Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

30 April 2010

Sayonara Zaman 'Innocent'~

Syahdu la pulak..
Lihat~ masih ada jalan yang harus kita lalui~! jom.. ke arah sirat-al-mustaqim~
(sekadar gambar hiasan)


Teringat suatu ketika, dalam kuliah Mineralogi..
Sedang Dr. Rozi khusyuk memberi syarahan, pelajar2nya pulak mengangguk & menunduk penuh tawadhu'..
Maka beliau pun diam sebentar & dengan nada beliau yang cool + gentleman ;
"..Saya suka tengok muka kamu semua, sangat Innocent.. tahun satu.. macam itulah.. tak apa, saya tahu kamu penat.. tahun satu kamu diberi kuliah (spoonfed), tahun dua kamu akan menilai & mencerap isi kuliah (mengoptimumkan kemahiran berfikir), tahun tiga kamu akan selidik & aplikasi isi kuliah..."

huhu.. ada makna tu..

Hari ini ku menulis di suatu kawasan yang lain..
Masih di bawah kolej yang sama, namun bilik berlainan..
Alhamdulillah dapat jua menetap sementara di kolej..

menanti fieldwork mulai Isnin ni..
setelah 'Melawan api" yang tetiba membakar diri ini semalam (Allahu-a'lam)
(mengaplikasikan ilmu Pengurusan Masa..eceh ;)

Itulah....
Suatu pengajaran bagiku yang terleka.. (len kali kena cakna ngan notis kat pejabat walau takde pengumuman!!!), exam sebenar kehidupan.. MasyaAllah~

Hari ini bila duduk & terkenang balik apa yang dilalui semalam,
dengan rasa ketenangan + kesyukuran yang jauh berbeza dengan perasaan semalam,
(walaupun fizikal penat mengangkut '1 bilik')
Keyakinan ini makin bertambah... Dia-lah yang Maha Mengatur segalanya..
Allah Maha Mengetahui setakat mana hambaNya boleh menampung segala ujian..

Seperti dalam Firman-Nya ;

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
~Surah Al-Baqarah, Ayat 286~

*syukran pada seorang sahabatku yang mengingatkan ayat ini :)

Semalam..
ya, dengan berakhirnya exam P. Masa semalam,
maka berakhir sudah tahun 1 untukku di UKM ni..
tamatlah lesen untuk 'berlagak innocent'..haha~
(erk...berlagak ke betui2? tepuk dada tanya iman..Wallahu-a'lam~)

Adakah itu bermakna Zaman Brutal akan menguasai?
Menjadi senior yang berwajah tension sepanjang masa,
result 4 flat namun akhlak di'flat'kan..
dengan pensyarah lak, dulu beradab kini biadap?
Oh~! Na'uzubillah, jauhilah kami, mahasiswa/i dari segala sikap negatif tersebut..

tup-tap tup-tap kasut berbunyi,
lip-lap lip lap lampu di"on-off",
eik? da habis da? semester seterusnya dah 2nd year? biar betikk?
Terimalah hakikatnya wahai aku...
*..suasana sunyi sepi..bunyi cengkerik sayup2 kedengaran..*

Ya Allah,

jadikanlah apa yang dihadapi kami sepanjang setahun kami mencari ilmu ini tidak sia2 belaka, dari pergolakan jiwa, kesibukan urusan persatuan, masalah yang melanda, hinggalah pada perkara yang kelihatan tidak penting bagi kami sekalipun....


Moga segalanya menjadi agen yang mematangkan pengalaman hidup kami dalam meneruskan perjuangan bidang masing2..

Pandulah kami mengikut syariat-Mu, agar hidup kami dilimpahi keredhaan dari-Mu..

Isikan hayat yang diberi pinjam oleh-Mu ini dengan amal ketaqwaan..

Amin ya Rabbal'alamin.. InsyaAllah~ sama2 kte doakan..

---------------------------------

Destinasiku yang seterusnya?
Rumah & kampung ke?
eittt...idak lagi..

Sebagai student Geologi, kami ada fieldwork (ayat skema lagi?..hee~ biarlah)
Fieldwork @ ketiga2 negeri Pantai Timur..
bermula 3/5/10 - 10/5/10.. amek nak..8 hari..
orang lain packing nak balik rumah, aku pula packing nak gi fieldwork :)
kos yang dibayar kali ini? RM 452 (kompas RM 245 + penempatan RM 207) ~fulus!..
*tak campur kos makan minum lagi tu.. nges2~

Oo..jadi..lepas 10hb tu boleh balik la kan?
Yabedabedu~! buleh makan budu!~❤
.
..
...
Banyak cantik~ belum lagi la..
12hb tu kena jawab kuiz fieldwork dulu..
maka 11hb tu bertapalah di bilik mengulangkaji ya..

>>Nantikan transformasi kami, selepas fieldwork ini, ke arah warna kulit yang berlawanan dengan prinsip krim2 pemutih~ ;)

~Life must go on ^^,


~Sekian~
~Wassalam~

No comments: