Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

22 April 2013

Resah Seorang Rakyat (2) - Hijrah Positif

No comments:
Seringkali rakyat dimomokkan dengan kehancuran, keganasan, dan kehilangan perpaduan malahan agama jika berlaku pertukaran kepimpinan negara.. 
Seolah-olah tidak memahami peranan pilihan raya dan cara pertukaran *kuasa (uii, *amanah tu, bukan power nak main rebut & tindas orang -- macam kebiasaan penjahat filem & kartun)..
Seolah-olah pihak yang bertanding adalah komunis dan penjajah dari luar negara..
Baik, mungkin jadi begitu kerana belum pernah merasai pertukaran/penambahbaikan corak pemerintahan..
Mungkin kerana belum mengenali peribadi pemimpin pihak lain dari sumber yang sohih..
Mungkin tidak faham apa yang perlu diubah? (kerana kurang faham hukum-hakam & ke*amanan sebenar)..
*Aman fizikal boleh nampak, aman dari sudut hak hanya yang dizalimi merasainya, manakala kita yang memahaminya perlu membantu saudara kita jua, paling kurang pun sokongan + do'a..
Mungkin kerana takut dengan imej Islam yang dibawa (lantaran salah faham mengenai Islam & perlaksanaannya)..
Mungkin berpunca daripada salah faham antara ILMU dan MAKLUMAT?
-->*Tidak semua maklumat adalah ilmu, kerana ILMU adalah maklumat yang MEMBERI MAKNA

Dalam badai kecelaruan yang melanda, hamba yang kejahilan bidang ini terbatas untuk terus bersuara, hanya Allah yang mengetahui segala-galanya!
Persaingan yang sihat, memang memerlukan perincian ADAB bagi setiap orang yang terlibat..
Ada sebahagian pemimpin yang bagus menjalankan amanah tanpa perlu publisiti, ada sebahagian penyokong pula yang 'main kotor'.. begitulah ada vice-versa selagimana ada orang yang belum amanah dalam tugasnya..

Pemimpin yang berILMU dan berAKHLAK akan memerintah dengan amanah dan integriti, bijak menangani masalah & fitnah..
Pemimpin Muslim yang berIMAN & berTAQWA akan meRASA Allah sentiasa melihat apa yang dilakukannya (jadi dia tidak akan menyalahgunakan kuasa yang diberi), menyedari + menunaikan amanah yang digalas mengikut syariat, menjaga tingkah-laku & tutur katanya, menjaga kebajikan semua rakyat -baik yang muslim atau non-muslim..
Apa yang BAIK SEDIA ADA sudah tentu akan DITERUSKAN, yang pincang pula akan diperbaiki..
Adakah ciri-ciri tersebut membawa kepada kehancuran negara?
Kerana sayangkan agama, bangsa dan negara inilah kita perlu HIJRAH ke arah yang lebih baik,
Maka InsyaAllah - Mujahadah + Istiqamah!
*Jom 'Repair' Hati, 'Update' Ilmu, 'Upgrade' Iman, 'Apply' Akhlak, 'Share' Kebaikan. Moga Allah Redha kita semua & selamatkan kita dari kejahilan... T_T

*Tapislah berita dengan ILMU, lebih-lebih lagi apabila media arus perdana dikuasai sebelah pihak sahaja.. Tak mungkin mereka akan siarkan keburukan mereka sendiri, sudah tentu akan didiamkan walaupun terpaksa memfitnah pihak lain.

Allah, selamatkan kami semua daripada segala fitnah & kemungkaran, serta azab api neraka.. sinarilah hati kami dengan cahaya kebenaran agar dapat membezakan antara yang haq & bathil..

Bulan...mengingatkanku kepada keindahan Baginda Rasulullah ﷺ, kehebatan peribadi dan kepimpinannya, juga mengingatkanku kepada pilihan hatiku.. Menuju Mardhatillah-!

"Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya."
(Abu Darda')


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." ~Surah An-Nisa', Ayat 58~

11 January 2013

Syukur Syukurlah..

No comments:
✔ Syukur atas kurniaan PENDENGARAN, iaitu dengan mendengar ilmu yang bermanfaat, bacaan Al-Qur'an, zikr, nasihat..

✔ Syukur atas kurniaan PENGLIHATAN, iaitu dengan menjaga pandangan, melihat alam ciptaan Allah untuk diambil ibrah..

✔ Syukur atas kurniaan LISAN, iaitu dengan berkata yang baik ataupun diam, menyampaikan ilmu & pesanan, menuturkan keindahan kalamNya, zikr nama-namaNya, selawat pada RasulNya..

✔ Syukur atas kurniaan DERIA RASA + SENTUH, iaitu dengan memakan & memegang apa yang telah dihalalkan, menghindari kerosakan tubuh badan..

✔ Syukur atas kurniaan FIZIKAL + KEKUASAAN, iaitu dengan membantu mereka yang memerlukan, menjadi khalifah yang amanah, beramal ibadat dengan lancar..

✔ Syukur atas kurniaan AKAL, iaitu dengan berfikir mengenai kekuasaanNya & bijak membezakan antara yang hak & batil, membezakan kita daripada ciptaan lain, fikir yang membuahkan zikir..

✔ Syukur atas kurniaan HATI, iaitu dengan menguasai rohani, mengawal nafsu, bersih dari sifat mazmumah, & untuk BERSYUKUR..

"Alhamdulillah" [sumber gambar : It's Sunnah]
~ Segala nikmat datang dari Allah hatta jasad + roh kita ini, maka segalanya dikembalikan jua untukNya & kepadaNya mengikut jalan RasulNya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[Surah Ar-Rahman]

16 October 2012

Di Sebalik Singkapan LPT~

No comments:
Setiap perjalanan baru pasti membuatkan diri ini teruja walaupun gementar untuk melaluinya..
Baik di jalan raya mahupun dalam perjalanan hidup..
Terimbau kembali perjalanan pertama ke UKM bersama keluarga, dan hanya akan pulang pada cuti semester / hari raya..
Mula bergerak bersama ibubapa, kemudian memberanikan diri menaiki bas, dan akhirnya memandu sendirian.. namun masih memerlukan alat GPS kerana tidak cakna dengan jalan yang dilalui walaupun sudah banyak kali berulang-alik.. =_=" (jarak dekat masih boleh ingat..)

Antara jalan menarik yang dilalui untuk ke UKM dari Kuantan ialah LPT (Lebuhraya Pantai Timur)..
Setiap jalan yang dilalui pasti akan dilihat singkapan & suasana di bahagian kiri & kanan jalan, terutamanya lanskap & batuan :)
Peranan sebagai 'penumpang' dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengambil gambar secara snap jika ada pemandangan yang menarik.. yup, selalunya dari dalam kereta yang bergerak, namun kali ini abah berhenti agar gambar tersebut lebih jelas ~ (TQ!!)

Ternyata kebanyakan cerun di sekitar LPT terdiri daripada batuan sedimen dalam pelbagai gred luluhawa.. yeah, it's about geology~~
Ada yang warnanya sudah memerah (hampir menjadi tanah) namun kelihatan masih jelas sempadan lapisan antara setiap jenis lapisan batuan..
dan ada 2 lokasi utama di sepanjang jalan ini yang kelihatan masih segar, & itulah yang menjadi tarikan untuk dikongsikan bersama..

*Berdasarkan pengalaman kerjalapangan di Ayer Hitam (keadaan singkapan lebih kurang sama), lapisan putih = tuff (terbentuk daripada abu gunung berapi) & lapisan hitam = lodak / syal.. (mohon teguran daripada pakar jika tersilap)..

1. Di KM 152 (Perjalanan dari Kuantan - KL) *gambar diambil pada tahun 2010*
- Tarikh : 7 Nov 2010
- Waktu : Sekitar pukul 10 pagi
Singkapan di KM 152 ini panjang, pasti keindahannya terakam dengan baik jika menggunakan kamera & lensa yang sesuai..

Pandangan dari sudut kanan singkapan.. kemiringan lapisan yang jelas (ke arah bucu-kiri-bawah gambar)


Pandangan sudut kanan dari jauh..

Pandangan hadapan..

Pandangan keseluruhan dari kanan.. (banding kedudukan singkapan dengan jalan)

Arah kemiringan yang berubah & rencam.. pasti ada lipatan!

Bahagian yang lebih banyak perlapisan berwarna putih (tuff)

Close-up selang lapis antara lapisan tuff (putih) dan lodak/syal (kelabu-hitam)

Sambungan singkapan - kawasan yang lebih banyak lapisan tuff

Terdapat beberapa sesar kecil..
2. Di KM 150 (Perjalanan dari KL - Kuantan) *gambar diambil pada tahun 2011*
- Pada masa ini sudah memandu sendirian, jadi boleh berhenti pada bila-bila masa :)
- Tarikh : 13 Ogos 2011
- Waktu : 10.25 AM
Seperti kesan lipatan jenis mampatan

Sudut kedua..
*Sebelum ini sudah dipaparkan gambar-gambar singkapan ini di FB [link album], Alhamdulillah, mendapat respon daripada junior bahawa dia sekarang sedang berusaha untuk membuat kajian di situ sebagai kerja tesisnya.. Moga dipermudahkan semuanya, InsyaAllah ^^

Tidak sampai seminggu lagi untuk ke Majlis Konvokesyen.. Cepatnya tempoh 3 tahun pengajian berlalu..
Hm.. Secantik manapun rekabentuk & lanskap di kota, tidak dapat melawan keindahan alam yang asli di desa.. ciptaan Allah memang tiada tandingan.. dan keunikan singkapan asli ini terdedah buat tatapan manusia setelah cerun bukit dipotong untuk pembinaan jalan ini.. (pembangunan perlu berpada agar proses alam sekitar tetap seimbang)
Begitu juga dalam hidup.. kita hanya akan mengetahui potensi & peluang apabila kita melalui jalan / kehidupan baru kan.. walaupun banyak jatuh & bangun, kita harus ingat hidup ini suatu ujian, "jangan mengalah walaupun pernah kalah".. dan Allah mengajar kita melalui pengalaman tersebut..
Kunci untuk bergerak menempuhinya adalah keberanian~!

*Agak lama menyepi dalam penulisan blog.. bukan kerana tidak ada sesuatu untuk dikongsi, malah terlalu banyak yang berlaku untuk ditapis agar yang dikongsikan bermanfaat untuk pembaca & tidak mengarut.. sedang berusaha mengurangkan post mengenai perasaan diri sendiri (melainkan ada pengalaman yang baik untuk dikongsi) & mahu melebihkan post berunsur ilmiah.. InsyaAllah.
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~Surah An-Nisa', Ayat 100~