Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

25 April 2010

Apabila 'demam' itu melanda..

Kabus pagi @ Machang, Kelantan (rumah kg. mak)

Kepada sesiapa yang berada 'jauh' di perantauan,
walau sekental mana jiwa yang tak homesick,
tipulah kalau tak merasa perasaan rindu pada insan tersayang..
Siapa lagi kalau bukan pada keluarga :)

Saje je nak kongsi lagu ni~
lagu ni da lama da..tapi 'bisa'nya masih power..
Tersentuh dengan bait2 liriknya..
melodinya mengimbau suasana permai di kampung..
terbayang2 sawah padi & pondok usang tempat berteduh..
sambil menjamah lauk ikan rebus + budu dibawahnya, perghh..
(padahal kat kampung dikelilingi kebun getah..hehe..overfeel kampung lain lak)

Sedikit sebanyak..dapat jua muhasabah..
Sejauh manakah kita meluangkan masa, berbakti kepada keluarga..
Sementara mereka masih ada bersama kita,
Selagi kita masih wujud di antara mereka..

Hayatilah~





Lagu : Bonda
Artis : M. Nasir


Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman
menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta
rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan
ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan
pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih
sayangmu

Oh! bonda
bonda



Sumber lirik : http://www.ilirik.com/m_nasir_--_bonda.html

Moga sama2 kte menjadi anak yang soleh / solehah, penawar duka keluarga, penyeri hidup mereka dengan aura keimanan..

Doakan dengan jauhnya jarak ini akan dapat menguatkan lagi ikatan kasih kekeluargaan..

ke arah keluarga yang mawaddah~warahmah... menuju mardhatillah.. InsyaAllah~


~Sekian~
~Wassalam~

No comments: