Masa : 1300 - 1600 (critical time..huuu)
Tempat : Makmal Palaeontologi, aras 2, Bangunan Geologi
Jeng3x~~
Nampaknya 'Tora datang lagi~! dengan permainan yang lebih menarik~!'
apa kebende pulak tuh.. ish.. stress punya pasal.. teringat zaman kanak2 yang suci & murni.. ;p
Dah2, back to work!!
Lab minggu ni mengenai Phylum Bryozoa (Sub-Phylum = Eptoprocta)..
sejenis moss animal...a.k.a haiwan berlumut?
Yup, lumut itu sejenis kulat (tumbuhan) tapi yang ini haiwan.. nama moss tu kira macam analoginya sahaja, merujuk kepada sifat haiwan tersebut yang sentiasa berada dalam koloni & amat halus saiznya (kena tengok pakai mikroskop - saiznya kurang dari 1mm~!)..
sifatnya juga 'meliputi' apa jua bahan di lautan.. 'menepek' gitu.. senang kata macam lumut r kan..
Tempoh ia wujud = dari zaman Ordovician hingga kini..
(haiwan primitif juga tu.. Prof kata kalau canggih sangat, payah nak hidup / survive lama untuk jadi fosil)
Setiap satu haiwan tersebut (1 individu) dipanggil Zooid
dan setiap Zooid ada 'rumah' yang dipanggil Zooecium..
'Rumah' ini sebenarnya selaput tisu yang merembeskan Kalsium Karbonat (Calcite) >> menghasilkan struktur kukuh yang melindungi badan lembut si Zooid tu..
macam kulit siput dan 'isi'nya.. *bayangkan* (masak lomak cili api..opss)
Telah dimaklumkan bahawa badan Zooid itu lembut...
Jadi... bila cakap tang fosil... apa yang kita lihat & sibuk2 dok kaji sekarang ialah Zooecium-nya..
Jangan harap nak tengok Zooid.. cuma boleh kaji strukturnya & cara ia berfungsi dalam gaya kehidupannya yang tersendiri lagi unik.. 'ada style'..
Setiap Zooecium (rumah) ada bukaan yang dipanggil Orifice (cam pintu umah la katakan)..
Melalui Orifice ni ia akan menjulurkan lophopore-nya (macam tentakel @ ala-ala tangan) untuk menangkap sebarang partikel makanan..
Dalam 1 koloni Zooid (Zoaria untuk koloni) tu ada 2 jenis Zooids, 1 untuk makan (Autozooids), 1 lagi untuk membiak (Heterozooids)
Panjang lagi kisahnya.. dengan pecahan kelas dan order-nya lagi.. cuma boleh diringkaskan dengan contoh2 spesis di bawah setiap pecahan tersebut..
Untuk makluman, gambar2 di bawah ini adalah 'tapak perumahan' kepada koloni Zooecium itu (koloni Zooecium hanya boleh dilihat dengan mata kasar sebagai tompokan kotoran bersimen & bertekstur).
Bila lihat bawah mikroskop, Subhanallah, sungguh banyak Zooid-nya dalam sesuatu tompok kecil itu & susunannya cantik.. ada yang membentuk bonggolan seperti bunga.. Bonggolan ini (yang dipanggil Monticule) mempunyai variasi bentuk yang pelbagai, bergantung pada spesis Zooid itu.
___Kelas - STENOLAEMATA___
ORDER - CYSTOPORIDA
1. No : A 29
- Nama : Batostoma Varians
- Usia : Ordinasi Awal
- (sampel ni kecil je..dalam kotak lutsinar kecil)
- Nama : Batostoma Varians
- (sama cam atas.. bezanya cuma 'tapak perumahan')
ORDER - CRYPTOSTOMATIDA
Nama : Monticulipora mammulata
- Nama : Halloporina crenulata
- Usia : Ordinasi Akhir
- Lokaliti : Kothlajarvi, Easthonia
- Nama : Constellaria polystomella
4. No : SFW 44
- Nama : Constellaria polystomella
- (sama cam atas.. sampel lain)
ORDER - FENESTRIDA
- Nama : Fenestella elegans
- Nama : Archimedes sp.
- (spesis ni suka dok kat rumah bertingkat nampaknya..heh)
- Nama : Fenestella retiformis + Synocladia virgulacia
- (2 spesis pada 1 batu)
- Nama : (a) Polypora sp. (b) Fenestella sp.
- (kat sampel ni ada (a) je kot..tertulis kat sampel camtu)
___Kelas - GYMNOLAEMATA___
ORDER - CHEILOSTOMATA
- Nama : Schizoporella sp.
- Nama : Hexagonaria sp.
- Nama : Anasca sp.
- Nama : Cellepora sp.
----------------
* Asal2nya label pada sampel tu ada yang salah (kat order).. Kata Prof, yang kat dalam handout tu yang betul.. tapi dalam gambar yang dipaparkan ni sudah di-edit (diperbetulkan) order-nya.. maaf jika masih ada yang salah..
cuma tulis apa yang ku lihat, tafsir & faham..
* Banyak lagi spesisnya... ada yang tiada waktu lab tu.. Ada yang tak sempat ambil gambar.. Sekadar berkongsi yang mana ada :)
~ Hidupan seni sebegini pun banyak jenis dan amat terperinci... itupun bukan semua kita sudah teroka.. Maha suci Allah, pencipta sekalian alam..
Moga sama2 dapat beristiqamah dalam perjuangan.. InsyaAllah.. ~go ummah~ ^^
~Sekian~
~Wassalam~
No comments:
Post a Comment