En. Hj. Abdul Razak dengan hasil lukisannya :)
*pensyarah ni suka pelajarnya panggil 'cikgu' ^^
gambar diambil pada 2-1-10 (kelas seni pertama sem 2)
Hari ini.. ya.. hari ini hari Sabtu.. kelas kedua seni.... tanggal 9-1-10..
seperti biasa, bertempat di Makmal Tahun 1 Bangunan Geologi..
kelas bermula 10 minit selepas pukul 8 pagi..
cikgu masuk dengan membawa sehelai kertas biodata seorang pelajar..
kemudian beliau berkata;..
"Salam.. untuk pengetahuan kamu semua, salah seorang daripada
rakan kamu telah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang..."
"Innaalillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.." (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali)
..terdengar bisikan dari rakan2 semeja yang ternampak gambar pelajar tersebut........
.."Hazie"..
..aku terkedu seketika....apakah aku tersalah dengar?
tambah cikgu lagi..dia telah lama meninggal, iaitu pada 17 Disember 2009, & cikgu perasan waktu exam seni masa final sem 1 hari itu pun dia sudah tidak hadir.. masa itu tau2 dia dah ada kat wad...
~selepas itu kami sama2 menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah, rakan yg pernah berjuang bersama, moga dia dicucuri rahmat dariNya~
Memandangkan kami hanya rapat dengan segelintir rakan2 satu seni (tak semua kenal antara satu sama lain), cikgu passkan biodata lengkap pelajar tersebut yang pernah kami isi awal2 semasa kelas pertama sem 1..
"ya Allah...benarlah itu Hazie.." monologku sendirian sambil menatap gambarnya yg tersenyum manis..
patutlah minggu lepas dia tak hadir...
terus ingatanku mengimbau aktiviti2 yang pernah dilakukan bersama..
ya..aku kenal dia... walau tidak satu pasukan dalam projek seni yang lepas & tidaklah rapat mana, selalu juga kami saling menyapa.. lebih2 lagi tang wat projek.. saling tanya pendapat & pandangan untuk lukisan masing2..
terasa baru semalam sahaja bercakap dengannya..sungguh tak percaya...
seorang rakan sepasukan dengannya berkata, selama ni pun dia selalu tak sihat.. kalau ada aktiviti lasak dia selalu mengelak..
Allahu-Akbar... "sungguh hampir".. itu sahaja yang boleh ku katakan...
Entah bila pula giliran kita..hanya Allah yang tahu..
Selama ini kalimah 'kematian' seringkali kedengaran untuk orang yang sudah berusia..
jarang sekali mendengar dari kalangan orang muda yang dikenal..apatah lagi yang sekelas...
Hmm..Berita yang benar2 memberi peringatan buat insan yang selalu terleka ini.. TT
Sama2 lah kita berdoa & berharap agar kelak nyawa kita diambil dalam keadaan husnul khatimah (kematian yang baik) bila tiba masanya.. InsyaAllah...
Kelas kemudiannya disambung dengan pencirian biodata 2 pelukis terkenal;
pada awal abad ke-19 = Vincent Van Gogh (Pelopor Gaya Impressionis)
awal abad ke-20 = Pablo Picasso (Pelopor Gaya Kiubisme)
Kami juga dikehendaki untuk mengkaji gaya lukisan mereka ~ meningkatkan pemahaman kami dalam aspek2 seni yang digunakan
Minggu depan kena kaji 2 pelukis tempatan yang tersohor;
-Abdullah Ariff (Bapa Seni Lukis Negara) [Sekitar zaman 1930-an]
-Dato' Syed Ahmad Jamal
>> juga sebagai persediaan untuk projek 'mega' sem ini, menggunakan cat akrilik, bertemakan "1 Malaysia".. 3 orang 1 kumpulan..
*** Zaman sekarang dah makin banyak orang muda kena sakit itu-ini..
Diri ini juga tak terkecuali.. (..huu..)
bahkan seawal usia kanak-kanak sudah ada yang mempunyai masalah jantung, diabetes..etc.. tak hairanlah bila makanan makin pelik..tak banyak yang guna bahan 'ori'.. perisa sana-sini..
huii..bahya naa...
Memandangkan air adalah pelarut universal,
Maka.. minumlah air banyak2.. (aik..dengar cam best je?)
opss.. air kosong maa.. jangan gi tibai air gas pulak sepanjang hari ^^
Penting juga diingatkan supaya menjaga kesihatan... kerana kesihatan juga salah satu amanat dari-Nya.. cuba sedaya upaya untuk elak penyakit. Namun jika penyakit / musibah hadir jua, ia adalah peringatan dari Allah, & ia dapat menggugurkan dosa2 kecil jika kita bersabar dengannya.. cuba juga untuk menyembuhkannya selagi boleh.. kemudian terserahlah pada Allah dengan bersangka baik pada setiap yang Allah berikan ..
Ada hikmah di sebalik apa jua yang berlaku.. Cuma ia bergantung pada bagaimana kita mengambil iktibar dari setiap kejadian...
Jom perbanyakkan amal :)
~Sekian~
~Wassalam~
No comments:
Post a Comment