Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

22 November 2010

Kerjalapangan 7 @ Ayer Hitam, Johor

Tarikh : 8-10 Oktober 2010 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Singkapan terdedah di Ayer Hitam, Johor


8-10-10
- berkumpul di foyer Geologi pada pukul 2.30 PM
- waktu demi waktu berlalu, langit semakin gelap & angin bertiup kencang
- bertolak dalam 3.30 PM, syukur sempat naik bas sebelum hujat lebat turun mencurah
- tiba di Anika Inn dalam 8.30 PM
- setelah selesai solat & berkemas, kami keluar untuk makan.. sekitarnya penuh dengan kedai makan non-muslim.. terasa sungguh janggal.. akhirnya di seberang ternampak kedai makan yang namanya agak 'kemelayuan'.. kelihatan mewah & kontra berbanding bangunan sekitar (sudah tentu harga menu pun 'up'), namun memandangkan di situ sahaja tempat yang meyakinkan (tak tahula kalau tak perasan kedai melayu lain masa itu), kami teruskan sahaja langkah ke restoran itu. Melihatkan pelayannya, terasa sedikit ragu, namun setelah melihat tukang masak di dalamnya.. > InsyaAllah, halal~!

9-10-10
- 7.30 AM, turun untuk makan sebelum bertolak pada 8 AM ke lokaliti
- Alhamdulillah, mudah untuk bersarapan (waktu siang baru nampak kedai melayu.. buka waktu siang sahaja agaknya).. pekena nasi lemak
- tiba di lokaliti dalam pukul 9 AM.. terlihat satu singkapan bukit yang memanjang & jalur-jalur perlapisan jelas kelihatan dari dalam bas
- secara umumnya perlapisan itu miring ke arah selatan (mengarah ke kiri dari jalan)
- bersama-sama Dr. Zaiton, kami bergerak dari kanan singkapan untuk diperjelaskan fitur-fitur yang perlu diambil kira
- setelah tiba di kiri singkapan, baru kami memulakan cerapan sendiri bersama partner
- antara fitur yang perlu diambil kira ialah jarak singkapan, jenis batuan yang membentuk lapisan, tebal setiap lapisan & yang selalu perlu diambil > jurus & kemiringan lapisan

Kami sedang melihat singkapan dari dataran.. nampak kecil, tetapi ternyata luas bila sampai disana

Batu pasir berlumpur yang sudah terpecah [sedang berjalan ke kiri singkapan] *pensil sebagai skala

Berhampiran dengan kasut tu ada lapisan putih (lapisan tuff), di antara lapisan batu lumpur

Laminasi yang kelihatan tidak selari & 'kacau' itu dipanggil struktur konvolut (salah satu struktur sedimen)

Lapisan batu pasir yang tebal (sedikit cerah berbanding lapisan lain)

Warna sekitar 'dipudarkan' untuk fokus pada perbezaan warna di permukaan batuan tersebut yang dipanggil 'Liesegang'

di salah satu lokasi yang perlu diambil kira

Lapisan putih itu adalah lapisan tuff (sejenis batuan yang terbentuk dari abu gunung berapi)

Di bahagian kiri singkapan. Singkapan lapisan di sini dikatakan selari dengan jurus perlapisan (tidak dapat lihat arah kemiringan secara kasar). Di sini bermulanya cerapan bersama partner setelah selesai diberi penerangan

Lapisan batu lumpur teroksida yang pecah mengikut laminasi

Lapisan batu pasir berlumpur dengan lapisan batu lumpur nipis (lebih gelap) di antaranya

Klasta batu lumpur di dalam lapisan batu pasir berlumpur

Sharp-contact (sempadan jelas) antara lapisan batu pasir bertuf (atas) dengan lapisan batu lumpur

Laminasi (lapisan halus - jaluran) batu lumpur diatas. Kelihatan ada juga klasta lumpur di dalam lapisan batu pasir di bawahnya

Lapisan batu lumpur berklasta yang diapit dengan lapisan batu lumpur berlaminasi


Terdapat struktur lipatan kecil (diperjelas dengan garis merah)

Di bahagian dataran sebelah kanan singkapan juga menunjukkan perlapisan yang jelas. Jika dilihat dari atas bukit, struktur lipatan jelas kelihatan dengan tunjaman yang hampir menegak (hampir 90 darjah)

Waktu ini segala data untuk peta dasar sudah hampir selesai diambil, cuma tinggal bahagian dataran sahaja yang belum sempurna (jika ikut perancangan Dr.Zaiton, hari ini hanya perlu mengambil data jurus & kemiringan lapisan).

Dek kepenatan & waktu sudah petang, kami bercadang untuk menyempurnakan bahagian dataran itu esok

*Keesokan harinya khusus untuk memasukkan maklumat-maklumat geologi lain seperti jenis batuan, tebal lapisan & struktur yang wujud dalam lapisan.

Dalam perjalanan pulang semula ke hotel, singgah di suatu R&R untuk solat (jamak takhir) & rehat selama 30minit..

Seusai solat, skru kanan spek tercabut, tak dapat pakai..
Ketika hampir sampai di hotel, En.Mat kata nak bawa kami semua ke Kluang Mall pada 8 malam dengan bas (bagi yang nak pergi)
hmm.. satu peluang yang baik untuk membaiki spek di situ, sambil makan malam..

Petang itu, aku & partner cuba menyiapkan setakat mampu,
sempat siap membuat skala & melakar keluasan singkapan

Sekitar pukul 8 pm kelihatan sudah ramai menunggu di hadapan lobi hotel..
Tak kurang juga yang sudah pergi berjalan kaki ke sana dengan geng masing-masing apabila bas yang dinanti tak tiba-tiba..
En. Mat terlupa barangkali..
Jarak Kluang Mall itu tidaklah jauh mana dengan hotel itu, cuma bimbang juga akan keselamatan di malam hari apabila berjalan di tepi jalan yang tak berapa cerah itu..
Akhirnya kami pun bergerak bersama dengan segerombolan rakan lain.

Seusai membaiki spek, sempat membeli roti di dalam mall itu & kemudiannya bergerak bersama rakan ke restoran di luarnya yang menyajikan masakan panas..
sedang rakan-rakanku meng'order', aku pula sekadar meneman berbekalkan roti itu memandangkan pagi tadi telah makan nasi
*keesokannya baru kusedar ternyata ia suatu tindakan yang mengundang padah*

Kerja disambung sekembalinya ke bilik, mentafsir data bertemankan lampu oren ala-ala romantis, bersama 'kegilaan' yang sering kami alami pabila tertekan.. (~~,)

'Ghalik bede'oh bkali..' Sedar tak sedar malam sudah 'tua'~!!

10-10-10
- Pagi terakhir di situ, turun awal untuk check-out & terus naik bas (bersarapan di luar)
- Setibanya di lapangan, kelihatan lebih banyak singkapan yang terdedah (lebih jelas berbanding semalam), mungkin berlaku hujan sementara pada waktu malamnya
- Sebelum semuanya mengambil tempat untuk menyambung kerja masing-masing, kami menumpu bersama Dr.Zaiton di suatu kawasan singkapan di bahagian kanan, di mana terdapatnya 1 sesar
- Jika dilihat dari bawah, bahagian itu nampak seperti semuanya terbentuk dari batu lumpur, namun sebenarnya ada sedikit lapisan batu pasir apabila bahagian itu dipanjat. Jenis sesar juga dapat ditentukan lebih tepat dari pandangan atas
- kerja diteruskan dengan penentuan ketebalan serta jenis batuan yang membentuk lapisan
- di dalam satu lapisan itu boleh ada laminasi, kerana lapisan ditentukan berdasarkan kepada lapisan lain di atas / di bawahnya, & lapisan itu akan dipanggil masif jika ketebalannya melebihi 1 meter).

Tidak sampai separuh singkapan, kesan daripada 'dinner tanpa nasi' semalam mula menyengat - Gastrik melanda..


Pengajaran : Walau tidak lapar pada masa itu, tetap kena makan nasi (atau makanan berat lain) lebih dari sekali sehari kerana penggunaan tenaga untuk kerjalapangan / aktiviti luar memang melebihi kadar penggunaan tenaga pada hari-hari biasa
Ketika itu aku hanya mampu mengekori partner sedikit demi sedikit & melihatnya melaksanakan tugasan bersama rakan lain.. Rasa serba salah pun ada, tak dapat nak bantu, hanya mampu meneman.. (- -")

Menjelang tengahari, data-data telah siap dikumpul oleh sha.. Alhamdulillah.. terima kasih partnerku.. :_)
Dengan langkah slow & steady, kami menuju ke Petronas di seberang jalan, membeli bekal & menunaikan solat..

Di gerai bersebelahan stesen minyak, ramai sedang berkumpul di situ, sambil menyiapkan & mengemaskan data di dalam kertas biru yang disediakan pihak geologi.

Aku turut menyemakkan diri di celah-celah mereka.. Sakit menyucuk tak berhenti. Bila dapat duduk, terus ku capai air kotak coklat yang baru dibeli tadi.. Alhamdulillah, walau tidak pulih, sakitnya berkurangan..
*Sudah lama tak kena gastrik, yang terakhir dulu pun kena sewaktu sekolah rendah sebab masa tu selalu tak bersarapan pagi (haa amalan ini sangat tidak bagus).. sejak itu sebelum ke sekolah aku akan bersarapan & mak selalu berpesan agar sentiasa membawa bekalan coklat bersusu. (Ubat gastrik sementara = coklat / bahan bersusu)
Di hadapanku sha sedang mengemas data-data di dalam kertas biru, manakala aku yang masih dalam mod 'menahan' cuba memberi seketul dua idea dari apa yang diingat sebelum 'dugaan' itu tiba. Pada masa yang sama terasa sangat cuak, aku ingatkan data-data bersama peta perlu hantar pada waktu itu juga, namun syukur apabila hanya perlu menghantar data (disimpan En.Mat) manakala peta itu akan disiapkan sebelum peperiksaan akhir.

Setelah data dihantar, kami menunggu masa untuk menaiki bas di seberang jalan. Kalau tidak silap, dalam 2.30 PM kami naik. Sambil menunggu rakan lain, tertidur melayan penat. Kira-kira dalam pukul 3 lebih baru bas kami bertolak, & kemudian tiba di Pasar Ayer Hitam atas permintaan ramai untuk membeli barang. (Bas lelaki meneruskan perjalanan & mereka sampai lebih awal)

Kami tiba di UKM dalam waktu maghrib & bermulalah 'rutin harian' sebagai penuntut UKM seperti biasa.. [jengg..]

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." ~Surah At-Taghabun, Ayat 11~


No comments: