Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

25 August 2011

Andai Rasulullah Bersama Kita..

..................................................................................
Allah, segala puji bagiNya jika dapat bertemu Baginda, tiada kata indah yang sesuai untuk menggambarkan perasaan itu..
....
Jika benar kita cintakan Baginda, ikuti & amalkanlah sunnahnya (peringatan bersama)

Selawat & salam atas baginda صلى الله عليه وسلم [img google]
Lau Kaana Bainana (Andai Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada antara kita)...
adalah sebuah rancangan asal dari tanah arab & turut disiarkan di TV AL-HIJRAH setiap hari Ahad jam 9 malam,
setiap episod ada 3 slot asas
  • hidden camera (adakah masyarakat sekitar mengamalkan akhlak Baginda dalam situasi tertentu?)
  • slot hadith & kisah baginda
  • buku / hasil seni (lagu) mengenai Baginda yang disyorkan
dari rancangan ini jugalah diri ini jatuh cinta dengan lagu temanya.. liriknya menusuk qalbu..
banyak jumpa di youtube seperti yang disiarkan,
namun Alhamdulillah baru-baru ini berjaya juga temui lagu Versi Penuh siap dengan lirik Bahasa Melayu ;




Lirik :
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan keampunan-Mu,
dan sifat pemurah-Mu,
dan kebebasan daripada neraka-Mu,
dan juga syurga bersama-sama penghulu segala manusia..
Kami mohon pada-Mu..
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
dari sudut hati kami yang paling dalam..
Kalaulah kekasih-Mu masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang,
dan semakin hampirlah dengan haruman Baginda,
sebelum hilangnya rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..
Berada berhampiran Baginda jiwa turut menjadi harum,
dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak pernah akan sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan do'a hamba.
Hidayahmu kepada alam merata luas,
tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah.
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah..
Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing.
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam..
Wahai Kekasihku, Wahai Muhammad,
Wahai doktor hatiku, Wahai yang dipuji dipuja,
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui,
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.
*rancangan lain mengenai sunnah baginda :
Fattabiouni (ikutlah aku -Rasulullah صلى الله عليه وسلم-)
bersiaran pada jam 7 PM hari biasa (Isnin-Khamis), 1 PM & 7 PM (Jumaat-Ahad) di TV AL-HIJRAH.
Link FB Fattabiouni Malaysia = [ Link ]

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." " ~Surah Ali 'Imran, Ayat 31~


No comments: