merupakan hari yang cukup memberi erti..
atau luahan yang lebih tepat : "oh~ terguris nuraniku.."
Suatu ujian sebenarnya untuk kehadiran rasa sebegitu..
yang akhirnya menjadi ingatan kepada rentetan peristiwa-peristiwa gurisan nurani yang ku biarkan sahaja dalam 'temporary folder' (tak mahu simpan!)
~bak permainan domino, sekeping yang jatuh & menumbangkan kepingan lain yang bersebelahan..
[err.. boleh pakai ke andaian gitu.. just smash the pumpkins laa (hentam saja lah labu~)]
Hmm..
Ia bukanlah api kemarahan, bukan jua dendam kesumat..
(huii.. sifat mazmumah tu.. Na'uzubillah, mohon dijauhkan)
Ia hanyalah rasa 'terasa'.. 'terasa' dengan kelemahan sendiri..
dan tanpa disedari, tertumpah jua air mata yang sekian lama ditahan..
Jika dahulu ia sekadar tergenang di mata,
kini aku tidak lagi segan menahannya di samping rakan...
biar terluah segala.. tidak perlu lagi ku menangis di belakang tabir..
Moga air mata itu jatuh bersama dosa-dosa kecil pada penglihatan kurniaanNya..
..Ya Allah , lemahnya hambaMu ini...
-----------------
Ya.. aku tahu tujuan usrah.. aku faham kepentingan usrah.. namun aku tidak pernah menghafal istilahnya yang khusus.. aku cuma mengaplikasikan kefahaman itu dalam diri, bukan sebagai teori, namun sebagai amalan.. namun situasi itu membangkitkan persoalan dalam diri.. berdosakah aku kerana tidak menghafalnya? Apakah selama ini aku tidak menjadi HambaNya yang taat? Ampunkan aku, ya Rabb.. .
*3 Rukun Usrah (3Ta) = Ta'aruf (perkenalan), Tafaahum (saling memahami), Takaful (saling tolong-menolong)
Ilmunya memang tinggi & aku sangat menghormatinya..
Mungkin aku terlalu sensitif pada hari itu..
Mungkin itu alternatifnya untuk mencetus bahan bualan bagiku yang tak banyak berkata-kata..
Apatah lagi pada seorang lelaki yang berada dihadapanku itu..
Aku cuba melayannya sebaik mungkin, sepertimana pada rakan lain..
Aku jawab jua persoalannya, walau hakikatnya soalannya tak terjawab pun..
melainkan dengan kata-kata "tak pasti" dan "tak ingat" spontan dari mulutku..
Ya, hatiku membenarkan jawapan itu.. buat apa aku perlu tipu..? walau akhirnya mendatangkan malu..
Lagi sekali, YA.. ku akui, diri ini tidak sehebat mereka yang bijak berdebat dalam isu agama mahupun politik.. Aku tidak handal dalam menghafal & mencetus idea-idea bernas dalam isu semasa. Ilmuku tak seberapa jika dibandingkan dengan mereka..
Ku sedar, walau tidak wajib untuk menghafalnya (selain rukun Islam & Iman), ia penting & ia menjadi bonus kepada da'ie yang berjaya hafal & amalkannya sekaligus.. 'mantopp' la~
Manakala diriku......hanya mampu terapkan dalam hidup apa yang telah dipelajari..
harus cuba improve sehari demi sehari walau tak banyak..
dan belajar erti kehidupan dari pengalaman..
Persoalan demi persoalan,
pernah tiba-tiba 'merejam' diri ini,
Ada yang mencabar, Ada yang aku terlupa,
[Jika ditanya & kemudiannya dibawa berbincang untuk kefahaman bersama, aku memang rasa terbuka & berbesar hati kerana diperingatkan]
Namun.. apabila 'feedback' sebaliknya diterima,
seolah-olah soalan yang diajukan cuba menduga tahap 'kehebatan' ilmu yang kononnya kumiliki,
yang hakikatnya hanya fantamorgana di mata mereka ..
Lahiriahku kelihatan sedemikiankah? Maaf, aku bukanlah sehebat itu..
Namun,
Terima kasih buat mereka yang secara langsung atau tidak langsung, sudi menyedarkan diri ini.. :)
Ketahuilah...
Aku hanya insan biasa..
Insan yang tiada apa untuk didengki..
Insan yang tidak layak disanjung tinggi..
Apa yang pasti...
Hidup & matiku hanya pada Ilahi !
17-8 : di surau FTSM..credit to Hidayah
Aku sekadar mahu menjadi diriku sendiri, selagi tingkah laku ini tidak mengundang dosa apatah lagi beramal semata untuk kelihatan 'wara' di mata orang lain yang bakal mengundang Riya'.. Na'uzubillah..
Ingatan buat diri & bersama ;
Ikhlaskanlah diri semata kerana Allah, usah hiraukan apa orang kata.. Khuatir kita beribadat bukan kerana Allah jika kita lebih risau apa orang lain akan kata.. Allah Maha Tahu niat di hati hambaNya.. Maka berpada-padalah dalam berurusan.. Oleh itu dalam menegakkan kebenaran jua perlu berhikmah, kerana adanya hubungan sesama insan (hablumminannas) yang masih perlu dijaga..
Hakikatnya, setiap insan pasti melalui hari yang bagaikan roda..
Sekejap merasa cukup bahagia, sekejap boleh jadi tak tentu hala..
Itulah manusia..
Cuma beringatlah..
Ketika berada di puncak, jangan lupa untuk melihat kembali ke bawah..
>> Sebagai peringatan agar tidak lupa diri..
Ketika berada di lembah, pandanglah ke atas kerana DIA sentiasa ada bersama kita..
>> Sebagai pemangkin semangat untuk terus berjuang ke jalanNya..
Sabda Rasulullah SAW : "Sebaik-baik pekerjaan itu adalah yang pertengahan (bersederhana)" [Link]------------------------
Pabila mendengarkan lagu 'Wahyu Pertama' dari kumpulan NowSeeHeart.. tersentuh dengan bait lirik beserta lagunya, aku tenggelam dalam jiwa sendiri..
lantas bermonolog sendirian..
".. wahyu pertama.. hingga akhirnya.. ya Rasulullah.. betapa agungnya tanggungan amanahmu untuk menyampaikannya..
.. pentingnya ilmu dalam kehidupan untuk diAMAL...
.. untuk dibawa hingga ke alam akhirat.. Betapa luasnya Ilmu-MU!!
.. maka kautlah ilmu sedalam-dalamnya.. ia juga cabang ibadah..
.. kautlah sedaya upayamu, ikutlah kemampuanmu..
.. jangan lupa menjadi dirimu sendiri, selagi apa yang dilakukan tidak mengundang dosa & kemurkaanNya..
.. oleh itu usah hiraukan persepsi negatif dari yang lain.. itu semua ujian dariNya jua.. tabahkan hatimu..
.. aku mungkin tidak boleh menjadi sebaik / sehebat mereka, namun sekurang-kurangnya aku boleh menjadi yang terbaik dalam batas kemampuanku!
.. Bacalah.. BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!!! "
.. pentingnya ilmu dalam kehidupan untuk diAMAL...
.. untuk dibawa hingga ke alam akhirat.. Betapa luasnya Ilmu-MU!!
.. maka kautlah ilmu sedalam-dalamnya.. ia juga cabang ibadah..
.. kautlah sedaya upayamu, ikutlah kemampuanmu..
.. jangan lupa menjadi dirimu sendiri, selagi apa yang dilakukan tidak mengundang dosa & kemurkaanNya..
.. oleh itu usah hiraukan persepsi negatif dari yang lain.. itu semua ujian dariNya jua.. tabahkan hatimu..
.. aku mungkin tidak boleh menjadi sebaik / sehebat mereka, namun sekurang-kurangnya aku boleh menjadi yang terbaik dalam batas kemampuanku!
.. Bacalah.. BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!!! "
~huu (TT).. [Astaghfirullah..]
..tiada apa yang mampu diperkatakan lagi.. maaf kerna aku tidak dapat menceriakan sesiapa yang sudi membaca luahan hati ini.. maaf juga pada sahabat2 yang mungkin terasa dengan diri ini sewaktu aku di sisi mereka dalam mood error pada hari itu.. moga dapat dijadikan muhasabah bersama untuk meningkatkan lagi prestasi sebagai seorang muslim..
Tidak sesekali aku mahu berputus asa.. kerana kita masih ada DIA, yang Maha Mengetahui isi hati setiap hambaNya..
Current mood : Peace, ok~? :_)
Hayatilah, 'Wahyu Pertama' dari NowSeeHeart :
No comments:
Post a Comment