Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

20 August 2010

Setalam Usrah di Takungan Rindu..

-Tarikh : 16/8/10 (6 Ramadhan 1431H)-

Hari ini mengungkapkan sebuah lagi pertemuan antara rakan seusrah, di bawah pimpinan Kak Aida Rahayu..

Masih teringat usrah pertama sewaktu Ramadhan tahun lalu, & hati ini mekar kembali pabila berpeluang untuk beriftar ramai-ramai setelah lama ber-'Sendirian Berhad' di bilik..

Kumpulan usrah ini terdiri daripada semua pelajar Geologi.. Kata K. Aida (merangkap senior Geo kami) ;
"Senang nak buat perjumpaan & mudah memahami sesama sendiri" ;)
Tidak hairanlah ada yang bergurau mengatakan kami "Assabiah", program & aktiviti semua sepakat buat sekali... (InsyaAllah ia dilakukan secara 1 hati!)

Assabiah sesama kami sememangnya memberi muafakat, tetapi harus difahami bahawa kami tetap menjalankan 'Hubungan Insan' yang sihat sesama rakan fakulti lain..
Dalam erti kata lain, Assabiah bertempat (bukan seperti zaman jahiliah dahulu).. :D

***
@ 6:00 PM :

Angin datang menderu-deru,

Awan tidak lagi seputih salju,

Langit yang kelam menzahirkan sesuatu..

"oh.. rahmat dari Ilahi bakal turun.."

Aku memandang katilku.. melihatkan seorang rakan se-geologi + seusrah dari kolej Aminuddin Baki yang terlelap bersama buku Ilmiah di tangannya.. Aku tersenyum dalam keredupan petang itu.. Rakanku ini sememangnya ulat buku, sesampainya dia di bilik ini terus diteroka buku-buku yang ada di rak.. dia menumpang seketika di bilikku seusai kelas Amali Petrologi untuk bergerak bersama ke Masjid pada 6.30 petang..

Tidak lama kemudian, hujan mulai turun... serentak itu jua dia terjaga, membatalkan langkahku untuk mengejutkannya..
Alang-alang menunggu hujan reda kami bersiap, & jam sudahpun menunjukkan pukul 6.30 lebih..
Namun Alhamdulillah kelebatannya makin berkurangan (buat masa itu) & kami mengorak langkah ke Masjid UKM..

Dalam perjalanan, kilat sabung-menyabung.. terasa putih mata beserta kegerunan apabila gelombang bunyinya menerpa gegendang telinga... Allahuakbar.. Ini baru ribut, belum lagi taufan.. Apatah lagi nak dibandingkan dengan kehuru-haraan yang digambarkan pada hari Kiamat kelak.. hari penamat alam yang tiada tara kedahsyatannya.. MasyaAllah..


6:40 PM - Suasana awal dari tepi DECTAR sebelum 'pameran bunga api' berlangsung.. cukup kelam.. suram..

***
Setelah mengambil tempat, sesi 'warm-up' dijalankan..
Menyentuh isu dakwah & peranan yang harus dimainkan oleh setiap muslim dalam menjayakannya..

Dakwah tidak menanti ilmu di dada mencukupi,
kerana apa yang pasti ilmu dariNya luas tak terperi..
Segala perbuatan / percakapan yang baik itu dakwah jua,
tidak terhad pada aspek teori tarbiah semata..

Ketika itu, hujan turun dengan lebatnya..
memandangkan kami berada di tepi-tepian,
tempiasan merupakan sesuatu yang pasti,
lebih-lebih lagi pabila angin kencang menghala ke sisi masjid
namun ia tidak menjadi penghalang untuk kami berada di situ...
*dah lama tak berhujan.. ;)

Seketika kemudian talam beserta isinya diagihkan..
& sedang ia dibiar tak terjamah di hadapan kami,
ada 'kuah khas' ditempias dari langit Ilahi..
Moist Rice..? Segala rezeki datang dariNya.. it's better than nothing :)

7:22 PM - 'Wajah' talam yang dirindui... beserta 'kuah khas' dari Langit :D

Setelah masuknya waktu Maghrib, kami pun segera berbuka..
Moga diperoleh keberkatan dariNya ~InsyaAllah~

Sabda Nabi s.a.w.; “Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur” (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.).

Sedang menjamu selera, ada seperkara lagi yang 'jatuh' dari langit..
Oh,, rupanya lauk ayam tambahan yang dilempar direct ke talam masing-masing..
Kami saling berpandangan, aku pula hampir tersedak, & masa seakan-akan terhenti seketika..
Kemudian kami hanya tersenyum & meneruskan apa yang tertangguh..
*Biasalah, di ruangan padat seperti itu.. nampaknya ia terpaksa diagihkan sedemikian~ (- -,)

***

Masa berlalu begitu pantas..
Kilat menyambar semakin deras..
Sedar-sedar kain sudah 'lemas'~!

*Air hujan yang mencurah tanpa henti menakungi kawasan tepi masjid bahagian muslimat, meresapi tikar yang dihampar & membasahi hamba-hamba Allah secara perlahan.. Terutamanya bahagian yang lebih rendah..

Namun Alhamdulillah, dalam keadaan sebegitu kami masih dapat meneruskan solat Maghrib & Isya' berjemaah di situ..

Sela antara Maghrib & Isya' diisikan dengan usrah seperti yang dirancangkan..

Membincangkan topik serta istilah seperti Sekularisme, Liberalisme & yang seangkatan dengannya..

Kami turut didedahkan (secara umum) dengan pelbagai pertubuhan / persatuan Islam yang ada di IPT..atau lebih dikenali sebagai 'Jemaah'..
antaranya;

PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia), KAMI, MAMPU (Mahasiswa Mampu Penggerak Ummah), ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), KARISMA (Kelab Remaja Siswa Islah Malaysia), JIM (Jemaah Ikhwanul Muslimin), ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), HALUAN, IKRAM, dan HTM (Hizbut Tahrir Malaysia)..

Tidak lupa juga peringatan bahawa setiap muslim dituntut untuk berdakwah meski dalam pelbagai cara..

-----------------
Sekembali ke bilik seusai solat Isya', rupa-rupanya bilikku turut kehujanan akibat kebocoran atap.. Mujur katil tidak basah teruk, kerana pada malam itu jua K. Aida menumpang tidur di bilikku selepas kami sama-sama ada perjumpaan mengikut persatuan / biro masing-masing [Mohon maaf jika 'servis'ku terkurang di mana-mana ya kak~ hee]

Alhamdulillah... moga dengan pertemuan & perkongsian itu akan lebih mengeratkan ukhwah sesama kita & memperkuatkan semangat untuk terus beramal di jalanNya.. InsyaAllah.. go Ummah~! :)

Marilah kita saling ingat-mengingatkan & Maaf ku pinta andai diri ini pernah melakukan kesilapan terhadap kalian sama ada secara sedar / tidak....

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." ~Surah Adz-Dzariyat, Ayat 55~

Seiring sewaktu hujan, moga disucikan hati kita sebagaimana hujan menyucikan & menyeimbangkan alam dengan rahmat dariNya~

"(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan)." ~Surah Al-Anfal, Ayat 11~




No comments: