selesai sudah minggu ke-5 perkuliahan ini..
(belum campur ngan kepadatan sabtu & ahad lagi...memandai je exclude-kan..eheh)
sebelum ini, minggu itulah yg 'dinanti-nantikan'....(untuk dihabiskan..)
Mengapa?
Ya, sejak minggu itu bermulalah gaya hidupku yang padat sebagai student UKM... (yeke?)
dengan perjumpaan di sana sini,
perancangan program & event yang pelbagai,
sama ada dari peringkat kursus atau kolej...
bermulanya kelas kimia yang pack 3 jam pada setiap khamis sampai malam..
tambahan kepada kecuakan masa & suasana pada setiap lab palaeontologi..
Keterpaksaan dalam menyertai ''La..La..La..k''* untuk FESSAT**.. (*gelaran yang ku beri untuk Koir.. ;p)
(menyumbangkan suara yg sumbang ini dalam latihan setiap malam...yeh..)
Apa2 pun aku bersyukur koir tu pasal lagu patriotik.. maka suara yang perlu dihasilkan adalah suara semangat yang tak beralun.. jadi, aku rasa itu tiada menjadi masalah buat para muslimat.. Resah juga aku mulanya.. ye la.. suara muslimat juga salah satu aurat jika dilembutkan..
**FESSAT = Festival Sanjungan Satria (Festival anjuran Kolej Tun Hussein Onn)
~bakal berlangsung pada 5,6,7 Feb ini
Rugi pula tak masuk kompang hari itu.. kalau tak, tidak perlulah pelajar2 tahun 1 yang tidak terlibat apa2 diWAJIBkan masuk koir ini..
ish..dah3.. apa yang sudah berlalu usah difikirkan lagi..
Apa yang berlaku masa ini adalah ketentuan dari-Nya..
Yang penting?.. "Kerjasama~!?"
Betui gak tu dalam kerja2 melibatkan orang lain ni..TAPi..
Yang paling penting??
Berusaha untuk memberi yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan,
tetapi tidak sampai menggadai keutamaan pengurusan diri & kesihatan...
apatah lagi syariat..hmm..
Apa motif penulisanku ini?
mahu 'bajet' busy kah?
No, no, no..
Masih banyak lagi yang ternyata lagi sibuk berbanding urusanku..
Nak compare dengan yang lain? Huh..Jauh akar dari rantingnya....(aku lah akar tu) :)
Ini sekadar coretan hati pengingat keterlekaan diri ini... (sebagai pengajaran)
(ku harap sahabat2ku yang lain tetap teguh dengan matlamat & semangat mereka.. InsyaAllah, all the best for all of you)
Dalam kesibukanku yang tak berapa sibuk itu,
banyak yang telah dipelajari...
Seolah2 siri pengalaman yang di'compile'kan.. episodic..
Otakku pula terasa di'metamorphic'kan..
Seringkali 'banjir' dengan limpahan ilmu yang tidak memberiku peluang untuk menyerap sepenuhnya..
Curahan demi curahan...
Paling ketara adalah teknik pengurusan masa...
Sungguh terasa kelemahanku mengurusnya...
Telah ku ambil kursus Pengurusan Masa u3 sem ni..
Maka makin 'terasa' lah aku..
Fokus ku sudah melayang entah ke mana,
Seakan2 larut dalam celahan aktiviti2 lain..
Ditambah dengan sesalan kuiz fosil ku yang tidak memuaskan..
Persediaan yang hanya berlandaskan pembacaan semata2..tak terhafal la pula masa tu..
salah ku jua kerna tidak mengurus diri dengan baik =_="
Ku harapkan ini minggu pertama & terakhir ku lakukan sedemikian..
Must strive more for better performance.. InsyaAllah dengan kurniaan kekuatan dari-Nya
Sabtu ni (23/1) Projek Seni akan bermula...kena buat folio sekali...
Malamnya pula kami diwajibkan pergi Konsert Diraja... (pastu kena buat laporan pasal tu)
Kalau tak pergi, hilang 10 markah..?? hmm..sem lepas 5 je kalau tak silap..heh..
Sejenak ku tatap tiketnya yang lebih tebal berbanding sem lepas..
Sekali lagi ku bersyukur kerna dalam keterpaksaan itu, 'Konsert' yang dimaksudkan adalah berunsur instrumental.. ala2 orkestra gitu.. (berdasarkan pengalaman sem 1 lepas)..
Ahad? kena menyertai Larian 1Malaysia UKM...
WAJIB lagi.. hm..
Berlari? Kemampuan badanku sudah lama menidakkannya..
Mahu tapi tak mampu.. susahkan orang lain lak kalau semput..
Penggunaan tenaga yang minimum tapi berterusan untuk jangka masa panjang?
Ya, yang itu barulah gayaku..eceh.. apa lagi, speedwalk je lah ;)
---kedengaran Tutoran Kimia (acara mingguanku) yang terabai memanggil2.. I'll try to complete u A.S.A.P.. I'll try my best....(TT) ---
Coretan minggu yang 'indah' terhenti setakat di sini,
'Indah'nya kerana pengajaran & kesedaran yang dialami,
Walau disimbah2 api dugaan & kepenatan yang membakar diri,
Yang menjadikan muhasabah diri lebih bererti,
Dengan niat agar dapat mencapai Redha Ilahi... (~InsyaAllah)
Salam Kejayaan & Perjuangan.. :)
~Sekian~
~Wassalam~
No comments:
Post a Comment