Ia bukan sebarang sinki, ia menelan segala apa yang ada di atasnya. Kehadirannya menggemparkan & cara ia terbentuk kelihatan sungguh luar biasa. Jeng3x~ itulah Sinkhole, atau 'Lubang Sinki' (terjemah direct ja ni). Kejadian terbaru berlaku pada akhir bulan lepas (30 Mei 2010) di Bandar Guatemala, Amerika Tengah & disiarkan di dalam berita pada 1 Jun.
Ini contoh Sinkhole yang berlaku di kawasan padang (dicedok dari bing.com)
Sinkhole adalah sejenis mendapan tanah yang berbentuk bulat (selalunya membentuk corong yang dalam. Ia terbentuk apabila batuan di dalamnya terlarut. Kebiasaannya ia berlaku di kawasan yang kaya dengan Batu Kapur (sejenis batuan sedimen dari kalsium karbonat yang terbentuk di lautan cetek & kurang tumpat). Jika ada Batu Kapur di daratan, maka dapat disimpulkan kawasan itu dahulunya ditenggelami lautan cetek. Batu ini mudah terlarut / terhakis (Dissolution Process) terutamanya dengan asid karbonik yang boleh didapati bersama air hujan / terkumpul bersama air bawah tanah.
Pembentukan Solution Sinkhole (klik gambar untuk lebih jelas, sumber)
Sinkhole yang berkaitan dengan larutan Batu Kapur dipanggil Solution Sinkhole. Apabila Batu Kapur di bawah tanah terlarut, rongga akan terbentuk & pada saat ini, kekuatan struktur tanah sudah mulai lemah. Struktur ini mulai runtuh apabila berat di atas tanah sudah tidak dapat ditampung lagi (++ pembangunan diatasnya). Sinkhole jenis ini berlaku di kawasan yang landai / sedikit curam.
Pembentukan Collapse Sinkhole (sumber)
Collapse Sinkhole pula berlaku apabila atap gua runtuh akibat berat yang berlebihan diatasnya. Ia biasa berlaku terhadap gua bawah tanah yang kaya dengan air bawah tanah. Paras air bawah tanah pula sering berubah, seiring dengan cuaca sekitar. Jika bekalan air bawah tanah ini berkurangan (kerana kekurangan hujan / musim kemarau), rongga akan terbentuk & sokongan struktur menjadi lemah. Ia juga boleh berlaku akibat perbuatan manusia yang mengepam air bawah tanah melebihi had.
Gambarajah umum pembentukan Sinkhole (sumber)
Kini berbalik kepada kejadian di Guatemala yang telah 'menelan' bangunan setinggi 3 tingkat itu. Sinkhole ini dikatakan mempunyai diameter lebih kurang 18 meter & sedalam 100 meter. Menurut suatu sumber berita luar negara, Sinkhole ini terbentuk sejurus selepas berlakunya Ribut Tropika Agatha. U.S Geological Survey menyatakan kejadian ini paling kerap berlaku di Florida, Texas, Alabama, Missouri, Kentucky, Tennessee & Pennsylvania. Berikut adalah gambar Sinkhole di Guatemala :
Mengerikan.. 'bulat molek' pulak tu.. (sumber)
Beberapa polis sedang berbincang berdekatan Sinkhole itu (dicedok dari Bing.com)
Dari sumber NatGeo News, Beberapa pakar Geologi telahpun menyiasat kawasan ini, antaranya En. Sam Bonis (Geologist di Dartmouth College, New Hampshire yang tinggal di bandar itu juga). Menariknya, beliau menyatakan kejadian ini disebabkan oleh sistem perpaipan bawah tanah bandar itu yang bocor, ditambah dengan struktur batuan bawah tanah -- terdiri daripada Batu Pumis (sejenis Batu Volkanik berongga), yang terdeposit sewaktu letusan gunung berapi zaman lampau.
Menurut beliau lagi, sifat Pumis di bandar itu longgar & mudah terhakis oleh sebarang pergerakan air. Hmm.. suatu yang logik juga untuk difikirkan. Semua kondisi tersebut menjadi 'resipi' kepada bencana ini yang akhirnya 'dibongkar' dengan izin Allah oleh ribut yang melandanya. Kesimpulan beliau, kejadian ini bukan Sinkhole kerana ia tidak memenuhi 'syarat' pembentukan Sinkhole (Batu Kapur tidak ditemui di bawah kawasan bandar itu).
Alhamdulillah setakat ini tiada Sinkhole yang serius seperti ini berlaku di Malaysia, hanya yang kecil2an (Ya Allah jauhilah kami dari bala bencana & Su'ulkhatimah), itupun kebanyakannya berlaku di kawasan bukit batu kapur yang jarang orang mahu 'menempat' di situ. Zaman ini, banyak bencana alam berlaku dikaitkan dengan perbuatan manusia yang mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka Bumi ini. Perumahan dilakukan sesuka hati serta melampaui had, hasil Bumi dikaut dengan rakusnya tanpa ada usaha berterusan untuk memeliharanya kembali ~ lebih kurang prinsip Output melebihi Input = tidak efektif!
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." -Surah As-Syura, Ayat 30-
*Ulasan dari berita berdasarkan rujukan di bawah.. Selainnya, Wallahua'lam.. :)
Rujukan berita dari LiveScience & NatGeo Daily News (klik untuk liputan penuh)
Info selanjutnya (bacaan tambahan) yang berkaitan : Sinkhole Org & Wiki.