Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

13 April 2010

Setempias Rasa..

Alhamdulillah~

Selesai sudah kertas pertama teori final semester ini..
-mineral sudah terkeluar dari senarai-
2 exam amali lak sudah 'ditumbangkan' minggu lepas2 (1 tang study week)..
eit... baru 3 da lepas... 7 lagi menanti... 29/4 ni baru tamat...
sesaja 'lepak' sat kat sini untuk persediaan 'menumpatkan' kepala dengan ilmu kimia yang semakin dilute, terlarut dalam masa..
Astaghfirullah.. (-﹏-)''

(Bakal bertempur dengan Kimia Am 1 lusa, 15/4~...)

Berlalu sudah Study Week...
Suatu term yang boleh diperluaskan lagi maksudnya selain subjek2 yang diketahui umum..
Sedang orang lain ngah khusyu' study ngan bahan ilmiah yang tertulis dalam silibus,
aku pula khu-'syok' study pengalaman & pengurusan organisasi..
sampai nota2 jadi batu shale di suatu lokasi yang misteri..
nak siapkan segala urusan yang ada berkait dengan orang lain dulu..
entahla, tak tenang jiwa selagi tak selesai..
tapi cuba2 jugak la curi2 masa pi kikis balik lumut2 yang melekat kat nota tu..
takut kang habis berkarat 'pedang minda' nehh..

sebelum Study Week lagi sebenarnya nak selesaikan mende ni..
tapi berlanjut sana-sini, masalah komunikasi ngan orang..
ada2 je hal yang pop-out tetiba, kekadang jatuh 'bedebuk' sekaligus pada masa yang sama.. (manusia hanya merancang, tapi Allah maha mengatur segalanya)
& yang paling utama, disebabkan kelemahan dari diri ini sendiri yang baru mengenal struktur kerja organisasi secara terperincinya..huh.. baru merasa pengalaman la katakan~ sedor diri..huk.
maka tak henti2lah diri ini menanya orang yang lebih berpengalaman..

Padaku, lebih baik bertanya dari melakukan sesuatu yang tak pasti, biarpun kita agak mende mungkin betul..
biar mereka muak sekarang mendengar pertanyaanku,
daripada mereka juga yang susah kelak bila apa2 masalah berlaku melalui pengurusanku...
aku juga yang bakal susah hati tahap maksimus nanti dengan rasa bersalah tak henti2..
malu bertanya sesat jalan..kan? boleh plak gitu ek..layan jo lae..

Baru je ingat nak 'qada' masa study minggu study week tu..
tup2..aik...da exam ye...*ke'parok'an* =_="
bila teringat balik, terasa seperti aku telah memadankan muka sendiri..
"berani terima, berani tanggung"..adeh, pediss..

Tadi baru sudah YM ngan Abah yang invisible..
bertanyakan exam tadi.. huu..
bila aku cakap pula pasal 'kesibukan' tu,
Abahku cakap ;
"tau tak pa...thn depe bo dok sibuk hok luar bnyk2...skt2 dah!!"
(*tahun depan berhenti sibuk dengan banyak perkara luar..sikit2 dah)..

haha..ayahku mengiyakan kepadanan-mukaku..nges2..


tambah abahku lagi ; "ni sema buat unk jadi pengajaran & pengalaman mahirah unk thn mendatang!! Arios.....selamat berjaya...wassalam"

~Allah.. terharu amat.. InsyaAllah... segala yang dihadapi pasti ada hikmahnya...
usah dipersoalkan kenapa & mengapa semua tu harus berlaku sekarang, pada masa kritikal nak final ni (er..dah masuk da pun..)

Apa yang harus difahami, kesusahan / ujian yang menimpa untuk sesuatu perkara itu tak semestinya akan dibalas dengan kebaikan oleh-Nya melalui perkara itu jua (yang sama)...

Rahmat Allah terlalu luas untuk difikirkan.. kadang2 balasan / hikmah itu akan diberikan melalui kesenangan & kelancaran menguruskan perkara lain mahupun dari sudut rezeki, tak lupa juga dari segi ketenangan jiwa.. MasyaAllah..

Akhir kata, moga kita sama2 dapat mengambil iktibar dari apa jua yang berlaku pada diri & sekitar kita. Sentiasa Husnuz-zhan (bersangka baik) pada Allah & segala sesuatu..
Selagi kita hidup, selagi itu kita harus beri manfaat, pada orang lain & diri..

Demikian 'Setempias rasa' dari rasa2 lain yang cukup banyak & tak mampu diluahkan, beserta kekangan masa... (ni pon cam meleret je..)
Apa2 pun, Selainnya Wallahua'lam ;)

buat yang masih di dalam tempoh bertempur dengan exam, Salam kejayaan ku ucapkan~

Hayatilah..Warna-warni Hidup ~

~Sekian~

~Wassalam~

No comments: