Tempat : Bukit Peria, Port Dickson
16-10-10
- Seperti 2 minggu sebelumnya, berkumpul & bertolak dalam pukul 8 pagi dari UKM
- setibanya di PD, berjalan dari kanan kawasan, menyusuri pantai, menuju ke sebuah singkapan yang sedikit berbukit (dipanggil Bukit Peria), terdiri daripada batu syis & filit
- kawasan cerapan lebih pendek dari yang sebelumnya (PD-1), cuma ia lebih lebar (melebar ke laut)
- sebelum memulakan gerak kerja sendiri, kami mengekori langkah Dr.Zaiton dari awal singkapan hingga ke hujungnya untuk mendengar penerangan menyeluruh & ciri penting yang perlu diambil kira
- Kaedah pemetaan : Menggunakan kaedah Grid. Setiap grid ditetapkan dengan nilai tertentu mengikut panjang & lebar singkapan (contoh : 5 x 5 meter merangkumi 1 kotak pada kertas graf)
>> cara ini memudahkan penetapan fitur dalam peta (mudah mencari semula kedudukannya bila dah siap)
- hari ini kerja pengumpulan data & lakaran singkapan yang terdedah
~ Menjelang waktu zohor, solat di tepi pantai (di situ juga) di suatu kawasan yang sedikit terlindung, memandangkan jarak dari singkapan itu ke tempat penginapan jauh (memakan masa untuk pergi & balik).. Pertama kali merasai solat di tepi pantai, bersejadahkan pepasir.. Allah.. terasa lebih dekat denganNya..
*Arah qiblat semenanjung : U 292° T
~ Bagaimana dengan pengambilan wudhu'? Yaa~ agak mencabar (terutama bagi kaum hawa), mujur ada batu-batu besar untuk 'menyorok'..
Berkumur? Baik jangan, 'masin mulut' nanti.. kang tak khusyu' lak solatnya ;)
*sedang berwudhu' sedar tak sedar dah basah lencun 'disimbah' ombak.. suatu pengalaman yang takkan dilupakan.. best~! ^^
"...Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." ~petikan Surah Al-Maidah, akhir Ayat 6~
- secara umumnya ia singkapan Utara-Selatan (Baratnya menghadap laut)
- fitur-fitur yang ditemui : foliasi (Syis & Filit), sesar (pelbagai jenis), telerang kuarza, en-echelon, & lipatan kecil (dari batu filit)
*Filit dikenali dengan foliasi yang kurang jelas berbanding syis. Di sini, filit berwarna lebih gelap
- banyak telerang kuarza mengisi ruang antara foliasi (telerang selari foliasi), ada juga yang mengisi retakan, jadi terdapat pelbagai set & ketebalan telerang. Dari set telerang, kita dapat menentukan telerang mana yang terlebih dahulu terbentuk berdasarkan perbezaan warna & sempadan pembentukan
@ 3 PM - Telerang kuarza yang tersesar. Jenis sesar = sesar sinistral (ke kiri) *merujuk pada arah anjakan telerang jika kita menghadap serenjang dengan sesar sama ada dari kiri / kanan (bukan seperti view gambar ini)
@ 3:06 PM - Telerang kuarza halus (jalur-jalur putih)
@ 3:10 PM - Telerang kuarza..
@ 3:26 PM - Bila mata dah 'kabur' melihat batuan, lemparkan pandangan ke laut yang terbentang~
@ 3:30 PM - yang macam tangga bergerigis di tengah itu telerang kuarza yang tebal.. tebalnya lebih kurang 10cm
@ 3:41 PM - salah satu singkapan
@ 3:41 PM - sudah hampir ke penghujungnya~ di hujung sana ada satu sesar yang membentuk ruangan seakan-akan gua kecil di dinding bukit
Setelah selesai mengambil data, pulang ke penginapan yang padat (sebilik 9 orang).. hmm.. kira macam praktik untuk suasana penempatan dalam musim haji suatu hari nanti, InsyaAllah.. (di sana kongsi lebih kurang 7 orang sebilik) :)
Pada malamnya, kami transfer data kasar dari kertas A4 ke grid di kertas graf A3, membuat skala & menandakan fitur penting untuk rujukan pada esok hari. Sebenarnya boleh je jika nak teruskan cerapan di kawasan laut hari ini cuma tak dapat dilaksanakan (air pasang)
17-10-10
- Pagi itu, seusai makan & berkemas, check-out & letak barang di bas, kemudian terus menuju ke singkapan merentasi bahagian laut yang cetek (jalan pulang semalam yang penuh berbatu tajam + licin > perlu berhati-hati di mana kita pijak)
- meneruskan kerja 'update' apa yang terkurang sewaktu mengisi peta grid semalam
- selepas itu menyelesaikan singkapan kawasan laut yang pada masa itu telah terdedah
- jenis batuan di situ kebanyakannya terdiri daripada batu syis
- daripada maklumat jenis batuan pada peta, didapati batuan filit berada di tengah, antara batuan syis (Syis di Barat & Timur singkapan)
- ketika ini, aktiviti 'menoreh' peta giat dijalankan (menanda data terbaru secara 'live' pada peta)
- Alhamdulillah, dalam waktu tengahari semua pelajar sudah selesai. Di suatu cafe, kami mengemaskan data sebelum menyerahkannya pada En.Mat untuk disimpan
- bergerak ke UKM, solat di R&R & tiba dalam waktu asar di perbukitan ilmu
dengan ini berakhir sudah siri kerjalapangan untuk subjek Teknik Pemetaan,
yang memberi seribu satu makna dalam erti kesabaran menuntut ilmu, ketahanan fizikal mental, pengorbanan serta nilai persahabatan sepanjang gerak kerja..
jutaan terima kasih bagi yang terlibat & maaf ku pohonkan..
"Syukurlah pada kebaikan, Redhalah pada kekurangan"
Moga bertemu lagi, InsyaAllah~
"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan." ~Surah Luqman, Ayat 22~
No comments:
Post a Comment