Tempoh : 9/11/09 - 20/12/09
9/11 ~ Setelah selesai exam fizik, terus balik rumah
maka bermulalah sesi hibernasi....
hibernasi2 jugak, tapi kerja tatap kena buat noo..itu amanah.. ;)
minggu 1st cuti ni kebanyakan masa duk sorang2 kat umah, wat apa yg patut, yup...belum cuti sekolah lagi masa tu, jadi mak masih mengajar di sekolah..
bila dah mula cuti sekolah, apa lagi, aku jadi peneman setia mak untuk ke kedai.. alang2 tu beli barangan kelengkapan..
dan bermulalah juga 'Urusan Spek' (sejak sebelum raya haji hingga selepasnya)... dah 4 tahun dah usia spek lama... biasanya tukar lens je bila power berubah... kalini tukar lens & frame sekaligus.. Mulanya agak sentimental untuk tukar, ye la, dah lama melihat alam ini & kertas2 exam bersamanya.... & ini 1st time buat kat kedai lain.. Konsep yang sama, tapi masalah bermula bila ada manufacture defect.. axis lens tu lari & pandangan semakin kabur... lab dia tersalah potong.. lepas axis ok, lens pula kecil dari saiz frame.. sampai naik segan aku asyik pi mai pi mai tempat dia, terasa macam aku ni pelanggan yang banyak songeh.. tapi dia juga yang beria nak baiki menda tu sampai jadi perfect.. kalau dia tak cakap, aku pun tak perasan lens tu kecik sikit.. bila dah baiki yang tu baru ok.. syukur.. :)
pengajarannya ~ cek betoi2 barang yang dibeli tang mula2 dapat tu jugak..
bercakap pasal spek ni.. sejak umur 6 tahun lagi pakai.. masa cek mata sebelum tu doktor cakap sepatutnya pakai 2 tahun lagi awal, masa umur 4 tahun.. kalau lebih lewat cek pulak kemungkinan besar aku akan hilang daya penglihatan nanti.. masa tu 2 2 mata ada power.. tapi sebelah kanan tu lain sikit, dia lazy eye.. sebab tu kena pakai spek sepanjang masa untuk 'rajinkan' dia berfungsi, kalau tak, dia akan bergantung pada mata kiri sahaja.. Masa kecik2 dulu kena pakai menda yang macam pirate pakai tu.. Alhamdulillah power makin turun sekarang.. mata kiri dah tak ada power & kini tinggal yang kanan je untuk diusahakan... kalau takde spek pun masih boleh nampak cam biasa.. tapi tak bleh amalkan selalu..nanti mata kanan jadi malas balik :)
25/11-30/11
pulang ke kampung ~ sempena raya haji (27/11)
kalini ibu bapaku tidak buat qurban.. Sebelum raya haji tu hujan je memanjang.. musim banjir... tapi bila hampir tiba masanya, banjir makin surut & pada hari raya haji itu 'cerah ceraca'.. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar.. beberapa hari selepas itu gelombang kedua musim banjir menjengah semula.. MasyaAllah.. adakah itu satu kebetulan pada raya haji cerah seperti tiada hujan bakal menitik? I don't think so.. Kerna Allah yang merancang segala2nya.... :)
dalam perjalanan pergi & pulang dari kampung sangat mencabar & mendebarkan.... jalan berlubang2.. banyak juga yg tak sempat elak.. 'tojon jo lae'...
11/12-12/12 ~ Ke Perak dengan keluarga
15/12 ~ Kembali ke UKM, check-in awal untuk program SPKG. Terkesima tengok bilik...kosong + licin.. tikar & pelapik kaki pun dah tiada.. pencuci pinggan yg diletak dalam almari sekali dengan bakul sampah pun lesap.. hoh, tak boleh guna 'tapau-ware' la sementara waktu ni.. tak boleh tinggal jugak barang2 cam tu rupanya..haish.. pengajaran betul.. Alhamdulillah meja kecik masih ada tersimpan di kabinet paling atas. Terpaksa ku luputkan kenangan bersama barang2 tersebut untuk persediaan mental keesokan harinya.. life must go on.. yah.
16/12 - 17/12 ~ 2 hari bersejarah bersama kumpulan SPKG di bawah jagaan K. Nurul...
Jeng3.. Kami ke Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak. Naik bas dalam 2-3 jam.. lepas tu naik trak 3 tan untuk sampai ke lokasinya yang agak jauh ke dalam & terpencil.. sebelah Sungai Bernam.. menetap di hostel yang menjimatkan penggunaan letrik & air semaksimumnya.. 16hb tu da buleh cek result exam sem 1.. (apa lagi, cek juga lah..tak mau tunggu lama2, itulah hakikatnya..). Macam2 aktiviti ada ; tubing, sukaneka ala2 'explorace'... agak mencabar juga aktivitinya.. best~! huh, dah lama merindukan suasana adventure & lasak walau diri ini tak selasak mana.... ilmu perkhemahan tang pengakap dulu pun dah berkarat. Malam 16hb tu ada sesi LDK yang mengenengahkan nilai Kesyukuran, guna teknik puzzle.. lepas tu sesi penilaian personaliti kaedah Sidek.. 11.30mlm tu sepatutnya ada Night Walk, tapi dibatalkan sebab ramai yang dah 'mengangguk' kepenatan.. Teringin gak nak merasa pengalaman tu.. tapi tak pa, Allah maha mengetahui apa yang bakal berlaku.. mungkin suasana malam tu agak bahaya untuk para peserta jika diteruskan.. ada hikmahnya.
Explorace adalah aktiviti terakhir sebelum majlis penutupan pada 17hb tu.. Seusai majlis penutup, bergambar reramai, pastu...haa.. terus meluru ke sungai mencuci sisa tepung kat muka & baju.. boleh wat cekodok tu, tak pasai2 jadi 'cekorang' ;) .. pastu main air puas2.. walaupun sejuk tetap berendam lama2... terasa amat dekat dengan alam ~ so fresh, so cool.. bukan senang nak dapat peluang camni lagi.. kalau bukan kerna program ni, takkan ku sesaje pi terjun dalam sebarang air...melainkan sudah dirancang
Kami check-out dari kawasan tu pada 3.40pm.. menunggu trak 3 tan dari trip pertama di pondok berhampiran.. tang menunggu tu ada rama2 cantik yang tak pernah ku lihat di meja hadapan.. walau ia sudah tidak bernyawa, keadaannya masih sempurna.. rugi pula tak bawa camera.. sekadar mampu untuk capture dengan mata (--,)
Pada pukul 4.05, baru trak itu sampai.. sebelum kami berangkat pergi, pengurus kawasan itu memberi pamphlet.. Selepas itu trak ini berangkat pergi, meninggalkan jejak di sana namun di hati tetap terpahat kenangan yang abadi.. sayu pula rasanya. Ketika dalam perjalanan, agak melucukan melihat sekumpulan kambing mengikuti trak kami dari jauh... berlari-lari pula tu. Naik bas UKM di jalan utama.. disajikan dengan cerita Papadom, jem di tengah jalan, hujan yang mengharukan, & pemandangan senja yang indah.
Sampai UKM dalam pukul 7.45pm... terus ke surau KTHO untuk solat & bacaan doa awal & akhir tahun sempena Awal Muharram pada hari ini.. Moga sama2 dapat menghijrahkan diri lebih rapat dengan Ilahi.. InsyaAllah.. Alhamdulillah program itu dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama sahabat2 se-SPKG, sambil mensyukuri nikmat keindahan alam dari Ilahi..
18/12-20/12 ~ Sesi bertapa di UKM, keseorangan tanpa roommate di sisi.. Roomateku The Palapes-ian hanya dapat berada di rumah selama 4 hari dalam cuti sem ini... lusa dia akan kembali.. Wah... jikaku seorang Palapes entah apa akan jadi..hmm..tak layak untuk diri ini membayangkannya sekalipun..
Pada Isnin ini (21/12/09) akan bermulalah semester 2. Moga sama2 dapat meningkatkan momentum dari sem yang lepas untuk mencapai kejayaan yang lebih unggul, hari demi hari.. InsyaAllah...go ummah~! :)
Subjek2 geo yang bakal dihadapi sem 2 ini;
1. Mineralogi
2. Paleontologi
3. Stratigrafi & Geologi Samudera
4. Geomorfologi
5. Kimia Am 1
6. TITAS
7. Pengurusan Masa (disedut dari subjek untuk tahun 3)
8. Seni Lukis & Catan 2
~Salam Kejayaan~
~Wassalam~
No comments:
Post a Comment