Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

15 November 2010

Sekilas Coretan

Alhamdulillah, dengan berakhirnya tarikh 12-11-10, maka selesai sudah 'maraton' peperiksaan akhir semester ini yang meruntun pelbagai emosi~!


[sedang membersihkan habuk & sesawang di sini.. but wait, Mr.Loba-loba (labah-labah), don't worry because now you can stay in my college room~ ^^]

Namun perjuangan takkan terhenti setakat itu,
kerana selagi kita hidup, selagi itulah kita perlu berjuang..
berjuang demi sebuah kehidupan yang diredhai-Nya..
& ia hanya akan berakhir dengan kematian yang pasti..

Hmm.. dalam 3 hari tidak online setelah pulang dari UKM terasa sedikit janggal..
namun semua itu kutinggalkan dahulu demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak (memang sorang ni je pun~) untuk membantu dan bersama ibubapa sementara masih diberi kesempatan olehNya..
barang yang dibawa pulang pun boleh tahan juga banyaknya,
mengemas sakan setibanya di rumah..
maklumlah, cuti semester kena bawa keluar semua barang.. clean & clear gitu..
stor pula hanya berpusat di pusat kemudahan kolej di atas, manakala bangunan tempat ku menetap adalah di bahagian kaki bukit..
MySpace
Nak tak nak, kena bawa pulang semua.. tapi bagus juga, boleh tapis-tapis yang mana yang kurang guna.. nak minimakan barang sehabis mungkin..
Apa-apa pun, dahulukan yang utama dalam setiap pekerjaan :)


Malam tadi sempat baca buku "Nota Hati Seorang Lelaki" oleh Ust. Pahrol Mohd. Juoi,
walaupun baru separuh dibaca, banyak input bermakna yang ku dapat..
Ia merupakan gugusan kisah tarbiah seorang anak, suami, ayah & da'ie dari kacamata beliau, yang mengandungi pengajaran & nasihat dalam cara yang berseni (mendalam) serta menguji minda untuk turut berfikir..
Nampak seperti khusus untuk kaum adam sahaja kan?
Namun aku tetap membelinya, dan Alhamdulillah, ia ternyata berbaloi..
Dalam penceritaannya ada terselit nasihat untuk kaum hawa juga, & sebenarnya sesuai dibaca oleh semua :)
Aku sukakan gaya penulisannya, di mana beliau mampu membawa pembaca ke dalam dunia penceritaannya, & akhirnya kita akan faham apa yang disampaikannya sepertimana yang beliau alami..

*bagi yang belum baca, milikilah buku ini, InsyaAllah, dijamin puas hati ^^
berikut ialah link prakata buku tersebut :
[link]

Selain itu, antara buku yang digemari ialah 'Aku Terima Nikahnya', 'Bercinta Sampai ke Syurga' & 'Murabbi Cinta', hasil penulisan Ust. Hasrizal yang kini ketiga-tiganya dibukukan sekali dalam bentuk kompilasi '3 in 1'.. Penceritaannya juga sangat berhikmah & syariat dijelaskan secara aplikasi (tindakan dalam kehidupan)

Ok, berbalik semula pada kisah asal..
Cuti semester kali ini tidak sampai sebulan, memandangkan ada kerjalapangan bermula dari 11-18 Disember di Langkawi & Perlis, benar-benar seminggu sebelum semester baru bermula..
tetapi hanya boleh check-in kolej bermula 19 Disember (sehari selepas pulang dari fieldwork),
tak dapat masuk seminggu lebih awal kerana ada pelajar lain yang akan menetap di situ dalam cuti ini (yang ada program),
sebab itu pemindahan semua barang pada semester kali ini terasa sedikit sukar, memerlukan brainstorming bersama keluarga & budibicara orang pejabat..

Lagipun bermulanya 19hb itu juga kebanyakan pelajar Geologi ada seminar kokurikulum Idea Challenge di bawah landasan keusahawanan selama 4 hari di UKM..
Allahu-akbar, 'masak'la nanti.. kena kuatkan ketahanan fizikal & emosi.. huhu~


Apabila bercakap mengenai kerjalapangan, teringat masih ada 2 siri yang belum sempat dicatatkan untuk rujukan & kenangan di mana kerjalapangan itu dijalankan seminggu sebelum minggu peperiksaan..
InsyaAllah dalam masa terdekat ini post tertunggak itu akan selesai :)

Sebelum mengakhiri coretan ini, ku sertakan sedikit petikan dari buku nota hati itu;
"Kita hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"

"Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup"
Moga berjumpa lagi, InsyaAllah.. barakallahu-fiik ~❤

2 comments:

Admin said...

geologi rocks!!!hahaha..

Mahirah Jazlan said...

yup.. tahap volcanic rock~!