kekalutan pendaftaran kursus juga dah selesai [harapnya, InsyaAllah]
subjek pembentangan pun bertambah, bukan sekadar pembentangan tesis (opss, disertasi la~)..
nak tak nak memang kena tingkatkan kemahiran bab tu.. skill of 'bla-bla-bla' depan orang, kena la berlatih sokmo kan..
kesian kat analisis, kena diketepikan sementara awal minggu ni.. rindu pula pada Wak Jai [orang kuat Lab Sedimen] & alatan 'dapur'nya.. (lek laa, nanti jumpa gak masa nak buat compaction test~)
lab batu & geokimia pun belum 'daftar penempatan sementara'..
semua tu bakal jadi 'rumah kedua' nanti..
Inilah Lesung Lab aka Pestle and Mortar~ sedang menghancurkan tanah yang ketul-ketul sebelum ditapis |
dengan Wak Jai (En. Jailani).. balang-balang tu untuk analisis hidrometer, 4 sampel yang terakhir daripada 15 sampel [credit to yah~] |
Menapis sampel-sampel air menggunakan pam sebelum dihantar ke Lab Bangunan Bio & Kimia |
Fuh, sekurang-kurangnya segar sikit ingatan yang dah termendap hampir sebulan..
Tak dapat dinafikan perasaan cemburu pada rakan-rakan yang tak perlu buat semua analisis..
ada yang tanah sahaja, ada yang batu sahaja..
ambe?
= Tanah, Batu, Air, Konkresi..
jika ditambah unsur Api dan Angin, maka lengkaplah unsur alam yang ada.. [dah, berhenti mengarut!]
Jiwa hamba yang lemah ini tak terlepas dari persoalan yang meronta-ronta untuk dijawab..
"Macamana aku punya lebih banyak dari yang lain padahal tempoh nak siapkan sama..?"
"Betul ke penyelia aku yang bagi semua ni..?"
berulang-ulang kali menyelak checklist sambil menakung air mata lantas bermonolog "Ye, betul dah ni.."
dan setiap kali ia berlaku, aku sedar aku perlu teruskan jua.. selagi tak teruskan, jangan mimpi nak dapatkan hasil jatuh 'bedebukk' depan mata..
pengubatnya SABAR.. ya.. SABAR MENERUSKAN, bukan hanya menanggung / menanti..
berpegang pada janjiNya ;
"..sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ~Surah Al-Insyirah, Ayat 6~
Hikmah takdirNya begitu halus & tersembunyi, mungkin tak dapat dirasa sekarang & mungkin kita tak sedar yang kita sudahpun dalam keadaan menerima hikmahNya.. Jadilah hambaNya yang bersyukur duhai diri.. masing-masing ada kesibukannya dalam hal tertentu, dan ingatlah orang yang lebih susah daripada kita..
Maka YAKINLAH & TERUSKANLAH dengan apa yang ada di tangan, bukan dengan apa yang diangan-angankan!!
*daripada menulis kat sini baikla gi buat keje nuh.. ye laaa.. saja nak dapatkan kembali semangat, alang-alang mengurangkan pemendaman perasaan... dan untuk menakut-nakutkan junior! [hah takde maknenye, bukan sama sangat pun tajuk & caranya ;]
Dalam perasaan sangat risau tak sempat siap semua analisis + studies, abahku ada pesan ;
"Maso dale jadual meme InsyaAllah cukup untuk blaja.. kalu dop, maknonyo kito doh buey maso untuk golaing" [dialek Klate]
Ok, pada rakan-rakan seperjuangan yang bertesis (opss.. ber'disertasi') selamat maju jaya & InsyaAllah dipermudahkan ya.. kalau kalian dah maju bertapak-tapak ingatlah jua diri ini~ heh.. Apa-apa pun terima kasih pada sahabat-sahabat yang telah berada di sisi / sudi menemani di kala sepi.. Barakallahu-lakum..
Last but not least, nak kongsi quote yang bermakna dari Ust Muhammad ;
"Agama bukan candu yang akan melupakan kita pada masalah, agama adalah cara hidup yang menjadikan kita mengurus masalah kita" [Ust. Muhammad Abdullah]
No comments:
Post a Comment