyapa mesra.... bagai membelai jiwa2 kami yang lara.. (eceh~!)

Alhamdulillah, setelah menghabiskan data terakhir, dapat juga keluar dari kawasan itu dalam pukul 3 petang, berjalan dari sana ke stesen bas KTAMS melalui Pusat Bahasa. Sempat lagi menyelit2 & melangkah pagar batu dengan sha demi menjimatkan langkah.. adoyai.. (^^)~ dalam 30 minit kemudian baru dapat naik bas untuk pulang menuju kolej..

Moga dapatan daripada cerapan tadi mencukupi untuk melengkapkan peta dasar kawasan itu yang akan disambung sewaktu bulan Ramadhan kelak (pada bulan yang mulia itu tiada fieldwork tapi kerja pemetaan tetap ada).. InsyaAllah.. Kerana jika cerapan itu salah / tidak cukup data, kami perlu pergi semula ke lapangan itu...

Minggu depan? Kami akan ke Sg. Tekala.. Untuk ke sana kami akan bergerak bersama, menaiki bas..

Sekembalinya ke kamsis, fuhh~ berasap sudey kaki.. tapi buat2 cool aja deh... *angguk2* ;)

...Kepada-Nya jua kami berserah...

----------------------------------------

Permudahkanlah segala urusan2 kami dalam melaksanakan apa jua tugasan agar ia dapat memberi manfaat kepada kami didunia mahupun di akhirat kelak, Ya Rabb..

Moga dengan ilmu kurniaanMu ini akan dapat kami amalkan sebaik2nya & akan kami aplikasikan untuk kepentingan ummah dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini ya Allah..

Semuanya hanya dariMu, ketentuanMu & untukMu semata amalan kami..
Amin ya Rabbal ‘alamin..