Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

15 August 2011

Ini Amanahku

Telah genap sebulan berada di UKM untuk menjalankan analisis..
Meredah ujian manusia dan ujian penggunaan alat bagi seorang yang masih amatur..
setakat ini Alhamdulillah, urusan dipermudahkan sedikit demi sedikit,
walaupun belum siap sepenuhnya,
sekurang-kurangnya sebahagian besar sampel tanah sudah siap analisis fizikal,
dan sampel air telah diambil data (sampel air paling 'urgent' sebab tak boleh simpan lama, nanti kualiti sampel berubah)

Hijau yang damai selepas hujan (on the way ke Geo dari Kolej UO, 29-7-11 9:53AM)

Apa lagi yang perlu dianalisis?
- Batu
- Konkresi tanah basalt (analisis kimia)
- Tanah (ujian compaction, permeability & ujian-ujian kimia)

Sabtu lepas baru pulang ke rumah setelah sehari sebelumnya dapat data sampel air..
bukan senang hendak senang~!
perebutan* itu mesti, memandangkan alatan kurang & setelah buka sem nanti biasanya lebih 'bolok', jadi baik selesaikan terus, setakat mana yang mampu :)
*berebut secara berhikmah..(dengan menggunakan ruang dan peluang sebaiknya)

Jika diikutkan resah di hati (sebab banyak sangat analisis), mahu saja teruskan sampai minggu akhir Ramadhan..
namun bila melihatkan suasana yang semakin suram, kemudahan semakin terhad, monyet pula semakin berani menghampiri, ditambah dengan kerinduan mencengkam pada rumah,
Maka kesannya = buat kerja tak ada perasaan walau berkudrat~!
(sejak itu memang nekad di hati, asalkan dapat selesaikan bahagian air pun jadilah.. yang lain sambung buka sem kelak InsyaAllah)

---Okey, setakat ini apa kaitan dengan tajuk asal post ni? Maaf tadi tu intro saja, -back to the real story- :

Setibanya di rumah, aku sangat bersyukur masih diberi peluang untuk bersama keluarga dalam merasakan barakah Ramadhan, InsyaAllah..
Malamnya, aku mohon pandangan pada Umi (apa-apapun, aduan pertama adalah kepada Allah),
benar-benar mengalami kecelaruan dalam pembelajaran, tercari-cari akan kaitan bidang yang kupelajari sebagai bekal untuk dimanfaatkan di alam akhirat kelak..
jika dahulu, asasku kuat mengatakan 'Dunia untuk Akhirat', namun hairan pabila 'rasa' itu menghilang & minatku beralih arah, seakan obses pada bidang lain yang kelihatan lebih 'Islamik' terang-tang-tang..

Setelah di'tarbiah' kembali oleh orang yang paling mengenaliku sejak dilahirkan,
akhirnya aku mendapat jawapan pada segala persoalan yang bermain di fikiranku..
aku sedar, diri ini mula 'lost' semasa cuba menghafal perkara akademik berbanding memahami, mengatakan ia tak dapat membantuku menjawab persoalan yang bakal diajukan malaikat di alam barzakh kelak..
sebahagian besar masaku banyak diluangkan untuk membaca artikel agama, semakin dibaca semakin rasa mahu mencari kerana rasa ilmu masih tak cukup..
aku sedar, dari titik pemikiran itulah aku sudah mulai tersilap...

(err mengenai sistem pelajaran, buat masa kini, terpaksalah mengikut sistem yang ada > exam oriented! =_= cuma kita kena amalkanlah ya apa yang dihafal itu )

Mendengarkan pesanan ibu tercinta mengenai prestasi pelajaranku, aku tersentap kembali..........
Bukankah aku pernah diingatkan bahawa Islam itu SYUMUL (menyeluruh) ?

Bagaikan terlupa apa yang pernah diberitahu dulu,
tugasan di dunia ini adalah AMANAH dari Allah jua..
dan Allah telah tetapkan tugas setiap manusia menurut apa yang dia mampu..
aku selama ini 'tertekan' secara tak sedar pabila cuba mengejar kesempurnaan dalam hal agama seperti orang lain, sedangkan asasku dalam bidang sains!
bukankah apa yang aku sedang pelajari itu sebahagian dari ciptaan & ilmuNya?

Bukan bermakna aku tidak mahu menambah ilmu agama & study semata-mata.. Tidak sama sekali!
Kesilapanku adalah pada pengagihan masa & keutamaan..
Mungkin kerana aku tak mampu multitasking & tak tegas pada diri sendiri...
Ilmu Akhirat memang teras kehidupan kita, namun Ilmu Dunia juga perlu!
Bukankah kita ini Khalifah di muka Bumi? Diciptakan untuk beribadat pada Allah tetapi masih perlu mentadbir~!

Bagaimana manusia mentadbir Bumi mengikut peranan masing-masing dalam keadaan masih menjaga kemuliaan agama?
Jawapan :- Mentadbir bidang kemahirannya menurut syarak!
  • Seorang Ustaz / Ustazah memang tugasnya belajar mendalam & menyebar ilmu agama, serta bersedia untuk menjawab segala persoalan umat
  • Seorang Usahawan perlu menjalankan tugasnya secara halal (bersih dari rasuah, riba' & sumber yang haram), menjaga ibadahnya walaupun sibuk bekerja
  • Seorang Pemimpin perlu memimpin organisasi dengan amanah, menjaga ibadah, & mencegah organisasi / anak-anak buahnya daripada melakukan / menghampiri perkara mungkar dalam organisasinya ataupun dalam program yang mereka anjurkan..
  • Seorang Geologist / Engineer / etc yang mengkaji alam kurniaanNya dengan menyedarkan masyarakat agar turut menjaga alam agar tidak memudaratkan manusia / makhluk lain, amanah dengan kerjanya agar tidak menipu pihak lain semata-mata kerana mahukan keuntungan (contohnya dalam pemilihan tapak sesuai bagi pembinaan rumah)
  • Seorang Cleaner yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan ikhlas, tidak ponteng kerja, menepati masa, bersungguh-sungguh dan tidak mencuci ala kadar, agar gajinya halal & diberkati, menyedari kebersihan merupakan sebahagian dari Iman & sunnah, demi kemudahan manusia lain (juga dikira sebagai sedekah)
  • Seorang Software Designer yang bijak menggunakan kemahirannya untuk mencipta perisian Qur'an & Hadith, ataupun Animator yang membuat kisah-kisah 'superhero' pahlawan Islam demi menggantikan kisah rekaan seperti Superman & etc dari Barat?
  • Seorang Director filem yang menjaga batas-batas pergaulan & aurat para pelakonnya (juga dari segi jalan cerita yang memberi pengajaran), menjaga ibadah & kebajikan para pekerjanya..
...dan banyaak lagi contoh lain yang tak terlarat untuk menulis setiap satunya..
Nah, inilah contoh Mukmin Profesional~! Profesional & Ilmuwan yang menjaga agamanya..
Jika semuanya menjadi ustaz / ustazah, siapakah yang akan mentadbir Bumi & menerapkan aturan Syarak pada bidangnya? Relakah selamanya dikuasai pemikiran & ideologi Barat tanpa inisiatif dari umat kita?
*pada masa yang sama, ditekankan bahawa semua adalah da'ie & mad'u, cuma 'tahap' penyebaran dakwah itu berbeza mengikut kemampuan & ilmu seseorang*

Setiap dari kita adalah pemimpin, maka kita bertanggungjawab atas apa yang diuruskan meskipun dilihat 'remeh'

Tidakkah kita mahu pemimpin yang adil & menjulang aturan Islam?
Tidakkah kita mahu Manager / Bos yang menjaga solat & kebajikan para pekerjanya berlandaskan syarak?
Jika bukan kita sendiri yang berusaha & berjaya dalam bidang yang telah diceburi (agar dengan itu kita dapat melaksanakan 'Amar Makruf Nahi Munkar' & meluaskan pengaruh itu), siapa lagi yang kita harapkan? Apakah hanya selesa menanti & kemudiannya barulah berapi-api pabila yang mungkar berjaya menguasai?

Para ilmuan Islam~ [google]

"Ilmu itu terbahagi kepada dua iaitu Ilmu Fadhu Ain & Ilmu Fardhu Kifayah.."
dari situlah ku kembali mendapat 'makna' pencarian ilmu yang hakiki...
dapat disimpulkan menjadi satu formula bagi diri ini, yakni ;
"Laksanakanlah yang Wajib > Tunaikanlah yang Utama (Awlawiyat dalam bidang kita) > Jika berkelapangan, barulah berusaha menambah ilmu yang Sunat"

Alhamdulillah, masih diingatkan kembali mengenai perkara ini buat diriku yang sering lupa.. Allaah..
Inilah Amanahku.. Meneruskan apa yang telah ditetapkanNya.. ku yakin ada hikmahnya..
Sesungguhnya Ilmu Allah takkan pernah habis, maka berusahalah mencari & menuntutnya semampu diri!

Jom seimbangkan ilmu kita... bagi yang menceburi bidang keagamaan, maka itu kelebihan & amanah baginya untuk sentiasa memberi peringatan pada masyarakat, bagi yang menceburi bidang selainnya pula, janganlah kecewa, ia tetap dikira sebagai ibadah selagimana kita menjaga aturan & perintahNya~!
(Syukran buat Ummi atas segala pesanan & sokongan :_)

"Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat
berdasarkan apa yang diniatkan" [HR Imam Bukhari RH]

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya." ~Surah Hud, Ayat 15~
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." ~Surah Asy-Syura, Ayat 20~


4 comments:

Wan Zahidah said...

saya pon prnh gak terfikir...duniawi menyebabkan kt lupe akhirat...tapi ade kawan cakap...klo ilmu yang kte blaja tuh kt manfaatkan org len,,...Allah sayang...mksdnye Islam itu syumull..terima kasih atas info!!! gudluck jdi geologist muslimah yg superb di sisi Allah!!

Mahirah Jazlan said...

InsyaAllah, sama-sama kita usahakan untuk kumpul + bawa bekal amal dari dunia untuk akhirat kelak :)

nur said...

sahabatku..akhirnye segala persoalan yg kita bincangkan itu hari terjawab sudah..seimbangkan ilmu dunia dan akhirat..mengutamakan ilmu geologi tidak bermakna meninggalkan ilmu akhirat sama sekali..kejarlah ilmu sejauh mungkin kerana ILmu Allah itu sangat luas x dpt dibandingkan dengan buih2 di lautan umpamanya..=)
mari kita sama2 ber istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sbg seorang hamba Allah di muka bumi ini ^-^

Mahirah Jazlan said...

Alhamdulillah.. syukran ya sahabatku.. :)