Lokaliti : Sekitar Pahang, Kelantan & Terengganu (28 Lokaliti)
* Satu hari 3 - 4 lokaliti *
Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, mengikut abjad (A - D) + warna & masing2 kumpulan ada Prof tersendiri. Kumpulanku (D -- hijau) dengan Dr. Wan Zuhairi~ Setiap hari kami perlu menyiapkan laporan tiap2 lokaliti pada kertas yang telah disediakan & perlu dihantar keesokan harinya > maka menjadi rutin hampir tiap2 malam berjaga menjadi 'kelawar', bersama2 menyiapkan laporan dengan rakan sebilik (haha..Best jugak walaupun 'fenin' ~ pengalaman & pengajaran yang bermakna :). Hui.. Itupun kalau tidak mengantuk hasil makan lewat malam (Masakan tidak, waktu Maghrib baru check-in hotel > berkejaran dengan masa).
HARI PERTAMA_(3/5/10)__________________________________
LOKALITI 1 : JALAN BENTONG - RAUB (1207pm)
Lokaliti di tepi jalan. Di sini terdapat Lapisan rijang (chert) & Argilit di bahagian kiri singkapan manakala lapisan merah (Redbeds) yang terdiri daripada lapisan Konglomerat & Batu Pasir di bahagian kanan. Terdapat sempadan antara Lapisan Merah & Lapisan Rijang.
Di lokaliti ini juga kami dikehendaki untuk mengukur jurus dan kemiringan lapisan kedua-dua bahagian. Masa agak suntuk & situasi agak bercelaru apabila keliru dengan penggunaan kompas, ++ lapisan rijang yang miring ke dalam, suatu perkara yang baru bagi kami yang selama ini hanya terdedah dengan lapisan yang miring ke kanan / kiri~ yah, inilah pelajaran, belum hadapi, belumlah mengerti.. :)
Antara yang perlu dikaji : Ciri utama batuan, satah perlapisan & sifatnya, ketebalan lapisan
Nota + ;
Batu Pasir ber'pebble' = pebble <50%,>50% = Konglomerat
Kekar (joint) = sejenis struktur tektonik di mana
retakan berlaku namun tidak melibatkan peralihan kedudukan lapisan / batuan
3 Jenis satah : sesar, perlapisan, kekar
---------------------------------------------
LOKALITI 2 : JALAN RAUB - BENTA (0215pm)
Lokaliti di Jeram Besu, kawasan Kompleks Migmatit Benta. Dipanggil kompleks kerana terdapat banyak jenis batuan igneus dalam satu kawasan, antaranya Monzonit, Diorit, Sienit & Pegmatit. Batuan Metamorf pun ada (Gneiss) & Telerang Kuarza.
Terdapat banyak juga kesan slickenside (kesan geseran antara 2 batuan yang menghasilkan pembentukan mineral lain di dasar batuan yang digeser - boleh tentukan arah gerakan batuan di atasnya)
Nota + ;
Igneus - tekstur homogen
Penghabluran magma : Lambat >> tekstur kasar, Cepat >> tekstur halus
------------------------------------------
LOKALITI 3 : KUALA LIPIS (0455pm)
Lokaliti di kawasan bukit yang terdedah > pembangunan perumahan berhampiran..hm.. kawasan ini makin 'terhakis' nampaknya.. Kawasan ini ada Batu Pasir Myophoria (berdasarkan fosil Myophoria yang dijumpai)
Dari buku panduan;
Nama Batu Pasir Myophoria amat terkenal pada awal abad ke-20. Dari batuan inilah
rekod terawal fosil dilaporkan di Malaysia. Antara fosil yang ditemui termasuklah Costatoria, Myophoria, Entolium, kesemuanya dari kumpulan bivalvia berusia Trias Tengah.
Fosil paling banyak dijumpai ~ Costatoria pahangensis...
masing2 gembira bila jumpa fosil :) & ada yang bawa balik untuk kenangan~
Nota + ;
- Untuk menentukan kemiringan > perlu lihat singkapan dari jarak dekat (lebih efektif jika guna board & letakkan selari dengan satah lapisan, kemudian letakkan kompas pada board)
- Ada struktur 'Palung' = struktur sedimen yang melendut di bawah, yang memotong lapisan di bawahnya (berbentuk seperti palung)
- Liesegang = mendapan teroksida pada lapisan
~Bermalam di Kuala Lipis, Pahang
---------------------------------------------------
HARI KEDUA _(4/5/10)___________________________________
LOKALITI 4 : LOMBONG EMAS PENJOM, KUALA LIPIS PAHANG (1220pm)
Lokaliti lombong dedah. Setibanya di kawasan ini, kami dibawa ke pejabatnya untuk taklimat umum mengenai sejarah & proses (dalam bentuk tayangan powerpoint). Kemudian kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan ke lombong dedah dahulu manakala 1 lagi ke kilang pemprosesan & akan switch bila selesai.
Nota Panduan ;
..batuan sedimen termetamorf yang mungkin mengandungi butiran halus emas dihancurkan & diproses. Batuan sedimen ini terdiri daripada syal bergrafit (berkarbon), batu pasir & tuf yang berselang lapis antara 1 sama lain. Kekanta batu kapur juga turut ditemui.
Masa pergi ke kilang pemprosesan, kena pakai topi keselamatan, sesampai di sana ditaklimat ringkas mengenai bahagian2 kilang itu. Selepas tu kami dibawa ke 'Bilik Emas' di mana kami dapat melihat secara live penghasilan jongkong emas dari saat pembakaran hingga ke pembentukan jongkong emas..tapi lihat disebalik kaca la ;) hanya Profs yang dibenarkan masuk.. Jongkong emas yang telah sejuk diberi pegang kepada semua, namun ruang terhad noo.. jadi sebahagian yang dok betul2 depan pintu bilik tu dapat pegang jongkong bernilai RM600,000..hee.. ambe pon tak sempat sentuh, dapat tengok pun jadi la :)
Untuk ke lombong dedah, tunggu giliran kumpulan untuk switch naik bas. Pakat duduk berlonggok di bawah teduhan tempat parking para pekerja. Setibanya di sana, terlihatlah sebuah pemandangan yang penuh dengan longgokan batuan kuari (gambar di atas). Di bawah sana merupakan lombong dedah. Menurut pengurus di situ, paras tempat kami berdiri ialah 980 kaki (bukan dari paras laut)..dasarnya pada paras 777 kaki. Di sini ada Calcareous Shale & Carbonaceous Shale (kelabu kehitaman).
Pyrite (fool's gold) juga boleh dijumpai (seakan2 emas tapi lebih gelap warnanya). Pyrite biasa ditemui bersama telerang kalsit, manakala emas biasa ditemui bersama telerang kuarza yang merejah syal bergrafit (berkarbon).
-----------------------------------------------
LOKALITI 5 : JALAN PADANG TENGKU - MERAPOH (0320pm)
Nota Panduan ;
Batuan volkanoklas berfoliasi. Batuan segar berwarna kehijauan & perluluhawaan menyebabkan perubahan warna menjadi kemerahan.
Nota + ;
- Singkapan yang berwarna kuning = Tonalit (sejenis batuan igneus felsik). Tonalit merejah volkanoklas ada cleavage
- Perincian Sesar : 3 Jenis > Normal (hanging wall naik), Reverse (hanging wall turun), Lateral (dextral = lapisan bergerak ke kanan, Sinistral = lapisan bergerak ke kiri)
- Drag Fold = sejenis struktur tektonik yang berlaku apabila 2 lapisan bergeser antara 1 sama lain & salah satu lapisan akan membengkok mengikut arah geseran lapisan 1
- Fault Gouge (Bubuk Sesar) = sejenis batuan hasil daripada pergeseran sesar yang terdiri daripada batuan hancur
Di sini, batuan metamorf ada 2 jenis : Cataclastic (berasosiasi dengan zon sesar & tiada ira), Mylonite (terbentuk daripada proses hablur-plastik & ada ira)
------------------------------------------------------
LOKALITI 6 : GUA MUSANG (0550pm)
Batu kapur di sini adalah dari jenis sparite (berbutir kasar), mempunyai alokim (bahan asing) daripada Ooid, & berwarna kelabu cerah.
Sifat perlapisan = Berselang lapis nipis cerah-gelap
Fitur geomorfologi yang berkaitan dengan proses perlarutan batu kapur ; Stalaktit, Stalagmit, Curtain & Pillar (stalaktit yang bersambung dengan stalagmit, membentuk tiang)
~Bermalam di Kota Bharu
--------------------------------------------
HARI KETIGA_(5/5/10)__________________________________
LOKALITI 7 : JALAN GUA MUSANG - KUALA KRAI (1010am)
Lokaliti bekas kuari. Kawasan ini lapang & berumput, dipenuhi dengan 'periuk api bio' (tahi lembu), namun bau yang paling menusuk kalbu ialah bau tilam terbuang sedang mereput di situ (ujian ketahanan hidung la katakan) ;) Singkapannya seperti yang terlihat di gambar, belakang Prof Ibrahim yang sedang melukis ciri2 singkapan tersebut.
Terdapat 2 jenis batuan yang utama, satu tersingkap secara luas (Andesit berporfir) & jenis kedua yang agak terhad (Batu Lodak). Batu Lodak telah direjah oleh batuan igneus (Andesit berporfir) & mengalami Contact Metamorphism. Terdapat juga batu Shale & yang termetamorf kepada Batu Sabak (Slate).
------------------------------------------------
LOKALITI 8 : JALAN KUALA KRAI - TEMANGAN (0110pm)
Mineral unik yang boleh didapati dalam syis ini ialah Garnet (berbiji merah), namun taburannya tidak luas (sukar dijumpai). Struktur unik yang baru diperkenalkan = Boudinage (berbentuk seperti sosej - memanjang) > terbentuk apabila struktur 'Ramping & Ampul' (Pinch & Swell) dipotong oleh kekar. Telerang kuarza yang termetamorf membentuk struktur2 unik ini (ditekan & ditarik dari pelbagai arah...)
Dari Panduan ;
Syis Taku ialah satu jasad syis yang tersingkap di bahagian utara Kelantan dengan keluasan 750km persegi.
Nama Syis? = Quartz Mica Schist
Setelah itu bermulalah kembara mendaki bukit.. mula2 mendaki melalui jalan tanah yang tersedia & berhenti sat untuk melepaskan penat dengan makan + rehat. Kemudian meneruskan perjalanan meredah hutan dengan kecuraman berganda, sehingga tiba di destinasi bekas lombong besi (Hematit) >>matahari terik membahang. Kawasan atas bukit ini dilawati sebagai extra-knowledge (extra-tenaga juga diperlukan ;p) & dapat melihat kawasan Formasi Gua Musang dari jauh.
----------------------------------------------
LOKALITI 9 : JALAN TEMANGAN - KUALA KRAI (0355pm)
Ignimbrit = Sejenis batuan piroklas yang mendap dalam keadaan panas > menghasilkan tekstur yang berbeza sedikit berbanding batuan piroklas lain
Dari Panduan ;
Tidak banyak cerapan yang dilakukan, lebih kepada mendengar penerangan Profs~Ignimbrit di kawasan ini membentuk banjaran perbukitan sepanjang 15 batu panjang & 0.5 batu lebar > menganjur hampir Utara-Selatan.
Ia menunjukkan struktur porfir dengan kuarza & feldspar sebagai fenokris. Terdapat juga serpihan batuan
Sesetengah pengkaji menafsirkan ignimbrit ini adalah terobosan yang melalui sesar Lebir di kawasan Felda Aring 10, iaitu berdekatan dengan Sungai Lebir
-------------------------------------------
LOKALITI 10 : JALAN TEMANGAN (0445pm)
Lokaliti batuan volkanik... 1 lagi bukti bahawa telah wujudnya aktiviti volkano di Malaysia suatu ketika dahulu, cuma prosesnya berbeza dengan apa yang telah berlaku di negara2 kawasan Lingkaran Api Pasifik.. PANGEA (hanyutan benua) juga mungkin menjadi salah satu faktornya
Batuan volkanik yang ditemui di sini adalah Andesit, sejenis batu volkanik (extrusive) kategori perantaraan (sederhana kasar / halus)
Apa buktinya ini batuan volkanik? Berbalik kepada ciri2 batu tersebut, ia mempunyai rongga (Amygdule) yang terisi dengan mineral secondary seperti kalsit & zeolit. Rongga2 itu terbentuk apabila gas2 (dari magma) yang terperangkap di dalamnya sewaktu proses penyejukan lava berlaku, & penyejukan ini kadarnya sederhana >> membentuk Andesit
Batuan ini kaya dengan mineral ferum.. oleh itu tanah yang berada di sekitarnya (hasil luluhawa batuan ini) berwarna kemerahan (mineral ferum yang teroksida)
~Bermalam di Kota Bharu
--------------------------------------------
HARI KEEMPAT_(6/5/10)__________________________________
LOKALITI 11 : KUARI BUKIT YONG (1000am)
Lokaliti kawasan kuari batuan granit. Sebelumnya kami ke singkapan batuan metamorf jenis Syis di belakang sebuah bangunan. Penentuannya berdasarkan struktur foliasi yang kelihatan. Di sini juga terlihat satah ketakselanjaran. Batu Pasir & Shale turut ada.
Di kuari pula terdapat pelbagai jenis Granit (gambar : dalam perjalanan ke kuari dari belakang bangunan). Antaranya ialah Fine-Grained Equigranular Biotite Granite & Coarse Biotite Granite.
Kandungan mineral utama dalam Granit = Kuarza, K-Feldspar.
Mineral sampingan = Biotit
Mineral eksotik (jarang ditemui bersama) = Pirit (Pyrite), Turmalin, Boron
Seusai mencerap kami perlu membuat lakaran keratan rentas dari kawasan metamorf tadi hingga ke kawasan Granit ini. Perkaitannya, di antara kedua2 kawasan ini ada kawasan Contact Metamorphism yang terbentuk akibat pemanasan langsung dari magma yang menerobos (dari Granit)
----------------------------------------
LOKALITI 12 : BUKIT KELUANG (0210pm)
Lokaliti kawasan pantai.. Batuan utamanya (paling dominan) adalah konglomerat. Sebelum mencerap, pakat makan tengah hari di sini dahulu ~ ala2 berkelah gitu :)
Dari Panduan ;
Batu Pasir & Konglomerat benua yang umurnya masih dipertikaikan. Jujukan ini kelihatannya sama dengan Konglomerat Formasi Tembeling. Perhatikan bentuk perlapisan Batu Pasir & Konglomerat. Terdapat Kekanta Pasir dalam Konglomerat & juga Kekanta Konglomerat dalam lapisan Batu Pasir. Perhatikan saiz & bentuk klas Konglomerat. Perhatikan juga bentuk morfologi pantai.
Bentuk perlapisan yang dimaksudkan adalah struktur 'Palung' di mana lapisan Batu Pasir melendut ke bawah & memotong lapisan Konglomerat.
Antara morfologi pantai yang ditemui di sini adalah gerbang laut & gua.. semua tu dapat dilihat sewaktu melalui jejantas yang disediakan (kedudukan jejantas ada dalam gambar atas). Guanya cukup banyak, yang terbentuk hasil daripada hakisan air laut & angin.
Di atas jejantas ada pondok kecil di mana kita dapat melihat keseluruhan pemandangan kawasan pantai di situ~ Subhanallah, cukup indah.. angin di situ cukup deras.. terlihat juga pulau yang berbentuk seperti ikan paus.. Bagiku kawasan ini cukup sesuai sebagai kawasan pelancongan seisi keluarga, terutamanya pada waktu petang >> teringin nak pergi lagi :)
-----------------------------------
LOKALITI 13 : BUKIT BUCU, BATU RAKIT, TERENGGANU (0535pm)
Dari Panduan ;
... Batuan di kawasan ini belum diberi nama litostratigrafi formal. Nama tidak formal yang diberikan ialah unit Bukit Rakit (Yusuf Che Muda, 1979). Di Terengganu tiada batuan berusia Paleozoik Awal. Dari kandungan fosil, batuan di sini ditafsirkan sebagai berusia Paleozoik Akhir Karbon. Dari Lithofacies & jenis fosil batuan di sini ditafsirkan sebagai batuan laut cetek siliklastik.
Menurut Prof,
Jika ada 2 kemiringan, mungkin terdapat struktur antiklin / sinklin di situ, namun perlu perhatikan juga adakah lapisan itu timbul semula di bahagian lain
terdapat Drag Fold (seretan sesar) di sini, pada satah sesar menegak (lateral).
Ada 2 jenis satah menegak, Dextral = lapisan bergerak ke arah kanan, Sinistral = ke kiri
Di sini banyak fosil yang dijumpai, terutamanya di kawasan yang banyak Batu Syal & lubuk fosil itu kelihatan seperti gula dikerumuni semut :)
Antara fosil yang dijumpai adalah fosil Brachiopoda dari spesis Spiriferida & Productida.
---------------------------------------
HARI KELIMA_(7/5/10)___________________________________
LOKALITI 14 : PANTAI CENDERING (0925am)
Lokaliti kawasan pantai. 3 batuan utama di sini ialah Kuarzit, Filit & Fine-Grained Siltstone. Struktur sedimen yang dapat dilihat > Perlapisan, Cross Bedding, Laminasi.
Struktur utama > Lipatan
Dari Panduan ;
Batuan metasedimen (Kuarzit & Filit) Paleozoik Atas. Batuan telah tercangga rencam. Terdapat lipatan besar & di atas sayap lipatan besar ini boleh ditemui lipatan2 kecil. Sesar & struktur canggaan lain banyak terdapat di sini.
Untuk satah perlapisan kita perlu mengukur jurus & kemiringan, tetapi lain pula bagi lipatan kerana lipatan tidak mempunyai satah cuma garisan. Unit pengukuran untuk garis paksi lipatan ialah tunjaman & arah tunjaman.
Di sini kami perlu melakar 3 jenis lipatan pada sebuah singkapan batuan yang besar.
----------------------------------------
LOKALITI 15 : KUALA ABANG (1145am)
Batuan di sini juga mengalami beberapa fasa canggaan (deformation) & ada struktur lipatan dalam lipatan.
Dari Panduan ;
Batuan metasedimen seperti yang terdapat di Tanjung Jara. Selain daripada itu, Filit yang terdapat di sini mengandungi kandungan grafit yang tinggi & struktur lipatan beserta kerdut
Taburan 'batu ajaib' turut ditemui di sini (pernah disiarkan di TV3 dahulukala). Dianggap ajaib kerana batu ini terapung di dalam air. Ia cukup dikenali Geologist sebagai Pumice, sejenis batu volkanik yang penuh dengan rongga.
Struktur tektonik lain turut ditemui > sesar, rekahan & lipatan
---------------------------------------
LOKALITI 16 : KUALA KEMASIK (0245pm)
Dari Panduan ;
Metasedimen Paleozoik Atas dengan kelimpahan Andalusit (Kiastolit) yang
disebabkan oleh metamorfisma pada suhu yang amat tinggi (Rujukan; Chakraborty
& Metcalfe, 1983)
Terdapat Graded Bedding , struktur palung & satah sesar yang mengarah ke Barat.
Mineral Andalusit dapat dijumpai di antara lapisan Batu Lumpur, & membuatkan tekstur Batu Lumpur yang berdekatan lebih kasar
-----------------------------------------
LOKALITI 17 : PANTAI BATU HITAM (0600pm)
Dari Panduan ;
Lava Basalt berusia Pleistosen (1.7 juta tahun). Basalt ini bewarna hitam, berbutir halus, mengandungi mineral Amfibol, Piroksen, Olivin, & Feldspar yang kaya dengan kalsium. Rongga2 vesikal menunjukkan arah aliran. Terdapat kekar2 poligon (kebanyakannya berbentuk hexagon) & kesan luluhawa sferoid. Kekar2 ini terisi oleh oksida besi hasil luluhawa mineral Amfibol, Piroksen & Olivin (mineral2 ini kaya dengan kandungan Fe-Mg).
Mengikut kajian geokronologi, usia Basalt di kawasan Kuantan ini ialah sekitar 2 juta tahun (Kuartenari). Basalt ini mungkin keluar ke permukaan Bumi melalui rekahan2 yang ada & mengalir keluar ke kawasan rendah. Kawasan yang paling tinggi yang boleh kita temui lava Basalt ini ialah di Bukit Tinggi (mungkin di sinilah tempat lava keluar melalui rekahan dalam Bumi). Terdapat aliran yang membeku dalam rekahan sebelum sempat keluar membentuk daik. Daik Dolerit banyak terdapat di sekitar Kuantan, tetapi Daik Dolerit di Kuantan ini dikatakan berusia 110 juta tahun, iaitu jauh lebih tua berbanding lava Basalt
----------------------------------------
HARI KEENAM_(8/5/10)___________________________________
LOKALITI 18 : BULATAN BUNGA CENGKIH (0905am)
Lokaliti singkapan bukit, berhampiran jalan. Di sini terdapat tanah Basalt & tanah Granit.
Seperti yang kelihatan di dalam gambar,
- Tanah Basalt (bahagian atas) = berwarna merah kecoklatan, saiz butiran lebih halus & kaya dengan kandungan Fe-Mg
- Tanah Granit (bahagian bawah) = berwarna kuning kemerahan, saiz butiran lebih kasar & kaya dengan mineral felsik (cerah)
-----------------------------------
LOKALITI 19 : BUKIT CHARAS (1045am)
Antara fosil yang ditemui ialah Trilobit, Rugosa & Brakiopod.
Dari Panduan ;
Merupakan sebahagian daripada Batu Kapur Panching. Di sini merupakan kawasan
kajian arkeologi yang agak penting & kita boleh perhatikan keadaan geomorfologi bukit batu kapur seperti mogot, gua, stalagmit & sebagainya
---------------------------------
LOKALITI 20 : MUZIUM SUNGAI LEMBING, PAHANG (0235pm)
'Lokaliti' dalam muzium ;) ~ ala2 lawatan sambil belajar, cuma lebih fokus kepada sumber & penghasilan bijih timah (dari aspek geologi). Bijih timah diperolehi daripada batu timah, yang boleh wujud dalam bentuk telerang atau dalam bentuk Stockwork (rangkaian yang berlapis). Timah kaya dengan elemen Sn (Sternum)
-----------------------------------
LOKALITI 21 : TELUK CEMPEDAK (0430pm)
Dari Panduan ;
Ya, satu lagi jenis batuan di sini ialah Dolerit, yang hadir dalam bentuk daik. Dolerit ini pula terbahagi kepada tekstur halus & lebih halus. Daik ini merejah di celahan batu Granit & mengalami Chilled-zone (zon penyejukan - magma panas yang menyejuk akibat bersentuhan dengan Granit) manakala batu Granit akan mengalami Baked-zone (zon terpanggang - akibat kepanasan daik yang baru merejah)Terdapat beberapa generasi daik dolerit yang berusia Kapur dalam batuan Granit berusia Paleozoik Atas. Daik Dolerit ini serupa dengan yang terdapat di Bukit Ubi. Usia daik ini ialah 104 juta tahun. Terdapat penggelupasan Granit & luluhawa sferoid. (Rujukan Haile et al 1985)
~ Bermalam di Kuantan
-------------------------------------
HARI KETUJUH_(9/5/10)_________________________________
LOKALITI 22 : KAMPUNG SERI JAYA (0945pm)
Lokaliti tepi jalan. Di sini kami perlu membuat lakaran keseluruhan singkapan (seperti di dalam gambar atas) dari seberang jalan. Di dalam lakaran perlu ada arah, skala, penggunaan simbol & maklumat geologi yang lain.
Lapisan Seri Jaya ini terdiri daripada Batu Syal & Batu Pasir yang termetamorf > Kuarzit. Kami turut diperjelaskan lagi mengenai struktur sedimen & struktur tektonik.
Terdapat Struktur Sedimen Lembut (Soft Sediment Deformation) yang terbentuk sewaktu lapisan itu sedang mengeras dibantu daya graviti yang kemudiannya membentuk lendatan (Slumping). Lipatan yang terbentuk daripada struktur ini turut dikenali sebagai Lipatan Tidak Harmoni (lipatan tidak sekata antara satu sama lain -- rawak)
Struktur Tektonik pula terbentuk selepas sesuatu lapisan itu mengeras. Lipatan tektonik yang terbentuk dari struktur ini dikenali sebagai Lipatan Harmoni (lipatan yang lselari / sekata antara satu sama lain)
------------------------------------
LOKALITI 23 : KAWASAN MARAN / SIMPANG JENGKA (1207pm)
Lokaliti kawasan belakang bangunan / atas bukit. Terdapat perlapisan antara Batu Pasir & Konglomerat.
Dari Panduan ;
Formasi Tembeling yang berusia Jura-Kapur. Merupakan endapan benua & terdiri daripada selang lapis Batu Pasir, Batu Lumpur & Konglomerat yang kebanyakannya berwarna kemerahan
----------------------------------
Lokaliti 'senyap' (Prof tidak akan menjawab sebarang pertanyaan / bersuara sehingga selesai pencerapan -- pelajar harus pandai2 mencerap & berbincang sesama sendiri). Singkapan ini benar2 di hadapan kawasan perumahan. Pada masa yang sama, ada sebilangan kanak2 sedang bermain berhampiran.
Di sini terdapat Konglomerat juga namun berbeza sedikit dengan lokaliti sebelumnya. Matriks Konglomerat di sini terdiri daripada tanah liat / Batu Lumpur. Klastanya daripada Kuarzit & berbentuk lebih bulat. Kami membuat perbandingan di dalam jadual yang telah disediakan & seusainya membuat lakaran.
-------------------------------------
LOKALITI 25 : JALAN PINTAS MENTAKAB - TEMERLOH (0455pm)
Lokaliti berhampiran jalan. Struktur Lendatan (Slumping) dapat dilihat di sini.
Dari Panduan ;
Formasi Semantan (atau dikenali sebagai Formasi Kerdau) : Lapisan Batu Pasir Bertuf berselang lapis dengan Batu Lumpur & sedikit Konglomerat. Jujukan batuan & struktur endapan menunjukkan pengendapan telah berlaku di bawah cerun benua oleh arus kekeruhan / aliran jisimSetelah selesai mencerap & melakar struktur sedimen, di kawasan ini jugalah kami menjalani ujian kemahiran kompas dalam kumpulan masing2. Perkara yang perlu dikuasai adalah cara mengukur jurus & kemiringan sesuatu lapisan, juga cara menentukan arah lapisan itu memiring.
~ Bermalam di Temerloh > penginapan terakhir!!
-------------------------------------------
HARI KELAPAN_(10/5/10)__________________________________
LOKALITI 26 : KUARI KAMPUNG AWAH (0950am)
Lokaliti kawasan kuari. Terdapat empat litologi utama yang berbeza di sini & setiap satunya perlu diperincikan dari segi tekstur, saiz butiran, mineral utama + sampingan & ciri khas. Batu Igneus (Andesit) & Batu Kapur merupakan batuan yang dominan di sini.
Dari Panduan ;
Terdapat klasta Batu Kapur dalam Andesit & juga klasta Andesit dalam Batu Kapur. Sempadan antara Batu Kapur & Andesit sentiasa sangat jelas. Selain dari blok Andesit & Batu Kapur, terdapat juga blok Gabbro, Batu Pasir & Graywacke dalam jumlah yang sedikit
Batu Kapur ini adalah endapan laut cetek & mengandungi fosil Brakipod & Fusulinid berusia Perm Tengah. Andesit mengandungi fenokris besar mineral Piroksen.
Cara pembentukan batuan di sini :
Batu Kapur terendap, kemudian diterobosi oleh letupan Andesit bawah laut di kawasan pemendapan Batu Kapur ini. Jadi, Batu Kapur ini merupakan Xenolit di dalam batuan Andesit (Batu Kapur terletak dalam Andesit). Semasa penerobosan berlaku, Andesit akan memasuki / mengisi rongga2 yang terdapat dalam Batu Kapur. Batu Kapur yang terdapat di sini adalah dari jenis yang sama dengan Batu Kapur yang terdapat di Genting Jengka, berasaskan kandungan fosil di dalamnya.
* Batu Kapur di sini dari jenis Sparit (berbutir kasar), kehadirannya diuji dengan acid HCl
--------------------------------
LOKALITI 27 : KUARI LANCANG (1205pm)
Lokaliti kaki bukit. Batuan di sini digunakan sebagai agregat jalan. Kawasan ini dipenuhi dengan batu Riolit (batu volkanik) yang berwarna kelabu cerah.
Dari Panduan ;
..Dipercayai volkano telah meletus pada masa Trias untuk menghasilkan lava berkomposisi Riolit di kawasan ini.Didapati pada kebanyakan Batu Riolit yang berterabur di lantai kuari mempunyai bulatan2 kecil pada permukaannya. Menurut Prof, ia adalah hasil luluhawa mineral Mangan yang teroksida menjadi Manganese Oxide (MnO). Proses yang lebih lama akan menyebabkan bulatan2 tersebut merebak dalam bentuk Dendritic (bercabang seperti bunga) & akan semakin memanjang.
------------------------------------
LOKALITI 28 : BENTONG (SYIS) (0305pm)
Lokaliti kawasan tepi jalan (lokaliti terakhir). Di sini terdapat Batu Syis, yang kaya dengan kandungan mineral Mika. Sebelumnya, mineral ini terkumpul di dalam Syal dalam kedudukan rawak, kemudian, mampatan berlaku & ia termetamorf menjadi Batu Sabak (Slate). Pada suhu yang lebih tinggi, mineral Kuarza & Mika mula mengahablur semula > membentuk batu Filit. Apabila Filit mengalami tekanan tinggi, mineral akan menjadi lebih kasar & membentuk Syis.
Dari Panduan ;
Syis yang terdapat di sini menunjukkan foliasi yang jelas. Perhatikan terdapat
telerang kuarza yang berkedudukan selari dengan foliasi, sebahagiannya telah
terlipat.