~banyak yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata..~
melihat sekitar, berbicara dengan alam..
mata melihat, hati menafsir, akal berfikir..
lantas dikembalikan segala puji buat Pencipta alam ini..
komitmen dipegang.. baranya membakar tangan, merebahkan bahu memikul..
masa dilayang-layang.. tangan menggapai-gapai dari bawah.. mencari talinya untuk dipegang..
..pilu..rindu..sayu..sendu..
kulihat langit yang cerah bersinar..
enggang terbang melewati awan, bersama enggang-enggang yang lain..
pipit tersenyum dari bawah, berlegar-legar di pohon kasturi..
hidup itu indah..
walau tidak dapat terbang bersama,
bahagia si pipit tidak kan sama dengan bahagia si enggang..
kulihat bumi yang terhampar indah..
dari seluas stereoskopi pemandangan,
hingga kesepetan mata 'mengintai' mineral yang kecil..
Halus sungguh kesenian Al-Khaliq!
Nikmat manakah yang boleh didustakan?
kini pandanganku beralih ke meja..
kertas, buku, alat tulis, laptop ini..
hati seolah-olah menjadi batuan mika yang pecah berkeping-keping..
tenaga fizikal sudah dilaburkan untuk perkara 'segera tapi tak penting'..
akal terjejas kerana 'kurang cas' di malam hari.. (*apa-apa pun Alhamdulillah program tu dah berakhir~!!)
saat hampir lemas dalam kekalutan kerja utama, aku diberi peluang kedua yang tidak disangka..
...terkedu... takkan disiakan lagi! [InsyaAllah, amin]
sedikit sebanyak banyak juga peristiwa yang mengubat hati..
kini aku sudah tenang kembali, kerana cinta & RahmatNya sentiasa ada untuk hamba-hambaNya..
Alhamdulillah.. syukur pada Allah atas segala ketentuan ini :)
Pertarungan sebenar bukan dari usaha luaran semata,
namun yang utamanya adalah penggerak kepada usaha luaran tersebut >> HATI..
Hati yang sarat dengan motivasi dan keindahan rohani,
pasti dapat melawan segala unsur negatif..
Ilmu itu bukan untuk dihafal & disimpan, tapi digunakan sebagai wadah pemikiran & perkembangan kehidupan.. maka aplikasikanlah bersama, InsyaAllah berjaya~ ^^,
Nyahkan unsur 'robotik'! kita dikurniakan akal fikiran jadi gunakanlah ia sebaik-baiknya untuk berfikir & memahami :)
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dihendakiNya, (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 269~
No comments:
Post a Comment