mengikuti salah sebuah program anjuran ISIUKM (Ikatan Studi Islam UKM) iaitu L.I.F.E 2011
Tempoh : 14-16 Oktober 2011
Tempat : Sekitar Masjid Putra, Putrajaya
Ruang solat muslimat di aras 1.. |
Ya, Love Islam For Eternity (Cintakan Islam selama-lamanya) |
Sebenarnya LIFE ini diutamakan untuk pelajar-pelajar tahun 1, tapi boleh je senior mahu turut serta~ (jadi penyibuk yang perasan muda.. ;)
Ambe yang dah 2 tahun tak berkesempatan untuk pergi KERIS memang terus 'terkam' borang pendaftaran LIFE ni masa 3S Siswi minggu sebelumnya.. (walaupun banyak kerja belum terlaksana, ini peluang terakhir buatku sebagai pelajar tahun akhir.. T_T)
memang 'berdendam' la sebab masaku tahun 1 sibuk dengan kerjalapangan mingguan, masa tahun 2 pula terlibat dalam urusan Dinner kursus..
Ok, berikut adalah antara pengalaman yang disusun secara kronologi (pengalaman ok, bukan tentatif yang spesifik..:)
Jumaat :
- berkumpul di masjid, bertolak dengan bas double-decker Kiffah Travel yang super-canggih (tak pernah terbayang pun akan naik bas sebegitu untuk ke program ini)
- setibanya di masjid, membuat pengesahan pendaftaran & dapat goodies bag yang di dalamnya MasyaAllah, bukan sekadar fail program tetapi ada 4 buah buku (naskhah hadiah) dari Ketua Pengarah JAKIM ! (suka sangat, Alhamdulillah)
- Malam : LDK ringkas yang mencuit hati, aktiviti My 1st Impression dan seterusnya pembahagian kumpulan secara rambang (Alhamdulillah dapat kawan-kawan baru~!)
Kami dari kumpulan pertama, 10 orang semuanya ; Abdullah Sani (ada sampai Sabtu pagi je, beliau ada hal), Fauzan, Hasyir, Salha, Aminah, Azie, Bazlina, Fiza & *Aisyah (tiba Sabtu petang)..
Sabtu (dilebihkan kepada seminar / ceramah) :
- PAGI!! >> Laungan keramat sebagai alert sepanjang program, meskipun pada waktu tengahari / malam :) ringkas, namun maksudnya, sebagai muslim kita dituntut untuk berpagi-pagian agar InsyaAllah kita dimurahkan rezeki dan moga semangat kita sentiasa Pagi (segar)..
- senam-senam ringat sikit~
- LDK : bawa air dalam cawan guna kain pelikat (slow but steady~ ;), 'masuk dalam kertas', permainan Spider Web (masuk pen dalam botol guna jaringan tali rafia)
- berkenalan dengan pimpinan ISIUKM.. sebelum kenal kena 'cari' dulu~
- Ceramah sulung : "Aqidah dan Cabaran Semasa" bersama Ustaz Rashidy Jamil (lepastu dapat beli buku Mutiara Tasawuf~!)
Aqidah =Ikatan, simpulan, tautan, hubungan kuat antara makhluk dengan Pencipta
Kuatkan Aqidah melalui ILMU..
Pegangan takkan tertukar dek;
Jika Allah ada, kenapa kita tak nampak?
- Akademik (hujah)
- Duit
- walau selalu disebut-sebut
- Mata kita yang dihijab untuk melihatNya
- Kerana terlalu dekat
- Kerana terlalu cerah
- Kerana terlalu 'gelap'
Allah bukan makhluk, tetapi Pencipta makhluk
Orang yang murtad suka bertanya soalan yang bertujuan untuk menggoyahkan keyakinan kita antaranya;- Selepas Zohor, disambung dengan Forum "Di Manakah Remaja Kita?" bersama Ustaz Zamri 'mantopp' & Ustazah Syarifah Fatimah yang dikasihi
- Malaikat Jibril kan tugasnya sampaikan wahyu pada Nabi, tapi bila Nabi dah tiada Jibril buat apa?
- Jawapan Ust : Jibril kan ketua segala malaikat, ketua ni bukan kena buat satu kerja je, jadi banyak lagi kerja lain yang dia kena buat..
- Kenapa tak semua dapat hidayah?
- Jawapan Ust : Kita kan diberi akal, hidayah diberi dalam pelbagai cara seperti cetusan hati / kejadian tertentu / nasihat, cuma kita yang menentukan sama ada nak teruskan atau tinggalkan..
Kesimpulan dari bicara kedua-dua ahli panel ;
- Remaja - dalam proses mencari kestabilan (mengenal potensi diri jua termasuk dalam proses ini)- Petang : lepas nyanyi lagu ulat bulu dalam pelbagai vokal, didedahkan dengan ulat 'Realiti' sebagai LDK Fear Factor
- Proses ini ambil masa yang lama
- Proses : Pandai (tahu je) >> Bijak (tahu dan pandai guna) >> Cerdik (tahu & kreatif penggunaannya)
- Kelebihan remaja ;
- Kejahatan itu berantai
- Mewarisi kepimpinan
- Hati bagi jasad
- Pembentuk kesejahteraan kualiti Negara
- 3 peranan terbesar remaja;
- Kebanyakan remaja lupa peranan ini, ada yang dengan alasan "Rilek la broo~" (permulaan kepada kelalaian)
- Hamba Allah
- Sebagai anak
- Sebagai pelajar
- Usah perasan Soleh / Solehah, sebaliknya berusahalah menjadi Soleh / Solehah
- Seseorang yang inginkan kejayaan dunia akhirat perlu melalui 5 jalan (oleh Imam Abdullah Al-Haddad rahimahullah) :
- Ibu bapa turut memainkan peranan yang penting..
- Ilmu yang membawa kepada mengenal Allah Tuhan sekalian alam
- Khauf (takut) kepada Allah (kait dengan Ihsan, sedar akan CCTV Allah)
- Amal
- Wara' : Tidak melakukan dosa-dosa besar & tidak kekal berada di dalam dosa-dosa kecil
- Ikhlas
- Realiti lebih berkesan dari fantasi walaupun kecil.. Allah yang terlebih dahulu mencintai kita.. SubhanAllah
Barisan Kumpulan 1 : Bersama Azie bermain ulat sebelum race bermula [kredit gambar pada jurufoto program] |
- Mengenai perbezaan sifat lelaki & perempuan- LDK : debat terbuka (Mega Conference).. bahagian ini paling 'kecoh' ;) sampai lewat malam dibuatnya.. kami sebagai kumpulan mahasiswa, dahsyat juga terkena, sampai tak tahu & tak berpeluang defend, tapi yang paling teruk kena 'bom' sudah tentu pihak Kerajaan~! teet~ ;)
- Competition untuk rebut perhatian dari Allah
- Effort >> Knowledge.. (budaya ilmu memerlukan kesabaran, kena 'susah' dahulu)
- Pahala bergantung pada tahap kesusahan yang kita hadapi
- Perlu pembahagian masa, tak semestinya jadi 'Ulat Buku' semata-mata, kita sebagai manusia turut memerlukan interaksi
- Hedonisme = melebihkan hiburan.. atau perkara-perkara yang tidak beri manfaat pada Islam! Berpacaran pun termasuk dalam kategori ini
- Ilmu - ada peringkat-peringkatnya
- Kampus = medan sebenar, bukan lagi medan latihan
- Agar mudah menghafal > rajinkan menulis / menyalin~!
- Banyakkan menyumbang dalam penulisan / gerak kerja / harta / etc, moga dengan itu InsyaAllah akan ada yang mendoakan / sudi solat jenazah untuk kita, bekalan alam barzakh
- Integrasikan Syariatullah & Sunnatullah~!
Ahad
- dimulakan dengan Kuliah Lapangan - My Sweet Family (berkenaan Usrah) oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan ISIUKM ; akh Azan Safar
- Usrah bukan sahaja tempat untuk menuntut Ilmu, tetapi tempat untuk membina potensi- kemudian warm-up ringkas dengan sebutan bilangan yang digantikan dengan "tasbih-tahmid-takbir" sebelum bermulanya Kembara Siswa (ada 10 Checkpoint)
- Kenapa tak buat dalam bentuk ceramah? Kerana dengan sikitnya ahli dalam sesuatu kumpulan itu kita lebih mudah / tak malu untuk bertanya, dan cara ini lebih efektif..
- Sebagai tempat berkasih sayang sesama ahli & naqib / naqibah - tiada perbezaan darjat, bagaikan adik-beradik
- Membangunkan potensi diri - latih bercakap, bina keyakinan (tapi diingatkan bukan sekadar itu sahaja)
Kumpulan 1 : di checkpoint pertama [kredit gambar pada jurufoto program] |
- usai makan dan solat Zohor > Slot Resolusi - mengenai rancangan meneruskan usaha dakwah untuk diaplikasi di bumi UKM
- Last but not least, selepas solat Asar > Majlis Perasmian Penutup bersama Imam Besar Masjid Putra
- pulang ke UKM dengan kesyahduan iringan hujan~ setiap titis yang jatuh di muka bumi terasa bagai titisan kesyukuran yang membasahi hati.. Alhamdulillah atas kesempatan ini..
-------------------------------
Secara peribadinya, aku sangat-sangat terharu dengan kesungguhan mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini, setelah mengikuti & merasai sendiri pengalamannya, andai yuran pendaftaran itu melebihi RM 100 pun aku sanggup bayar, namun hakikatnya nilai yang diperoleh dari program ini memang tak ternilai dengan apa jua harta sekalipun.. SubhanAllah, berkatilah ilmu & usaha kami ini...
Ini Montaj LIFE 2011 dari ISIUKM channel..
Secara keseluruhannya bagiku, ternyata program ini mengHIDUPkan hati, membina keunggulan peribadi.. setiap aktiviti dipastikan tiada yang sia-sia (walau secara tersuratnya ada yang melucukan).. mengajar kita mengambil ibrah atas segala apa yang dilalui.. beri dimensi berbeza dalam pemikiran.. menambah rencah dalam ukhwah.. walaupun hanya 3 hari 2 malam, InsyaAllah kesannya berpanjangan.. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu-akbar! اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Sahabat-sahabatku, pada-Nya lah kasih kita bertaut.. Uhibbukum-fillah & Barakallahu-lakum~♥
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)." ~Surah Az-Zukhruf, Ayat 67~