Tarikh siaran : 8 April 2011
Penceramah : Ust. Muhammad Abdullah
Lokasi : Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya [Link]
Gambaran meteor menghentam bumi pada awal pembentukan bumi [sumber en.google] |
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ
"Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka." ~Surah Al-An'am, Ayat 1~
- Ustaz mempromosi buku "Qur’an Saintifik" karya Dr. Danial Zainal Abidin.. banyak rujukan mengenai kejadian alam yang dikaitkan dengan ayat Al-Qur'an di dalamnya, MasyaAllah, semakin banyak yang dipelajari, semakin kerdil rasa diri ini..
- Link untuk preview buku (limited view) : Qur'an Saintifik
- Islam itu syumul! Mana-mana ilmu yang dapat memberi manfaat kepada Islam & kemajuannya adalah penting untuk kita pelajarinya
- Semakin kita mengkaji alam, semakin kita nampak + rasa keagungan Allah, pencipta segalanya
- Haji Zaidi (warga Jabatan Mineral & Geosains, JMG)
- Batuan ada di bumi & di angkasa lepas.. yang di angkasa kandungan unsur besinya (nikel) lebih tinggi
- Daripada maklumat yang terdapat pada meteorit (batuan angkasa yang jatuh ke Bumi) & kaitan dengan batuan asal di Bumi, kejadian bintang-bintang & bagaimana batuan angkasa (meteor) boleh jatuh ke bumi boleh dikaji
- 3 tujuan bintang diciptakan :
- 1. Surah Al-Mulk, Ayat 5 = sebagai panahan / rejaman pada syaitan yang ingin mencuri dengar perbualan malaikat
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang."
- 2. Surah Al-Hijr, Ayat 16-18 = untuk menghiasi pandangan manusia, kerana manusia fitrahnya suka perkara indah
وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ
16: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: Bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta Kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya."
وَحَفِظْنَاهَا مِن كُلِّ شَيْطَانٍ رَّجِيمٍ
17: "Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam."
إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُّبِينٌ
18: "Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan."
- 3. Surah Al-An’am, Ayat 97 = bintang sebagai penunjuk arah . Dari sini dapat dikaitkan juga batuan yang mempunyai unsur magnet (batu magnetit) telah digunakan sebagai kompas untuk memandu arah dalam pelayaran ketika zaman dahulu selain daripada merujuk bintang.
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui."
- Kegunaan batu-batu, oleh Dato’ Ibrahim bin Ismail (Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia):
- orang kuno gunakannya sebagai pisau / alat memburu (+biasanya batu chert atau obsidian kerana sifatnya yang keras namun mudah dibentuk)
- dari segi perubatan > batuan ada mineral tertentu yang dapat mengubati beberapa penyakit
- Allah ciptakan pelbagai perkara untuk manusia MEMIKIRKAN kebesaranNya..
jadi, mari kita fikirkan bersama, bukan 'lu pikir sendiri' ya~~
(maaf tak dapat ulas panjang perihal kepentingan batu ni..dicemburui masa! Jika ada pertanyaan InsyaAllah ku ulas lebih lanjut pada masa yang lain)
[EXAM MODE : mungkin ini post terakhir bulan ini & seterusnya, sebab selepas habis exam pada 29 April, diri ini ada kerjalapangan selama hampir sebulan di Kuala Krai & Bukit Kluang + membuat laporan di UKM.. buat sahabat seperjuangan yang ada exam juga, selamat menjawab dengan jayanya. Moga kita dipertemukan lagi, jika dipanjangkan hayat, InsyaAllah.. Selamat Beramal~!]