Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

24 June 2010

Dendam Nasi Minyak

** Tiada kaitan dengan cerita Dendam Orang Minyak ya~ (^^,)v **

Bermulanya dari suatu tarikh... Tanggal 10-6-10, suatu pagi seperti biasa dalam kesempatan cuti semester : makan bersama Umi. Abah sudah bertolak ke pejabat seawal 7.30 pagi. Cuti kali ini ada nenek & ibu saudara sebelah emak ; Tokmi, Maksu & Cik yah.. 'Ramei' la sikit rumah yang dah biasa bertiga ja ni..hee.. tapi Tokmi & Maksu sudah balik ke Kelantan dengan bas seminggu sebelumnya. Pada 7hb nenek sebelah ayah (Tokwan) datang dengan ibu saudara dari KL, Ciksah.


@ 0852am : Nasi Minyak limited edition punya.. jengg.. Sesaje buat bentuk hati, alang2 warna nasiknya yang merah jambu, sambil menunggu umi untuk makan pagi sekali & berbincang beberapa perkara. Masa ni ahli keluarga lain dah habis makan. Favourite food ke ni? Uish, tak semestinya.. Feveret x feveret, makan je apa yang mampu. Apa yang dapat, itulah rezeki dariNya. Asalkan dapat membekal tenaga kann :)

@ 0857am : 'Pulau Hati di tengah Lautan Masak Merah'.. Sepanjang cuti ni nasi minyak menjadi rutin harianku setiap pagi, & ni la 1st time cuba memberi sentuhan seni sikit kat makanan.. semestinya dengan penuh kasih sayang~ Ni baru betul2 'Makan Hati'~~ Umi & keluarga makan nasi kerabu + budu. Kalau tak nasi kerabu pun nasi belauk.. tak kisah makan apa, kalau makan sama2, yang tawar pun akan jadi manis :)

Seingatku itulah hari terakhir merasa Nasi Minyak di rumah sewaktu cuti ini.. diganti dengan roti / biskut + air

Hari demi hari melewati bak jarum saat yang berlalu.. bertungkus lumus di dapur bersama umi walau sumbanganku tidaklah sehebatnya. Berat mata memandang, berat lagi bahunya yang memikul. Jikalau kami bertiga sahaja, jarang sekali dapur akan berasap pada waktu pagi kerana lebih senang untuk membeli di gerai berdekatan.

Mungkin bagi kebanyakan, membeli lebih susah, namun memasak menjadi tekanan bagi para ibu jika ada yang merungut tidak kena dengan selera masing2 @ cerewet walau pada dasarnya ia mudah untuk dilaksanakan.. Apa lagi kalau tertanya2 apa yang mahu di-order. Ce bayangkan kalau kat kedai makan, pelayan tu tanya nak makan apa & kita pun jawab "ikutla".. mau pening tukang masak tak gitu? :) Ihih~ lain orang lain ragamnya.

Peri pentingnya, sebagai pemberi, kita harus melakukan yang terbaik sekadar mampu & mengikhlaskan segala amalan kerana Allah semata. Manakala sebagai penerima, kita harus bersyukur dengan apa yang diberi / disediakan, lebih2 lagi jika kita menjadi tetamu orang. (^^,)

15hb : Abah mendapat panggilan telefon dari ibu saudaraku yang menetap di KL. Umi Za sekeluarga akan datang petang tu & bermalam sampai 17hb. Kisahnya, 17hb tu hari istimewa buat sepupuku sebelah ayah. Sekali dengan tokwan & semua kami akan bertolak bersama pada 17hb ke Dungun, Terengganu untuk event istimewa tersebut. Jadi alang2 mereka lalu dari KL singgah bermalam di Kuantan. Hui, ramai tak terkata (bagi keluargaku la). Dari 3 menjadi 10. Dapur yang 'sepi' menjadi berapi. Aku lak bertambah sogan lebih2 lagi dengan anak2 Umi za yang semuanya lelaki. Kalau tak ke dapur, ke bilik la jawabnya. Ditambah lagi dengan minat mereka pada 'Cawan Dunia' yang menjadikan ruang tamu sentiasa dipenuhi kaum Adam. huhu..

17hb : Pukul 7 pagi lebih kami bertolak & tiba serentak bersama keluarga pihak lelaki dari Kelantan lebih kurang pukul 10 di rumah pihak perempuan. Sepupuku keluar dari kenderaan & dipayungi dengan wajah penuh seri. Kemas terampilnya lengkap berpakaian baju melayu serba putih. Aku & beberapa sepupu lain mengangkut keluar dulang hantaran dari kereta & mengiringinya ke dalam rumah. Pada waktu ini, jemputan hanya khusus untuk ahli keluarga terdekat. Imam sudah bersiap sedia menunggu di dalam. Kemudian kami mengambil tempat untuk menyaksikan satu akad.

Pandang2 sebelah kiri, wah. . . anggun serba putih.. pengantin perempuan duduk di sebelahku berselangkan dulang hantaran.. Sempat jua bersalaman... :)

Bila semua sudah sedia, majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat beramai2. Kemudian Imam memulakan khutbah ringkas mengenai adab & cara majlis pernikahan serta sedikit peringatan mengenai tanggungjawab yang bakal dipikul setiap pasangan suami isteri. Keterengganuan bahasanya jelas terasa :D. Pada masa yang sama, demo akad nikah ditunjukkan. Sambil itu beliau sempat berseloroh dengan aksi selamba & setiap penyampaiannya sangat menenangkan. Dengan sendirinya pengantin lelaki menjadi selesa dengannya & sedikit sebanyak dapat meringankan tekanan yang mungkin hadir.

Sebelum akad dimulakan, beliau mengeluarkan teks akad untuk memudahkan lafaz akad pihak lelaki & cara sebutannya diperjelaskan kembali. Setiap hadirin di situ akan menjadi saksi pernikahan ini. Sementelah itu, wali pengantin perempuan (ayahnya) mengambil tempat imam & mula berjabat tangan bakal seorang suami. Hui..terasa debarannya~ akad ini jualah yang pertama ku saksikan di depan mata.

1040am - sejenak sebelum akad dimulakan. Imam berbaju coklat muda

Setelah wali menyudahkan lafaznya, A.Fariz terus menyambung "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin tersebut", menggagahkan tangan yang dijabat penuh keyakinan. Imam bertanya sekalian hadirin "Sah?... Sah?", "Sah~" kami menyahut tanpa ragu. Seraya dengan itu doa dipanjatkan dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah.. selamat sudah pembinaan sebuah lagi baitulmuslim dalam keluargaku. Moga pernikahan ini dipenuhi barakah hingga akhir usia, InsyaAllah..

Cukup mudah caranya di sini, tidak perlu lafaz yang panjang2 sambil menyebut nama & mas kahwinnya.. Sekadar memenuhi syarat. Namun setiap cara berbeza mengikut imam mukim tempat / kawasan itu.

Seusai majlis, pengantin mengundurkan diri untuk menunaikan solat sunat pernikahan manakala yang lain dijemput tuan rumah untuk makan pagi. Majlis nikah ini disekalikan dengan kenduri. Asalnya ada 2 'sesi' jamuan ; pagi dengan nasi dagang manakala tengah hari dengan Nasi Minyak. Namun terpulang atas hadirin untuk makan macamana memandangkan semuanya sudah tersedia. Keluargaku memilih untuk makan sekali sahaja~ dan semestinya waktu inilah 'dendam' nak merasa nasi minyak kenduri terbalas jua.. 8-)

Bila dah selesai makan, seisi keluarga bergambar dengan pengantin sebagai kenangan. Pada waktu itu sudah ramai yang hadir. Sebelum aku & keluarga mengundur diri, kami bersalaman & tidak lupa juga untuk mengucapkan tahniah padanya. Keluargaku pulang dahulu kerana ada urusan yang ibubapaku harus selesaikan di Kota Bharu. Kemudiannya baru menghala terus ke kampung di Machang & berada di sana selama 5 hari sebelum kembali semula ke Kuantan.

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." ~Surah An-Nur, Ayat 32~

2 comments:

Unknown said...

mahirah kembarku...betapa kreatif ny kamooo...haha..

suka la nasi hati tu ♥...nak jugak...ngee ~

Mahirah Jazlan said...

ihih~ utk kembarku no hal punya ;)