Seperti yang semua umat Islam sedia maklum, telah bermulanya tahun baru hijrah yang ke 1433.. Salam Maal Hijrah buat semua ! Setiap hari
kita perlu berhijrah ke arah yang lebih baik dengan muhasabah diri &
perbaiki amal serta akhlak. Pasakkan niat yang betul sepanjang masa, didahului
dengan niat kerana Allah, kerana mahu memartabatkan Islam, diikuti niat-niat
yang baik. Maka dengan itu segala amal kita tak akan sia-sia walau secara
zahirnya sedang bekerja di hadapan laptop! (Ibadah asas tetap kena jaga la, dan
pekerjaan itu baik lagi halal J
).
SubhanAllah, alangkah indahnya hidup bersyariat kan? Tak susah pun, moga Istiqamah ya sahabat-sahabat~
Ok, post ini lebih kepada perkongsian rasa selama ku diam mencari hati dari menyapu
sawang labah-labah di blog ini khususnya dilema sewaktu hujung minggu ini bermula.
Alhamdulillah, perjalanan masih diteruskan walau merangkak
bagai musafir kehausan.. Tapi bukan selamanya harus begitu.. Aku harus bangkit
segera, perlu sentiasa bersemangat.. Pembentangan demi pembentangan, penulisan
demi penulisan, tafsiran demi tafsiran, namun tak semua itu adalah untuk
tugasan utama iaitu disertasi / tesis (Allah, aku pun pening dah yang mana satu).
Baru-baru ini mendapat tawaran berharga untuk menyertai
sebuah program.. Ala-ala kem Ibadah.. Ia untuk kefahaman lebih mengenai
perjuangan Islam & pentingnya kebersamaan dalam gerak kerja agar rantai
dakwah sentiasa bergerak lancar.. Bukan main gembira lagi sebab dah lama nak
tahu perkembangan gerak kerja (ye la, selama ni pun takdela ikuti sangat
perkembangan program apatah lagi suasana masyarakat di luar sana, memang macam siput dalam cengkerang),
sekurang-kurangnya bila pergi aku boleh faham la apa yang diperlukan..
Namun menyedari diri ini masih di bawah tanggungan keluarga,
nak-nak program tu bukan sehari dua & dijalankan di luar kampus, seperti
biasa aku perlu menyatakannya pada ibubapaku untuk meminta izin.. Apa jua yang
kulalui sama ada kegembiraan atau kesedihan pun aku ceritakan pada mereka
kerana bagiku itulah tanda kepercayaan pada orang yang kita kasih, bukan
sekadar ucapan “saya sayang keluarga saya”.. Teringat sebuah lagu Inggeris “More
Than Words”, nah, itulah dia ;)
Jawapan yang ku dapat tak memberangsangkan, ibubapaku tak
benarkan kerana sedar anaknya ini sedang dalam saat-saat genting seorang
mahasiswa – Tahun akhir dan melimpah dengan kerja, tambahan dengan subjek ulangan
atas kekhilafan aku sendiri. Bukan mereka tak sokong perjuangan Islam, namun
mereka lebih mengenali sikapku yang akan memudaratkan diri bila dapat suatu
amanah walau tidak dipaksa dalam tempoh tertentu. Sesetengah orang kata orang
perempuan cekap multitasking, tetapi nampaknya aku jenis yang perlu lebih fokus.
Kerja-kerja rumah boleh la aku multitask, tapi tidak antara pembelajaran (amanah besar) dengan
gerak kerja (amanah besar juga).
Bukan apa, aku memang suka kearah membantu perjuangan, jadi secara tak sedar aku akan mengabaikan kerja sebagai pelajar. Kerana asasku dalam menganggap pembelajaran sebagai ibadah belum cukup kukuh, Serius, aku BELUM mampu membahagi kepentingan. Melakukan sesuatu mengikut Awlawiyyat la yang terbaik kan.. Ye la, tengok orang lain pun sibuk juga, malah lebih sibuk dariku, pun boleh uruskan kerja & prestasinya dengan baik. Kelebihan anugerah Allah.. cemburunya.. kena la berusaha! Kejayaan takkan datang berguling dengan sendiri..
Bukan apa, aku memang suka kearah membantu perjuangan, jadi secara tak sedar aku akan mengabaikan kerja sebagai pelajar. Kerana asasku dalam menganggap pembelajaran sebagai ibadah belum cukup kukuh, Serius, aku BELUM mampu membahagi kepentingan. Melakukan sesuatu mengikut Awlawiyyat la yang terbaik kan.. Ye la, tengok orang lain pun sibuk juga, malah lebih sibuk dariku, pun boleh uruskan kerja & prestasinya dengan baik. Kelebihan anugerah Allah.. cemburunya.. kena la berusaha! Kejayaan takkan datang berguling dengan sendiri..
Apa yang kukatakan adalah lebih kepada soal kemampuan DIRI
INI. Aku sedar, berdakwah itu wajib, apatah lagi berdakwah secara berjemaah. Berjemaah
itu bukan sahaja tuntutan Syariat, malah ia sebenarnya adalah Sunnatullah. Ku
meminjam kata dari Ust. Hasrizal [ Jemaah Itu Keperluan, Ummah Itu Tujuan ] : “Bukan sahaja di dalam hal ehwal agama,
keperluan manusia kepada kumpulan juga merentasi semua itu, malah bagi sesiapa
sahaja yang kenal manusia, akan sampai kepada kesimpulan yang sama”.
Ya, mungkin ibubapa kita kurang faham tuntutan berjemaah, NAMUN selagimana
keluarga kita berlandaskan Aqidah Sunnah wal Jamaah & amar ma’ruf nahi
munkar bukankah kita perlu patuh pada mereka? Maka aku berpegang pada “Redha
Allah terletak pada Redha ibubapa”.. tak sanggup & tak tenang untuk pergi ‘berjuang’
dalam keadaan ibubapaku tak redha lantaran mereka sedar akan kelemahan pengurusan
yang ada pada diriku. Setelah istikharah, aku yakin, Allah tahu yang terbaik
buat diriku agar tidak meneruskan langkah ke program tersebut.. (dalam situasiku
sekarang). Aku harus percaya pada orang yang paling mengenali sikapku sejak aku
dilahirkan.. Aku yakin jika mereka percaya aku seorang yang ‘kuat’ mereka memang akan
membenarkanku tanpa sebarang soal. :_)
(diri sendiri pun tak terurus, ada hati nak betulkan orang
lain.. aduh, terguris nuraniku!)
*PERINGATAN : ini refleksi buat diri ini, bukan untuk yang
dah selesai tanggungan daripada ibubapa mereka. Muslimat yang dah nikah,
tanggungan anda di bawah suami. Namun masih perlu menjaga perasaan ibubapa yaa.
Teras pada kekuatan jemaah juga adalah Ukhuwwah.. Mengingati
kembali betapa bersungguhnya mereka untuk meyakinkanku agar menyertai, aku
khuatir mereka terasa bila aku tak dapat pergi.. bukan aku sengaja mengelak.. Namun aku percaya, jika benar Ukhuwwah itu
berlandaskan ‘Aqidah & bukan atas dasar jemaah semata, mereka tidak akan
meminggirkan / memulaukanku selagimana kita masih seaqidah.. Dengan bukan
muslim pun kita perlu berakhlak baik, inikan pula sesama muslim kan.. hm..
Wallahu-a’lam siapa yang lebih benar… bukan itu yang aku nak
tekankan. Tetapi berdasarkan apa yang ku faham atas kesyumulan Islam ini, kita
masih boleh buat gerak kerja bersama-sama (berjemaah) asalkan tercapai
matlamat, hatta dalam bidang yang kita ceburi (walau bukan bidang agama).. Cuma
mungkin jika menyertai secara khusus itu menjamin kesetiaan & komitmen yang
tak berbelah bahagi.
Di sini ku mahu kongsi petikan dari buku Mukmin Profesional,
karya Ust. Pahrol Mohd. Juoi buat tatapan kita bersama, hayatilah ;
RUANG LINGKUP IBADAH UMUM
"Ibadah umum kebanyakannya bertaraf fardhu kifayah. Ia adalah manifestasi kekuatan dan keindahan ajaran Islam yang dapat dilihat dan disukat (observable and measurable). Berbanding ibadah asas yang boleh dilaksanakan secara individu, ibadah umum sebaliknya mesti dilaksanakan secara bersama (berjemaah)."
"Tanggapan sempit sesetengah anggota masyarakat yang sekian lama membatasi soal fardhu kifayah kepada solat jenazah dan Jemaah sahaja perlu dibuang. Ruang lingkup fardhu kifayah (ibadah umum) adalah lebih luas daripada itu. Membina sistem ekonomi, politik, pendidikan, sosial, hiburan dan lain-lain berteraskan akidah, syariah dan akhlak Islamiah adalah tuntutan yang sangat mendesak dan kritikal dewasa ini. Semua itu adalah ibadah umum."
"Jika Ibadah asas umpama akar dan batang, ibadah sunat umpama daun-daunnya, ibadah umum pula umpama dahan-dahan besar dan kecil pada pohon Islam secara keseluruhan. Ibadah umum inilah yang memberi rupa bentuk kepada kesyumulan ajaran Islam."
"Bayangkan kalau pokok yang hanya ada akar dan batangnya sahaja (tanpa dahan-dahan), maka pokok tidak kelihatan seperti pokok. Ia umpama tunggul kayu sahaja!”
Sebelum aku mengakhirkan pandangan & luahan ini,
ingatlah, aku tak pernah menyalahkan mana-mana pihak jemaah, malah aku sangat
menyokong gerakan mereka selagimana perjuangan itu benar untuk Islam. Tabik spring pada penggerak-penggerak yang mampu melaksanakan tugas dengan baik & profesional dalam hidupnya, BarakAllahu-lakum! Sekali
lagi ku tegaskan, yang bermasalah untuk menyertai buat masa ini adalah aku,
bukan Jemaah itu masalahnya..
Pernah mendengar perumpamaan ‘Kerana marahkan nyamuk,
kelambu dibakar’? :-
“Ummah itu rumah, Jamaah itu kelambu, sedangkan yang mengganggu ahli rumah tersebut adalah nyamuk. Maka nyamuklah yang sepatutnya dibanteras. Nyamuk yang mengganggu Ummah adalah SIKAP NEGATIF dan CARA BERFIKIR yang salah.” (Ust. Hasrizal)
Mungkin akulah nyamuk itu, yang hanya mampu ‘sumbangkan’ suara
& bukan menyumbang tenaga L
Islam takkan rugi dengan hilangnya orang seperti aku, tetapi
akulah yang akan merana tanpa agama ini!
MAAFKAN AKU YA ALLAH, MAAFKAN AKU
YA RASULULLAH.. AKU AKAN PERBAIKI KELEMAHANKU & CUBA YANG TERDAYA UNTUK
MEMBANTU DALAM AGAMA INI.. SAHABAT-SAHABAT YANG KU KASIHI KERANA ALLAH, MAAFKAN
JUA KEKHILAFANKU……. T_T
"With great power comes great responsibility" > Quote pemujuk hati..
(semakin besar kemampuan seseorang, semakin besar tanggungjawabnya untuk berdakwah)
Apa-apapun perlu sentiasa berhijrah membaiki diri ke arah yang lebih baik..
Ingatlah duhai sahabat-sahabatku ;
Ingatlah duhai sahabat-sahabatku ;
Berakhlak mulia sambil berjuang, Berjuang sambil menjaga Akhlak..
kerana Akhlak itu cerminan Iman.. tanpanya perjuangan Islam akan menjadi fitnah..
Contohilah akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم secara menyeluruh, bukan separuh-separuh (ikut nafsu).
Sesungguhnya akhlak Baginda adalah akhlak terbaik ♥
*Akhlak termasuklah adab sesama manusia, dengan alam, dengan harta benda.. Segala perkara yang dilihat 'remeh'/ kecil pun Allah tetap akan hitung!*
…………Memahamilah sebelum difahami, walaupun selepas itu kita takkan difahami……….oh.
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada." ~Surah Faathir, ayat 38~
"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan." ~Surah Luqman, Ayat 22~