Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

14 December 2009

A Trip to Perak (2H 1M)

CATATAN 11/12/09 (JUMAAT)


mercu tanda ipoh.. (12.58pm)..

Sesampainya di Negeri Perak.. aku tergamam dek panahan panorama bukit bukau yg sangat cantik & lain daripada yg lain.. Subhanallah.. dari aspek Geologi, kebanyakan bukit2 di situ terdiri daripada batu kapur di bahagian luarnya..oleh itu ia mudah terluluhawa & menjadikan bentuk bukit2 di situ agak bulat di atas & curam di sisi.. Banyak juga kelihatan gua2 kecil yg terbentuk..


kuari batu marmar (1.13pm)


lihat potongan yg bersegi2 tu....
batu marmar adalah batuan metamorf..paling tua antara batuan igneus & sedimen..

Kawasan tengah pusat Bukit Merah.. (4.25pm)


Lokasi pertama disinggah... tidak ada apa2 sangat di sini.. cuma ia terkenal dengan tarikan taman tema air dengan beberapa eco-park.. keluargaku sama sekali tidak gemar aktiviti air, jadi ia tidak menarik minat kami.. :) cuma singgah beli cenderamata, yg paling kugemar, mengumpul keychain

tasik di Bukit Merah.. (4.42pm)
agak panas ketika ini..


saat romantik ibu & ayahku di tasik Bukit Merah..hehe ;D (4.42pm)



jeti menuggu feri utk ke Pulau Orang Utan (4.48pm) ..tp kami tak pergi sana :) not planned~


Semasa menungggu giliran utk naik tren @ Night Safari, Taiping (9.04pm)


Waktu ni hujan renyai2.. pada mulanya kami ingat tak la ramai sangat sebab hujan, bahkan ingat Night Safari ni tak beroperasi tika hujan.. Sangkaan kami semua salah, berderet2 orang menunggu giliran utk naik tren..hehe. Nak jalan pun boleh, tp dalam gelap pekat malam ni takut tersesat pula.. Tapi ada je yg jalan ;)

Pelbagai jenis haiwan malam.. semangat betul amek gambar, tapi bukan nampak pun.. hmm, walaupun dah biasa tengok haiwan2 tu kat dokumentari macam harimau, singa, zirafah, badak sumbu & etc, aku tetap terkesima melihat keunikan ciptaan Allah di hadapan mataku sendiri.. MasyaAllah.. menggerunkan



CATATAN 12/12/09 (SABTU)



di Muzium Perak.. (bergambar dgn tengkorak gajah..besaq tu...) (11.18am)



Oyster (Siput Lokan) Berduri.. sharp yet cute :) (11.20am)




Rangka ular sawa....... (11.25am)
panjang ni..tak muat masuk camera



Bahagian pameran Orang Asli di aras 1 (11.35am)

kat sini semua kena cabut kasut..letak dalam beg plastik yg disediakan..
sebab lantai kayunya masih fresh, baru renovate.. takut calar



Pelbagai bentuk ukiran untuk pasu.. (11.36am)

copnya diperbuat daripada kayu yg diukir.. mereka ini sangat berseni & kreatif.. :)



Rotan kayu nibong.. (11.44am)

sedap wat bedal orang ni..haha.. tidak sama sekali~! yg berduri ni digunakan utk memarut kayu ubi..


Pengetam padi.. (11.45am)


Replika rumah Orang Asli.. (11.48am)



Perhiasan diri Orang Asli (cucuk sanggul & earring) (11.52am)
...MasyaAllah, betapa halusnya ukiran pada alat itu..



Cakk~! Mesej : "Senyum Sokmo!" XD (11.55am)

ini antara topeng2 Orang Asli.. yg ini je tersenyum... yg lain..... er..agak menakutkan utk dipaparkan ;)


Sebuah kawasan rekreasi.. Taiping Lake Garden (12.23pm)



Pokok Getah tertua (yg 1st ditanam di Malaysia) (1.35pm)



dalam perjalanan pulang.. (3.38pm)


~Wassalam~

No comments: