Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

07 August 2010

Sebuah Perkongsian Kisah~

Kisah ini ku baca sewaktu masih belajar di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) 08/09..
Ia diterbitkan secara bersiri di setiap helaian belakang risalah "Soutul Muttaqin"..
Apa kisahnya?
Secara umumnya ia mengenai panduan cinta yang berlandaskan syariat antara kaum Adam & Hawa dalam suasana kampus (dalam bentuk cerita)..
Sesuatu yang mungkin menarik minat kebanyakan yang tidak mahu membaca risalah berfakta itu sedikit sebanyak.. Antara pendekatan yang baik.. hmm~

Ku akui, dulu aku kurang mengerti akan tujuan hidup sebenar, serta persepsi cinta yang terhad.. TAHU tapi tak benar-benar RASA kehebatan Ilahi..

Di KMPh jualah tempat perubahanku mula bercambah..
Alhamdulillah, dari Allah jualah segala Ilmu & Ilham..
Perjalanan dari hari ke hari semakin positif & bermakna..

Setiap insan pasti ada kisah silam yang tersendiri kan..?
Bergantung pada individu jika mahu terus dalam kesilaman waktu..

Atau mengambil iktibar darinya
dengan menjadikan ia papan lonjak untuk ke arah penghijrahan positif..

(Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, & esok lebih baik dari hari ini)

Pada masa yang sama menimba ilmu berunsur keagamaan..
Sama ada secara Sdn. Bhd. / kuliah..
Terkadang ku ambil sesuatu perkara itu secara "direct" / istilah amnya Jumud..
Aku masih teringat ketika cuba memutuskan segala bentuk perhubungan dengan mana2 lelaki yang telah kukenal, ketika itu masih "shock" dengan pendedahan dari akak-akak senior (datang dari IPT luar) yang berpendapat sedemikian, sehingga ada antaranya yang tidak mahu berkahwin kerana menganggap cinta itu hanya pada Allah semata & bukan pada ciptaanNya..

*Sedangkan cinta itu anugerah & fitrah dariNya, di mana telah dibahagikan peringkat cinta itu untuk panduan.. Pada Iman lah ia tergantung untuk dikawal..
Dan sudah tentu, cinta teragung hanya pada Allah, kemudian Rasulullah SAW, Ibu Bapa, para ilmuan & seterusnya..

Mujur 'fenomena' yang melanda diriku waktu itu sementara sahaja,
kerana dalam kesamaran pendapat itu aku terus merujuk pada Ustazah & juga 'menggeledah' buku-buku serta blog para ilmuan yang diiktiraf kehebatan pengetahuannya..

Alhamdulillah, pandangan mereka sangat membuka minda beserta bukti kajian & bersesuaian dengan konsep Islam yang sebenar... di mana setiap maslahat ada syarat tertentu yang menjadikan ia haram, makruh, harus, sunat atau wajib..

Oleh itu jika kita renungkan kembali mengenai pertanyaan sesuatu hukum, Para Ulama' tidak akan menyatakan jawapannya secara mudah tanpa penjelasan selanjutnya seperti "HARAM!! (full stop)".. Mereka akan mengulasnya bersandarkan situasi & contoh..
Setiap yang berlaku pasti ada penyelesaiannya yang tersendiri..

Syukur, apa yang dilalui dahulu telah mengajar diri ini untuk lebih berhati-hati dalam menerima apa jua Ilmu yang didengari.. tak semestinya semua itu sahih (walau dari buku & laman web, melainkan ia benar2 dipersetujui kebanyakan ulama' / yang biasa diamalkan).. Kita hanya berhak mendengar & harus menghormatinya, berfikiran positif..

Namun selain dari waktu itu kita juga berhak menilai & berfikir kembali sebelum dicernakan ke dalam hati.. dapatkan kepastian terlebih dahulu..
Ibarat seperti meneliti kehalalan kandungan sesuatu makanan sebelum membelinya..

Wallahu-a'lam.. Mohon diperbetulkan kekhilafan..
--"Islam itu mudah tapi jangan mempermudahkan Islam"--

Kisah ini jugalah yang turut membantu diri ini mengubah persepsi cinta, dari yang terhad ke jalan yang sebenarnya.. Cinta kurniaan Allah amat luas.. carilah cinta yang menuju RedhaNya..

Cerita sedikit mengenai "Soutul Muttaqin" ;
Ia sehelai risalah ringkas yang diterbitkan setiap hari Jumaat oleh AJK Surau di situ, Surau Al-Muttaqin (Surau itu besar & telah diiktiraf untuk Solat Jumaat)..
Antara kandungannya ialah perihal Tokoh-tokoh Islam, ayat peringatan & mutiara kata..
Walaupun ringkas, isinya padat & diterbitkan secara berterusan, yang kemudiannya akan diedarkan dari bilik ke bilik..
Teringat jua pada setiap malam pukul 11pm akan bergema bacaan Surah Al-Mulk di Blok2 kediaman melalui pembesar suara.. setiap blok ada pembacanya mengikut giliran.. Subhanallah.. satu suasana yang cukup indah & dirindui..

Ops.. fikiran banyak termelayang ke masa lalu lak..
Maaf.. tadi tu kisah sampingan..
Ha, kembali semula ke 'Kisah' sebenar yang mahu dikongsikan..

Sedang membelek2 folder dalam laptop, terjumpa kembali kisah ini yang telah lama tersimpan..
Terdetik di hati untuk berkongsi kepada saudara/i yang sudi menyinggah di sini..
Cari2 kat folder sedia ada di web, maka terjumpa lah kat scribd ..
tapi berat nak load page dia....
Jadi amek link dari 4shared ja ..

Mungkin ramai yang sudah membacanya, tapi tak apalah, moga ia jadi peringatan bersama..

Tajuk : SEINDAH MAWAR BERDURI
Karya : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN (Novelis Islamik terkenal)

boleh di-download dalam bentuk pdf (ada link dari 4shared di bawah) & bacalah ketika ada masa terluang,

Moga dapat manfaat dari perkongsian yang tak seberapa ini, (terutama mengenai kisah lalu sebelumnya.. huu.. maaf)

Komen peribadiku mengenai kisah ini ;
..Memang terbaik lah.. cerita bukan sekadar cerita, namun ia boleh menjadi panduan dalam hidup.. membangunkan jiwa, mendekatkan lagi diri padaNya..

*Note : Latar penceritaanya kat UKM lagi tu..
(adakah aku memilih UKM sebab tertarik dengan suasana & persekitaran yang dibaca ini ketika di matrik? ~ hmm.. sedikit2 tu ada la mempengaruhi, tapi utamanya sebab course yang dipilih.. hehh~ ;) Allah Maha Menentukan..

Dari 4shared.com :



Sebarang pembetulan / pendapat amatlah dialu2kan.. ku mohon maaf atas segala salah & silap

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dihendakiNya, (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." ~Surah Al-Baqarah, Ayat 269~



2 comments:

Mohd Hanyzan Al Muari said...

Bismillah,
Ya Allah kau rahmati dan berkati tuan punya blog ini,berilah perlindungan di dunia dan akhirat...
Jadikan Islam Itu Panduan Hidup.

Mahirah Jazlan said...

InsyaAllah, Syukran ya akh..
~Barakallahu-fiik~