Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

29 September 2011

Pembentangan STAP 3022 !

No comments:
Tajuk : Bencana Geologi - Tanah Runtuh

Tarikh : 3 Oktober 2011 (Isnin)
Masa : 8.38 - 9.02 am
Tempat : Bilik Mesyuarat Geologi (Kumpulan B)

- sebagai pembentang kedua pada hari itu..
- persediaan > dalam proses.. progressing... 
- ......... conteng la sat ;


Jika anda duduk di lereng bukit, kemudian tanah runtuh berlaku, apa yang anda akan buat?
Inilah kelebihan rumah kampung yang bertiang, kakinya panjang lagi fleksibel !

MAAF, agak merapu di situ...=_="

*Sesiapa yang sama kumpulan denganku, moga dapat beri sokongan dan kerjasama :)
taknak pun tak mengapa, tak paksa ^^, kirim do'a lah paling kurang.. boleh? Syukran yaa~~~
sebelum ku lupa, ALL THE BEST untuk rakan-rakan pembentang yang lain~!

oh ya.. apakah STAP 3022? itulah subjek Komunikasi Saintifik untuk Geosains.. salah satu subjek Geologi UKM Tahun 3 Semester 1.. melatih pelajar dengan kemahiran pembentangan & penulisan, yang juga boleh membantu pelajar sedikit sebanyak dalam bertesis pada masa yang sama !

eh, Tesis?

Pejam mata rapat-rapat sambil tersenyum kambing.. Keep on moving wahai diri!

Sebelum kepala ini lebih mereng, chow dulu-! Buat kerja kerana Allah, bukan Keranamu Malaysia je (Ops!!)
*don't worry, kalau ikut perintahNya InsyaAllah negara pun maju dalam RedhaNya.. kan kan kan?


اَللَّـهُمَّ لَاسَهْلَ إِلَّامَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلَ 
"Ya Allah tiada sesuatu yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah dengan kehendakMu"

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم daripada Saidatina Aisyah r.a ;
 إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ 
"Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang daripada kamu yang melakukan kerjanya dengan elok (itqan)." [Riwayat al-Baihaqi, Sya'bi al-Iman, jil.4, hlm. 334, no.5312]


18 September 2011

Saat kau Mengenaliku. . .

No comments:
Aku bukan sesiapa untuk dipuji-puja,
bukan permata idaman mahupun mutiara,
Aku hanya seorang hamba Ilahi yang berkongsi suka-duka,
juga peringatan buat diriku yang sering alpa.....

Duhai sahabat, duhai teman, ajal tak mengenal masa untuk tiba,
teguran kalian adalah muhasabah & mahabbah bagiku sebelum ku tutup mata..
Kerna tanpa kasih itu aku kan binasa..
Kasih yang mendekatkanku pada Kasih Pencipta..
Maka ingatkanlah daku tika ku sedih mahupun gembira..
itulah hadiah terbaik bagiku saat hayatku masih ada..

Sekiranya aku pergi dahulu sebelum sempat aku terima 'kasih'mu, sudikah kau kirimkan do'a sebagai tanda kasih yang terakhir buatku....?
Agar ku berlapang dada di alam barzakh..
Agar ku tenang menanti di Padang Mahsyar..
Agar ku bahagia disamping Allah & RasulNya.... . . .

Sepanjang perkenalan ini,
Maafkanku jika hadirku hanya memberi kesusahan buatmu...
Aku jua punya kerenah, mungkin ada tingkah / perkataanku yang kau rasa tak selesa...
Maafkanlah aku atas ketidaksempurnaan diri ini...

Moga Allah & Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengasihi kalian lebih daripada kasihku pada kalian.. pada agamaNya lah kita bersaudara.. Pada yang sempat / tidak sempat bersama di Dunia, moga kita bertemu di SyurgaNya.. InsyaAllah.. Uhibbukum-fillah, بارك الله عليكم.. 

Dengan mahabbah~ [pic by h23b, google]
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?" ~Surah An-Nisa', Ayat 78~
-Kembara Ilmu Ilahi dalam Mencari KeredhaanNya-

16 September 2011

Teruskanlah...

No comments:
Sudah seminggu menjadi mahasiswi tahun 3 Geologi UKM.. eceh..
kekalutan pendaftaran kursus juga dah selesai [harapnya, InsyaAllah]
subjek pembentangan pun bertambah, bukan sekadar pembentangan tesis (opss, disertasi la~)..
nak tak nak memang kena tingkatkan kemahiran bab tu.. skill of 'bla-bla-bla' depan orang, kena la berlatih sokmo kan..

kesian kat analisis, kena diketepikan sementara awal minggu ni.. rindu pula pada Wak Jai [orang kuat Lab Sedimen] & alatan 'dapur'nya.. (lek laa, nanti jumpa gak masa nak buat compaction test~)
lab batu & geokimia pun belum 'daftar penempatan sementara'..
semua tu bakal jadi 'rumah kedua' nanti..

Inilah Lesung Lab aka Pestle and Mortar~ sedang menghancurkan tanah yang ketul-ketul sebelum ditapis
dengan Wak Jai (En. Jailani).. balang-balang tu untuk analisis hidrometer, 4 sampel yang terakhir daripada 15 sampel [credit to yah~]
Menapis sampel-sampel air menggunakan pam sebelum dihantar ke Lab Bangunan Bio & Kimia

Fuh, sekurang-kurangnya segar sikit ingatan yang dah termendap hampir sebulan..
Tak dapat dinafikan perasaan cemburu pada rakan-rakan yang tak perlu buat semua analisis..
ada yang tanah sahaja, ada yang batu sahaja..
ambe?
= Tanah, Batu, Air, Konkresi..
jika ditambah unsur Api dan Angin, maka lengkaplah unsur alam yang ada.. [dah, berhenti mengarut!]

Jiwa hamba yang lemah ini tak terlepas dari persoalan yang meronta-ronta untuk dijawab..
"Macamana aku punya lebih banyak dari yang lain padahal tempoh nak siapkan sama..?"
"Betul ke penyelia aku yang bagi semua ni..?"
berulang-ulang kali menyelak checklist sambil menakung air mata lantas bermonolog "Ye, betul dah ni.."
dan setiap kali ia berlaku, aku sedar aku perlu teruskan jua.. selagi tak teruskan, jangan mimpi nak dapatkan hasil jatuh 'bedebukk' depan mata..

pengubatnya SABAR.. ya.. SABAR MENERUSKAN, bukan hanya menanggung / menanti..
berpegang pada janjiNya ;
"..sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ~Surah Al-Insyirah, Ayat 6~

Hikmah takdirNya begitu halus & tersembunyi, mungkin tak dapat dirasa sekarang & mungkin kita tak sedar  yang kita sudahpun dalam keadaan menerima hikmahNya.. Jadilah hambaNya yang bersyukur duhai diri.. masing-masing ada kesibukannya dalam hal tertentu, dan ingatlah orang yang lebih susah daripada kita..

Maka YAKINLAH & TERUSKANLAH dengan apa yang ada di tangan, bukan dengan apa yang diangan-angankan!!

*daripada menulis kat sini baikla gi buat keje nuh.. ye laaa.. saja nak dapatkan kembali semangat, alang-alang mengurangkan pemendaman perasaan... dan untuk menakut-nakutkan junior! [hah takde maknenye, bukan sama sangat pun tajuk & caranya ;]

Dalam perasaan sangat risau tak sempat siap semua analisis + studies, abahku ada pesan ;
"Maso dale jadual meme InsyaAllah cukup untuk blaja.. kalu dop, maknonyo kito doh buey maso untuk golaing" [dialek Klate]

Ok, pada rakan-rakan seperjuangan yang bertesis (opss.. ber'disertasi') selamat maju jaya & InsyaAllah dipermudahkan ya.. kalau kalian dah maju bertapak-tapak ingatlah jua diri ini~ heh.. Apa-apa pun terima kasih pada sahabat-sahabat yang telah berada di sisi / sudi menemani di kala sepi.. Barakallahu-lakum..

Last but not least, nak kongsi quote yang bermakna dari Ust Muhammad ;
"Agama bukan candu yang akan melupakan kita pada masalah, agama adalah cara hidup yang menjadikan kita mengurus masalah kita" [Ust. Muhammad Abdullah]



08 September 2011

[PERINGATAN BUAT DIRIKU & KITA BERSAMA]

No comments:
Setiap orang berperanan (amanah) dalam apa jua yang kita dengar/dapat dari orang lain, termasuk berita dari media massa..
mereka-reka cerita & menyebarkan cerita yang tak benar adalah fitnah (dosa besar).. siasat dahulu dari kedua-dua pihak..
(jika benar sekalipun, Islam menegah kita bercerita keburukan orang lain, melainkan ia menggugat keselamatan diri & orang lain -khuatir orang tertipu, terancam, etc..)
menuduh orang sesuka hati tanpa usul periksa juga adalah fitnah, hatta menuduh orang (yang tak bersalah) sebagai pemfitnah..
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui." ~Surah An-Nisa', Ayat 148~

Seorang muslim yang melakukan kemungkaran / lari dari landasan Islam yang sebenar akan memberi fitnah pada agama Islam sendiri.. setiap dari kita wajib cemerlangkan diri! [gambar google]

perasan tak kenapa KEBANYAKAN artis/orang popular selalu kena gossip?
sebab kebanyakannya tidak menjaga aib sendiri, dedah sana-sini & terang-terangan melakukan apa yang dilarang serta tak elok dalam ajaran agama..
('gossip' adalah bahasa halus bagi fitnah, mengubah istilah tak menghalalkan apa yang dah diharamkan!)

untuk mengelakkan fitnah, kita kena faham dahulu PERKARA² YANG BOLEH MEMBAWA FITNAH.. sifat mazmumah juga boleh membawa fitnah > [ Link ]
jika kita difitnah, check semula diri kita;

  • ada tak kita langgar / tak patuhi syariatNya?
  • ada tak kita cerita/dedah aib sendiri? (kecuali pada orang yang dipercayai & amanah untuk mendapatkan nasihat)
  • ada tak kita show-off hubungan yang belum halal antara lelaki dan perempuan (belum nikah)? *jika dah berkenan, jumpa keluarga, masuk meminang.. pertunangan elok dirahsiakan, perkahwinan perlu diwar-warkan ikut syariat.. jika belum bersedia, usah cuba² bermain cinta*

jika ada buat, kita muhasabah kembali, perbaiki diri, bertaubat pada Allah, memohon & memberi maaf sesama manusia sebelum terlambat.. jangan tunggu hari raya semata-mata, janji memaafkan dari hati..

jika benar tak buat, redhalah andai difitnah, setelah kita berusaha menjaga syariat, adab, akhlak serta reputasi diri, serahlah pada Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang kita lakukan hatta sebesar zarah.. hanya Allah yang layak memberi balasan, percayalah bahawa Allah Maha Adil.. jangan sesekali berdendam, membalas atau memfitnah kembali, ataupun memutuskan silaturrahim..jika tidak itu tandanya kita sudah kalah pada nafsu & khuatir reputasi kita di sisi Allah jatuh lebih teruk dari orang yang provoke..
“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” ~Surah Muhammad, Ayat 22-23~
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." ~Surah Al-Hujurat, Ayat 10~
"Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu." (HR Ibnu Majah)
bagi orang muslim, telah termaktub panduan dalam Islam untuk hidup kita,
semua bab kehidupan sudah ada peraturan dalam Al-Quran,
semua akhlak baik telah diberi contoh oleh pesuruh Allah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم (manusia yang paling sempurna akhlaknya),
kita je yang taknak ikut........

kita dicipta Allah, maka Allah pasti tahu 'kerenah / jenayah' yang akan dilakukan manusia, sebab tu diturunkan panduan untuk MENCEGAHNYA dalam bentuk Al-Qur'an (manual book orang Islam)..
Islam itu mudah tapi jangan mempermudahkan Islam..
& sudah pasti agama lain pun menganjurkan kebaikan & tak suka keburukan..

jangan kerana fitnah, ukhwah yang terbina selama ini musnah..
maaf atas teguran, ia untuk peringatan diri saya jua sebab saya pun tak sempurna..
SAYA SAYANG KAMU SEMUA..
jom jalani kehidupan ini dengan hati yang lebih bersih, mudah-mudahan ilmu yang kita belajar mudah difahami & amal kita diberkati, InsyaAllah ♥ 

- di redup pagi 8 Sept 2011- dari hati ke hati dengan mahabbah-

06 September 2011

'Pelik' & Terasing

No comments:
Siapakah yang pelik & terasing?
Tak pernah dilihat atau luarbiasakah rupanya?
Tidak..ia lebih kepada 'perasaan' & pengasingan (sama ada secara sengaja atau tidak) yang berlaku dalam masyarakat kini & akan datang..

Ada kaitan dengan gambar ini~ ^^ [google]

Apa kata kita hayati sebuah lagu untuk memahaminya :)

..............
Rasanya ramai yang dah biasa dengar sebuah lagu yang mengisahkan 'orang asing' atau dalam bahasa Arabnya Ghurabaa' yang disampaikan oleh Imam Syeikh Saad Al-Ghamidi (Qari terkenal Arab Saudi)

Kali ini ku mahu kongsikan lagu Ghurabaa' versi nyanyian oleh Muhammad Al-Salman yang lebih 'slow tempo' & ringkas (singkatan kepada lirik yang berulang dalam lagu asal)..

*petikan dibawah ini merupakan kata-kata daripada Imam Syeikh Saad Al-Ghamidi sebelum beliau memulakan lagunya dalam video asal ;
Bukanlah orang asing itu mereka yang terpisah dari negeri mereka dan mengucapkan selamat tinggal,
Tetapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekeliling asyik bermain-main,
Dan tetap berjaga ketika manusia di sekeliling asyik tidur dengan lenanya,
Dan tetap mengikuti jalan lurus dikala manusia dalam kesesatan tanpa arah,
Dan betapa benarnya sebuah syair ketika ia berkata :
Berkata kepadaku seorang sahabat ;
"Aku melihatmu sebagai orang asing, Di antara orang banyak ini engkau tanpa teman."
Maka aku berkata ;
"Sekali-kali tidak!
Bahkan orang banyak itulah yang asing, sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalanku,
Inilah orang asing itu,
Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia di antara manusia,
Tetapi di sisi Rabb-Nya, mereka berada di tempat yang mulia,

Video Ghurabaa' (Muhammad Al-Salman)





maksud dalam BM ;
Ghurabaa'..

Ghurabaa' tidak akan tunduk kepada selain dari Allah,
Ghurabaa' telah memilih jalan ini sebagai syi'ar dalam kehidupannya,
Jika engkau bertanya tentang kami, sesungguhnya kami tak peduli terhadap para taghut,
Kami adalah tentera Allah selamanya,
Jalan kami adalah jalan yang sudah terjamin..

Betapa sering kita mengenang hari-hari bahagia kita,
Dari Kitabullah yang kita baca, di pagi hari dan di petang hari

Ghurabaa'..

*menjadi 'orang asing' (sebagai yang baik) dalam kalangan pengikut mungkar adalah lebih baik daripada menjadi orang asing (yang tidak elok) dalam masyarakat yang baik.. namun adalah lebih indah jika kita semua sama-sama dari kalangan orang yang teguh memberi kebaikan & jauhi / cegah kemungkaran.. walau apapun, segala ketentuan Allah ada hikmahnya..

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”.
(Hadith riwayat Muslim)