Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

18 February 2010

4 Hari 3 Malam @ Kampung

14/2/10 -balik ke kampung (Kota Bharu + Machang)

Seperti biasa, bertolak di pagi hari, dalam pukul 9am. Dalam perjalanan, singgah sebentar di Tasik Kenyir, untuk tengok2 dahulu. InsyaAllah, kata umi, planning untuk bercuti kat situ nanti dalam cuti panjang (cuti tamat 1st yearku nanti..). Subhanallah, sangat cantik & besar tasiknya. Kelihatan orang ramai menaiki bot di suatu kawasan berhampiran. Hajat nak try naik sat... Tanya punya tanya orang bot tu, perjalanan untuk pusing 1 pulau berdekatan tu pun lama.. lagipun umi tak bersedia dengan ubat mabuk.

Semasa aku masih bayi, parentku pernah naik bot ke bandar Miri (kalau tak silap), ketika kami menetap di Kuching Sarawak dahulu, itupun berbekalkan ubat mabuk.. jadi kali ini takut nak mencuba tanpanya, khuatir jadi apa-apa di tengah tasik nanti kan..

Alhamdulillah, selamat sampai di Machang dalam pukul 3.40pm... makan2, solat jamak & berkemas. Selepas semua itu, aku mula berjinak2 dengan kerja2.. heh, buat nota dalam playful & makan mode.. tu pun kejap je 'bekerja'.. pastu? melalut2 entah ke mana, main & makan pulak lebih..apo nak jadi nih..^^."

15/2/10 - bermulanya agenda di kampung (aktiviti wajib)

Pepagi yang terik, selepas sarapan, bertolak ke Kota Bharu.. destinasi pertama selepas singgah adalah rumah bapa saudaraku sebelah bapa (adik abahku la senang cite) .. Seperti biasa, berlaku pertukaran barang dan sedikit perniagaan kecil antara keluarga. Sementara menunggu tuan rumah bersiap.. hmm.. ada sesuatu yang mengunci pandanganku – akuarium hidupan laut~! “Eh2..Ayah Im ado peror ike laukk* la..” kataku kepada abah, yang juga sedang memandang penuh minat bersama umi. Kami sekeluarga mendekati akuarium yang agak panjang itu. Subhanallah~! Sangat cantik!! Ada ikan badut a.k.a nemo 2 ekor, terumbu karang, dan macam2 lagi spesis ikan air masin yang sangat berwarna-warni.. Lihat sejenak di bawah.. fuishh.. sistem penapisan yang kompleks, dengan 1 tiub lebar dipenuhi pekatan air garam berpusar2 di dalamnya.. Abahku yang juga mempunyai minat memelihara ikan bertanya mengenai kos keseluruhan. “Dalam RM1000 lebih gitu..” jawab Ayah Im.. Aku terlopong.. huu.. memang mahei la kalau bela ikan gini.

* = bela ikan laut ;)

Teringat pula ikan kelisa kesayangan abahku yang dah mati tahun lepas.. Aku pernah merakam saat abahku sedang membelainya yang sedang lemah di dalam air, ketika ia sedang nyawa2 ikan, dijangkiti kuman seperti fungus.. sebelum ni taruk ubat dah ok.. bila kali kedua menyerang ni taruk ubat makin berlendir 1 akuarium bila fungus tu makin bertambah.. Bila dah sampai masanya, badannya yang panjang itu meleding dan kaku, hanya mulutnya masih tercungap2.. Aku dah tak sanggup merakam & melihat.. Tak lama kemudian ia pun mati.. dan sejak itu abahku tidak lagi menumpukan minat untuk membela ikan2 yang ‘special’. Yang tinggal kini hanyalah ikan2 kecil di akuarium bawah yang kelisa punya tu (akuarium dalam rumah ni yang bertingkat) dan ikan2 guppy di kolam luar.

Berbalik pula kepada kronologi hari ini, selepas rumah Ayah Im, singgah di gerai kuih, memborong kuih2 dan air kelapa untuk destinasi utama yang wajib > Rumah ‘Ratu Keluarga Abah’ di Baung. Siapa lagi Ratunya kalau bukan nenek sebelah bapa ini..hee.. Tok Wan panggilannya.. sentiasa menjadi tumpuan mana2 ahli keluarga sebelah bapa walau di mana jua beliau berada. Menetap di rumah Qalah (Kakak abah) di Baung sejak rumah Tok Wan dah ditinggalkan kerana terlalu uzur. Teringat ketika Tok Wan selalu datang ke rumah kami, terutamanya waktu cuti sekolah, dan pada masa itu tak putus2 kunjungan dari keluarga lain sebelah bapa.. maklumlah, adik-beradik ayahku 9 orang semuanya.. tak cukup tangan menyambut naa.. tu pun tak semua keluarga uncle-auntie yang singgah. Bak kata Cik Sah (Kakak abah), Tok Wan = Ibu Gula..heh ;p

Lepas singgah sana, pergi KB Mall sat..beli apa yang patut. Dalam pukul 6 pm kami bertolak kembali ke Machang. Di tengah perjalanan aku menawarkan diri untuk memandu.. saje nak try bawa kat kampung (padahal dalam hati punya berdebar). Resah juga menanti sebarang komen mengenai prestasi memanduku kini yang ‘snow-covered’ (dah lama tak bawa). Alhamdulillah lancar walau masih ada kekok..Cuma kat selekoh je aku slack.. ditegur abah kerana agak speedy ketika nak masuk selekoh.. hee.

16/2/10

Pada pagi nan indah, kucapai kamera untuk menangkap saat itu. Terlihat pula kelibat labah-labah dan sesawangnya disinari mentari pagi betul2 di hadapan lensa (dalam gambar tak nampak pon..nak amek gambar pemandangan tu je). Sarang itu benar2 di laluan dari rumah Tokmi ke rumah Tok Cu yang berhampiran. Kalau aku terus lalu je tadi sah2 habis muka ini diselubungi, tapi tu tak penting, cuma habis musnahlah rumah yang dibinanya dengan susah-payah itu. Setelah butang shutter ku tekan, sesawang itu ku dekati perlahan2 & kutenung ia. Labah2 itu lantas bergerak aktif, sangkaanku ia nak lari dari sesawang tu.. namun, apa yang ku lihat, ia tak berganjak dari tempatnya & hanya tangan2nya aktif mengait2 sesawangnya..

Sesawang yang merentas lebar itu makin menaik sedikit demi sedikit, menjadi semakin herot, kemudian berhenti setelah merentasi ketinggianku.. huh? Aku masih tercongok di situ, entah keliru entah tidak dengan tindakan makhluk Allah yang satu itu. Terdetik di hati, adakah ia sedang memberi laluan kepadaku? Ceh, perasan la pulak.. Sejenak kemudian, ia pun memutuskan sesawangnya yang telah hilang rupanya itu dari penjuru sebelah kiriku dan bergantungan di bawah ranting pokok ciku di sebelah kanan, dengan lajunya ia menarik baki sesawang tempat ia bergantung itu sejengkal demi sejengkal untuk naik ke atas, membawa gumpalan sesawang yang ‘dihancurkan’ tadi bersamanya.

Alahai~ entah mengapa hati ini tersentuh.. Kesian pulak kat dia.. aku bukan nak lalu pun.. Huh, aku pulak memandai je tafsir ikut suka hati. Mesti dia buat camtu sebab nak lindungi dirinya, in case aku tetap lalu ke, kang tak pasal pulak ia melekat pada makhluk yang tak ingin ia dampingi ni.. haa kan susah dia nanti.. (nasib bek kamu kecil je..kalau yang besar, nampak dari jauh dah lama ku pecut lari - geli maa, terutamanya kaki panjang2 tu).

Cerita sal lelabah pun da meleret..aih.. ‘feel’ lebih pulak..tapi takpa, rasa bahagia menghayati alam ciptaanNya ini.. (^^,) Salah satu hobi kegemaran yang dapat menenangkan jiwa yang lara ini.. eceh. Selain ibadah lisan dan perbuatan, kita juga boleh mendekatkan diri pada Allah dengan menghayati segala ciptaanNya. Dengan itu dapatlah kita menghargai & mensyukuri segala nikmat pemberianNya yang mungkin kita tak pernah sedar sebelum ini, atau buat2 tak nampak @ malas nak layan. Dari situlah kita dapat mendidik jiwa agar dapat memakmurkan bumi tanpa menjadi salah seorang yang memusnahkannya, baik secara besar2an atau kecil2an seperti membuang sampah merata2 dan sebagainya. Perkara ni berkaitan jua dengan ihsan oleh setiap insan..
Kalau manusia tidak menghargai alam, bermakna ia tidak menghargai dirinya sendiri kerana manusia juga adalah salah satu daripada unsur alam.. hehe, tak gitu?

Cetusan hati sat..peringatan bersama~


Ibadah - Utamakanlah dalam apa jua urusan, & jadikanlah setiap urusan itu ibadah... niat jgn lupa~:)

Mencari ilmu - Mestilah berterusan, hingga akhir hayat.. baik fardhu ain / kifayah

Impian - Kejarlah dengan niat, cara yang betul & matlamat yang baik, kerana Allah..

Kerja - Usahakanlah dengan cara yang halal, biarpun kerja simple.. demi RedhaNya.. Hasil pun berkat kan :)

Alam - Jagalah & makmurkanlah sebaik mungkin.. itulah tanggungjawab yang sejak azali telah terpikul.. sejak kita ditakdirkan untuk lahir ke dunia



17/2/10 – kembali ke Kuantan.

‘Berlepas’ dalam pukul 10.30 pagi. Dalam perjalanan, singgah solat di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (Terengganu), selepas itu aku diberi kepercayaan untuk sambung pemanduan abah.. huii.. ini la 1st time bawa jarak jauh. Bawa dalam speed 80km/j (ikut peraturan jalan antarabangsa tuh..cewah), kekadang tang turun bukit terlajak gak 100km/j, lepas tu belajar ilmu memintas lori2 & kereta2 yang bawa perlahan (haha..tu pun tanya pendapat 'supervisor' kat sebelah dulu.. ). Agak kecuakan juga bila ada kereta kat depan, rasa dekat je..speeding habis tang lintas (bagi yang expert memintas, tu kira jauh la..hee).

Alhamdulillah, selamat jua sampai di daerah Kuantan, dalam pukul 4.30pm, terus gi singgah makan di gerai tepi Pantai Batu Hitam (dah lama merindui desiran angin laut..segar rasanya.. syukur, ketenangan yang hadir kurniaan dariNya, biarpun sementara..). Sedang aku menikmati air limau panas sambil diperhatikan kedua2 insan tercinta (abah & umi selalu habis makan lebih awal dariku), ku simpulkan senyuman dalam tangisan.... :_)

Ya Allah, betapa indahnya saat bersama keluarga.. saat yang sentiasa ku nanti2kan & hargai.. InsyaAllah, andai masa belum berakhir untukku, kuharapkan saat itu kian kerap ku hadapi..
Hmm..kita harus manfaatkan masa bersama keluarga sebaik mungkin, selagi mereka masih ada di sisi, walau kita sesibuk mana pun.. Kalau tinggal berjauhan pun, paling kurang kena selalu call tanya khabar & berkongsi cerita.. Luahkan segala rasa, ceritakan segala masalah, itu tandanya kita memberi sepenuh kepercayaan pada mereka, orang yang kita sayangi.. Mereka juga akan rasa lebih dihargai.. Jadi, sama2 akan kurang berasa rugi & sesal andai kata peluang itu tidak kembali pada masa akan datang..
– Peringatan buat diri & bersama..

Wallahua’lam..
Jom tingkatkan amal seiring dengan waktu & usia ^^,


~Sekian~
~Wassalam~

No comments: