gempa bumi..yang juga berkait dengan subjek Geologi..
Sekadar ingin berkongsi apa yang sudah tertulis..
Kalau ikutkan nak kaji / tulis sendiri, apalah sangat dengan ilmu yang ada ni.. (--.)”
Ku sedar diri ini tak sehebat muslimah lain yg 'mantop' perjuangannya..
Laptop kesayangan ni jugak yang sudi memandang atau.. ianya satu paksaan~?!
Eh ke situ pulak.. Allahu~Akbar.. maaf ku pinta..
Yang penting = bersyukur dengan apa yang ada, berusaha tingkatkan prestasi... yah
InsyaAllah pada masa akan datang nanti (kalau sempat la..), bila dah jadi Pakar Geologi Islamik yg berjaya (InsyaAllah).. akan ku cuba jua.. kerna ilmu Allah takkan pernah habis..
Tapi kalau nak tunggu sampai benar2 berjaya alamatnya tak berkembang la ilmu kan?
Kita tidak tahu bila Malaikat Izrail akan menjemput...
Mana2 ilmu yang ada sebaiknya disampaikan..khususnya yang sudah disahkan kebenarannya,
dan jika ada salah silap, maka amatlah dialu-alukan untuk memberi pandangan / menegur kesalahan..
..Hayatilah artikel ini & moga dapat manfaat bersama :) InsyaAllah~
---------------------------------------------------------
HIKMAH KEJADIAN GEMPA DI PADANG
Ada pemerhati dan pengkaji kontemporari Al-Quran mengaitkan tarikh dan waktu berlakunya gempa di Padang ini dengan ayat al-Quran seperti di bawah :
1) Tarikh gempa : 30 September 2009 (30/9/09)
(Surah Ar-Rum 30 : 9) Allah berfirman yang bermaksud :
“Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah (bertani) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa yang mereka (ini) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka Rasulnya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tiada hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri."
2) Waktu berlaku gempa : 17:16 (WIB)
(Surah Al-Isra' 17 : 16) Allah berfirman mafhumNya :
"Apabila Kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami suruh orang yang mewah (supaya taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (durhaka), sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami binasakan negeri mereka
sebinasa-binasanya."
3) Waktu berlaku gempa susulan : 17:58 (WIB)
(Surah Al-Isra' 17 : 58 ) ;
"Tak ada antara penduduk suatu negeri melainkan Kami membinasakannya, sebelum hari kiamat atau menyeksanya dengan seksaan yang keras. Yang demikian itu telah termaktub dalam kitab."
* Apakah susunan surah dan ayat-ayat ini berlaku secara kebetulan? Atau memang telah menjadi rahsia Allah sejak azali lagi yang baru ditemui manusia melalui pemerhatian dan kecintaan kepada al-Quran?
Yang penting kita harus mengambil pengajaran bahawa setiap perkara walau sekecil manapun dijadikan Allah menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. Ada hikmah yang tersembunyi yang harus menjadi pengajaran untuk umat manusia.
--------------------------artikel tamat---------------------------
Ya..memang benar.. usah kita pertikaikan apakah relevannya sesuatu kejadian itu kerana kita adalah hamba Allah yang mutlak, maka Allah lebih berhak untuk menentukan sesuatu mengikut rancanganNya (yang pasti adalah yang terbaik untuk ciptaan & hambaNya yang bersyukur).
Ambillah iktibar & peringatan dari apa jua yang berlaku.. Berusaha memperbaiki hubungan dengan Allah & sesama manusia..
Sesungguhnya peringatan yang dikurniakan oleh Allah (sama ada dalam bentuk hidayah, bencana atau melalui ingatan sesama manusia) adalah tanda kasihNya kepada kita. (",)
~Sekian~
~Wassalam~
No comments:
Post a Comment