Tarikh: 24 - 25 Oktober 2009 (Sabtu & Ahad)
Catatan 24/10 (Sabtu)
En. Wan Ali (salah 1 kakitangan sokongan) sedang menyemak kehadiran
Pada pukul 8 pagi, kami berkumpul di Foyer Bangunan Geologi bersama barang masing2 dengan wajah yang cukup teruja (maklumlah, fieldwork pertama..hehe~)..
Prof Ibrahim (kiri) & Dr. Johari @ foyer Bangunan Geologi
Setelah semua pelajar & pensyarah dah berkumpul, Prof. Wan Fuad, Prof. Ibrahim & Dr. Johari memberi taklimat keselamatan & fakta asas aspek geologi agar kami mendapat view yang menyeluruh mengenai apa tujuan fieldwork ini. Sebelum itu kami telah diberikan buku panduan yang mengandungi aspek2 geologi yang perlu dicerap. Ini antara yang diutarakan dalam taklimat tersebut ;
Tujuan >> dapat mengenalpasti batuan dari aspek2 geologi (tekstur, jenis, struktur, cara pembentukan, etc) dan mengaplikasikan kemahiran geologi (pemetaan, pencerapan, penggunaan alatan) di kawasan luar berdasarkan apa yang telah dipelajari di kuliah
Hasil >> meningkatkan pemahaman & amat membantu dalam exam amali (berdasarkan respon senior2 terdahulu)
Orogeny = Pembentukan gunung (berkaitan dengan subduction)
Suture = penebalan plet yang disebabkan oleh perlanggaran antara dua plet daratan
selepas taklimat, kami menunggu ketibaan 2 bas UKM di kawasan berhampiran (tempat menunggu bas kena naik bukit~warming up dengan barang2 keliling pinggang~huhu)
kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi
LOKALITI 1 : Senaling, Kuala Pilah (N9)
Waktu : 13.00
Jenis lokaliti : Bekas kuari
Batuan : Granit berusia Trias Banjaran Titiwangsa (keluarga batuan igneus)
singkapan granit menunjukkan Granit Biotit Berporfir*
*Berporfir =
Porphyritic = batuan yang mempunyai 2 tekstur
sewaktu berjalan meredah kawasan landai tersebut (sebelum meredah hutan di hadapan), terdengar bunyi2 yg pelik di sebelah kanan. Tiba2 keluarlah seekor babi hutan jantan yang besar dari semak kanan tersebut, berlari2 melintasi prof2 yang mendahului kami.. agak terkejut aku dibuatnya kerana babi hutan terkenal dengan keganasannya menyerang manusia. Alhamdulillah makhluk tu tak serang & ia berlalu begitu sahaja..
sesampainya di kawasan lokaliti, kami diajar cara penggunaan tukul, kompas & kanta;
Tukul : hujung yang rata untuk ketuk batu yang keras, hujung tajam untuk batu lembut
- tekankan batu dengan hujung kaki & ketuk dari jarak yang selamat (perhatikan keadaan sekeliling, khuatir jika rakan2 berdekatan terkena serpihan batu di mata)
Kompas : sebelum mengukur arah, tentukan dahulu kawasan / arah mana yang nak diukur, kemudian overlapkan jarum utara oren dengan utara merah pada dasar bacaan kompas, pastu baru boleh buat bacaan
Kanta : diletakkan pada mata & batu tersebut akan didekatkan perlahan2 sehingga kelihatan butirannya (untuk lebih jelas, basahkan permukaan batu dengan air)
untuk mengukur saiz mineral bagi batuan = ukur 5-6 butiran mineral pada batuan tersebut & ambil puratanya
Dike berbeza dengan
vein.
Dike diisi dengan batuan manakala
vein (telerang) diisi oleh 1 jenis mineral sahaja
selepas taklimat kami memulakan cerapan berdasarkan buku panduan
LOKALITI 2 : Jalan Dangi, Langkap (N9)Waktu : 14.40
Jenis Lokaliti : Tepi jalan berhampiran kawasan hutan
Batuan : Rijang (
Chert) (keluarga batuan sedimen)
Chert = Batuan sedimen yang terdiri daripada
microcrystalline quartz (lebih 60%
Quartz)
*jika kurang 60% , batuan itu adalah
mudstone (batu lumpur)
- terbentuk di sekitaran laut dalam (kontra dengan batu kapur yang terbentuk di laut cetek)
- biasanya ditemui berselang lapis dengan batu lodak
- lebih keras dari tukul (*keras di sini merujuk kepada garitan antara kedua2nya, yang keras akan mencalar yang lebih lembut)
- warnanya tidak tetap (pelbagai) kerana proses luluhawa
- variasi chert ; Jasper (chert merah) & Flint (chert hitam)
nota tambahan mengenai
mudstone ;
Siliceous mudstone = mudstone yang ada sikit silika
Calcareous mudstone = mudstone yang banyak kapur
Kawasan yang ada chert ni tempatnya kecil sahaja & tak banyak ruang untuk semua geologist ber'tompok' di sana..huha..yang sempat menerobos dapat la tengok & mengambil sampel batuan, yang tidak akan melilau di belakang mereka & membesarkan telinga untuk mendengar taklimat prof yang sayup2 kedengaran. Itulah semangat untuk mencari ilmu, hehe..
LOKALITI 3 : Jalan ke Felda Bukit Rokan Barat (N9)Waktu : 16.03
Jenis lokaliti : Tepi jalan
Batuan : Syis Pilah (keluarga batuan metamorf)
Syis adalah batuan metamorf bergred tinggi (hasil metamorf tertinggi untuk
shale*)
*
shale = salah 1 batuan sedimen yang pecah secara
parallel dalam foliasi mendatar
shale > slate > phyllite > schist
syis mengandungi kandungan mika yang tinggi > menyebabkan ia memecah secara parallel dalam bentuk lamella (berkeping) >>sifat mika
Syis disini lembut & mudah diketuk / dipatahkan dengan tangan kerana sudah terluluhawa (terdedah di tepi jalan)
*
nota : batuan akan terluluhawa jika ia didedahkan dari tempat asal ia terbentuk
antara yang dicerap di sini ialah foliasi batuan, saiz butiran, kandungan mineral & kekanta kuarza
*kekanta kuarza = mineral kuarza yang terkumpul (berbentuk kekanta) di antara lapisan2 syis ketika deformasi lapisan syis berlaku
-biasanya terbentuk di bahagian deformasi yang tidak selari dengan horizon
LOKALITI 4 : Perumahan Felda Bukit Rokan Barat (N9)Waktu : 16.45
Jenis lokaliti : Kawasan perumahan
Batuan : Serpentinit (Keluarga batuan metamorf ultrabes)
Prof Wan Fuad di hadapan Serpentinit yang juga di halaman sebuah rumah
Serpentinit = sejenis batuan metamorf yang mempunyai kilauan seakan2 sutera
- mineral utamanya :
serpentine- kaya dengan olivin >> menghasilkan warna kehijauan
- proses pembentukan berlaku di bawah laut
- arah foliasinya sama dengan arah paksi semenanjung
- sumber asbestos
di seberang lokasi batuan ada kawasan tanah hasil luluhawa batuan ini, (serpentinit akan terluluhawa dalam iklim tropika)
berwarna
merah +
coklat kegelapan >> ferum terkumpul dalam bentuk oksida
sifat tanahnya >> tidak subur (banyak bahan mineral yang membantutkan pertumbuhan tanaman)
LOKALITI 5 : Jalan Rompin Kepis (N9)
Waktu : 18.25
Jenis lokaliti : Berhampiran kawasan kuari & kilang simen
Batuan : Batu Kapur
Kawasan kuari yang di'z00m'
-batu kapur di sini digunakan untuk pembuatan simen
-ia berwarna kekuningan & sekitarnya yang kehitaman adalah hasil luluhawa (mula2 ingatkan kawasan tu terbakar)
-nak pergi ke sana tak ada jalan khusus (kawasannya berbukit), jadi kami kena memanjatnya.. mujur ada tumbuhan2 di situ untuk berpegang..hehe, tangan yang terpegang tanah kat situ jadi hitam macam pegang karbon
-rakan2 saling bekerjasama untuk membantu rakan2 yang lain naik~Chaiyok~:)
camna nak tau itu batu kapur? haa.. kami dibekalkan dengan asid HCl untuk mengujinya.. setitik dua pun dah cukup untuk membuktikan itu batu kapur (ia akan berbuih apabila terkena asid)
banyak juga batu kapur yang mempunyai telerang kalsit >>jalur putih
tempatnya cantik & lapang, seakan2 grand canyon yang hitam, ada tasik lagi kat bawah nun.. semuanya buatan manusia, & sudah tentu keindahan ciptaan Allah yang asli (Grand Canyon) mengatasinya
dalam pukul 7 petang kami berangkat pulang, menuju ke Hotel ACBE, kumpul di sana, check-in.. setiap bilik 2 orang..ada yang 3.. biliknya boleh tahan & cukup selesa
Ceritera di malam hari
sesudah isya', kami pakat pergi makan di restoran & gerai2 berdekatan.. masing2 order masakan panas yang special. lama dah tak merasa makan beramai2..hee~
lepas selesai makan, pergi 'serang' kedai runcit..beli roti & bekal untuk perjalanan hari esok
sesampai di bilik, niat pakat nak study untuk exam math hari lusa, tapi seronok pula berbual dengan teman sebilik, berkongsi cerita..haha..mentang2 sama2 'kecek klate', sampai tak sedar dah lewat malam.. lepastu sempat pulak tengok tv cerita 'omputih' lakonan deCaprio.. ada2 je ;)
Catatan 25/10 (Ahad)
kami bersiap di awal2 pagi, pergi serah kunci & terus menuju ke bas.
bertolak dalam pukul 9.15
LOKALITI 6 : Bukit Jeram Padang Bahau (N9)
Waktu : 09.30
Jenis lokaliti : Kawasan hutan
Batuan : Sedimen berfosil (keluarga batuan sedimen)
lokasinya tidak jauh dari Hotel ACBE
hutannya betul2 di hadapan kawasan perumahan. Setibanya di sana, kami berkumpul dahulu..pensyarah2 sedang berbincang dengan ketua rombongan. Semak samun merimbun. Ada beberapa pelajar & pembantu masuk ke sana terlebih dahulu untuk menebas & membuat sedikit laluan awal. Kami menunggu di bawah. Beberapa minit berlalu, mereka semakin jauh ke dalam. Tiba2 mereka keluar bersama penyengat & lebah menghurungi mereka. Suasana menjadi sedikit gamat & cemas. Banyak juga kena sengat. Setelah dirawat, Alhamdulillah mereka dapat meneruskan perjalanan. Ku kagum dengan kekentalan mereka..yeh~semangat ;)
Suasana selepas peristiwa yang mendebarkan
Lokaliti kali ini memang mencabar.. Penyengat & lebah tidak reda begitu sahaja selepas peristiwa tadi.. Beberapa pelajar yang dapat melepasi rondaan lebah2 sudah jauh ke depan apabila rantaian kami terputus dengan kedatangan lebah lain. Setelah lama menunggu barulah keadaan menjadi lebih selamat untuk dilalui sebahagian yang lain.
Nyamuk? nah, kawasan itu memang lubuknya..itulah 'adat' meredah hutan, tak sah kalau x ada nyamuk. Kena 'wat dono'..eheh. Agak padat hutannya dan banyak kali juga tersadung batang pepohon yang menjalar di lantai hutan. Semasa jalan kena fokus bawah & atas kepala..tengok bawah saja alamatnya kat depan terhantuk la dahan pokok..
Dah selesai mendaki, sampailah di atas bukit yang rata & tak berpohon. Ini belum lokalitinya lagi tapi di sini kami ada tugas 'khas'..jeng3..kena lukis peta kawasan tu. Di kawasan bukit ni ada batu konglomerat, batu pasir & syal. Kami juga turut diajar cara menentukan arah jurus & kemiringan lapisan yang terdapat pada sebongkah batu yang besar, terletak di depan & bawah paras tempat kami berdiri.
Setelah selesai bahagian peta, kami melalui satu lagi perjalanan yang jauh merentasi hutan kemudiannya mendaki satu bukit yang curam untuk menuju ke lubuk fosil (destinasi lokaliti kali ini)
Mendaki ke lubuk fosil
Kawasan Lubuk Fosil
Sesampainya di sana dalam pukul 11.15, para pensyarah memberi taklimat mengenai usia dan sejarah kawasan itu. Batuan fosil terbentuk apabila hidupan yang telah mati kemudiannya terkambus oleh lapisan sedimen dalam masa yang lama, mengalami proses lithification (compaction & cementation oleh mineral terlarut) hingga mengeras menjadi batuan. Batuan yang menjadi acuan kepada fosil itu turut dipanggil batu berfosil. Dari fosil / acuan tersebut kita boleh menentukan usianya.
Fosil yang banyak di sini adalah fosil cengkerang. Dari situ kita boleh membuat pelbagai tafsiran. Mungkin kawasan lubuk fosil itu suatu masa dahulunya adalah dasar lautan yang cetek (seperti kawasan pantai). Mungkin juga dahulunya ada kawasan penempatan di situ yang masyarakatnya memakan hasil lautan seperti kerang2an (menunjukkan yang kawasan itu berhampiran / dalam laut). Menurut prof, batuan ini terbentuk pada masa Trias Tengah.
LOKALITI 7 : Km 6 Gemas - Tampin (N9)Waktu : 13.00
Jenis lokaliti : Tepi jalan (sepatutnya la*;)
Batuan : Sedimen Bertuf (keluarga batuan sedimen)
ha..lokaliti kali ini sangat special.. *
dalam bas~! hehe.
waktu ni hujan lebat.. prof cakap tak perlu turun kalini sebab esok bermulanya exam final (paper math), jadi prof khuatir kami akan demam..
*kalau bukan kerana keprihatinan para pensyarah, pelajar geologi tetap kena turun walau hujan lebat / panas terik (payung tidak dibenarkan >>sebab tu kena sedia topi & raincoat ^^,)
antara keterangan2 prof;
- Batuan Tuff berbutir halus, di atasnya biasanya ada shale
di Semenanjung Malaysia ni, bermula dari tengah Pahang hingga N9 dahulunya ada G. Berapi, ia meletup kedalam laut & kemudiannya diendapkan >> menjadi batu sedimen tuff
Batuan ini serupa dengan batuan di lokaliti sebelumnya (Sedimen) cuma bezanya batuan ini ada tuff (sejenis bahan / debu piroklastik daripada muntahan G.berapi)
- mempunyai ciri yang sama di sekitar Temerloh, Pahang
Nota daripada buku panduan;
Singkapan di sini terdiri daripada jujukan batuan sedimen berbutir sederhana hingga halus. Batu pasir berpelapisan tebal & berwarna cerah manakala syal lebih nipis dan berwarna lebih gelap. Satu hal yang menarik ialah batu pasir di sini kaya dengan Tuf yang berbutir halus.
LOKALITI 8 : Kuari Yam Fong, Jabi, Segamat (Johor)
Waktu : 15.25
Jenis lokaliti : Bekas kuari
Batuan : Basalt - Volkanik (keluarga batuan igneus)
Ternampak kalimah Allah di bukit (dalam perjalanan ke lokaliti)
Subhanallah, pemandangan sekitaran kawasan ini sangat cantik & lapang
Ini pemandangan dari paras lokaliti (ya, yang tersergam tu basalt juga)
terdapat fault plane pada permukaan batuan itu
Sedikit Nota daripada buku panduan;
Batuan Volkanik (G.berapi) yang terdapat di sini & sekitarnya dikenali sebagai Basalt Segamat,
usia - Tersier Awal
berbutiran halus, berwarna hijau gelap / kehitaman, coklat gelap dan bertekstur porfiri
Fenokris batuan ini terdiri daripada piroksin (augit hijau tua), plagioklas hablur memanjang, cerah & mudah kelihatan pada permukaan yang terluluhawa
A
mygdule = rongga2 dalam batuan yang diisi oleh benda2 asing (mineral,etc)
Adakah batuan ini sesuai digunakan sebagai aggregate?
tak boleh sebab batuan ni mudah terluluhawa oleh kerana kandungan Mg (Magnesium) yang tinggi
LOKALITI 9 : Ophir Kuari Gunung Ledang (Johor)
Waktu : 18.00
Jenis lokaliti : Bekas kuari
Batuan : Granit Usia Kapur (keluarga batuan igneus)
Setibanya di lokasi
Foliasi batuan
Bandingkan saiz bukit itu dengan skala manusia di hujung bucu kanan & bawah
Sempadan antara batu igneus dengan hornfels (skala perbandingan dengan tangan Dr. Anizan)
Gunung Ledang..hmm..bunyi yang menarik..tapi kami pergi ke kakinya sahaja =D tetap menarik!
batuan di situ besar2 belaka~! MasyaAllah, sangat menakjubkan, melihat kepelbagaian jenis batu & saiznya di satu tempat yang sama, sudah tentu tempat ini merupakan salah 1 favourite place bagi pakar2 geologi
ketiga2 jenis keluarga batuan (igneus, sedimen & metamorf) yang terlibat dalam kitaran batuan (rock cycle) terdapat di sini ~ '3 in 1' gitu ;p
Tambahan pula lokaliti ini merupakan destinasi terakhir untuk semester 1 ini, semestinya seakan2 pepatah "Save the best for the last"
Nota dari buku panduan;
Singkapan pada kuari ini cukup penting untuk pembelajaran geologi kerana di sini terdapat singkapan yang sangat baik untuk menunjukkan sempadan (boundary) / lebih tepat lagi sentuhan (contact) antara jasad batuan granit dengan sedimen.
Granit biotit yang terdapat di sini telah menerjah (intrude) batuan sedimen berbutir halus pada zaman kapur
Akibat haba daripada granit menerjah (yang pada masa itu adalah magma), batuan sedimen telah bertukar (termetamorf) menjadi hornfels (hasil metamorfisme haba)
Rejahan granit yang masih cair & bersentuh dengan batuan sedimen menyebabkan berlaku tindak balas kimia, lalu menghasilkan mineral2 kalka-silikat baru seperti garnet, piroksin (diopsid) wolastonit & dll.
Apa beza granit di sini dengan granit di Senaling?
- Granit di sini terbentuk di Mesozone ~ di mana batuannya lebih besar & kasar
- Granit di Senaling berusia Triasic ~ di mana batuannya banyak yang pecah2
Apabila cerapan sudah selesai, kami berkumpul di 1 kawasan lapang & para prof memberi ucapan penutup yang menyemarakkan semangat kami untuk meneruskan pembelajaran & kajian dalam bidang ini. Kemudian 2 wakil pelajar diminta untuk memberi ucapan & mereka mewakili kami untuk mengucapkan segunung terima kasih kepada para pensyarah & kakitangan sokongan yang telah banyak menabur ilmu & bantuan . Masing2 amat berpuas hati & Alhamdulillah kami dapat manfaat daripada kerjalapangan ini.
Menjelang waktu maghrib, kami menuju ke bas untuk berangkat pulang ke perbukitan ilmu yang menanti~~UKM~~
Dalam perjalanan pulang, aku tidak dapat melelapkan mata walau keletihan. Entah mengapa.. nak kata excited sangat pun tidak.. Kelihatan ada yang membaca nota math..haha, apakan dayaku, tidak mampu untuk membaca atas kenderaan (mabuk nanti), apatah lagi dalam keadaan gelap yang ditemani lampu dalaman bas oren ala2 romantis gitu. Aku hanya mampu bertawakkal atas segala apa yang telah kubaca sebelum ke fieldwork ini..hee~ semoga segala ilmu yang dipelajari diredhai-Nya, InsyaAllah.
Dalam pukul 11 malam, akhirnya kami tiba di UKM
(gambar2 tambahan di ada di Fb)
~Sekian, Wassalam~