kemudian dahi berkerut, kening tersesar, hati berduri mekar..
itulah yang sering berlaku sejak kebelakangan ini, malah semakin parah dari hari ke hari..
penyakit apakah yang sedang melanda?
tak, ini bukan penyakit pedih ulu hati....
ISLAM - agama yang syumul nan indah, namun nilai-nilai kemurniannya semakin dikaburi sebahagian umat Islam sendiri (gambar dari Brotherhood Arts) |
Suara ini bukan suara asing bagiku..
suara ini sudah lama dipendam luka..
3M (membaca, mendengar, melihat) segala fitnah & ketidakadilan..
bukan setakat di arena politik, serta media yang dieksploitasi hiburan melampau,
tetapi juga di arus pembangunan sebuah ummah..
lebih-lebih lagi maksiat yang dijadikan kebiasaan dalam masyarakat..
Masjid serta surau turut dicemari
oleh perbuatan kotor insan-insan berhasad dengki
semakin hilang iman & akhlak terpuji
kita doakan limpahan nur kebenaran dari Ilahi
Kian terserlah peristiwa akhir zaman,
kian tersingkap kebenaran Kalamullah serta Hadis...
bencana alam semakin menjadi-jadi,
peringatan Allah atas tindakan manusia sendiri..
Allahu-rabbi, apakah lagi kurniaanNya kita mahu dustakan?
Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut menghasut sehingga zalim menzalim". (Hadis Riwayat Hakim)Segala bicara pun tidak boleh merungkai apa yang berkecamuk di hati..
bukan mahu membenci, tapi aku tak rela menyaksikan 'kezaliman' dengan berdiam diri..
bencilah maksiat / dosa yang dilakukan, bukan membenci pendosa (orang yang melakukan maksiat)..
begitu juga kebenaran, sokonganku tak terhad hanya pada pihak tertentu, tetapi pada perjuangan / kebaikan yang dianjurkan.. pilihlah jalan menuju kebenaran, Allah akan bersama mempermudahkan jalan kita..
Mengajak kepada kebaikan, mencegah & menghalang kemungkaran > Tanggungjawab kita bersama!
Kudratku tak sekuat pejuang di luar sana,
namun usahalah sedaya mampu untuk sampaikan kebaikan,
bak kata Ust. Pahrol, "Untuk menyampaikan sesuatu kebenaran, jadilah kebenaran itu!"
perbaiki amal & akhlak (actions speak louder than words), do'a tetap perlu kita panjatkan pada Allah..
tidak ku mahu menjadi salah seorang yang dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika tak cakna..
mampukah kita Tanggung segala dosa kemudian Jawabnya dihadapan Allah.. :'(
Soalan bagi setiap muslim.. peranan kita (gambar dari Brotherhood Arts) |
Suara ini terbatas, kerna bidang ilmuku belum cukup luas..
aku hanya seorang rakyat biasa yang mahukan kepimpinan berteraskan Qur'an & Sunnah, keadilan, kebenaran & ketelusan..
walau tiada orang atasan yang mahu ambil peduli,
suara ini perlu kusampaikan, biarpun hanya berbentuk tulisan..
aku tak mahu negara tercinta ini terus hanyut dengan arus nafsu duniawi,
apatah lagi kita, sebagai ummat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang terpuji..
*Moga kita berada di pihak yang benar, InsyaAllah.. Islam kan kembali gemilang
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku "al-Harj". Sahabat bertanya, " Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?". Nabi Muhammad SAW menjawab : "Peperangan demi peperangan demi peperangan". (Hadis Riwayat Ibn Majah)
"(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan"." ~Surah Al-A'raf, Ayat 3~
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat)." ~Surah Al-A'raf, Ayat 147~
No comments:
Post a Comment