Tarikh : 29/12/09 Waktu: 1400-1630 Tempat : Makmal Palaeontologi, Bangunan Geologi aras 2
SET A (BENTUK-BENTUK PENGFOSILAN)
FOSIL RANGKA ASAL (TEST @ ORIGINAL FOSSIL) - Merujuk kepada bahagian keras organisma
WF 419 : Exogyra ponderosa
Usia : Cretaceous
SFW 74 : Exogyra ponderosa
Class : Bivalvia
Sub-Class : Pteriomorpha
Usia : Cretaceous
Lokaliti : Canal, Delaware
(sampel fosil atas sebelah luarnya)
A 34 : Paraspirifer laevicosta
FOSIL ACUAN (MOULD FOSSIL)
- Acuan terdiri daripada batuan Sedimen
FOSIL ACUAN LUAR (EXTERNAL MOULD FOSSIL)
MSL 2 : Fenestella sp. Phylum : Bryozoa Class : Stenolaemata Order : Cryptostomata Usia : Perm Awal Lokaliti : Kilim, Langkawi
BB 48 : Dictyoclostus sp.
Phylum : Brachiopoda
Usia : Karbon Awal
Lokaliti : Bukit Bucu, Batu Rakit, Terengganu
MSL 5.11 : Costatoria pahangesis
Usia : Trias Tengah
Lokaliti : Kuala Lipis, Pahang
FOSIL ACUAN DALAM (INTERNAL MOULD FOSSIL)
C 325 : Ceratites (Discoceratites) levaloisi
Phylum : Mollusca
Class : Cephalopoda
Sub-Class : Ammonoidea
SFK 53 : Ceratites Nodosus
Phylum : Mollusca
Class : Cephalopoda
Sub-Class : Ammonoidea
Usia : Trias Tengah
Lokaliti : Wurtemberg, Germany
FOSIL KAS (CAST FOSSIL)
- kas adalah bahan lain yang mengambil-alih keseluruhan bentuk acuan - menyerupai fosil asal yang membentuk acuan tersebut
MSL 12a : Daonella sp.
MSL 13 : Posidonomya perlisensis
FOSIL MINERAL GANTIAN (REPLACED MINERAL FOSSIL)
- sebahagian fosil asal diganti oleh bahan mineral lain
- dalam konteks tumbuhan yang terfosil menjadi batu (petrified wood), rongga dalaman tumbuhan tersebut biasanya digantikan dengan mineral silika (yang banyak dalam tanah) - Dari mana datangnya silika dalam tanah itu?
***..datangnya dari atmosfera zaman dahulu yang terlarut oleh air hujan, etc.. & banyaknya aktiviti volkanik pada masa itu..
tapi x mungkin dari lava yg mengalir (Basalt) kerna Basalt rendah kandungan silika (yg menjadikan ia lebih panas & menghancurkan apa sahaja dalam laluannya) >> takkan ada fosil..
MSL B1 : Araucaroxylon sp.
FOSIL SURIH (TRACE FOSSIL)
- kesan pergerakan, tempat tinggal & jejak organisma (lubang cacing, tapak kaki dinosaur..etc) yang biasanya organisma tersebut tidak terfosil bersama
- lebih mudah ditafsir jika ada 2 jenis saiz butiran sedimen yang berbeza pada kesan & sekitarannya
- yang menegak terbentuk pada laut cetek (berhampiran pantai..), ada yang berbentuk "U" ~ menunjukkan yang laluan tersebut dibuat untuk ia berlindung dari ombak / air pasang & akan naik semula ke atas (utk bernafas / mencari makanan) sewaktu air surut..
- yang mendatar biasanya pada permukaan ~ kawasan perairan yang tenang (dasar laut dalam, tasik..etc)
- bila ada trace fossil yang bentuknya jelas, cantik & kemas, fosil tu mungkin tertimbus sekali dengan lorong yang dibuatnya (semakin halus saiz butiran sedimen yang menyalutinya, semakin detail fosil yang terbentuk)
MSL PJ 1 : Thallasinoides sp.
Usia : Kambrian Akhir
Lokaliti : P. Jamuruk, Langkawi
MSL PJ 2 : Pycodes pedum
Usia : Kambrian Akhir
Lokaliti : P. Jamuruk, Langkawi
SET B (PORIFERA DAN STROMATOPOROIDEA)
PHYLUM - PORIFERA
- organisma seperti span.. (hidupan laut)
C 81 : Peronidella cylindrica
C 82 : Stellisfongia glomerata
C 83 : Porosphaera globularis
C 85 : Hyalostragos patella
A 23 : Hyalostragos patella
(spesis sama dengan yang atas, bezanya pada usia)
C 86 : Jereica quenstedti
C 88 : Cyphellia dolbosa
PHYLUM - STROMATOPOROIDEA
- "Important reef building organisms with calcareous skeleton (coenestium) with close affinities to certain hydrozoan corals & calcareous algae"
- hidupan laut yang terbentuk daripada lamina (lapisan) yang mengufuk & kolum menegak
- boleh membentuk bonjolan berbentuk poligon (mamelon) dengan bukaan yang dipanggil astrorhizae
Alam~ Setiap hari kita hidup bersamanya, Namun bila salah satu nikmat yang dianugerahkan itu semakin berkurangan.. Barulah kita sedar peri pentingnya Alam ini dalam kehidupan seharian.. Maka wajiblah kita sebagai hambaNya bersyukur atas segala2nya, Menggunakan segala nikmat pinjaman dariNya semanfaat mungkin.. sebelum ianya terlambat & ditarik kembali..
Dahulunya… Batu-batuan yang dijumpai di tepi jalan hanya dipandang sebelah mata.. Semuanya kelihatan sama sahaja.. Cangkerang2 siput pula hanya dikutip sebagai hobi sampingan waktu lapang, Sekadar mengagumi keunikan & kepelbagaian ciptaanNya dari aspek fizikal
Namun kini, Setelah habis 1 sem berkecimpung dalam bidang Geologi, Satu persatu rahsia alam terbongkar.. Semakin banyak bukti2 penciptaan Allah dari Quran ditemui.. MasyaAllah..
Batuan yang kelihatan stabil itu sebenarnya sentiasa berubah.. Setiap jenisnya terhasil mengikut proses & 'syarat' tertentu.. Bermulanya dari magma, mengeras menjadi siri Batuan Igneus, Seterusnya terluluhawa oleh angin, air & faktor lain, Menjadi partikel yg lebih halus & mengeras kembali..menjadi siri Batuan Sedimen, Yang kemudiannya mengalami tekanan & suhu tinggi sehingga merubah struktur / komposisinya > menjadi siri Batuan Metamorf pula.. apabila termendap semakin jauh ke dalam Bumi, kembali mencair menjadi magma untuk dimuntahkan kembali..
Itu baru cerita ringkas & am mengenai Rock Cycle, kerana dari 3 jenis siri batuan itu prosesnya boleh berubah2...
Kerak Bumi yang kelihatan kekal kedudukannya ini pula sentiasa bergerak; Bergerak dalam kadar 1cm setahun ~ dipanggil hanyutan benua (Continental Drift).. Dalam subjek Sistem Bumi pula, Ada kisah mengenai penciptaan awal Bumi.. Daripada teori big bang kepada kewujudan alam & hidupan Gunung2 berapi pula bertindak sebagai penstabil suhu dalaman Bumi.. Jika magma / haba tidak dikeluarkan ke permukaan Bumi, akan hancurlah Bumi kerana kepanasan & tekanan di dalamnya Begitu jua proses2 pembentukan gunung & bukit, yang terbentuk hasil daripada pergerakan kerak Bumi ini..yang juga adalah pasak kepada pengukuhan struktur bumi;
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);" -Surah An-Nazi'at, ayat 32
Sudah seminggu sem 2 bermula.. Agak terkejut juga dengan 'limpahan' ilmu yang mencurah2 dari Prof dalam 1-1 masa.. Sem 1 lebih kepada pengenalan batuan , Sem 2 ini pula akan lebih fokus kepada fosil.. Yang juga ada kaitan dengan kerang2an.. Ada sedikit perkaitan mengenai Biologi dari sudut pengelasan & jenisnya.. Hm..kne banyak menghafal.. Nnt akn belajar struktur dalamannya juga yg lebih kompleks.. Ya Allah betapa luasnya ilmuMu… Moga kte sama2 dapat meneruskan pembelajaran dengan Istiqamah..
Sungguh.. Segala yang diciptakan ada kaitan antara 1 sama lain.. Alam ini berinteraksi dengan 'bahasa' yang tersendiri.. Dari haiwan sekecil kuman sehingga sebesar ikan paus, Dari bahan yang tidak bernyawa hingga ke alam di luar angkasa..
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (hari), lalu bersemayam di atas 'Arasy; Ia melindungi malam dengan siang dengan meningiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula menciptakan) matahari dengan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam." - Surah Al-A'raf, ayat 54
"Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?" -Surah Al-A'raf, ayat 185
"Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya dan Dia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. " -Surah Ghafir, ayat 64
"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? " -Surah Fusshilat, ayat 53
Di sini ada sebuah lagu untuk dikongsi.. Perihal Alam ciptaanNya.. "Open Your Eyes" oleh Maher Zain.. Hayatilah liriknya, moga sama2 dapat manfaat :)
>>stopkan ~Sounds of Nature~ kat sebelah ni dulu.. ;p
Look around yourselves Can't you see this wonder Spread in front of you The clouds floating by The skies are clear and blue Planets in the orbits The moon and the sun Such perfect harmony Let's start question in ourselves Isn't this proof enough for us? Or are we so blind To push it all aside.. No..
We just have to Open our eyes, our hearts and minds If we just look bright to see the signs We can't keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
Look inside yourselves Such a perfect order Hiding in yourselves Running in your veins What about anger, love and pain And all the things you're feeling Can you touch them with your hand? So are they really there? Lets start question in ourselves Isn't this proof enough for us? Or are we so blind To push it all aside..? No..
[Repeat Chorus]
When a baby's born So helpless and weak And you're watching him growing.. So why deny What's in front of your eyes The biggest miracle of life..
[Repeat Chorus 2x]
Allah.. You created everything We belong to You Ya Rabb we raise our hands Forever we thank You..
Alhamdulillah..
Bersamalah kita celik mata, minda & hati dalam kehidupan, agar segala yang diharungi tidak menjadi sia2.. InsyaAllah, moga kita dipermudahkan segala urusan dalam mengejar kejayaan Duniawi & Ukhrawi. (^^,)
9/11 ~ Setelah selesai exam fizik, terus balik rumah
maka bermulalah sesi hibernasi....
hibernasi2 jugak, tapi kerja tatap kena buat noo..itu amanah.. ;)
minggu 1st cuti ni kebanyakan masa duk sorang2 kat umah, wat apa yg patut, yup...belum cuti sekolah lagi masa tu, jadi mak masih mengajar di sekolah..
bila dah mula cuti sekolah, apa lagi, aku jadi peneman setia mak untuk ke kedai.. alang2 tu beli barangan kelengkapan..
dan bermulalah juga 'Urusan Spek' (sejak sebelum raya haji hingga selepasnya)... dah 4 tahun dah usia spek lama... biasanya tukar lens je bila power berubah... kalini tukar lens & frame sekaligus.. Mulanya agak sentimental untuk tukar, ye la, dah lama melihat alam ini & kertas2 exam bersamanya.... & ini 1st time buat kat kedai lain.. Konsep yang sama, tapi masalah bermula bila ada manufacture defect.. axis lens tu lari & pandangan semakin kabur... lab dia tersalah potong.. lepas axis ok, lens pula kecil dari saiz frame.. sampai naik segan aku asyik pi mai pi mai tempat dia, terasa macam aku ni pelanggan yang banyak songeh.. tapi dia juga yang beria nak baiki menda tu sampai jadi perfect.. kalau dia tak cakap, aku pun tak perasan lens tu kecik sikit.. bila dah baiki yang tu baru ok.. syukur.. :)
pengajarannya ~ cek betoi2 barang yang dibeli tang mula2 dapat tu jugak..
bercakap pasal spek ni.. sejak umur 6 tahun lagi pakai.. masa cek mata sebelum tu doktor cakap sepatutnya pakai 2 tahun lagi awal, masa umur 4 tahun.. kalau lebih lewat cek pulak kemungkinan besar aku akan hilang daya penglihatan nanti.. masa tu 2 2 mata ada power.. tapi sebelah kanan tu lain sikit, dia lazy eye.. sebab tu kena pakai spek sepanjang masa untuk 'rajinkan' dia berfungsi, kalau tak, dia akan bergantung pada mata kiri sahaja.. Masa kecik2 dulu kena pakai menda yang macam pirate pakai tu.. Alhamdulillah power makin turun sekarang.. mata kiri dah tak ada power & kini tinggal yang kanan je untuk diusahakan... kalau takde spek pun masih boleh nampak cam biasa.. tapi tak bleh amalkan selalu..nanti mata kanan jadi malas balik :)
25/11-30/11
pulang ke kampung ~ sempena raya haji (27/11)
kalini ibu bapaku tidak buat qurban.. Sebelum raya haji tu hujan je memanjang.. musim banjir... tapi bila hampir tiba masanya, banjir makin surut & pada hari raya haji itu 'cerah ceraca'.. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar.. beberapa hari selepas itu gelombang kedua musim banjir menjengah semula.. MasyaAllah.. adakah itu satu kebetulan pada raya haji cerah seperti tiada hujan bakal menitik? I don't think so.. Kerna Allah yang merancang segala2nya.... :)
dalam perjalanan pergi & pulang dari kampung sangat mencabar & mendebarkan.... jalan berlubang2.. banyak juga yg tak sempat elak.. 'tojon jo lae'...
11/12-12/12 ~ Ke Perak dengan keluarga
15/12 ~ Kembali ke UKM, check-in awal untuk program SPKG. Terkesima tengok bilik...kosong + licin.. tikar & pelapik kaki pun dah tiada.. pencuci pinggan yg diletak dalam almari sekali dengan bakul sampah pun lesap.. hoh, tak boleh guna 'tapau-ware' la sementara waktu ni.. tak boleh tinggal jugak barang2 cam tu rupanya..haish.. pengajaran betul.. Alhamdulillah meja kecik masih ada tersimpan di kabinet paling atas. Terpaksa ku luputkan kenangan bersama barang2 tersebut untuk persediaan mental keesokan harinya.. life must go on.. yah.
16/12 - 17/12 ~ 2 hari bersejarah bersama kumpulan SPKG di bawah jagaan K. Nurul...
Jeng3.. Kami ke Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak. Naik bas dalam 2-3 jam.. lepas tu naik trak 3 tan untuk sampai ke lokasinya yang agak jauh ke dalam & terpencil.. sebelah Sungai Bernam.. menetap di hostel yang menjimatkan penggunaan letrik & air semaksimumnya.. 16hb tu da buleh cek result exam sem 1.. (apa lagi, cek juga lah..tak mau tunggu lama2, itulah hakikatnya..). Macam2 aktiviti ada ; tubing, sukaneka ala2 'explorace'... agak mencabar juga aktivitinya.. best~! huh, dah lama merindukan suasana adventure & lasak walau diri ini tak selasak mana.... ilmu perkhemahan tang pengakap dulu pun dah berkarat. Malam 16hb tu ada sesi LDK yang mengenengahkan nilai Kesyukuran, guna teknik puzzle.. lepas tu sesi penilaian personaliti kaedah Sidek.. 11.30mlm tu sepatutnya ada Night Walk, tapi dibatalkan sebab ramai yang dah 'mengangguk' kepenatan.. Teringin gak nak merasa pengalaman tu.. tapi tak pa, Allah maha mengetahui apa yang bakal berlaku.. mungkin suasana malam tu agak bahaya untuk para peserta jika diteruskan.. ada hikmahnya.
Explorace adalah aktiviti terakhir sebelum majlis penutupan pada 17hb tu.. Seusai majlis penutup, bergambar reramai, pastu...haa.. terus meluru ke sungai mencuci sisa tepung kat muka & baju.. boleh wat cekodok tu, tak pasai2 jadi 'cekorang' ;) .. pastu main air puas2.. walaupun sejuk tetap berendam lama2... terasa amat dekat dengan alam ~ so fresh, so cool.. bukan senang nak dapat peluang camni lagi.. kalau bukan kerna program ni, takkan ku sesaje pi terjun dalam sebarang air...melainkan sudah dirancang
Kami check-out dari kawasan tu pada 3.40pm.. menunggu trak 3 tan dari trip pertama di pondok berhampiran.. tang menunggu tu ada rama2 cantik yang tak pernah ku lihat di meja hadapan.. walau ia sudah tidak bernyawa, keadaannya masih sempurna.. rugi pula tak bawa camera.. sekadar mampu untuk capture dengan mata (--,)
Pada pukul 4.05, baru trak itu sampai.. sebelum kami berangkat pergi, pengurus kawasan itu memberi pamphlet.. Selepas itu trak ini berangkat pergi, meninggalkan jejak di sana namun di hati tetap terpahat kenangan yang abadi.. sayu pula rasanya. Ketika dalam perjalanan, agak melucukan melihat sekumpulan kambing mengikuti trak kami dari jauh... berlari-lari pula tu. Naik bas UKM di jalan utama.. disajikan dengan cerita Papadom, jem di tengah jalan, hujan yang mengharukan, & pemandangan senja yang indah.
Sampai UKM dalam pukul 7.45pm... terus ke surau KTHO untuk solat & bacaan doa awal & akhir tahun sempena Awal Muharram pada hari ini.. Moga sama2 dapat menghijrahkan diri lebih rapat dengan Ilahi.. InsyaAllah.. Alhamdulillah program itu dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama sahabat2 se-SPKG, sambil mensyukuri nikmat keindahan alam dari Ilahi..
18/12-20/12 ~ Sesi bertapa di UKM, keseorangan tanpa roommate di sisi.. Roomateku The Palapes-ian hanya dapat berada di rumah selama 4 hari dalam cuti sem ini... lusa dia akan kembali.. Wah... jikaku seorang Palapes entah apa akan jadi..hmm..tak layak untuk diri ini membayangkannya sekalipun..
Pada Isnin ini (21/12/09) akan bermulalah semester 2. Moga sama2 dapat meningkatkan momentum dari sem yang lepas untuk mencapai kejayaan yang lebih unggul, hari demi hari.. InsyaAllah...go ummah~! :)
Subjek2 geo yang bakal dihadapi sem 2 ini; 1. Mineralogi 2. Paleontologi 3. Stratigrafi & Geologi Samudera 4. Geomorfologi 5. Kimia Am 1 6. TITAS 7. Pengurusan Masa (disedut dari subjek untuk tahun 3) 8. Seni Lukis & Catan 2
Sesampainya di Negeri Perak.. aku tergamam dek panahan panorama bukit bukau yg sangat cantik & lain daripada yg lain.. Subhanallah.. dari aspek Geologi, kebanyakan bukit2 di situ terdiri daripada batu kapur di bahagian luarnya..oleh itu ia mudah terluluhawa & menjadikan bentuk bukit2 di situ agak bulat di atas & curam di sisi.. Banyak juga kelihatan gua2 kecil yg terbentuk..
kuari batu marmar (1.13pm)
lihat potongan yg bersegi2 tu.... batu marmar adalah batuan metamorf..paling tua antara batuan igneus & sedimen..
Kawasan tengah pusat Bukit Merah.. (4.25pm)
Lokasi pertama disinggah... tidak ada apa2 sangat di sini.. cuma ia terkenal dengan tarikan taman tema air dengan beberapa eco-park.. keluargaku sama sekali tidak gemar aktiviti air, jadi ia tidak menarik minat kami.. :) cuma singgah beli cenderamata, yg paling kugemar, mengumpul keychain
tasik di Bukit Merah.. (4.42pm)
agak panas ketika ini..
saat romantik ibu & ayahku di tasik Bukit Merah..hehe ;D (4.42pm)
jeti menuggu feri utk ke Pulau Orang Utan (4.48pm) ..tp kami tak pergi sana :) not planned~
Semasa menungggu giliran utk naik tren @ Night Safari, Taiping (9.04pm)
Waktu ni hujan renyai2.. pada mulanya kami ingat tak la ramai sangat sebab hujan, bahkan ingat Night Safari ni tak beroperasi tika hujan.. Sangkaan kami semua salah, berderet2 orang menunggu giliran utk naik tren..hehe. Nak jalan pun boleh, tp dalam gelap pekat malam ni takut tersesat pula.. Tapi ada je yg jalan ;)
Pelbagai jenis haiwan malam.. semangat betul amek gambar, tapi bukan nampak pun.. hmm, walaupun dah biasa tengok haiwan2 tu kat dokumentari macam harimau, singa, zirafah, badak sumbu & etc, aku tetap terkesima melihat keunikan ciptaan Allah di hadapan mataku sendiri.. MasyaAllah.. menggerunkan
CATATAN 12/12/09 (SABTU)
di Muzium Perak.. (bergambar dgn tengkorak gajah..besaq tu...) (11.18am)