Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

09 November 2013

Pasak Bumi

2 comments:
Mengingatkan kepentingan geologi & kaitannya dalam kehidupan seharian kita (terutamanya hubungan + ingatan dengan Allah dalam setiap aspek), diri ini terpanggil untuk berkongsi mengenai 'Pasak Bumi' iaitu gunung-ganang yang ada diceritakan dalam Al-Qur'an.. alang-alang refresh semula ilmu geologi~

Post ini lebih kepada analogi (tidak sesuai menjadi rujukan ilmiah rasmi..ahah..santai2 je, ok?).. Jadi, untuk kefahaman secara ringkas, bumi kita ini dinamik (tidak statik) dari sudut proses alam yang telah ditetapkan (sunatullah).. Setiap lapisan bumi ada fungsinya dan pasak bumi ini tertumpu kepada lapisan luaran iaitu kerak bumi. Kerak bumi terbahagi kepada kerak lautan (KL) dan kerak benua (KB), di mana kedua-dua kerak ini berbeza dari sudut komposisi dan cara pembentukan.

Kerak-kerak ini sentiasa bergerak (purata 1-10 cm setahun, seperti pertumbuhan kuku jari) kerana ia berada di atas lapisan astenosfera yang likat (bergerak melalui proses perolakan haba, berkait dengan Hanyutan Benua). Maka apabila bergerak dalam ruang dan tempoh tertentu sudah pasti ada bahagian yang berpisah dan bertembung.

Analogi Pasak Bumi ini dilukis berdasarkan Sempadan Pertembungan yang pertama (KL-KB). Analogi ini boleh digunapakai kepada ketiga-tiga jenis sempadan pertembungan, melambangkan pengukuhan yang terjadi apabila kedua-dua kerak bertembung.
Proses / Sempadan pemisahan
- Daratan : Rift - Zon linear di antara dua plat tektonik yang saling bergerak bertentangan menjauhi antara satu sama lain
- Lautan (paling aktif) : Permatang Tengah-Lautan – Permatang di dasar lautan yang merentasi bahagian tengah kerak lautan, di mana kerak lautan baru sentiasa terbentuk di tengah-tengahnya apabila lava yang keluar menyejuk pantas setelah bertembung dengan air lautan --> penyebaran dasar lautan

Proses / Sempadan pertembungan 
*KL lebih tumpat berbanding KB
1. KL-KB [Gunung berapi di daratan, parit di dasar lautan] --> Membentuk rangkaian gunung berapi. KL yang lebih tumpat akan menyusup ke bawah KB, membentuk zon Subduksi.
2. KB-KB [Pertembungan benua di daratan] --> Membentuk banjaran pergunungan yang tinggi seperti Banjaran Himalaya. KB yang lebih tumpat cenderung untuk terperosok di bawah KB yang kurang tumpat.
3. KL-KL [Kepulauan gunung berapi dan parit di lautan] --> Membentuk rangkaian kepulauan gunung berapi, di mana KL yang lebih tumpat akan menyusup di bawah KL yang kurang tumpat, dan di bahagian dasar kerak yang menyusup itu terbentuk parit lautan yang sangat dalam seperti Parit Mariana, berdekatan dengan Kepulauan Mariana.


--------------------------------------------------------------------------
*inspirasi analogi 'pasak = paku' daripada dokumentari Harun Yahya