Antara sedar ataupun tidak, sudah 3 bulan lebih ana berada di perbukitan ilmu UKM ini....
menjalani kehidupan sebagai mahasiswi...dalam bidang Geologi...
Alhamdulillah setakat ini masih berupaya menggagahkan diri untuk 'mantain' di sini, walau kadang-kadang selalu juga tersasar dari landasan
Dalam peringkat permulaan sebegini, bukan senang untuk mencapai kestabilan tahap 'oktet'..
Kata ramai orang;
..hidup di U ini kena pandai imbang akademik & ko-K (atau kegiatan bepersatuan)..
Seperti anak kecil yang belum dapat berjalan dengan sempurna...sekejap dapat bangun, terjatuh balik...
hm..tapi apa yang penting selepas 'terjatuh' itu kita dapat pengajaran yang positif untuk mengatasi masalah yang sama, & hal ini penting untuk membina kekuatan diri dalam menghadapi masalah yang lebih kompleks kelak (..Ya Allah jauhilah kami daripada menghadapi kesulitan dalam hidup & permudahkanlah urusan kami..)
Geologi ni 3 tahun..menurut En. Mohd. Rozi bin Umor (salah seorang pensyarah Sistem Bumi),
SECARA UMUMNYA ada 3 peringkat pembelajaran (mengikut tahun)
1. Tahun Pertama - Peringkat Pengetahuan (Gathering Knowledge)
- pada peringkat ni, pelajar tidak perlu untuk berfikir keras @ memahami secara khusus, cuma perlu hafal..
2. Tahun Kedua - Peringkat Pemahaman
-pada tahap ini pelajar kena berfikir mengapa, bagaimana..proses itu terjadi..etc2
-haa..peringkat ni lebih banyak praktikal..kena analisis lebih terperinci...
untuk 1st year geologi ni terbahagi kepada 3 subjek major yang wajib..
>>Sistem Bumi (cerita perihal bumi & hubungkait dengan alam, lebih kepada interaksi & proses pembentukan)
>>Bahan Bumi (lebih mengkhusus kepada batuan, tanah & mineral2.. ha kat sini banyak kena hafal 'spesis' batu & mineral..)
>>Asas Peta (semuanya pasal peta & bentuk muka bumi ~ lebih kepada geografi)
kemudian ada lagi subjek tambahan (yang juga wajib)
>>Fizis Geologi (konsep Fizik yang banyak diambil dari matrikulasi..)
>>Teknik Matematik (belajar balik yang matrikulasi punya)
>>Hubungan Etnik (belajar pasal etnik & kaum, lebih kepada sejarah.. teringat zaman muda2 dulu..eceh..zaman SPM.. sebab itu sejarah tidak boleh dilupakan - kerna jika dilupakan ia akan berulang kembali..kan3)
>>Academic Communication (nama 'glamour' baru untuk English..hehe.. english yang lebih kepada perbincangan akademik..& kena banyak cakapp-nama pun 'komunikasi' kan, ha)
Sekian untuk hari ini :-)
Wassalam
1 comment:
selamat studi...selamat berpuasa...
Post a Comment