Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

20 March 2011

"Fewwit"~! Mari Dengarkan..

2 comments:
[Sempena "FEWWIT: Di Mana Dia Di Hatiku?"]

Aha, Anda dengar bunyi tadi?
Bermakna anda telah terpanggil untuk membaca apa yang bakal ku kongsikan ini..
(bukan nak mengorat ya~ jeng..)

FEWWIT (antara program bawah ILuvIslam.com) atau nama panjangnya "Fun & Exciting Weekend With Iluvislam Team" telah menganjurkan sebuah program bertajuk "Di Mana DIA Di Hatiku?" dengan kerjasama Karnival Kesenian Islam Kolej Ungku Omar di Panggung Seni UKM pagi tadi..

Alhamdulillah, dalam kesibukan mengurus kerja, aku cuba juga mencari peluang untuk mengisi hati dengan tarbiah rohani biarpun sekejap.. Alang-alang kali ini ia berlangsung di UKM, program ini bak kata pepatah 'mengantuk disorongkan bantal', ada Ust. Pahrol yang kukagumi dengan penulisannya yang sangat menusuk qalbu~! Sebelum ini hanya membaca penulisannya & kali ini berpeluang mendengar sendiri kata-kata penuh hikmah yang dilontarkan beliau.. Sudah tentu takkan dilepaskan.. (++ ada Ust. Syed Abdul Kadir Al-Joofre sebagai panelis kedua)

(ku turut mendapat ajakan untuk pergi program Jejak Siswa Intelek anjuran ISIUKM sebenarnya, sayang sekali, oleh sebab tidak dapat memberi komitmen masa yang panjang untuk program itu maka FEWWIT yang dipilih.. tugasan banyak tak siap lagi.. Allah..)

Berkejaran dengan masa, maka perkongsian yang ku salin sewaktu program berlangsung ini mungkin tidak dapat diterangkan secara terperinci, namun ku cuba memberi yang terbaik setakat mampu..

Poster Program. Klik [sini] untuk info buku tersebut

Majlis dirasmikan oleh presiden ILuvIslam, Saudara Imran Koyube

---PUSINGAN PERTAMA---

UST. PAHROL (1)

  • Buta mata apabila cahaya tidak sampai ke retina mata, dan Buta hati apabila ilmu tidak sampai di hati
  • Siapa diri kita ditentukan dengan 2 perkara ; dengan siapa kita bergaul & buku apa yang kita baca
  • "When God (Allah) is your friend, Who is your enemy?"
    • Siapa Allah di Hati kita?
  • Ilmu harus disertai dengan rasa Tauhid (rasa ketuhanan), jika tidak, kita diibaratkan seperti "pendrive" yang hanya pandai 'sedut' ilmu & aplikasikan (keluarkan) semasa peperiksaan / bila perlu namun tak terkesan di hati
  • kita perlu cemerlang dalam "Universiti Kehidupan"
  • Hati yang baik akan bebas dari penyakit hati (Berhati-hatilah menjaga hati! :)
  • Apa yang kita tahu / pelajari, junamkanlah ke dalam hati (agar ia bermakna)
  • Qalb (hati), sifatnya boleh berbolak-balik
  • Manusia bertindak dengan apa yang dirasai, bukan melalui apa yang difikirkan (oleh itu kita kena terlebih dahulu 'merasai' ilmu / kebaikan)
  • Analogi yang berkaitan dengan 'rasa' : Golongan berani mati = orang yang menghisap rokok!
    • Penjelasan : Mereka tahu rokok itu merbahaya & tidak memberi manfaat sedikitpun, namun mereka tidak 'rasa' ianya berbahaya!
  • Apa jua bentuk kesempurnaan akan kita dapat jua jika ada Allah di dalam hati
  • diselitkan kisah seorang budak pengembala kambing di zaman Saidina Umar;

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

  • Kita memerlukan Murabbi, bukan setakat Mu'allim
  • Pembelajaran yang sebenar-benarnya ialah apa yang dipraktikkan bersama-sama dengan pengajar.. baru dikatakan 'pemimpin berjiwa rakyat'~!
  • Jangan letak ilmu di atas kepala, namun letaklah ia di hati ; Ibarat seperti meletak pelita di atas atap rumah sedangkan rumah itu kegelapan, namun jika diletakkan di dalam rumah nescaya ia akan menerangi


UST. SYED ABDUL KADIR AL-JOOFRE (1)

  • Usah pertikai nama yang paling sesuai untuk hati, tapi lihatlah pada content (kandungan hati)
  • Sebutan betul dalam bahasa arab untuk hati; "Qalbun", bukan Kalbu (bermaksud Anjing)
  • "Fuad" (nama orang) juga bermaksud Hati.. begitu juga sanubari..
  • Perkataan 'Hati' banyak diulang-ulang di dalam Al-Quran & Hadis > bermakna ianya sangat-sangat penting
  • Selingan : Ust Pahrol adalah penulis lirik lagu 'Suci Sekeping Hati' nyanyian kumpulan Saujana & banyak lagi lirik lagu nasyid antaranya untuk kumpulan The Zikr (*Oh.. baru ku tahu~)
  • Berlaku salah faham di dalam masyarakat apabila kebanyakannya berkata;
    • "Ala ustaz, luar je nampak macam ni tapi hati baik.." dengan 'berdalilkan' sebuah hadis yang berbunyi;

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

    • yang dimaksudkan dengan hadis di atas ialah Allah tidak melihat kepada 'rupa fizikal' / taraf hidup seseorang tetapi Allah tetap melihat AMALAN kita (perintahNya) sama ada kita solat atau tidak, menutup aurat atau tidak..
    • *tidak dikatakan seseorang itu baik selagi mana perintah Allah dilanggar*
  • Jika hati kotor tetapi luaran nampak baik = munafiq
  • namun jika hati baik pasti luaran nampak baik juga (Allah lihat pada Amal & Hati)
  • Kenapa orang yang kufur dikatakan lebih sesat daripada binatang?
    • kedua-duanya ada mata, tetapi manusia tidak menggunakannya untuk melihat kebesaran Allah
    • manusia ada hati, namun tidak menggunakannya untuk memahami
  • Hati yang sejahtera = Salim
  • Bahagia yang sebenar = tenang dengan mengingati Allah


---PUSINGAN KEDUA---

Kak Wardina : Persoalan mengenai hati yang riak setelah diri sudah rasa sangat beriman / merendahkan orang lain. Surah Al-Furqan ada menceritakan mengenai kerendahan hati
*beliau juga ada mencadangkan buku yang bagus untuk dibaca : Purification of Heart karya Hamzah Yusuf

UST. PAHROL (2)



  • Perihal Kualiti (hati) vs. Kuantiti (materialistik)
  • 3 ciri sikap Takabbur :


    1. Merasakan diri lebih baik dari orang lain
    2. Memandang hina pada orang lain
    3. Menolak kebenaran


  • Takabbur akan berlaku jika di dalam hatinya tidak merasakan kebesaran Allah
  • Sesiapa yang mengenali dirinya (sudut kehambaan, kelemahan diri) maka dia akan mengenali Tuhannya
  • Pentingnya sikap Tawadhu' (merendah diri)
  • Buya Hamka : Hujungnya akal, Pangkalnya Agama (agama lebih penting dalam pembentukan akal yang 'sihat')
  • Di Barat, mereka terlebih dahulu dengan mementingkan IQ (Intelligent Quotient), kemudian baru disedari EQ (Emotional Quotient) yang lebih penting & dapat mencorak IQ yang baik, namun masih belum dirasakan lengkap (masih ada masalah). Akhirnya baru disedari kepentingan SQ (Spiritual Quotient)
  • Kita mahu wujudkan 'Green Society' = masyarakat yang bebas jenayah
  • Islam = pasangan hidup manusia
  • Apabila sesuatu itu berharga, maka jalan untuk mendapatnya adalah sukar..
    • Itulah sunnatullah / bagi orang barat "Law of Nature"
    • *Ibarat sebuah halaman rumah yang terbiar, masakan akan tumbuh keledek begitu sahaja? yang ada hanya lalang.. untuk mendapatkan keledek di halaman rumah, penjagaan / pengurusan yang rapi pada tanah adalah perlu.. begitu jugalah hati
  • [Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis!]
  • Jihad yang utama = Jihad melawan nafsu
  • Jadikan pengetahuan sebagai kemahuan
  • Pangkat mujahadah bermula dengan;


    1. Bisa - buat baik atau jahat tetap rasa menderita.. tidak merasai kemanisan dalam beramal
    2. Biasa - merasakan amal seperti rutin yang perlu dibuat.. contoh: 'I have to pray' (tindakan Outside-in)
    3. Halawah - merasa kemanisan dalam beribadat / beramal.. contoh: 'I need to pray' (tindakan Inside-Out) - dirasakan manis SEWAKTU melaksanakan amal ibadat
    4. Benteng - amal / perbuatan tersebut menjadi pendinding (pencegah) kepada perkara mungkar / keinginan ke arah itu. Dapat mengenalpasti & membezakan apa yang benar, bagus dan betul (What is Truth / Good / Right?)


Kak Wardina : kita akan lebih mudah mengingati sesuatu ilmu jika kita menyampaikannya. Setiap dosa akan meninggalkan kesan pada hati, sebagaimana hidung yang sensitif terhadap debu

UST. SYED ABDUL KADIR AL-JOOFRE (2)



  • Kita sebagai manusia adalah pendakwah, bukannya hakim yang menghukum (judge) perilaku seseorang
  • "Siapalah aku, jasad ini tiada apanya, namun apa yang aku perlu sampaikan itu amat besar (amanah Allah)"
  • Apabila kita melakukan suatu dosa, hati akan kotor..
    • bagaimana hendak 'mengelap'nya kembali?


      1. Merasa bersalah dengan dosa yang dilakukan
      2. Terus mujahadah melawan nafsu


  • NAFSU menurut Syeikh Musri, adalah ibarat budak kecil yang menyusu dengan ibu.. Kehendaknya takkan henti & apabila kehendaknya dihentikan ia akan menangis / memberontak
  • Nafsu yang tenang = Nafsu Mutma'innah (tenang = hati yang redha & diredhai)
  • Qalb itu asalannya dari perkataan "Qallabah" yang bermaksud "Berubah-ubah"
    • Oleh itu kita sentiasa perlu berdo'a agar dikuatkan hati untuk tetap di jalan ini (jalan yang benar) & moga diakhirkan nyawa dalam husnul-khatimah (kematian yang baik).. yakin dengan hidayahNya (agama ini)!
  • Kita cuma ada satu hati.. maka tidak akan boleh sesuatu yang berlawanan ada bersama di dalam hati.. sama ada Kufur atau Iman, baik atau buruk..


--SESI SOAL JAWAB--

(Secara keseluruhan terdapat 5 soalan yang dilontarkan penonton, ku ingat-ingat lupa gaya soalannya ;

  1. Iman kita naik turun.. kalau ditakdirkan nyawanya diambil ketika Iman 'turun'?
  2. Bagaimana soal Ikhlas?
  3. Bagaimana cinta / kasih sayang dalam konteks Islam?
  4. ..(tak tercatat la pula).. mungkin kerana terlalu common / lebih kurang sama & tidak diulas dalam sesi jawapan
  5. Bagi yang dah biasa beramal dengan pelbagai jenis amalan, dah menjadi seperti rutin, bagaimana hendak perbaiki diri agar tidak merasa cukup dengan amalan yang ada?


JAWAPAN UST. PAHROL ;

SOALAN 1

  • Jauhi 'Taubat Sambal Belacan' (Bila 'pedas' dah rasa tak mahu makan sampai bila-bila, tetapi bila hilang 'pedas'nya, rasa nak lagi!)
  • Allah tidak akan jemu pada kita selagi kita tidak jemu memohon pada Allah
    • kaitan dengan 2 E : Effort (Usaha / Doa) & Effect (takdir)
  • Walaupun Kalah, jangan Mengalah!!
  • Pay Now, Play Later
  • Kita perlu ada Sense Of The End (Percaya hari Akhirat)
    • Perlu 'Bijaksana' (di akhirat), bukan sekadar Bijaksini~!
  • Apabila berdosa, pastiksan kita terus bertaubat / sedang menuju taubat
  • Dalam keadaan 'down' kita perlu sentiasa bertaubat


SOALAN 5

  • Kadang-kadang kita sembah agama, bukan sembah Allah
  • Beliau pernah ditanya oleh orang Jepun; "Kenapa orang Islam membuang masa dengan bersolat?"
    • [orang Jepun sangat menjaga masa.. toksah tanya orang kita~ eheh]
    • Jawapan Ust : Semakin tinggi teknologi, maka semakin tinggi 'maintenance'nya (penyelenggaraan).. namun manusia yang mencipta teknologi itu sudah pasti lebih 'canggih' dari ciptaannya, maka manusia lebih memerlukan 'maintenance' itu (dengan melaksanakan solat > Servis dalaman!)
  • *tidak hairanlah di sana kadar bunuh diri sangat tinggi sedangkan ia sebuah negara yang maju dengan teknologinya


SOALAN 3 (maaf..tersalah susun)

  • Dalam Islam, cinta sesama makhluk itu 'alat' (sebagai jalan, bukan dijadikan tujuan) untuk menuju cinta Allah
  • Manusia ada 2 amanah (dwifungsi) yakni sebagai Khalifah (untuk seru kebaikan) & Hamba Allah
  • Dalam berdakwah perlu ada 'kebersamaan' (jemaah) kerana amanah itu terlalu besar untuk dipegang seorang diri
  • Dari mana datangnya masyarakat jika tiada keluarga yang dimulakan dengan kasih sayang antara lelaki dan perempuan?
  • Kayu diikat sesama kayu dengan tali, Batu diikat sesama batu dengan simen, hati diikat sesama hati dengan CINTA!
  • Cinta sesama makhluk adalah JALAN untuk mendapat cinta yang lebih bersar - Cinta Allah
  • Jangan kita cinta orang yang kita cintai.. Cintailah orang yang mencintai kita..


JAWAPAN UST. SYED ABDUL KADIR AL-JOOFRE;

SOALAN 1 + 3

  • Nyawa boleh diambil dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada semasa rajin tahap gaban, atau semasa pemalas tahap cipan~ *bila-bila masa sahaja*
    • oleh itu bertaubatlah segera sebelum diri alpa
  • Pastikan ikhlas sepanjang beramal jika tidak amalan yang menggunung sekalipun akan menjadi sia-sia ibarat debu yang berterbangan
  • Perihal ikhlas ini terlalu panjang untuk dibicarakan secara khusus, perlu dibuat segmen khas
  • Bersangka baiklah dengan Allah, namun kerisauan mesti ada agar tidak leka
  • Ada manusia yang hanya perlu menggunakan kasih sayang untuk menjadikannya baik / insaf, dan ada juga yang perlu di'takut'kan dengan kisah azab Allah


SOALAN 5

  • Jika kita baik, kita akan melihat orang lain lebih baik
  • dari situ kita jadikan ia motivasi untuk meningkatkan lagi prestasi amal ibadat kita.


(JAWAPAN TAMBAHAN) UST. PAHROL

  • Apabila amalan dirasakan terlalu 'biasa', kita harus berhati-hati
  • promo : Kitab Al-Hikam oleh Ibnu 'Athoillah
  • kita hidup di dunia untuk dididik, bukan untuk didera
  • Allah didik kita melalui 3 perkara;
    • 1) Al-Qur'an
    • 2) CiptaanNya
    • 3) Peristiwa-peristiwa besar (Sama ada bencana am atau pada diri)
  • *peristiwa pada diri / ujian = 'mehnah' (didikan secara langsung) dari Allah
  • Pada apa yang kita dapat, ada yang kita akan hilang
    • (Jadi, pastikan apa yang kita dapat itu lebih baik berbanding apa yang kita hilang!)
  • Dalam jalan menuju Allah, yang tidak dapat itu kita akan dapat InsyaAllah, tidak seperti di dunia yang ibarat bayang-bayang
  • Sebab itu Iman para manusia / Rasul lebih tinggi dari malaikat kerana malaikat merupakan makhluk Allah yang memang sentiasa patuh perintahNya (constant & tiada peningkatan seperti manusia)
  • Cara untuk improve diri;
    • 1) Ubah 'network' (kepada rakan-rakan yang baik)
    • 2) Cari Biah Solehah (Suasana yang baik, majlis ilmu)
    • 3) Buat program-program Islamik (lama kelamaan kita buat program, kelak program akan 'buat' kita~)


--PENUTUP--
oleh Kak Wardina

- Apa yang berlaku pada kita adalah yang terbaik untuk kita (itulah hidup seorang mukmin)
- Terapkan : Iman, Ilmu, Amal, Ikhlas
- Konsep membuat kebaikan : Apa-apa sahaja kerja / perbuatan yang memberi manfaat / kesenangan pada orang lain
- do good, feel good~

------AKHIR KATA...
Syabas buat panelis, team iluvislam serta Kolej Ungku Omar atas penganjuran program-program bermanfaat..
Moga Islam semakin menyinar di Bumi UKM ini & di seantero Dunia~! InsyaAllah

Link mengenai event sepanjang Karnival Kesenian Islam KUO UKM [Link]