Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

07 December 2010

-1432H: Muhasabah Hijrah-

No comments:


Tahun 1431 H baru sahaja berlalu,
tempoh 1 tahun, cukup lama untuk menyimpan pelbagai 'khazanah' hidup,
namun cukup singkat apabila melaluinya..
merakamkan pelbagai tutur & tingkah sepanjang kita hidup di persinggahan sementara ini..

yang lepas dijadikan cerminan diri..
ibarat cermin belakang & sisi yang perlu dilihat meskipun kita memandu ke hadapan,
agar waspada dengan perancangan setiap langkah yang bakal menyusul..
mungkin 'merempuh' sesiapa yang seperjalanan dengan kita..
kerana hidup ini bukan sekadar melalui sebuah perjalanan, tetapi turut melibatkan cara kita mengendali kehidupan kita sepanjang menyusuri jalan tersebut,
dan kita bukan berseorangan di jalan itu... :)

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menempuhi satu lagi tahun hijrah..
moga dengan kesempatan yang diberi ini kita dapat manfaatkannya sebaik mungkin dalam meng'upgrade' ilmu, iman & amal kita.. InsyaAllah..

Petikan dari buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' ;

Amalan pada bulan Muharram :
> 1-9hb sunat puasa
> 10hb sunat puasa hari Asyura dan :
i. Menyapu kepala anak yatim
ii. Bersedekah kepada fakir miskin
iii. Bercelak mata pada waktu malam
iv. Menambah perbelanjaan keluarga
v. Memperbanyakkan bacaan berikut (sekurang-kurangnya 70 kali)
حَسْبُنَا اللَّـهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْ لَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
Maksudnya : "Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong."

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela & menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak & rezeki yang makmur & sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah & RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah & (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~Surah An-Nisa', Ayat 100~


23 November 2010

Kerjalapangan 8 @ Bukit Peria, PD

No comments:
Tarikh : 16 & 17 Oktober 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Bukit Peria, Port Dickson


16-10-10
- Seperti 2 minggu sebelumnya, berkumpul & bertolak dalam pukul 8 pagi dari UKM
- setibanya di PD, berjalan dari kanan kawasan, menyusuri pantai, menuju ke sebuah singkapan yang sedikit berbukit (dipanggil Bukit Peria), terdiri daripada batu syis & filit
- kawasan cerapan lebih pendek dari yang sebelumnya (PD-1), cuma ia lebih lebar (melebar ke laut)
- sebelum memulakan gerak kerja sendiri, kami mengekori langkah Dr.Zaiton dari awal singkapan hingga ke hujungnya untuk mendengar penerangan menyeluruh & ciri penting yang perlu diambil kira
- Kaedah pemetaan : Menggunakan kaedah Grid. Setiap grid ditetapkan dengan nilai tertentu mengikut panjang & lebar singkapan (contoh : 5 x 5 meter merangkumi 1 kotak pada kertas graf)
>> cara ini memudahkan penetapan fitur dalam peta (mudah mencari semula kedudukannya bila dah siap)
- hari ini kerja pengumpulan data & lakaran singkapan yang terdedah

~ Menjelang waktu zohor, solat di tepi pantai (di situ juga) di suatu kawasan yang sedikit terlindung, memandangkan jarak dari singkapan itu ke tempat penginapan jauh (memakan masa untuk pergi & balik).. Pertama kali merasai solat di tepi pantai, bersejadahkan pepasir.. Allah.. terasa lebih dekat denganNya..
*Arah qiblat semenanjung : U 292° T
~ Bagaimana dengan pengambilan wudhu'? Yaa~ agak mencabar (terutama bagi kaum hawa), mujur ada batu-batu besar untuk 'menyorok'..
Berkumur? Baik jangan, 'masin mulut' nanti.. kang tak khusyu' lak solatnya ;)
*sedang berwudhu' sedar tak sedar dah basah lencun 'disimbah' ombak.. suatu pengalaman yang takkan dilupakan.. best~! ^^
"...Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." ~petikan Surah Al-Maidah, akhir Ayat 6~
- secara umumnya ia singkapan Utara-Selatan (Baratnya menghadap laut)
- fitur-fitur yang ditemui : foliasi (Syis & Filit), sesar (pelbagai jenis), telerang kuarza, en-echelon, & lipatan kecil (dari batu filit)
*Filit dikenali dengan foliasi yang kurang jelas berbanding syis. Di sini, filit berwarna lebih gelap
- banyak telerang kuarza mengisi ruang antara foliasi (telerang selari foliasi), ada juga yang mengisi retakan, jadi terdapat pelbagai set & ketebalan telerang. Dari set telerang, kita dapat menentukan telerang mana yang terlebih dahulu terbentuk berdasarkan perbezaan warna & sempadan pembentukan

@ 3 PM - Telerang kuarza yang tersesar. Jenis sesar = sesar sinistral (ke kiri) *merujuk pada arah anjakan telerang jika kita menghadap serenjang dengan sesar sama ada dari kiri / kanan (bukan seperti view gambar ini)

@ 3:06 PM - Telerang kuarza halus (jalur-jalur putih)

@ 3:10 PM - Telerang kuarza..

@ 3:26 PM - Bila mata dah 'kabur' melihat batuan, lemparkan pandangan ke laut yang terbentang~

@ 3:30 PM - yang macam tangga bergerigis di tengah itu telerang kuarza yang tebal.. tebalnya lebih kurang 10cm

@ 3:41 PM - salah satu singkapan

@ 3:41 PM - sudah hampir ke penghujungnya~ di hujung sana ada satu sesar yang membentuk ruangan seakan-akan gua kecil di dinding bukit

Setelah selesai mengambil data, pulang ke penginapan yang padat (sebilik 9 orang).. hmm.. kira macam praktik untuk suasana penempatan dalam musim haji suatu hari nanti, InsyaAllah.. (di sana kongsi lebih kurang 7 orang sebilik) :)

Pada malamnya, kami transfer data kasar dari kertas A4 ke grid di kertas graf A3, membuat skala & menandakan fitur penting untuk rujukan pada esok hari. Sebenarnya boleh je jika nak teruskan cerapan di kawasan laut hari ini cuma tak dapat dilaksanakan (air pasang)

17-10-10
- Pagi itu, seusai makan & berkemas, check-out & letak barang di bas, kemudian terus menuju ke singkapan merentasi bahagian laut yang cetek (jalan pulang semalam yang penuh berbatu tajam + licin > perlu berhati-hati di mana kita pijak)
- meneruskan kerja 'update' apa yang terkurang sewaktu mengisi peta grid semalam
- selepas itu menyelesaikan singkapan kawasan laut yang pada masa itu telah terdedah
- jenis batuan di situ kebanyakannya terdiri daripada batu syis
- daripada maklumat jenis batuan pada peta, didapati batuan filit berada di tengah, antara batuan syis (Syis di Barat & Timur singkapan)
- ketika ini, aktiviti 'menoreh' peta giat dijalankan (menanda data terbaru secara 'live' pada peta)
- Alhamdulillah, dalam waktu tengahari semua pelajar sudah selesai. Di suatu cafe, kami mengemaskan data sebelum menyerahkannya pada En.Mat untuk disimpan
- bergerak ke UKM, solat di R&R & tiba dalam waktu asar di perbukitan ilmu

dengan ini berakhir sudah siri kerjalapangan untuk subjek Teknik Pemetaan,
yang memberi seribu satu makna dalam erti kesabaran menuntut ilmu, ketahanan fizikal mental, pengorbanan serta nilai persahabatan sepanjang gerak kerja..

jutaan terima kasih bagi yang terlibat & maaf ku pohonkan..

"Syukurlah pada kebaikan, Redhalah pada kekurangan"

Moga bertemu lagi, InsyaAllah~
"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan." ~Surah Luqman, Ayat 22~

22 November 2010

Kerjalapangan 7 @ Ayer Hitam, Johor

No comments:
Tarikh : 8-10 Oktober 2010 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Singkapan terdedah di Ayer Hitam, Johor


8-10-10
- berkumpul di foyer Geologi pada pukul 2.30 PM
- waktu demi waktu berlalu, langit semakin gelap & angin bertiup kencang
- bertolak dalam 3.30 PM, syukur sempat naik bas sebelum hujat lebat turun mencurah
- tiba di Anika Inn dalam 8.30 PM
- setelah selesai solat & berkemas, kami keluar untuk makan.. sekitarnya penuh dengan kedai makan non-muslim.. terasa sungguh janggal.. akhirnya di seberang ternampak kedai makan yang namanya agak 'kemelayuan'.. kelihatan mewah & kontra berbanding bangunan sekitar (sudah tentu harga menu pun 'up'), namun memandangkan di situ sahaja tempat yang meyakinkan (tak tahula kalau tak perasan kedai melayu lain masa itu), kami teruskan sahaja langkah ke restoran itu. Melihatkan pelayannya, terasa sedikit ragu, namun setelah melihat tukang masak di dalamnya.. > InsyaAllah, halal~!

9-10-10
- 7.30 AM, turun untuk makan sebelum bertolak pada 8 AM ke lokaliti
- Alhamdulillah, mudah untuk bersarapan (waktu siang baru nampak kedai melayu.. buka waktu siang sahaja agaknya).. pekena nasi lemak
- tiba di lokaliti dalam pukul 9 AM.. terlihat satu singkapan bukit yang memanjang & jalur-jalur perlapisan jelas kelihatan dari dalam bas
- secara umumnya perlapisan itu miring ke arah selatan (mengarah ke kiri dari jalan)
- bersama-sama Dr. Zaiton, kami bergerak dari kanan singkapan untuk diperjelaskan fitur-fitur yang perlu diambil kira
- setelah tiba di kiri singkapan, baru kami memulakan cerapan sendiri bersama partner
- antara fitur yang perlu diambil kira ialah jarak singkapan, jenis batuan yang membentuk lapisan, tebal setiap lapisan & yang selalu perlu diambil > jurus & kemiringan lapisan

Kami sedang melihat singkapan dari dataran.. nampak kecil, tetapi ternyata luas bila sampai disana

Batu pasir berlumpur yang sudah terpecah [sedang berjalan ke kiri singkapan] *pensil sebagai skala

Berhampiran dengan kasut tu ada lapisan putih (lapisan tuff), di antara lapisan batu lumpur

Laminasi yang kelihatan tidak selari & 'kacau' itu dipanggil struktur konvolut (salah satu struktur sedimen)

Lapisan batu pasir yang tebal (sedikit cerah berbanding lapisan lain)

Warna sekitar 'dipudarkan' untuk fokus pada perbezaan warna di permukaan batuan tersebut yang dipanggil 'Liesegang'

di salah satu lokasi yang perlu diambil kira

Lapisan putih itu adalah lapisan tuff (sejenis batuan yang terbentuk dari abu gunung berapi)

Di bahagian kiri singkapan. Singkapan lapisan di sini dikatakan selari dengan jurus perlapisan (tidak dapat lihat arah kemiringan secara kasar). Di sini bermulanya cerapan bersama partner setelah selesai diberi penerangan

Lapisan batu lumpur teroksida yang pecah mengikut laminasi

Lapisan batu pasir berlumpur dengan lapisan batu lumpur nipis (lebih gelap) di antaranya

Klasta batu lumpur di dalam lapisan batu pasir berlumpur

Sharp-contact (sempadan jelas) antara lapisan batu pasir bertuf (atas) dengan lapisan batu lumpur

Laminasi (lapisan halus - jaluran) batu lumpur diatas. Kelihatan ada juga klasta lumpur di dalam lapisan batu pasir di bawahnya

Lapisan batu lumpur berklasta yang diapit dengan lapisan batu lumpur berlaminasi


Terdapat struktur lipatan kecil (diperjelas dengan garis merah)

Di bahagian dataran sebelah kanan singkapan juga menunjukkan perlapisan yang jelas. Jika dilihat dari atas bukit, struktur lipatan jelas kelihatan dengan tunjaman yang hampir menegak (hampir 90 darjah)

Waktu ini segala data untuk peta dasar sudah hampir selesai diambil, cuma tinggal bahagian dataran sahaja yang belum sempurna (jika ikut perancangan Dr.Zaiton, hari ini hanya perlu mengambil data jurus & kemiringan lapisan).

Dek kepenatan & waktu sudah petang, kami bercadang untuk menyempurnakan bahagian dataran itu esok

*Keesokan harinya khusus untuk memasukkan maklumat-maklumat geologi lain seperti jenis batuan, tebal lapisan & struktur yang wujud dalam lapisan.

Dalam perjalanan pulang semula ke hotel, singgah di suatu R&R untuk solat (jamak takhir) & rehat selama 30minit..

Seusai solat, skru kanan spek tercabut, tak dapat pakai..
Ketika hampir sampai di hotel, En.Mat kata nak bawa kami semua ke Kluang Mall pada 8 malam dengan bas (bagi yang nak pergi)
hmm.. satu peluang yang baik untuk membaiki spek di situ, sambil makan malam..

Petang itu, aku & partner cuba menyiapkan setakat mampu,
sempat siap membuat skala & melakar keluasan singkapan

Sekitar pukul 8 pm kelihatan sudah ramai menunggu di hadapan lobi hotel..
Tak kurang juga yang sudah pergi berjalan kaki ke sana dengan geng masing-masing apabila bas yang dinanti tak tiba-tiba..
En. Mat terlupa barangkali..
Jarak Kluang Mall itu tidaklah jauh mana dengan hotel itu, cuma bimbang juga akan keselamatan di malam hari apabila berjalan di tepi jalan yang tak berapa cerah itu..
Akhirnya kami pun bergerak bersama dengan segerombolan rakan lain.

Seusai membaiki spek, sempat membeli roti di dalam mall itu & kemudiannya bergerak bersama rakan ke restoran di luarnya yang menyajikan masakan panas..
sedang rakan-rakanku meng'order', aku pula sekadar meneman berbekalkan roti itu memandangkan pagi tadi telah makan nasi
*keesokannya baru kusedar ternyata ia suatu tindakan yang mengundang padah*

Kerja disambung sekembalinya ke bilik, mentafsir data bertemankan lampu oren ala-ala romantis, bersama 'kegilaan' yang sering kami alami pabila tertekan.. (~~,)

'Ghalik bede'oh bkali..' Sedar tak sedar malam sudah 'tua'~!!

10-10-10
- Pagi terakhir di situ, turun awal untuk check-out & terus naik bas (bersarapan di luar)
- Setibanya di lapangan, kelihatan lebih banyak singkapan yang terdedah (lebih jelas berbanding semalam), mungkin berlaku hujan sementara pada waktu malamnya
- Sebelum semuanya mengambil tempat untuk menyambung kerja masing-masing, kami menumpu bersama Dr.Zaiton di suatu kawasan singkapan di bahagian kanan, di mana terdapatnya 1 sesar
- Jika dilihat dari bawah, bahagian itu nampak seperti semuanya terbentuk dari batu lumpur, namun sebenarnya ada sedikit lapisan batu pasir apabila bahagian itu dipanjat. Jenis sesar juga dapat ditentukan lebih tepat dari pandangan atas
- kerja diteruskan dengan penentuan ketebalan serta jenis batuan yang membentuk lapisan
- di dalam satu lapisan itu boleh ada laminasi, kerana lapisan ditentukan berdasarkan kepada lapisan lain di atas / di bawahnya, & lapisan itu akan dipanggil masif jika ketebalannya melebihi 1 meter).

Tidak sampai separuh singkapan, kesan daripada 'dinner tanpa nasi' semalam mula menyengat - Gastrik melanda..


Pengajaran : Walau tidak lapar pada masa itu, tetap kena makan nasi (atau makanan berat lain) lebih dari sekali sehari kerana penggunaan tenaga untuk kerjalapangan / aktiviti luar memang melebihi kadar penggunaan tenaga pada hari-hari biasa
Ketika itu aku hanya mampu mengekori partner sedikit demi sedikit & melihatnya melaksanakan tugasan bersama rakan lain.. Rasa serba salah pun ada, tak dapat nak bantu, hanya mampu meneman.. (- -")

Menjelang tengahari, data-data telah siap dikumpul oleh sha.. Alhamdulillah.. terima kasih partnerku.. :_)
Dengan langkah slow & steady, kami menuju ke Petronas di seberang jalan, membeli bekal & menunaikan solat..

Di gerai bersebelahan stesen minyak, ramai sedang berkumpul di situ, sambil menyiapkan & mengemaskan data di dalam kertas biru yang disediakan pihak geologi.

Aku turut menyemakkan diri di celah-celah mereka.. Sakit menyucuk tak berhenti. Bila dapat duduk, terus ku capai air kotak coklat yang baru dibeli tadi.. Alhamdulillah, walau tidak pulih, sakitnya berkurangan..
*Sudah lama tak kena gastrik, yang terakhir dulu pun kena sewaktu sekolah rendah sebab masa tu selalu tak bersarapan pagi (haa amalan ini sangat tidak bagus).. sejak itu sebelum ke sekolah aku akan bersarapan & mak selalu berpesan agar sentiasa membawa bekalan coklat bersusu. (Ubat gastrik sementara = coklat / bahan bersusu)
Di hadapanku sha sedang mengemas data-data di dalam kertas biru, manakala aku yang masih dalam mod 'menahan' cuba memberi seketul dua idea dari apa yang diingat sebelum 'dugaan' itu tiba. Pada masa yang sama terasa sangat cuak, aku ingatkan data-data bersama peta perlu hantar pada waktu itu juga, namun syukur apabila hanya perlu menghantar data (disimpan En.Mat) manakala peta itu akan disiapkan sebelum peperiksaan akhir.

Setelah data dihantar, kami menunggu masa untuk menaiki bas di seberang jalan. Kalau tidak silap, dalam 2.30 PM kami naik. Sambil menunggu rakan lain, tertidur melayan penat. Kira-kira dalam pukul 3 lebih baru bas kami bertolak, & kemudian tiba di Pasar Ayer Hitam atas permintaan ramai untuk membeli barang. (Bas lelaki meneruskan perjalanan & mereka sampai lebih awal)

Kami tiba di UKM dalam waktu maghrib & bermulalah 'rutin harian' sebagai penuntut UKM seperti biasa.. [jengg..]

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." ~Surah At-Taghabun, Ayat 11~


15 November 2010

Sekilas Coretan

2 comments:
Alhamdulillah, dengan berakhirnya tarikh 12-11-10, maka selesai sudah 'maraton' peperiksaan akhir semester ini yang meruntun pelbagai emosi~!


[sedang membersihkan habuk & sesawang di sini.. but wait, Mr.Loba-loba (labah-labah), don't worry because now you can stay in my college room~ ^^]

Namun perjuangan takkan terhenti setakat itu,
kerana selagi kita hidup, selagi itulah kita perlu berjuang..
berjuang demi sebuah kehidupan yang diredhai-Nya..
& ia hanya akan berakhir dengan kematian yang pasti..

Hmm.. dalam 3 hari tidak online setelah pulang dari UKM terasa sedikit janggal..
namun semua itu kutinggalkan dahulu demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak (memang sorang ni je pun~) untuk membantu dan bersama ibubapa sementara masih diberi kesempatan olehNya..
barang yang dibawa pulang pun boleh tahan juga banyaknya,
mengemas sakan setibanya di rumah..
maklumlah, cuti semester kena bawa keluar semua barang.. clean & clear gitu..
stor pula hanya berpusat di pusat kemudahan kolej di atas, manakala bangunan tempat ku menetap adalah di bahagian kaki bukit..
MySpace
Nak tak nak, kena bawa pulang semua.. tapi bagus juga, boleh tapis-tapis yang mana yang kurang guna.. nak minimakan barang sehabis mungkin..
Apa-apa pun, dahulukan yang utama dalam setiap pekerjaan :)


Malam tadi sempat baca buku "Nota Hati Seorang Lelaki" oleh Ust. Pahrol Mohd. Juoi,
walaupun baru separuh dibaca, banyak input bermakna yang ku dapat..
Ia merupakan gugusan kisah tarbiah seorang anak, suami, ayah & da'ie dari kacamata beliau, yang mengandungi pengajaran & nasihat dalam cara yang berseni (mendalam) serta menguji minda untuk turut berfikir..
Nampak seperti khusus untuk kaum adam sahaja kan?
Namun aku tetap membelinya, dan Alhamdulillah, ia ternyata berbaloi..
Dalam penceritaannya ada terselit nasihat untuk kaum hawa juga, & sebenarnya sesuai dibaca oleh semua :)
Aku sukakan gaya penulisannya, di mana beliau mampu membawa pembaca ke dalam dunia penceritaannya, & akhirnya kita akan faham apa yang disampaikannya sepertimana yang beliau alami..

*bagi yang belum baca, milikilah buku ini, InsyaAllah, dijamin puas hati ^^
berikut ialah link prakata buku tersebut :
[link]

Selain itu, antara buku yang digemari ialah 'Aku Terima Nikahnya', 'Bercinta Sampai ke Syurga' & 'Murabbi Cinta', hasil penulisan Ust. Hasrizal yang kini ketiga-tiganya dibukukan sekali dalam bentuk kompilasi '3 in 1'.. Penceritaannya juga sangat berhikmah & syariat dijelaskan secara aplikasi (tindakan dalam kehidupan)

Ok, berbalik semula pada kisah asal..
Cuti semester kali ini tidak sampai sebulan, memandangkan ada kerjalapangan bermula dari 11-18 Disember di Langkawi & Perlis, benar-benar seminggu sebelum semester baru bermula..
tetapi hanya boleh check-in kolej bermula 19 Disember (sehari selepas pulang dari fieldwork),
tak dapat masuk seminggu lebih awal kerana ada pelajar lain yang akan menetap di situ dalam cuti ini (yang ada program),
sebab itu pemindahan semua barang pada semester kali ini terasa sedikit sukar, memerlukan brainstorming bersama keluarga & budibicara orang pejabat..

Lagipun bermulanya 19hb itu juga kebanyakan pelajar Geologi ada seminar kokurikulum Idea Challenge di bawah landasan keusahawanan selama 4 hari di UKM..
Allahu-akbar, 'masak'la nanti.. kena kuatkan ketahanan fizikal & emosi.. huhu~


Apabila bercakap mengenai kerjalapangan, teringat masih ada 2 siri yang belum sempat dicatatkan untuk rujukan & kenangan di mana kerjalapangan itu dijalankan seminggu sebelum minggu peperiksaan..
InsyaAllah dalam masa terdekat ini post tertunggak itu akan selesai :)

Sebelum mengakhiri coretan ini, ku sertakan sedikit petikan dari buku nota hati itu;
"Kita hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"

"Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup"
Moga berjumpa lagi, InsyaAllah.. barakallahu-fiik ~❤

19 October 2010

-Salam Imtihan-

No comments:
Masanya hampir tiba...
.
.
.
Debarannya kian terasa..
.
.
.
Jadual exam turut 'resah' sampai bertukar-tukar tarikhnya~ [huh?]
.
.
.
Amali & presentation masih belum cukup terlaksana..
.
.
.
Ulangkaji.. bagaimana..??
.
.
.
(- -")
huu.. tak terkata rasanya.. pedas? masin? pahit? manis?? Wallahua'lam~

Tak lama lagi (dah dekat sangat daa~), pelajar UKM akan menghadapi sebuah lagi final exam..
Final exam semester 3 bagiku..
Sedang tersibuk dengan tugasan, mendapat khabar bahawa exam diawalkan seminggu (berdasarkan tarikh tertentu jadual asal) berikutan waktunya clash dengan cuti sempena Deepavali..
Disebabkan hal itu tidak diperhalusi dari awal dalam perancangan pihak 'atasan', maka berlakulah siri 'kehuru-haraan' dalam kalangan pelajar UKM..

..terkedu..

hm..
tak mahu cerita panjang...
itu semua dugaan sebelum bertemu ujian minda (exam)
melatih diri untuk banyakkan bersabar..
InsyaAllah di-upgrade iman (^^)

Moga segala kekusutan dapat dirungkai & dipermudahkan untuk mencapai kejayaan dunia akhirat

Ok, tak mahu banyak bicara, nak sahut seruan amali yang dah 'terfoliasi'..
there is no time to play..
Jom sambung perjuangan~!

[sambil meletakkan labah-labah untuk diternak dalam laman blog ini > beware : bakal penuh dengan sesawang + habuk]

Amalkan DUIT, InsyaAllah tenang sepanjang menghadapi exam / kehidupan :
D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal

Doa mudah faham / ingat

"Ya Allah, keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu, muliakanlah daku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah daku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang"

SALAM MUJAHADAH & ALL THE BEST~!

*percubaan pertama inking (29-8-10), berdasarkan lukisan lama yang bertarikh 19-8-08.. seronok juga explore software ni (Photoshop).. tapi melukis secara freehand terasa lagi best bagiku.. (tak 'terer' guna software sebenarnya.. hehe~ ops.. dah2)

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)" ~Surah Al-Insyiqaq, Ayat 6~

03 October 2010

Kerjalapangan 6 @ Tanjung Biru, PD

1 comment:
Tarikh : 2 - 3 Oktober 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Tanjung Biru, Port Dickson

2-10-10

- bertolak dalam pukul 8 lebih & tiba di sana dalam pukul 10 pagi

- air tidak surut seperti yang dijangka, namun perjalanan tetap diteruskan untuk memastikan keadaan benar-benar sesuai dan selamat. Dr.Zaiton tiada bersama pada hari ini untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya (keesokannya baru ada)

- perjalanan yang agak mencabar, melalui & mencelah-celah batuan licin + air paras lutut di tebingnya

Kawasan ini kaya dengan batuan metamorf jenis syis (schist), berwarna coklat kemerahan. Sangat cantik & jelas foliasinya (batuan ini dikenali dengan foliasi yang jelas & bergelombang). Kebanyakan permukaannya sudah terluluhawa & teroksida

Antara keunikan lain kawasan ini, pasang surutnya sangat jelas & dataran pantainya (shoreline) sangat panjang dan lebar. Ketika air pasang, nampak macam kawasan yang jauh dari pesisir pantai itu dalam, namun apabila pergi, ternyata air masih di paras pinggang (sesuai sangat kalau nak buat babak lemas di situ ;)

- sampai di pertengahan jalan, perjalanan kami terhenti kerana agak bahaya untuk dilalui, paras air masih tinggi & khuatir ia semakin menaik ketika hendak pulang kelak, lalu kami berpatah balik

- boleh check-in hotel pada pukul 1, sedangkan pada masa itu masih belum pukul 11 pagi, maka masa yang terluang itu kami bebas untuk melakukan sebarang aktiviti

- Ada yang mencuba perkhidmatan banana boat & kayak yang disediakan di situ :) aku pula hanya duduk di tepi pantai

- dalam pukul 11.30pm, bersama partner mengorak langkah melilau sekitar pantai.. seketika kemudian ternampak En. Mat (penyelaras makmal peta) dengan kunci-kunci bilik, menandakan kami boleh menghampirinya untuk check-in.. apa lagi, kami yang sudah lama menanti ini pantas saja menyerang beliau! :D

- dijangkakan air akan surut pukul 3 petang, maka kami pulang ke bilik dan berehat sebentar untuk 'recharge' tenaga.. aku hanya tidur-tidur ayam, entah mengapa, payah untuk melelapkan mata..

- keluar pukul 2 petang dengan partner, makan-makan kemudian menunggu yang lain tiba..
- boleh je nak mulakan dahulu dengan partner masing-masing, tetapi keselamatan agak terhad.. lebih-lebih lagi tempat cerapan kami agak sunyi & jauh dari pantai utama. Kerana safety-first, kami menunggu rakan lain hingga pada pukul 3.30pm.

- ada sepasang rakan lain yang sudah siap makan, maka kami bergerak berempat dahulu ke sana..

- ternyata air masih belum surut, dan belum sampai pertengahan jalan, terlihat kelibat rakan-rakan lelaki dan yang lain menyusul dari belakang.. lega, sekurang-kurangnya terasa lebih selamat bergerak bersama mereka

- sampai di suatu bucu, aku yang pada masa itu mendahului, melalui bahagian tepinya tetapi rupa-rupanya bahagian itu dalam dan batuan di bawah licin.. belum sempat untuk berpatah kembali, kaki tergelincir & sudah tidak mencecah dasar, lantas ku tenggelam melebihi paras pinggang & hampir hanyut dibawa ombak. Syukur ada rakan berdekatan yang sempat menarik aku kembali, kemudian kami memanjat tebing tersebut yang agak tinggi, namun lebih selamat berbanding laluan air tadi.

- Walau masih di antara puncak batuan, sempat lagi membelek kembali barang-barang & apabila melihatkan kamera serta telefon lencun dibasahi air laut, aku terkedu, namun masih menyimpan harapan agar ia kembali beroperasi setelah dikeringkan kelak.. Langkah diteruskan.

- Alhamdulillah, dalam perjalanan itu, air semakin surut walau masih belum mendedahkan keseluruhan singkapan, sekurang-kurangnya perjalanan dimudahkan.

- Dari suatu tanjung, kami memulakan pengukuran jarak & arah untuk membuat peta dasar

- jarak diukur seperti di Sg. Tekala, menggunakan tali, cuma pengukuran kali ini bertambah lancar setelah bergabung dengan 1 lagi kumpulan (makin panjang tali, makin mudah & cepat pengukuran ;)

- waktu demi waktu berlalu, akhirnya tiba jua di stesen pengukuran terakhir (tempat bermulanya perjalanan dari kawasan paya bakau).. pada masa itu matahari sudah hampir melabuhkan tirainya, memaparkan keindahan panorama matahari terbenam sebagai 'penenang jiwa' dariNya setelah kepenatan 'trekking' sambil mengukur
- keseluruhan stesen kami (tempat pengukuran di mana arahnya berubah) berjumlah 43 stesen, lain-lain bagi setiap kumpulan

- sekembalinya ke hotel, menunggu giliran untuk membersihkan diri (1 bilik 9 orang.. agak tersumbat.. huhu~). Seusai makan malam, ber'dating' dengan partner masing-masing, memulakan kerja memplot peta dasar & jadual untuk mengisi maklumat geologi disediakan (kemudahan di esok hari)

-kamera & fon tidak dapat diselamatkan jua setelah dicuci & dikeringkan.. gambar-gambar awal yang diambil semalam juga 'terkubur' kerana ia tersimpan di dalam internal memory..
hm.. harta dunia.. namun seharusnya perlu dijaga sebaiknya.. huu.. perginya dengan harapan agar diampuni & diberkati Allah segala urusan yang pernah berkaitan dengan harta benda tersebut sepanjang penggunaannya

3-10-10

- turun pada pukul 8 pagi sesudah sarapan, terus bergerak menuju ke kawasan lapangan

- pada masa itu air surut & kami terus bergerak ke lapangan melalui dataran pantai yang terdedah (semalam lalu kawasan hutan paya bakau)

sewaktu air surut.. sedang menuju ke lokaliti bersama partner.. satu-satunya gambar sebagai kenangan.. credit to hasif :)

- di stesen yang terawal, setelah ukuran jurus & kemiringan sesar serta foliasi diperoleh, kami diajar bagaimana untuk memasukkan data tersebut ke dalam peta dasar
1. Dengan arah pada kompas menunjukkan utara, selarikan kompas dengan kedudukan peta dasar (menghadapkan peta ke arah utara)

2. Kekalkan kedudukan peta, ubah arah pada kompas mengikut nilai data yang dikehendaki, selarikan jarum kompas dengan arah utara pada dasar kompas

3. Letakkan kompas dengan arah tersebut pada stesen yang dikehendaki & gariskan merentasi stesen tersebut (garis guna sisi kompas)

4. Tandakan garisan mengikut simbol-simbol tertentu (membezakan struktur sesar, kekar, telerang kuarza, atau foliasi)

5. Tuliskan nilainya bersebelahan dengan simbol tersebut
- Proses seperti itu diulang-ulang pada setiap stesen, namun apabila perjalanan semakin sukar + masa semakin suntuk, kami hanya mengambil data & akan memplotnya kemudian setelah selesai.

*Pakai protractor pun Ok.. selarikan nilai 0 di protractor dengan arah utara peta & plot nilainya pada garisan singkapan. Bagiku cara itu lebih senang & tepat, tanpa perlu risau peta / kompas teralih dari kedudukannya

- selesai menjelajah singkapan sekitar waktu tengahari, kemudian bertungkus lumus untuk transfer data pada peta di pantai utama.. Selain itu, lakaran struktur & laporan ringkas mengenai kawasan itu perlu disertakan. Alhamdulillah, sempat selesai & dihantar sekitar 2 pm, baru tenang untuk makan.

- bertolak pulang dalam 2.30 petang, tiba di UKM sekitar 4 pm

*minggu depan di Ayer Hitam, Johor (8-10hb) & seterusnya akan kembali semula ke PD di tanjung lain : Tanjung Tuan (16-17hb)

-masa semakin suntuk, tugas kian bertambah.. reciprocal function!-
-Moga Allah permudahkan segala urusan kita, InsyaAllah-

"Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." ~Surah Al-Mu'minun, Ayat 114~


25 September 2010

Rentetan Syawal di Kampung ::album 9 hingga 12-9-10::

No comments:
9-9-10 : Persiapan ketupat sebelum syawal menjelma

Membuat ketupat secara berjemaah~
Ketupat daun palas (pulut sedia manis) & pulut biasa (diikat dengan tali rapia)..
resepi asli Tokmi.. :)

1.3o PM - siap untuk direbus

5.53 PM - tinjauan petang di luar rumah


10-9-10 : Machang-Baung-Machang

Pagi Syawal di Machang...
seusai solat sunat Aidilfitri, bertolak ke Baung untuk berjumpa Tokwan..
*gambar ayam beraya je ada.. dengan ucapan "Selamat tak dijadikan rendang~" ;)

11.21 AM - mak & bapak ayam sedang bermaaf-maafan~

11-9-10 : Machang-KB-Machang


9.12 AM - sebelum bertolak ke KB.. yang sebelah tu pokok getah

7.57 PM - malam.. sekembali dari KB.. testing spotlight rumah yang baru dipasang ayah saudara untuk kemudahan pandangan di malam hari + keselamatan..

12-9-10 : 'bertapa' di Machang

8.50 AM - under this pokok "moktey" (rambutan)

8.52 AM - pokok rambutan

8.56 AM - Tokmi berjalan pulang dari rumah Tokcu..


-merindui menu utamaku sewaktu di sana > Pulut Panggang! (*di Kelantan panggil "pulot lepa")

-kepingin nak makan rendang, tapi tak jumpa-jumpa... akhirnya dapat juga makan di rumah sahabat karib setibanya di Kuantan..

-kebanyakan masa 'beraya' di jalan, makan 'jem', sebab kat kampung ni memang selalu ulang-alik antara kampung mak (Machang) & ayah di KB.. kiranya Machang tu tempat 'menginap' la, tak tidur di KB.. perjalanan 30 minit menjadi lebih daripada 1 jam... lagipun banyak kena bawa 'bekalan sabar', sebab situasi kereta memotong melalui jalan kecemasan sudah menjadi suatu kebiasaan & ramai yang bawa sesuka hati... perlu sentiasa dalam keadaaan bersedia~

--Integriti dapat disemat jika kita ingat bahawa Allah itu Maha Melihat-- :)

"Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya dan Dia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. " ~Surah Ghafir, Ayat 64~

24 September 2010

Kesempitan vs. Kesempatan Waktu

No comments:
Dalam kesempitan waktu ini..
ku mengambil kesempatan untuk menulis..
tiada apa yang terlalu penting..
hanya peringatan biasa pada diri...
melepaskan beban 'tekanan' yang terkumpul seiring dengan kerja-kerja..
sebelum meyambung kembali perjuangan yang belum selesai..

-I CAN'T BLAME THE WEEK FOR THE CRAZINESS THAT I FELT.. THE WEEK IS NOT CRAZY, BUT I GOT THAT EFFECT (- -")

petang jumaat..
baru sahaja air langit yang extra lebat menghujani UKM..
membawa kedinginan yang menghapuskan ketenatan minda sedikit sebanyak..
beserta petir & guruh yang menggetarkan istighfar..

petang Jumaat..
yang juga menandakan seminggu sudah ku lewati hari-hari penuh cabaran..
cabaran yang cukup teruji...
ujian yang mematangkan hidup, menguji keimanan serta kesabaran..
kerna dalam menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia juga perlu terpelihara..

-------------------------
Melepaskan diri dari belenggu rasa..
setelah ku sedari hadirku menjadi bebanan,
jalan terbaik ialah dengan mengundurkan diri..
Prinsipku, tidak perlu untuk memikirkan segala kemungkinan, cukuplah kita hanya berhati-hati, kerna kita bukan Tuhan yang menetapkan segalanya..
Kita hanya laksanakan, dan Allah yang menentukan.

Alhamdulillah setakat ini Dia permudahkan & beri keyakinan..
Aku tidak mahu menjadi pengganggu kebahagiaan yang pernah menjadi milik sesiapa sebelum ini.. dan memang aku tidak pernah terlintas pun untuk menjadi sebegitu..
tiada lagi lafaz yang mampu ku ucapkan selain MAAF pada sesiapa yang hidupnya pernah terganggu dengan kehadiranku ini..

bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah, namun ukhwah tetap tersemat di hati, jua keranaNya.. :)

Apa-apa salahku silakanlah beritahu, agar aku dapat membaiki mana yang terkurang..
Moga Allah rahmati kalian (^^)v

Turut ingin berkongsi quote yang menarik, terlihat di fb sepupu..

If the relationship doesn't make you a better person, then you are with the wrong one. -Grant Fairley-
hmm.. walau ia kata-kata dari orang barat, ia boleh didalami kerna ada benarnya.. ada maksud tersendiri.. Dalam Islam, ia berkait rapat dengan hikmah sesuatu kejadian.. sama-sama kita fikirkan :)




..Waktu-waktu berlalu...

'tup-tup' dapat amali berganda, masa dikurangkan..
tugasan kumpulan subjek English ditindan-tindan,
diuji dengan ahli kumpulan yang lesap tanpa berita & tidak dapat dihubungi..
Pada hari pembentangan subjek Hub. Insan pula,
pembentangan kumpulan berakhir dengan cukup 'tragis' di khalayak rakan sekelas..
terlebih masa & akhirnya dimarahi prof...
masing-masing terkedu..
marah yang kuanggap seperti teguran dari seorang ayah..
kerana tidak menepati kriterianya..
Namun Alhamdulillah prof memberi kami peluang untuk membentangkannya semula..
akhirnya kami temuinya di akhir kelas, meminta pandangan penambahbaikan & maaf..

Keresahan masih menerawang apabila ia belum selesai, kerana bukan mudah untuk mendapatkan kerjasama sesama ahli kumpulan, melainkan kumpulan yang setiap ahlinya 'power'.. selama mana kita perlu menjadi seperti pahat & penukul..? sekali ketuk sekali bergerak.. oleh itu pemilihan ahli kumpulan juga mempengaruhi kelancaran gerak kerja kan.. aku pun turut bersalah..
susah & senang sama-sama perlu ditanggung ahli kumpulan..
hm...perlu pembaikan
APA YANG PENTING..? KERJASAMA..?
> Ia melibatkan KOMITMEN & KEMUDAHAN dalam berkomunikasi sepanjang melaksanakan tugasan, serta IKHTIAR untuk melakukan yang terbaik meskipun hasilnya tak 'tiptop', bukan hanya bijak memberi idea & pendapat di kala perjumpaan sahaja.
> Kerjasama itu dilihat sepanjang proses kerja, bukan pada hasilnya
-tanya kembali, BENARKAH IA PENTING bagi kita? atau ia sekadar lafaz mainan?
Cukup setakat itu....
Moga segala usaha kita selama ini & akan datang diberkatiNya..
sama-samalah memajukan diri & ummah
وَ إِلَى اللَـهِ تُرْجَعُ اْلأُمُورُ…
(Kepada Allah jua dikembalikan segala urusan)
..Maaf ku pinta andai 'post' ini tidak bermakna..
sejauh mana kita pergi.. akan kembali jua kepadaNya..

Azfar - Akan Ku Jumpa


Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayang-Mu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindungan-Mu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diri-Mu

---------------------
Di kala kesempitan mahupun kesempatan waktu, mohonlah padaNya sentiasa..
Moga Allah permudahkan segala-galanya.. :)
"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan" ~Surah Ar-Ra'd, Ayat 39~