Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

25 August 2011

Andai Rasulullah Bersama Kita..

No comments:
..................................................................................
Allah, segala puji bagiNya jika dapat bertemu Baginda, tiada kata indah yang sesuai untuk menggambarkan perasaan itu..
....
Jika benar kita cintakan Baginda, ikuti & amalkanlah sunnahnya (peringatan bersama)

Selawat & salam atas baginda صلى الله عليه وسلم [img google]
Lau Kaana Bainana (Andai Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada antara kita)...
adalah sebuah rancangan asal dari tanah arab & turut disiarkan di TV AL-HIJRAH setiap hari Ahad jam 9 malam,
setiap episod ada 3 slot asas
  • hidden camera (adakah masyarakat sekitar mengamalkan akhlak Baginda dalam situasi tertentu?)
  • slot hadith & kisah baginda
  • buku / hasil seni (lagu) mengenai Baginda yang disyorkan
dari rancangan ini jugalah diri ini jatuh cinta dengan lagu temanya.. liriknya menusuk qalbu..
banyak jumpa di youtube seperti yang disiarkan,
namun Alhamdulillah baru-baru ini berjaya juga temui lagu Versi Penuh siap dengan lirik Bahasa Melayu ;




Lirik :
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan keampunan-Mu,
dan sifat pemurah-Mu,
dan kebebasan daripada neraka-Mu,
dan juga syurga bersama-sama penghulu segala manusia..
Kami mohon pada-Mu..
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
dari sudut hati kami yang paling dalam..
Kalaulah kekasih-Mu masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang,
dan semakin hampirlah dengan haruman Baginda,
sebelum hilangnya rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..
Berada berhampiran Baginda jiwa turut menjadi harum,
dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak pernah akan sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan do'a hamba.
Hidayahmu kepada alam merata luas,
tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah.
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah..
Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing.
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam..
Wahai Kekasihku, Wahai Muhammad,
Wahai doktor hatiku, Wahai yang dipuji dipuja,
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui,
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.
*rancangan lain mengenai sunnah baginda :
Fattabiouni (ikutlah aku -Rasulullah صلى الله عليه وسلم-)
bersiaran pada jam 7 PM hari biasa (Isnin-Khamis), 1 PM & 7 PM (Jumaat-Ahad) di TV AL-HIJRAH.
Link FB Fattabiouni Malaysia = [ Link ]

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." " ~Surah Ali 'Imran, Ayat 31~


21 August 2011

10 Masa Terakhir....

No comments:
Lukisan ringkas untuk peringatan bersama (guna deviantart muro)~ [klik imej untuk saiz sebenar]

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ"
Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan
(Hadis Riwayat Bukhari)

"كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ".
Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarganya
(Hadis Riwayat Bukhari)


Perkongsian dari sahabat ;
Sayyidatina Aisyah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya; "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku." -Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah
~"Allahummar zuqna lailatul qadr fi hazihis sanah wa fi kulli sanah"~
Selain itu, amalkan baca Ya Fattah sebanyak 71x kemudian baca surah Al-Insyirah dengan tangan kanan diletakkan di dada selepas sahaja solat Subuh, boleh dibaca pada hari ini sehingga akhir Ramadhan [Ust. Muhadir]

Berikut adalah Sejarah Malam Lailatul Qadar yang diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, sumber iluvislam.com = [ Link ]
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ). Sejahteralah malam (yang barakah ) itu hingga terbit fajar". ~Surah Al-Qadar, Ayat :1-5~


15 August 2011

Ini Amanahku

4 comments:
Telah genap sebulan berada di UKM untuk menjalankan analisis..
Meredah ujian manusia dan ujian penggunaan alat bagi seorang yang masih amatur..
setakat ini Alhamdulillah, urusan dipermudahkan sedikit demi sedikit,
walaupun belum siap sepenuhnya,
sekurang-kurangnya sebahagian besar sampel tanah sudah siap analisis fizikal,
dan sampel air telah diambil data (sampel air paling 'urgent' sebab tak boleh simpan lama, nanti kualiti sampel berubah)

Hijau yang damai selepas hujan (on the way ke Geo dari Kolej UO, 29-7-11 9:53AM)

Apa lagi yang perlu dianalisis?
- Batu
- Konkresi tanah basalt (analisis kimia)
- Tanah (ujian compaction, permeability & ujian-ujian kimia)

Sabtu lepas baru pulang ke rumah setelah sehari sebelumnya dapat data sampel air..
bukan senang hendak senang~!
perebutan* itu mesti, memandangkan alatan kurang & setelah buka sem nanti biasanya lebih 'bolok', jadi baik selesaikan terus, setakat mana yang mampu :)
*berebut secara berhikmah..(dengan menggunakan ruang dan peluang sebaiknya)

Jika diikutkan resah di hati (sebab banyak sangat analisis), mahu saja teruskan sampai minggu akhir Ramadhan..
namun bila melihatkan suasana yang semakin suram, kemudahan semakin terhad, monyet pula semakin berani menghampiri, ditambah dengan kerinduan mencengkam pada rumah,
Maka kesannya = buat kerja tak ada perasaan walau berkudrat~!
(sejak itu memang nekad di hati, asalkan dapat selesaikan bahagian air pun jadilah.. yang lain sambung buka sem kelak InsyaAllah)

---Okey, setakat ini apa kaitan dengan tajuk asal post ni? Maaf tadi tu intro saja, -back to the real story- :

Setibanya di rumah, aku sangat bersyukur masih diberi peluang untuk bersama keluarga dalam merasakan barakah Ramadhan, InsyaAllah..
Malamnya, aku mohon pandangan pada Umi (apa-apapun, aduan pertama adalah kepada Allah),
benar-benar mengalami kecelaruan dalam pembelajaran, tercari-cari akan kaitan bidang yang kupelajari sebagai bekal untuk dimanfaatkan di alam akhirat kelak..
jika dahulu, asasku kuat mengatakan 'Dunia untuk Akhirat', namun hairan pabila 'rasa' itu menghilang & minatku beralih arah, seakan obses pada bidang lain yang kelihatan lebih 'Islamik' terang-tang-tang..

Setelah di'tarbiah' kembali oleh orang yang paling mengenaliku sejak dilahirkan,
akhirnya aku mendapat jawapan pada segala persoalan yang bermain di fikiranku..
aku sedar, diri ini mula 'lost' semasa cuba menghafal perkara akademik berbanding memahami, mengatakan ia tak dapat membantuku menjawab persoalan yang bakal diajukan malaikat di alam barzakh kelak..
sebahagian besar masaku banyak diluangkan untuk membaca artikel agama, semakin dibaca semakin rasa mahu mencari kerana rasa ilmu masih tak cukup..
aku sedar, dari titik pemikiran itulah aku sudah mulai tersilap...

(err mengenai sistem pelajaran, buat masa kini, terpaksalah mengikut sistem yang ada > exam oriented! =_= cuma kita kena amalkanlah ya apa yang dihafal itu )

Mendengarkan pesanan ibu tercinta mengenai prestasi pelajaranku, aku tersentap kembali..........
Bukankah aku pernah diingatkan bahawa Islam itu SYUMUL (menyeluruh) ?

Bagaikan terlupa apa yang pernah diberitahu dulu,
tugasan di dunia ini adalah AMANAH dari Allah jua..
dan Allah telah tetapkan tugas setiap manusia menurut apa yang dia mampu..
aku selama ini 'tertekan' secara tak sedar pabila cuba mengejar kesempurnaan dalam hal agama seperti orang lain, sedangkan asasku dalam bidang sains!
bukankah apa yang aku sedang pelajari itu sebahagian dari ciptaan & ilmuNya?

Bukan bermakna aku tidak mahu menambah ilmu agama & study semata-mata.. Tidak sama sekali!
Kesilapanku adalah pada pengagihan masa & keutamaan..
Mungkin kerana aku tak mampu multitasking & tak tegas pada diri sendiri...
Ilmu Akhirat memang teras kehidupan kita, namun Ilmu Dunia juga perlu!
Bukankah kita ini Khalifah di muka Bumi? Diciptakan untuk beribadat pada Allah tetapi masih perlu mentadbir~!

Bagaimana manusia mentadbir Bumi mengikut peranan masing-masing dalam keadaan masih menjaga kemuliaan agama?
Jawapan :- Mentadbir bidang kemahirannya menurut syarak!
  • Seorang Ustaz / Ustazah memang tugasnya belajar mendalam & menyebar ilmu agama, serta bersedia untuk menjawab segala persoalan umat
  • Seorang Usahawan perlu menjalankan tugasnya secara halal (bersih dari rasuah, riba' & sumber yang haram), menjaga ibadahnya walaupun sibuk bekerja
  • Seorang Pemimpin perlu memimpin organisasi dengan amanah, menjaga ibadah, & mencegah organisasi / anak-anak buahnya daripada melakukan / menghampiri perkara mungkar dalam organisasinya ataupun dalam program yang mereka anjurkan..
  • Seorang Geologist / Engineer / etc yang mengkaji alam kurniaanNya dengan menyedarkan masyarakat agar turut menjaga alam agar tidak memudaratkan manusia / makhluk lain, amanah dengan kerjanya agar tidak menipu pihak lain semata-mata kerana mahukan keuntungan (contohnya dalam pemilihan tapak sesuai bagi pembinaan rumah)
  • Seorang Cleaner yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan ikhlas, tidak ponteng kerja, menepati masa, bersungguh-sungguh dan tidak mencuci ala kadar, agar gajinya halal & diberkati, menyedari kebersihan merupakan sebahagian dari Iman & sunnah, demi kemudahan manusia lain (juga dikira sebagai sedekah)
  • Seorang Software Designer yang bijak menggunakan kemahirannya untuk mencipta perisian Qur'an & Hadith, ataupun Animator yang membuat kisah-kisah 'superhero' pahlawan Islam demi menggantikan kisah rekaan seperti Superman & etc dari Barat?
  • Seorang Director filem yang menjaga batas-batas pergaulan & aurat para pelakonnya (juga dari segi jalan cerita yang memberi pengajaran), menjaga ibadah & kebajikan para pekerjanya..
...dan banyaak lagi contoh lain yang tak terlarat untuk menulis setiap satunya..
Nah, inilah contoh Mukmin Profesional~! Profesional & Ilmuwan yang menjaga agamanya..
Jika semuanya menjadi ustaz / ustazah, siapakah yang akan mentadbir Bumi & menerapkan aturan Syarak pada bidangnya? Relakah selamanya dikuasai pemikiran & ideologi Barat tanpa inisiatif dari umat kita?
*pada masa yang sama, ditekankan bahawa semua adalah da'ie & mad'u, cuma 'tahap' penyebaran dakwah itu berbeza mengikut kemampuan & ilmu seseorang*

Setiap dari kita adalah pemimpin, maka kita bertanggungjawab atas apa yang diuruskan meskipun dilihat 'remeh'

Tidakkah kita mahu pemimpin yang adil & menjulang aturan Islam?
Tidakkah kita mahu Manager / Bos yang menjaga solat & kebajikan para pekerjanya berlandaskan syarak?
Jika bukan kita sendiri yang berusaha & berjaya dalam bidang yang telah diceburi (agar dengan itu kita dapat melaksanakan 'Amar Makruf Nahi Munkar' & meluaskan pengaruh itu), siapa lagi yang kita harapkan? Apakah hanya selesa menanti & kemudiannya barulah berapi-api pabila yang mungkar berjaya menguasai?

Para ilmuan Islam~ [google]

"Ilmu itu terbahagi kepada dua iaitu Ilmu Fadhu Ain & Ilmu Fardhu Kifayah.."
dari situlah ku kembali mendapat 'makna' pencarian ilmu yang hakiki...
dapat disimpulkan menjadi satu formula bagi diri ini, yakni ;
"Laksanakanlah yang Wajib > Tunaikanlah yang Utama (Awlawiyat dalam bidang kita) > Jika berkelapangan, barulah berusaha menambah ilmu yang Sunat"

Alhamdulillah, masih diingatkan kembali mengenai perkara ini buat diriku yang sering lupa.. Allaah..
Inilah Amanahku.. Meneruskan apa yang telah ditetapkanNya.. ku yakin ada hikmahnya..
Sesungguhnya Ilmu Allah takkan pernah habis, maka berusahalah mencari & menuntutnya semampu diri!

Jom seimbangkan ilmu kita... bagi yang menceburi bidang keagamaan, maka itu kelebihan & amanah baginya untuk sentiasa memberi peringatan pada masyarakat, bagi yang menceburi bidang selainnya pula, janganlah kecewa, ia tetap dikira sebagai ibadah selagimana kita menjaga aturan & perintahNya~!
(Syukran buat Ummi atas segala pesanan & sokongan :_)

"Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat
berdasarkan apa yang diniatkan" [HR Imam Bukhari RH]

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya." ~Surah Hud, Ayat 15~
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." ~Surah Asy-Syura, Ayat 20~