Post ini lebih kepada analogi (tidak sesuai menjadi rujukan ilmiah rasmi..ahah..santai2 je, ok?).. Jadi, untuk kefahaman secara ringkas, bumi kita ini dinamik (tidak statik) dari sudut proses alam yang telah ditetapkan (sunatullah).. Setiap lapisan bumi ada fungsinya dan pasak bumi ini tertumpu kepada lapisan luaran iaitu kerak bumi. Kerak bumi terbahagi kepada kerak lautan (KL) dan kerak benua (KB), di mana kedua-dua kerak ini berbeza dari sudut komposisi dan cara pembentukan.
Kerak-kerak ini sentiasa bergerak (purata 1-10 cm setahun, seperti pertumbuhan kuku jari) kerana ia berada di atas lapisan astenosfera yang likat (bergerak melalui proses perolakan haba, berkait dengan Hanyutan Benua). Maka apabila bergerak dalam ruang dan tempoh tertentu sudah pasti ada bahagian yang berpisah dan bertembung.
2. KB-KB [Pertembungan benua di daratan] --> Membentuk banjaran pergunungan yang tinggi seperti Banjaran Himalaya. KB yang lebih tumpat cenderung untuk terperosok di bawah KB yang kurang tumpat.
3. KL-KL [Kepulauan gunung berapi dan parit di lautan] --> Membentuk rangkaian kepulauan gunung berapi, di mana KL yang lebih tumpat akan menyusup di bawah KL yang kurang tumpat, dan di bahagian dasar kerak yang menyusup itu terbentuk parit lautan yang sangat dalam seperti Parit Mariana, berdekatan dengan Kepulauan Mariana.
--------------------------------------------------------------------------
2 comments:
Salam, akak, saya adib 2nd year geologi..saya nk bagi tau akak bahawa blog akak ni sgt berguna pada kami student geo skrang ni..kami sgt2 menghargai ada insan2 macam akak yg sudi berkongsi ilmu geologi ini, boleh la jugak kami buat rujukan berdasarkan pengalaman dan ilmu yg akak kongsikan ini..terima kasih bnyak2 :)
Wa'alaikumussalam, haza min fadhli Rabbi.. terima kasih atas sokongan :) Mudah-mudahan bermanfaat, InsyaAllah..
Semoga berjaya dunia akhirat & dipermudahkan urusan pengajian & pekerjaan kelak
Post a Comment