Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)
Showing posts with label Bahan Bumi. Show all posts
Showing posts with label Bahan Bumi. Show all posts

13 June 2010

'Sinki' Terbesar di Bumi?

No comments:
Ia bukan sebarang sinki, ia menelan segala apa yang ada di atasnya. Kehadirannya menggemparkan & cara ia terbentuk kelihatan sungguh luar biasa. Jeng3x~ itulah Sinkhole, atau 'Lubang Sinki' (terjemah direct ja ni). Kejadian terbaru berlaku pada akhir bulan lepas (30 Mei 2010) di Bandar Guatemala, Amerika Tengah & disiarkan di dalam berita pada 1 Jun.


Ini contoh Sinkhole yang berlaku di kawasan padang (dicedok dari bing.com)

Sinkhole adalah sejenis mendapan tanah yang berbentuk bulat (selalunya membentuk corong yang dalam. Ia terbentuk apabila batuan di dalamnya terlarut. Kebiasaannya ia berlaku di kawasan yang kaya dengan Batu Kapur (sejenis batuan sedimen dari kalsium karbonat yang terbentuk di lautan cetek & kurang tumpat). Jika ada Batu Kapur di daratan, maka dapat disimpulkan kawasan itu dahulunya ditenggelami lautan cetek. Batu ini mudah terlarut / terhakis (Dissolution Process) terutamanya dengan asid karbonik yang boleh didapati bersama air hujan / terkumpul bersama air bawah tanah.

Pembentukan Solution Sinkhole (klik gambar untuk lebih jelas, sumber)

Sinkhole yang berkaitan dengan larutan Batu Kapur dipanggil Solution Sinkhole. Apabila Batu Kapur di bawah tanah terlarut, rongga akan terbentuk & pada saat ini, kekuatan struktur tanah sudah mulai lemah. Struktur ini mulai runtuh apabila berat di atas tanah sudah tidak dapat ditampung lagi (++ pembangunan diatasnya). Sinkhole jenis ini berlaku di kawasan yang landai / sedikit curam.


Pembentukan Collapse Sinkhole (sumber)

Collapse Sinkhole pula berlaku apabila atap gua runtuh akibat berat yang berlebihan diatasnya. Ia biasa berlaku terhadap gua bawah tanah yang kaya dengan air bawah tanah. Paras air bawah tanah pula sering berubah, seiring dengan cuaca sekitar. Jika bekalan air bawah tanah ini berkurangan (kerana kekurangan hujan / musim kemarau), rongga akan terbentuk & sokongan struktur menjadi lemah. Ia juga boleh berlaku akibat perbuatan manusia yang mengepam air bawah tanah melebihi had.

Gambarajah umum pembentukan Sinkhole (sumber)

Kini berbalik kepada kejadian di Guatemala yang telah 'menelan' bangunan setinggi 3 tingkat itu. Sinkhole ini dikatakan mempunyai diameter lebih kurang 18 meter & sedalam 100 meter. Menurut suatu sumber berita luar negara, Sinkhole ini terbentuk sejurus selepas berlakunya Ribut Tropika Agatha. U.S Geological Survey menyatakan kejadian ini paling kerap berlaku di Florida, Texas, Alabama, Missouri, Kentucky, Tennessee & Pennsylvania. Berikut adalah gambar Sinkhole di Guatemala :


Mengerikan.. 'bulat molek' pulak tu.. (sumber)

Beberapa polis sedang berbincang berdekatan Sinkhole itu (dicedok dari Bing.com)

Dari sumber NatGeo News, Beberapa pakar Geologi telahpun menyiasat kawasan ini, antaranya En. Sam Bonis (Geologist di Dartmouth College, New Hampshire yang tinggal di bandar itu juga). Menariknya, beliau menyatakan kejadian ini disebabkan oleh sistem perpaipan bawah tanah bandar itu yang bocor, ditambah dengan struktur batuan bawah tanah -- terdiri daripada Batu Pumis (sejenis Batu Volkanik berongga), yang terdeposit sewaktu letusan gunung berapi zaman lampau.

Menurut beliau lagi, sifat Pumis di bandar itu longgar & mudah terhakis oleh sebarang pergerakan air. Hmm.. suatu yang logik juga untuk difikirkan. Semua kondisi tersebut menjadi 'resipi' kepada bencana ini yang akhirnya 'dibongkar' dengan izin Allah oleh ribut yang melandanya. Kesimpulan beliau, kejadian ini bukan Sinkhole kerana ia tidak memenuhi 'syarat' pembentukan Sinkhole (Batu Kapur tidak ditemui di bawah kawasan bandar itu).

Alhamdulillah setakat ini tiada Sinkhole yang serius seperti ini berlaku di Malaysia, hanya yang kecil2an (Ya Allah jauhilah kami dari bala bencana & Su'ulkhatimah), itupun kebanyakannya berlaku di kawasan bukit batu kapur yang jarang orang mahu 'menempat' di situ. Zaman ini, banyak bencana alam berlaku dikaitkan dengan perbuatan manusia yang mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka Bumi ini. Perumahan dilakukan sesuka hati serta melampaui had, hasil Bumi dikaut dengan rakusnya tanpa ada usaha berterusan untuk memeliharanya kembali ~ lebih kurang prinsip Output melebihi Input = tidak efektif!

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." -Surah As-Syura, Ayat 30-

*Ulasan dari berita berdasarkan rujukan di bawah.. Selainnya, Wallahua'lam.. :)

Rujukan berita dari LiveScience & NatGeo Daily News (klik untuk liputan penuh)

Info selanjutnya (bacaan tambahan) yang berkaitan : Sinkhole Org & Wiki.

23 May 2010

Kerjalapangan Geologi Pantai Timur~

3 comments:
Tarikh : 3/5/10 - 10/5/10 (8 hari - ketika cuti semester)
Lokaliti : Sekitar Pahang, Kelantan & Terengganu (28 Lokaliti)
* Satu hari 3 - 4 lokaliti *

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, mengikut abjad (A - D) + warna & masing2 kumpulan ada Prof tersendiri. Kumpulanku (D -- hijau) dengan Dr. Wan Zuhairi~ Setiap hari kami perlu menyiapkan laporan tiap2 lokaliti pada kertas yang telah disediakan & perlu dihantar keesokan harinya > maka menjadi rutin hampir tiap2 malam berjaga menjadi 'kelawar', bersama2 menyiapkan laporan dengan rakan sebilik (haha..Best jugak walaupun 'fenin' ~ pengalaman & pengajaran yang bermakna :). Hui.. Itupun kalau tidak mengantuk hasil makan lewat malam (Masakan tidak, waktu Maghrib baru check-in hotel > berkejaran dengan masa).
Get set, Geologist! Into the baking sunshine, into the pouring rain, up to the steep hills, And off we go....... . .. . .. .

HARI PERTAMA_(3/5/10)__________________________________
LOKALITI 1 : JALAN BENTONG - RAUB (1207pm)

Lokaliti di tepi jalan. Di sini terdapat Lapisan rijang (chert) & Argilit di bahagian kiri singkapan manakala lapisan merah (Redbeds) yang terdiri daripada lapisan Konglomerat & Batu Pasir di bahagian kanan. Terdapat sempadan antara Lapisan Merah & Lapisan Rijang.

Di lokaliti ini juga kami dikehendaki untuk mengukur jurus dan kemiringan lapisan kedua-dua bahagian. Masa agak suntuk & situasi agak bercelaru apabila keliru dengan penggunaan kompas, ++ lapisan rijang yang miring ke dalam, suatu perkara yang baru bagi kami yang selama ini hanya terdedah dengan lapisan yang miring ke kanan / kiri~ yah, inilah pelajaran, belum hadapi, belumlah mengerti.. :)

Antara yang perlu dikaji : Ciri utama batuan, satah perlapisan & sifatnya, ketebalan lapisan

Nota + ;

Batu Pasir ber'pebble' = pebble <50%,>50% = Konglomerat

Kekar (joint) = sejenis struktur tektonik di mana
retakan berlaku namun tidak melibatkan peralihan kedudukan lapisan / batuan

3 Jenis satah : sesar, perlapisan, kekar


---------------------------------------------
LOKALITI 2 : JALAN RAUB - BENTA (0215pm)


Lokaliti di Jeram Besu, kawasan Kompleks Migmatit Benta. Dipanggil kompleks kerana terdapat banyak jenis batuan igneus dalam satu kawasan, antaranya Monzonit, Diorit, Sienit & Pegmatit. Batuan Metamorf pun ada (Gneiss) & Telerang Kuarza.

Terdapat banyak juga kesan slickenside (kesan geseran antara 2 batuan yang menghasilkan pembentukan mineral lain di dasar batuan yang digeser - boleh tentukan arah gerakan batuan di atasnya)

Nota + ;

Igneus - tekstur homogen

Penghabluran magma : Lambat >> tekstur kasar, Cepat >> tekstur halus

------------------------------------------
LOKALITI 3 : KUALA LIPIS (0455pm)


Lokaliti di kawasan bukit yang terdedah > pembangunan perumahan berhampiran..hm.. kawasan ini makin 'terhakis' nampaknya.. Kawasan ini ada Batu Pasir Myophoria (berdasarkan fosil Myophoria yang dijumpai)

Dari buku panduan;

Nama Batu Pasir Myophoria amat terkenal pada awal abad ke-20. Dari batuan inilah
rekod terawal fosil dilaporkan di Malaysia. Antara fosil yang ditemui termasuklah Costatoria, Myophoria, Entolium, kesemuanya dari kumpulan bivalvia berusia Trias Tengah.

Fosil paling banyak dijumpai ~ Costatoria pahangensis...
masing2 gembira bila jumpa fosil :) & ada yang bawa balik untuk kenangan~

Nota + ;


  • Untuk menentukan kemiringan > perlu lihat singkapan dari jarak dekat (lebih efektif jika guna board & letakkan selari dengan satah lapisan, kemudian letakkan kompas pada board)
  • Ada struktur 'Palung' = struktur sedimen yang melendut di bawah, yang memotong lapisan di bawahnya (berbentuk seperti palung)
  • Liesegang = mendapan teroksida pada lapisan

~Bermalam di Kuala Lipis, Pahang


---------------------------------------------------
HARI KEDUA _(4/5/10)___________________________________
LOKALITI 4 : LOMBONG EMAS PENJOM, KUALA LIPIS PAHANG (1220pm)

Lokaliti lombong dedah. Setibanya di kawasan ini, kami dibawa ke pejabatnya untuk taklimat umum mengenai sejarah & proses (dalam bentuk tayangan powerpoint). Kemudian kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan ke lombong dedah dahulu manakala 1 lagi ke kilang pemprosesan & akan switch bila selesai.

Nota Panduan ;

..batuan sedimen termetamorf yang mungkin mengandungi butiran halus emas dihancurkan & diproses. Batuan sedimen ini terdiri daripada syal bergrafit (berkarbon), batu pasir & tuf yang berselang lapis antara 1 sama lain. Kekanta batu kapur juga turut ditemui.

Masa pergi ke kilang pemprosesan, kena pakai topi keselamatan, sesampai di sana ditaklimat ringkas mengenai bahagian2 kilang itu. Selepas tu kami dibawa ke 'Bilik Emas' di mana kami dapat melihat secara live penghasilan jongkong emas dari saat pembakaran hingga ke pembentukan jongkong emas..tapi lihat disebalik kaca la ;) hanya Profs yang dibenarkan masuk.. Jongkong emas yang telah sejuk diberi pegang kepada semua, namun ruang terhad noo.. jadi sebahagian yang dok betul2 depan pintu bilik tu dapat pegang jongkong bernilai RM600,000..hee.. ambe pon tak sempat sentuh, dapat tengok pun jadi la :)

Untuk ke lombong dedah, tunggu giliran kumpulan untuk switch naik bas. Pakat duduk berlonggok di bawah teduhan tempat parking para pekerja. Setibanya di sana, terlihatlah sebuah pemandangan yang penuh dengan longgokan batuan kuari (gambar di atas). Di bawah sana merupakan lombong dedah. Menurut pengurus di situ, paras tempat kami berdiri ialah 980 kaki (bukan dari paras laut)..dasarnya pada paras 777 kaki. Di sini ada Calcareous Shale & Carbonaceous Shale (kelabu kehitaman).

Pyrite (fool's gold) juga boleh dijumpai (seakan2 emas tapi lebih gelap warnanya). Pyrite biasa ditemui bersama telerang kalsit, manakala emas biasa ditemui bersama telerang kuarza yang merejah syal bergrafit (berkarbon).

-----------------------------------------------
LOKALITI 5 : JALAN PADANG TENGKU - MERAPOH (0320pm)

Lokaliti di tepi jalan.. bahu jalan sangat sempit, jadi hanya beberapa pelajar yang dibenarkan pergi ke kawasan singkapan volkanoklas (jalan lebih sedikit ke depan) manakala yang lain melihat dari jauh sambil mendengar penerangan Prof Ibrahim. Menurut Prof, dahulu kawasan ini ada penghadang besi namun jalan raya ini telah diperluaskan.

Nota Panduan ;

Batuan volkanoklas berfoliasi. Batuan segar berwarna kehijauan & perluluhawaan menyebabkan perubahan warna menjadi kemerahan.

Nota + ;


  • Singkapan yang berwarna kuning = Tonalit (sejenis batuan igneus felsik). Tonalit merejah volkanoklas ada cleavage
  • Perincian Sesar : 3 Jenis > Normal (hanging wall naik), Reverse (hanging wall turun), Lateral (dextral = lapisan bergerak ke kanan, Sinistral = lapisan bergerak ke kiri)
  • Drag Fold = sejenis struktur tektonik yang berlaku apabila 2 lapisan bergeser antara 1 sama lain & salah satu lapisan akan membengkok mengikut arah geseran lapisan 1
  • Fault Gouge (Bubuk Sesar) = sejenis batuan hasil daripada pergeseran sesar yang terdiri daripada batuan hancur

Di sini, batuan metamorf ada 2 jenis : Cataclastic (berasosiasi dengan zon sesar & tiada ira), Mylonite (terbentuk daripada proses hablur-plastik & ada ira)


------------------------------------------------------
LOKALITI 6 : GUA MUSANG (0550pm)

Lokaliti gua batu kapur. Terdiri daripada Batu Kapur & Syal Berkapur (Marl). Formasi Gua Musang yang berusia Perm-Trias.

Batu kapur di sini adalah dari jenis sparite (berbutir kasar), mempunyai alokim (bahan asing) daripada Ooid, & berwarna kelabu cerah.

Sifat perlapisan = Berselang lapis nipis cerah-gelap

Fitur geomorfologi yang berkaitan dengan proses perlarutan batu kapur ; Stalaktit, Stalagmit, Curtain & Pillar (stalaktit yang bersambung dengan stalagmit, membentuk tiang)

~Bermalam di Kota Bharu


--------------------------------------------
HARI KETIGA_(5/5/10)__________________________________
LOKALITI 7 : JALAN GUA MUSANG - KUALA KRAI (1010am)

Lokaliti bekas kuari. Kawasan ini lapang & berumput, dipenuhi dengan 'periuk api bio' (tahi lembu), namun bau yang paling menusuk kalbu ialah bau tilam terbuang sedang mereput di situ (ujian ketahanan hidung la katakan) ;) Singkapannya seperti yang terlihat di gambar, belakang Prof Ibrahim yang sedang melukis ciri2 singkapan tersebut.

Terdapat 2 jenis batuan yang utama, satu tersingkap secara luas (Andesit berporfir) & jenis kedua yang agak terhad (Batu Lodak). Batu Lodak telah direjah oleh batuan igneus (Andesit berporfir) & mengalami Contact Metamorphism. Terdapat juga batu Shale & yang termetamorf kepada Batu Sabak (Slate).


------------------------------------------------
LOKALITI 8 : JALAN KUALA KRAI - TEMANGAN (0110pm)


Lokaliti kawasan Syis Taku. Lokaliti yang mencabar kudrat & semangat~! Kawasan ini berbukit, & batuan tersebut tersingkap di tebing jalan yang tidak bertar. Kelihatan seperti tanah cerah yang biasa, namun jika diamati, terdapat banyak serpihan mineral Muscovite yang terkenal dengan sifat bersinar & berkeping.. Seakan2 Glitter.. (Syis Taku kaya dengan mineral ini). batuan ini juga rapuh & ciri utamanya adalah foliasi yang jelas [recall : Syis = sejenis batu metamorf].

Mineral unik yang boleh didapati dalam syis ini ialah Garnet (berbiji merah), namun taburannya tidak luas (sukar dijumpai). Struktur unik yang baru diperkenalkan = Boudinage (berbentuk seperti sosej - memanjang) > terbentuk apabila struktur 'Ramping & Ampul' (Pinch & Swell) dipotong oleh kekar. Telerang kuarza yang termetamorf membentuk struktur2 unik ini (ditekan & ditarik dari pelbagai arah...)

Dari Panduan ;

Syis Taku ialah satu jasad syis yang tersingkap di bahagian utara Kelantan dengan keluasan 750km persegi.

Nama Syis? = Quartz Mica Schist

Setelah itu bermulalah kembara mendaki bukit.. mula2 mendaki melalui jalan tanah yang tersedia & berhenti sat untuk melepaskan penat dengan makan + rehat. Kemudian meneruskan perjalanan meredah hutan dengan kecuraman berganda, sehingga tiba di destinasi bekas lombong besi (Hematit) >>matahari terik membahang. Kawasan atas bukit ini dilawati sebagai extra-knowledge (extra-tenaga juga diperlukan ;p) & dapat melihat kawasan Formasi Gua Musang dari jauh.


----------------------------------------------
LOKALITI 9 : JALAN TEMANGAN - KUALA KRAI (0355pm)


Lokaliti tepi jalan, kawasan cerapan batu Ignimbrit.

Ignimbrit = Sejenis batuan piroklas yang mendap dalam keadaan panas > menghasilkan tekstur yang berbeza sedikit berbanding batuan piroklas lain

Dari Panduan ;

Ignimbrit di kawasan ini membentuk banjaran perbukitan sepanjang 15 batu panjang & 0.5 batu lebar > menganjur hampir Utara-Selatan.
Ia menunjukkan struktur porfir dengan kuarza & feldspar sebagai fenokris. Terdapat juga serpihan batuan
Sesetengah pengkaji menafsirkan ignimbrit ini adalah terobosan yang melalui sesar Lebir di kawasan Felda Aring 10, iaitu berdekatan dengan Sungai Lebir

Tidak banyak cerapan yang dilakukan, lebih kepada mendengar penerangan Profs~


-------------------------------------------
LOKALITI 10 : JALAN TEMANGAN (0445pm)


Lokaliti batuan volkanik... 1 lagi bukti bahawa telah wujudnya aktiviti volkano di Malaysia suatu ketika dahulu, cuma prosesnya berbeza dengan apa yang telah berlaku di negara2 kawasan Lingkaran Api Pasifik.. PANGEA (hanyutan benua) juga mungkin menjadi salah satu faktornya

Batuan volkanik yang ditemui di sini adalah Andesit, sejenis batu volkanik (extrusive) kategori perantaraan (sederhana kasar / halus)

Apa buktinya ini batuan volkanik? Berbalik kepada ciri2 batu tersebut, ia mempunyai rongga (Amygdule) yang terisi dengan mineral secondary seperti kalsit & zeolit. Rongga2 itu terbentuk apabila gas2 (dari magma) yang terperangkap di dalamnya sewaktu proses penyejukan lava berlaku, & penyejukan ini kadarnya sederhana >> membentuk Andesit

Batuan ini kaya dengan mineral ferum.. oleh itu tanah yang berada di sekitarnya (hasil luluhawa batuan ini) berwarna kemerahan (mineral ferum yang teroksida)

~Bermalam di Kota Bharu


--------------------------------------------
HARI KEEMPAT_(6/5/10)__________________________________
LOKALITI 11 : KUARI BUKIT YONG (1000am)


Lokaliti kawasan kuari batuan granit. Sebelumnya kami ke singkapan batuan metamorf jenis Syis di belakang sebuah bangunan. Penentuannya berdasarkan struktur foliasi yang kelihatan. Di sini juga terlihat satah ketakselanjaran. Batu Pasir & Shale turut ada.

Di kuari pula terdapat pelbagai jenis Granit (gambar : dalam perjalanan ke kuari dari belakang bangunan). Antaranya ialah Fine-Grained Equigranular Biotite Granite & Coarse Biotite Granite.

Kandungan mineral utama dalam Granit = Kuarza, K-Feldspar.

Mineral sampingan = Biotit

Mineral eksotik (jarang ditemui bersama) = Pirit (Pyrite), Turmalin, Boron

Seusai mencerap kami perlu membuat lakaran keratan rentas dari kawasan metamorf tadi hingga ke kawasan Granit ini. Perkaitannya, di antara kedua2 kawasan ini ada kawasan Contact Metamorphism yang terbentuk akibat pemanasan langsung dari magma yang menerobos (dari Granit)


----------------------------------------
LOKALITI 12 : BUKIT KELUANG (0210pm)


Lokaliti kawasan pantai.. Batuan utamanya (paling dominan) adalah konglomerat. Sebelum mencerap, pakat makan tengah hari di sini dahulu ~ ala2 berkelah gitu :)

Dari Panduan ;

Batu Pasir & Konglomerat benua yang umurnya masih dipertikaikan. Jujukan ini kelihatannya sama dengan Konglomerat Formasi Tembeling. Perhatikan bentuk perlapisan Batu Pasir & Konglomerat. Terdapat Kekanta Pasir dalam Konglomerat & juga Kekanta Konglomerat dalam lapisan Batu Pasir. Perhatikan saiz & bentuk klas Konglomerat. Perhatikan juga bentuk morfologi pantai.

Bentuk perlapisan yang dimaksudkan adalah struktur 'Palung' di mana lapisan Batu Pasir melendut ke bawah & memotong lapisan Konglomerat.

Antara morfologi pantai yang ditemui di sini adalah gerbang laut & gua.. semua tu dapat dilihat sewaktu melalui jejantas yang disediakan (kedudukan jejantas ada dalam gambar atas). Guanya cukup banyak, yang terbentuk hasil daripada hakisan air laut & angin.

Di atas jejantas ada pondok kecil di mana kita dapat melihat keseluruhan pemandangan kawasan pantai di situ~ Subhanallah, cukup indah.. angin di situ cukup deras.. terlihat juga pulau yang berbentuk seperti ikan paus.. Bagiku kawasan ini cukup sesuai sebagai kawasan pelancongan seisi keluarga, terutamanya pada waktu petang >> teringin nak pergi lagi :)


-----------------------------------
LOKALITI 13 : BUKIT BUCU, BATU RAKIT, TERENGGANU (0535pm)


Lokaliti atas bukit, belakang rumah orang.. mendaki di atas perlapisan batuan yang hampir menegak. Lapisan nipis terdiri daripada Batu Syal, manakala yang lebih tebal terdiri daripada Batu Pasir

Dari Panduan ;

... Batuan di kawasan ini belum diberi nama litostratigrafi formal. Nama tidak formal yang diberikan ialah unit Bukit Rakit (Yusuf Che Muda, 1979). Di Terengganu tiada batuan berusia Paleozoik Awal. Dari kandungan fosil, batuan di sini ditafsirkan sebagai berusia Paleozoik Akhir Karbon. Dari Lithofacies & jenis fosil batuan di sini ditafsirkan sebagai batuan laut cetek siliklastik.

Menurut Prof,
Jika ada 2 kemiringan, mungkin terdapat struktur antiklin / sinklin di situ, namun perlu perhatikan juga adakah lapisan itu timbul semula di bahagian lain

terdapat Drag Fold (seretan sesar) di sini, pada satah sesar menegak (lateral).

Ada 2 jenis satah menegak, Dextral = lapisan bergerak ke arah kanan, Sinistral = ke kiri

Di sini banyak fosil yang dijumpai, terutamanya di kawasan yang banyak Batu Syal & lubuk fosil itu kelihatan seperti gula dikerumuni semut :)
Antara fosil yang dijumpai adalah fosil Brachiopoda dari spesis Spiriferida & Productida.


---------------------------------------
HARI KELIMA_(7/5/10)___________________________________
LOKALITI 14 : PANTAI CENDERING (0925am)

Lokaliti kawasan pantai. 3 batuan utama di sini ialah Kuarzit, Filit & Fine-Grained Siltstone. Struktur sedimen yang dapat dilihat > Perlapisan, Cross Bedding, Laminasi.

Struktur utama > Lipatan

Dari Panduan ;

Batuan metasedimen (Kuarzit & Filit) Paleozoik Atas. Batuan telah tercangga rencam. Terdapat lipatan besar & di atas sayap lipatan besar ini boleh ditemui lipatan2 kecil. Sesar & struktur canggaan lain banyak terdapat di sini.

Untuk satah perlapisan kita perlu mengukur jurus & kemiringan, tetapi lain pula bagi lipatan kerana lipatan tidak mempunyai satah cuma garisan. Unit pengukuran untuk garis paksi lipatan ialah tunjaman & arah tunjaman.

Di sini kami perlu melakar 3 jenis lipatan pada sebuah singkapan batuan yang besar.


----------------------------------------
LOKALITI 15 : KUALA ABANG (1145am)

Lokaliti kawasan pantai.. Litologi batuan di sini sama seperti di Pantai Cendering. Berdasarkan gambar di atas, batuan yang tertonjol keluar itu ialah Kuarzit (batuan metamorf yang tinggi ketahanannya) manakala yang melekuk (lebih terhakis daripada Kuarzit) adalah Filit.
Batuan di sini juga mengalami beberapa fasa canggaan (deformation) & ada struktur lipatan dalam lipatan.

Dari Panduan ;

Batuan metasedimen seperti yang terdapat di Tanjung Jara. Selain daripada itu, Filit yang terdapat di sini mengandungi kandungan grafit yang tinggi & struktur lipatan beserta kerdut

Taburan 'batu ajaib' turut ditemui di sini (pernah disiarkan di TV3 dahulukala). Dianggap ajaib kerana batu ini terapung di dalam air. Ia cukup dikenali Geologist sebagai Pumice, sejenis batu volkanik yang penuh dengan rongga.
Struktur tektonik lain turut ditemui > sesar, rekahan & lipatan


---------------------------------------
LOKALITI 16 : KUALA KEMASIK (0245pm)

Lokaliti kawasan pantai. Perlapisan batuan dapat dilihat dari jauh

Dari Panduan ;

Metasedimen Paleozoik Atas dengan kelimpahan Andalusit (Kiastolit) yang
disebabkan oleh metamorfisma pada suhu yang amat tinggi (Rujukan; Chakraborty
& Metcalfe, 1983)

Terdapat Graded Bedding , struktur palung & satah sesar yang mengarah ke Barat.
Mineral Andalusit dapat dijumpai di antara lapisan Batu Lumpur, & membuatkan tekstur Batu Lumpur yang berdekatan lebih kasar


-----------------------------------------
LOKALITI 17 : PANTAI BATU HITAM (0600pm)

Lokaliti kawasan pantai, dengan taburan batuan Basalt. Apa yang perlu diperhatikan di sini ialah cirian lapangan, mineral & bentuk retakan.

Dari Panduan ;

Lava Basalt berusia Pleistosen (1.7 juta tahun). Basalt ini bewarna hitam, berbutir halus, mengandungi mineral Amfibol, Piroksen, Olivin, & Feldspar yang kaya dengan kalsium. Rongga2 vesikal menunjukkan arah aliran. Terdapat kekar2 poligon (kebanyakannya berbentuk hexagon) & kesan luluhawa sferoid. Kekar2 ini terisi oleh oksida besi hasil luluhawa mineral Amfibol, Piroksen & Olivin (mineral2 ini kaya dengan kandungan Fe-Mg).

Mengikut kajian geokronologi, usia Basalt di kawasan Kuantan ini ialah sekitar 2 juta tahun (Kuartenari). Basalt ini mungkin keluar ke permukaan Bumi melalui rekahan2 yang ada & mengalir keluar ke kawasan rendah. Kawasan yang paling tinggi yang boleh kita temui lava Basalt ini ialah di Bukit Tinggi (mungkin di sinilah tempat lava keluar melalui rekahan dalam Bumi). Terdapat aliran yang membeku dalam rekahan sebelum sempat keluar membentuk daik. Daik Dolerit banyak terdapat di sekitar Kuantan, tetapi Daik Dolerit di Kuantan ini dikatakan berusia 110 juta tahun, iaitu jauh lebih tua berbanding lava Basalt


----------------------------------------
HARI KEENAM_(8/5/10)___________________________________
LOKALITI 18 : BULATAN BUNGA CENGKIH (0905am)


Lokaliti singkapan bukit, berhampiran jalan. Di sini terdapat tanah Basalt & tanah Granit.

Seperti yang kelihatan di dalam gambar,

  • Tanah Basalt (bahagian atas) = berwarna merah kecoklatan, saiz butiran lebih halus & kaya dengan kandungan Fe-Mg
  • Tanah Granit (bahagian bawah) = berwarna kuning kemerahan, saiz butiran lebih kasar & kaya dengan mineral felsik (cerah)

-----------------------------------
LOKALITI 19 : BUKIT CHARAS (1045am)


Lokaliti kawasan gua (Gua Charas). Pada awal ketibaan, kami membuat cerapan di sekitar kaki bukit. Nama khas bukit batu kapur ini ialah Karst (hasil larutan & hakisan pada batu kapur - menjadikan bukit batu kapur mempunyai kecuraman yang hampir menegak).


Didapati batuan sedimen di situ berada dalam keadaan menegak daripada mendapan asal berdasarkan kepada kedudukan cangkerang fosil yang ditemui bersama.. Batu Kapur di sini adalah dari jenis Bio-Sparit (Bio = ada fosil, Sparit = butiran kasar)


Antara fosil yang ditemui ialah Trilobit, Rugosa & Brakiopod.

Dari Panduan ;


Merupakan sebahagian daripada Batu Kapur Panching. Di sini merupakan kawasan
kajian arkeologi yang agak penting & kita boleh perhatikan keadaan geomorfologi bukit batu kapur seperti mogot, gua, stalagmit & sebagainya

Seterusnya menaiki tangga2 yang tinggi & curam menuju Gua Charas. Termengah2 juga dibuatnya~.. Anjing2 banyak berkeliaran, gerun gak tapi kena buat tak kisah lalu sebelahnya. Kawasan ini dijadikan kawasan keagamaan Hindu & Buddha, pada masa yang sama sebagai kawasan pelancongan + aktiviti mendaki.


Sesampainya di atas, masing2 melepaskan penat.. 'tabik spring' sama Profs yang sentiasa bertenaga~ :) Di sini kami mengkaji morfologi di dalam gua seperti Stalaktit, Stalagmit (pada lantai gua), Pillar, Curtain & Swallow hole.



---------------------------------
LOKALITI 20 : MUZIUM SUNGAI LEMBING, PAHANG (0235pm)



'Lokaliti' dalam muzium ;) ~ ala2 lawatan sambil belajar, cuma lebih fokus kepada sumber & penghasilan bijih timah (dari aspek geologi). Bijih timah diperolehi daripada batu timah, yang boleh wujud dalam bentuk telerang atau dalam bentuk Stockwork (rangkaian yang berlapis). Timah kaya dengan elemen Sn (Sternum)


-----------------------------------
LOKALITI 21 : TELUK CEMPEDAK (0430pm)


Lokaliti kawasan pantai, di Kuantan Pahang. Pantai Teluk Cempedak (T.C) ini antara pantai yang popular di Kuantan & mempunyai banyak kemudahan serta gerai. Pantainya curam (tebing pasir kurang). Kawasan ini mempunyai taburan batu Granit yang dominan, di mana ia hadir dalam bongkah2 yang besar

Dari Panduan ;

Terdapat beberapa generasi daik dolerit yang berusia Kapur dalam batuan Granit berusia Paleozoik Atas. Daik Dolerit ini serupa dengan yang terdapat di Bukit Ubi. Usia daik ini ialah 104 juta tahun. Terdapat penggelupasan Granit & luluhawa sferoid. (Rujukan Haile et al 1985)

Ya, satu lagi jenis batuan di sini ialah Dolerit, yang hadir dalam bentuk daik. Dolerit ini pula terbahagi kepada tekstur halus & lebih halus. Daik ini merejah di celahan batu Granit & mengalami Chilled-zone (zon penyejukan - magma panas yang menyejuk akibat bersentuhan dengan Granit) manakala batu Granit akan mengalami Baked-zone (zon terpanggang - akibat kepanasan daik yang baru merejah)

~ Bermalam di Kuantan


-------------------------------------
HARI KETUJUH_(9/5/10)_________________________________
LOKALITI 22 : KAMPUNG SERI JAYA (0945pm)


Lokaliti tepi jalan. Di sini kami perlu membuat lakaran keseluruhan singkapan (seperti di dalam gambar atas) dari seberang jalan. Di dalam lakaran perlu ada arah, skala, penggunaan simbol & maklumat geologi yang lain.

Lapisan Seri Jaya ini terdiri daripada Batu Syal & Batu Pasir yang termetamorf > Kuarzit. Kami turut diperjelaskan lagi mengenai struktur sedimen & struktur tektonik.

Terdapat Struktur Sedimen Lembut (Soft Sediment Deformation) yang terbentuk sewaktu lapisan itu sedang mengeras dibantu daya graviti yang kemudiannya membentuk lendatan (Slumping). Lipatan yang terbentuk daripada struktur ini turut dikenali sebagai Lipatan Tidak Harmoni (lipatan tidak sekata antara satu sama lain -- rawak)


Struktur Tektonik pula terbentuk selepas sesuatu lapisan itu mengeras. Lipatan tektonik yang terbentuk dari struktur ini dikenali sebagai Lipatan Harmoni (lipatan yang lselari / sekata antara satu sama lain)


------------------------------------
LOKALITI 23 : KAWASAN MARAN / SIMPANG JENGKA (1207pm)


Lokaliti kawasan belakang bangunan / atas bukit. Terdapat perlapisan antara Batu Pasir & Konglomerat.

Dari Panduan ;


Formasi Tembeling yang berusia Jura-Kapur. Merupakan endapan benua & terdiri daripada selang lapis Batu Pasir, Batu Lumpur & Konglomerat yang kebanyakannya berwarna kemerahan

Susunan butiran Konglomerat di sini bersifat Parakonglomerat (mempunyai ruang -- konglomerat yang tidak padat). Secara amnya ia berwarna coklat kemerahan. Klastanya berbentuk Sub-angular to Rounded. Matriks Konglomerat (butiran dasar selain Klasta) terdiri daripada Batu Pasir. Jika jumlah klasta kurang dari 50%, ia dipanggil Batu Pasir berpebble . Antara struktur sedimen yang dapat dilihat ialah sempadan lapisan, sesar & kekar.


----------------------------------
LOKALITI 24 : KAMPUNG AWAH - TEMERLOH (TAMAN SERI JAYA) (0250pm)



Lokaliti 'senyap' (Prof tidak akan menjawab sebarang pertanyaan / bersuara sehingga selesai pencerapan -- pelajar harus pandai2 mencerap & berbincang sesama sendiri). Singkapan ini benar2 di hadapan kawasan perumahan. Pada masa yang sama, ada sebilangan kanak2 sedang bermain berhampiran.

Di sini terdapat Konglomerat juga namun berbeza sedikit dengan lokaliti sebelumnya. Matriks Konglomerat di sini terdiri daripada tanah liat / Batu Lumpur. Klastanya daripada Kuarzit & berbentuk lebih bulat. Kami membuat perbandingan di dalam jadual yang telah disediakan & seusainya membuat lakaran.


-------------------------------------
LOKALITI 25 : JALAN PINTAS MENTAKAB - TEMERLOH (0455pm)



Lokaliti berhampiran jalan. Struktur Lendatan (Slumping) dapat dilihat di sini.

Dari Panduan ;

Formasi Semantan (atau dikenali sebagai Formasi Kerdau) : Lapisan Batu Pasir Bertuf berselang lapis dengan Batu Lumpur & sedikit Konglomerat. Jujukan batuan & struktur endapan menunjukkan pengendapan telah berlaku di bawah cerun benua oleh arus kekeruhan / aliran jisim
Setelah selesai mencerap & melakar struktur sedimen, di kawasan ini jugalah kami menjalani ujian kemahiran kompas dalam kumpulan masing2. Perkara yang perlu dikuasai adalah cara mengukur jurus & kemiringan sesuatu lapisan, juga cara menentukan arah lapisan itu memiring.

~ Bermalam di Temerloh > penginapan terakhir!!


-------------------------------------------
HARI KELAPAN_(10/5/10)__________________________________
LOKALITI 26 : KUARI KAMPUNG AWAH (0950am)


Lokaliti kawasan kuari. Terdapat empat litologi utama yang berbeza di sini & setiap satunya perlu diperincikan dari segi tekstur, saiz butiran, mineral utama + sampingan & ciri khas. Batu Igneus (Andesit) & Batu Kapur merupakan batuan yang dominan di sini.

Dari Panduan ;

Terdapat klasta Batu Kapur dalam Andesit & juga klasta Andesit dalam Batu Kapur. Sempadan antara Batu Kapur & Andesit sentiasa sangat jelas. Selain dari blok Andesit & Batu Kapur, terdapat juga blok Gabbro, Batu Pasir & Graywacke dalam jumlah yang sedikit

Batu Kapur ini adalah endapan laut cetek & mengandungi fosil Brakipod & Fusulinid berusia Perm Tengah. Andesit mengandungi fenokris besar mineral Piroksen.

Cara pembentukan batuan di sini :
Batu Kapur terendap, kemudian diterobosi oleh letupan Andesit bawah laut di kawasan pemendapan Batu Kapur ini. Jadi, Batu Kapur ini merupakan Xenolit di dalam batuan Andesit (Batu Kapur terletak dalam Andesit). Semasa penerobosan berlaku, Andesit akan memasuki / mengisi rongga2 yang terdapat dalam Batu Kapur. Batu Kapur yang terdapat di sini adalah dari jenis yang sama dengan Batu Kapur yang terdapat di Genting Jengka, berasaskan kandungan fosil di dalamnya.



* Batu Kapur di sini dari jenis Sparit (berbutir kasar), kehadirannya diuji dengan acid HCl




--------------------------------
LOKALITI 27 : KUARI LANCANG (1205pm)



Lokaliti kaki bukit. Batuan di sini digunakan sebagai agregat jalan. Kawasan ini dipenuhi dengan batu Riolit (batu volkanik) yang berwarna kelabu cerah.

Dari Panduan ;
..Dipercayai volkano telah meletus pada masa Trias untuk menghasilkan lava berkomposisi Riolit di kawasan ini.
Didapati pada kebanyakan Batu Riolit yang berterabur di lantai kuari mempunyai bulatan2 kecil pada permukaannya. Menurut Prof, ia adalah hasil luluhawa mineral Mangan yang teroksida menjadi Manganese Oxide (MnO). Proses yang lebih lama akan menyebabkan bulatan2 tersebut merebak dalam bentuk Dendritic (bercabang seperti bunga) & akan semakin memanjang.


------------------------------------
LOKALITI 28 : BENTONG (SYIS) (0305pm)


Lokaliti kawasan tepi jalan (lokaliti terakhir). Di sini terdapat Batu Syis, yang kaya dengan kandungan mineral Mika. Sebelumnya, mineral ini terkumpul di dalam Syal dalam kedudukan rawak, kemudian, mampatan berlaku & ia termetamorf menjadi Batu Sabak (Slate). Pada suhu yang lebih tinggi, mineral Kuarza & Mika mula mengahablur semula > membentuk batu Filit. Apabila Filit mengalami tekanan tinggi, mineral akan menjadi lebih kasar & membentuk Syis.

Dari Panduan ;
Syis yang terdapat di sini menunjukkan foliasi yang jelas. Perhatikan terdapat
telerang kuarza yang berkedudukan selari dengan foliasi, sebahagiannya telah
terlipat.

Satah foliasi di sini juga berbentuk kerdut (berlaku tekanan secara menegak > kerdut selari dengan foliasi dalam 2 fasa canggaan). Lebih kurang 3 lipatan yang kelihatan & arah paksi lipatan diukur. *Jika foliasi masuk ke dalam = struktur singkapan itu stabil.


------TAMAT LOKALITI-------


Seterusnya kami menuju ke Hutan Lipur *tak ingat nama* berdekatan untuk sesi ulasan & komentar dari Profs & para pelajar. Kemudian ada 'kejutan istimewa' >> tidak perlu buat report untuk lokaliti hari ini :)) . Alhamdulillah, selesai sudah dengan izin dariNya~ Syukur, kebanyakannya tiada masalah walau kepenatan. Sejuta penghargaan buat Profs kami yang tidak pernah jemu menjawab soalan2 kami yang bertubi2 serta rakan2 yang sudi berkongsi ilmu~ Moga ia dapat dimanfaatkan bersama, InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita diwajibkan untuk menuntut ilmu, baik dari aspek akademik / pengalaman (mematangkan hidup)
--Terima kasih sudi membaca 'karangan' ini--
.Segala salah silap mohon diperbetulkan.


~Sekian~
~Wassalam~

15 November 2009

Kerjalapangan (Fieldwork) Geologi Semester 1, sesi 09/10

No comments:

Tarikh: 24 - 25 Oktober 2009 (Sabtu & Ahad)

Catatan 24/10 (Sabtu)

En. Wan Ali (salah 1 kakitangan sokongan) sedang menyemak kehadiran


Pada pukul 8 pagi, kami berkumpul di Foyer Bangunan Geologi bersama barang masing2 dengan wajah yang cukup teruja (maklumlah, fieldwork pertama..hehe~)..


Prof Ibrahim (kiri) & Dr. Johari @ foyer Bangunan Geologi


Setelah semua pelajar & pensyarah dah berkumpul, Prof. Wan Fuad, Prof. Ibrahim & Dr. Johari memberi taklimat keselamatan & fakta asas aspek geologi agar kami mendapat view yang menyeluruh mengenai apa tujuan fieldwork ini. Sebelum itu kami telah diberikan buku panduan yang mengandungi aspek2 geologi yang perlu dicerap. Ini antara yang diutarakan dalam taklimat tersebut ;

Tujuan >> dapat mengenalpasti batuan dari aspek2 geologi (tekstur, jenis, struktur, cara pembentukan, etc) dan mengaplikasikan kemahiran geologi (pemetaan, pencerapan, penggunaan alatan) di kawasan luar berdasarkan apa yang telah dipelajari di kuliah

Hasil >> meningkatkan pemahaman & amat membantu dalam exam amali (berdasarkan respon senior2 terdahulu)

Orogeny = Pembentukan gunung (berkaitan dengan subduction)

Suture = penebalan plet yang disebabkan oleh perlanggaran antara dua plet daratan

selepas taklimat, kami menunggu ketibaan 2 bas UKM di kawasan berhampiran (tempat menunggu bas kena naik bukit~warming up dengan barang2 keliling pinggang~huhu)

kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi



LOKALITI 1 : Senaling, Kuala Pilah (N9)
Waktu : 13.00
Jenis lokaliti : Bekas kuari
Batuan : Granit berusia Trias Banjaran Titiwangsa (keluarga batuan igneus)




singkapan granit menunjukkan Granit Biotit Berporfir*


*Berporfir = Porphyritic = batuan yang mempunyai 2 tekstur

sewaktu berjalan meredah kawasan landai tersebut (sebelum meredah hutan di hadapan), terdengar bunyi2 yg pelik di sebelah kanan. Tiba2 keluarlah seekor babi hutan jantan yang besar dari semak kanan tersebut, berlari2 melintasi prof2 yang mendahului kami.. agak terkejut aku dibuatnya kerana babi hutan terkenal dengan keganasannya menyerang manusia. Alhamdulillah makhluk tu tak serang & ia berlalu begitu sahaja..

sesampainya di kawasan lokaliti, kami diajar cara penggunaan tukul, kompas & kanta;

Tukul : hujung yang rata untuk ketuk batu yang keras, hujung tajam untuk batu lembut
- tekankan batu dengan hujung kaki & ketuk dari jarak yang selamat (perhatikan keadaan sekeliling, khuatir jika rakan2 berdekatan terkena serpihan batu di mata)

Kompas : sebelum mengukur arah, tentukan dahulu kawasan / arah mana yang nak diukur, kemudian overlapkan jarum utara oren dengan utara merah pada dasar bacaan kompas, pastu baru boleh buat bacaan


Kanta : diletakkan pada mata & batu tersebut akan didekatkan perlahan2 sehingga kelihatan butirannya (untuk lebih jelas, basahkan permukaan batu dengan air)


untuk mengukur saiz mineral bagi batuan = ukur 5-6 butiran mineral pada batuan tersebut & ambil puratanya

Dike berbeza dengan vein. Dike diisi dengan batuan manakala vein (telerang) diisi oleh 1 jenis mineral sahaja

selepas taklimat kami memulakan cerapan berdasarkan buku panduan


LOKALITI 2 : Jalan Dangi, Langkap (N9)
Waktu : 14.40
Jenis Lokaliti : Tepi jalan berhampiran kawasan hutan
Batuan : Rijang (Chert) (keluarga batuan sedimen)


Chert = Batuan sedimen yang terdiri daripada microcrystalline quartz (lebih 60% Quartz)
*jika kurang 60% , batuan itu adalah mudstone (batu lumpur)
- terbentuk di sekitaran laut dalam (kontra dengan batu kapur yang terbentuk di laut cetek)
- biasanya ditemui berselang lapis dengan batu lodak
- lebih keras dari tukul (*keras di sini merujuk kepada garitan antara kedua2nya, yang keras akan mencalar yang lebih lembut)
- warnanya tidak tetap (pelbagai) kerana proses luluhawa
- variasi chert ; Jasper (chert merah) & Flint (chert hitam)

nota tambahan mengenai mudstone ;

Siliceous mudstone = mudstone yang ada sikit silika
Calcareous mudstone = mudstone yang banyak kapur

Kawasan yang ada chert ni tempatnya kecil sahaja & tak banyak ruang untuk semua geologist ber'tompok' di sana..huha..yang sempat menerobos dapat la tengok & mengambil sampel batuan, yang tidak akan melilau di belakang mereka & membesarkan telinga untuk mendengar taklimat prof yang sayup2 kedengaran. Itulah semangat untuk mencari ilmu, hehe..


LOKALITI 3 : Jalan ke Felda Bukit Rokan Barat (N9)
Waktu : 16.03
Jenis lokaliti : Tepi jalan
Batuan : Syis Pilah (keluarga batuan metamorf)





Syis adalah batuan metamorf bergred tinggi (hasil metamorf tertinggi untuk shale*)

*shale = salah 1 batuan sedimen yang pecah secara parallel dalam foliasi mendatar

shale > slate > phyllite > schist

syis mengandungi kandungan mika yang tinggi > menyebabkan ia memecah secara parallel dalam bentuk lamella (berkeping) >>sifat mika

Syis disini lembut & mudah diketuk / dipatahkan dengan tangan kerana sudah terluluhawa (terdedah di tepi jalan)


*nota : batuan akan terluluhawa jika ia didedahkan dari tempat asal ia terbentuk

antara yang dicerap di sini ialah foliasi batuan, saiz butiran, kandungan mineral & kekanta kuarza

*kekanta kuarza = mineral kuarza yang terkumpul (berbentuk kekanta) di antara lapisan2 syis ketika deformasi lapisan syis berlaku

-biasanya terbentuk di bahagian deformasi yang tidak selari dengan horizon


LOKALITI 4 : Perumahan Felda Bukit Rokan Barat (N9)
Waktu : 16.45
Jenis lokaliti : Kawasan perumahan
Batuan : Serpentinit (Keluarga batuan metamorf ultrabes)



Prof Wan Fuad di hadapan Serpentinit yang juga di halaman sebuah rumah


Serpentinit = sejenis batuan metamorf yang mempunyai kilauan seakan2 sutera

- mineral utamanya : serpentine
- kaya dengan olivin >> menghasilkan warna kehijauan
- proses pembentukan berlaku di bawah laut
- arah foliasinya sama dengan arah paksi semenanjung
- sumber asbestos

di seberang lokasi batuan ada kawasan tanah hasil luluhawa batuan ini, (serpentinit akan terluluhawa dalam iklim tropika)

berwarna merah + coklat kegelapan >> ferum terkumpul dalam bentuk oksida

sifat tanahnya >> tidak subur (banyak bahan mineral yang membantutkan pertumbuhan tanaman)


LOKALITI 5 : Jalan Rompin Kepis (N9)

Waktu : 18.25

Jenis lokaliti : Berhampiran kawasan kuari & kilang simen

Batuan : Batu Kapur

Kawasan kuari yang di'z00m'


-batu kapur di sini digunakan untuk pembuatan simen

-ia berwarna kekuningan & sekitarnya yang kehitaman adalah hasil luluhawa (mula2 ingatkan kawasan tu terbakar)

-nak pergi ke sana tak ada jalan khusus (kawasannya berbukit), jadi kami kena memanjatnya.. mujur ada tumbuhan2 di situ untuk berpegang..hehe, tangan yang terpegang tanah kat situ jadi hitam macam pegang karbon

-rakan2 saling bekerjasama untuk membantu rakan2 yang lain naik~Chaiyok~:)

camna nak tau itu batu kapur? haa.. kami dibekalkan dengan asid HCl untuk mengujinya.. setitik dua pun dah cukup untuk membuktikan itu batu kapur (ia akan berbuih apabila terkena asid)

banyak juga batu kapur yang mempunyai telerang kalsit >>jalur putih

tempatnya cantik & lapang, seakan2 grand canyon yang hitam, ada tasik lagi kat bawah nun.. semuanya buatan manusia, & sudah tentu keindahan ciptaan Allah yang asli (Grand Canyon) mengatasinya

dalam pukul 7 petang kami berangkat pulang, menuju ke Hotel ACBE, kumpul di sana, check-in.. setiap bilik 2 orang..ada yang 3.. biliknya boleh tahan & cukup selesa

Ceritera di malam hari


sesudah isya', kami pakat pergi makan di restoran & gerai2 berdekatan.. masing2 order masakan panas yang special. lama dah tak merasa makan beramai2..hee~

lepas selesai makan, pergi 'serang' kedai runcit..beli roti & bekal untuk perjalanan hari esok

sesampai di bilik, niat pakat nak study untuk exam math hari lusa, tapi seronok pula berbual dengan teman sebilik, berkongsi cerita..haha..mentang2 sama2 'kecek klate', sampai tak sedar dah lewat malam.. lepastu sempat pulak tengok tv cerita 'omputih' lakonan deCaprio.. ada2 je ;)



Catatan 25/10 (Ahad)


kami bersiap di awal2 pagi, pergi serah kunci & terus menuju ke bas.

bertolak dalam pukul 9.15




LOKALITI 6 : Bukit Jeram Padang Bahau (N9)

Waktu : 09.30

Jenis lokaliti : Kawasan hutan

Batuan : Sedimen berfosil (keluarga batuan sedimen)



lokasinya tidak jauh dari Hotel ACBE

hutannya betul2 di hadapan kawasan perumahan. Setibanya di sana, kami berkumpul dahulu..pensyarah2 sedang berbincang dengan ketua rombongan. Semak samun merimbun. Ada beberapa pelajar & pembantu masuk ke sana terlebih dahulu untuk menebas & membuat sedikit laluan awal. Kami menunggu di bawah. Beberapa minit berlalu, mereka semakin jauh ke dalam. Tiba2 mereka keluar bersama penyengat & lebah menghurungi mereka. Suasana menjadi sedikit gamat & cemas. Banyak juga kena sengat. Setelah dirawat, Alhamdulillah mereka dapat meneruskan perjalanan. Ku kagum dengan kekentalan mereka..yeh~semangat ;)


Suasana selepas peristiwa yang mendebarkan


Lokaliti kali ini memang mencabar.. Penyengat & lebah tidak reda begitu sahaja selepas peristiwa tadi.. Beberapa pelajar yang dapat melepasi rondaan lebah2 sudah jauh ke depan apabila rantaian kami terputus dengan kedatangan lebah lain. Setelah lama menunggu barulah keadaan menjadi lebih selamat untuk dilalui sebahagian yang lain.

Nyamuk? nah, kawasan itu memang lubuknya..itulah 'adat' meredah hutan, tak sah kalau x ada nyamuk. Kena 'wat dono'..eheh. Agak padat hutannya dan banyak kali juga tersadung batang pepohon yang menjalar di lantai hutan. Semasa jalan kena fokus bawah & atas kepala..tengok bawah saja alamatnya kat depan terhantuk la dahan pokok..

Dah selesai mendaki, sampailah di atas bukit yang rata & tak berpohon. Ini belum lokalitinya lagi tapi di sini kami ada tugas 'khas'..jeng3..kena lukis peta kawasan tu. Di kawasan bukit ni ada batu konglomerat, batu pasir & syal. Kami juga turut diajar cara menentukan arah jurus & kemiringan lapisan yang terdapat pada sebongkah batu yang besar, terletak di depan & bawah paras tempat kami berdiri.

Setelah selesai bahagian peta, kami melalui satu lagi perjalanan yang jauh merentasi hutan kemudiannya mendaki satu bukit yang curam untuk menuju ke lubuk fosil (destinasi lokaliti kali ini)
Mendaki ke lubuk fosil


Kawasan Lubuk Fosil

Sesampainya di sana dalam pukul 11.15, para pensyarah memberi taklimat mengenai usia dan sejarah kawasan itu. Batuan fosil terbentuk apabila hidupan yang telah mati kemudiannya terkambus oleh lapisan sedimen dalam masa yang lama, mengalami proses lithification (compaction & cementation oleh mineral terlarut) hingga mengeras menjadi batuan. Batuan yang menjadi acuan kepada fosil itu turut dipanggil batu berfosil. Dari fosil / acuan tersebut kita boleh menentukan usianya.

Fosil yang banyak di sini adalah fosil cengkerang. Dari situ kita boleh membuat pelbagai tafsiran. Mungkin kawasan lubuk fosil itu suatu masa dahulunya adalah dasar lautan yang cetek (seperti kawasan pantai). Mungkin juga dahulunya ada kawasan penempatan di situ yang masyarakatnya memakan hasil lautan seperti kerang2an (menunjukkan yang kawasan itu berhampiran / dalam laut). Menurut prof, batuan ini terbentuk pada masa Trias Tengah.


LOKALITI 7 : Km 6 Gemas - Tampin (N9)

Waktu : 13.00

Jenis lokaliti : Tepi jalan (sepatutnya la*;)

Batuan : Sedimen Bertuf (keluarga batuan sedimen)


ha..lokaliti kali ini sangat special.. *dalam bas~! hehe.

waktu ni hujan lebat.. prof cakap tak perlu turun kalini sebab esok bermulanya exam final (paper math), jadi prof khuatir kami akan demam..

*kalau bukan kerana keprihatinan para pensyarah, pelajar geologi tetap kena turun walau hujan lebat / panas terik (payung tidak dibenarkan >>sebab tu kena sedia topi & raincoat ^^,)

antara keterangan2 prof;

  • Batuan Tuff berbutir halus, di atasnya biasanya ada shale

  • di Semenanjung Malaysia ni, bermula dari tengah Pahang hingga N9 dahulunya ada G. Berapi, ia meletup kedalam laut & kemudiannya diendapkan >> menjadi batu sedimen tuff

  • Batuan ini serupa dengan batuan di lokaliti sebelumnya (Sedimen) cuma bezanya batuan ini ada tuff (sejenis bahan / debu piroklastik daripada muntahan G.berapi)

  • mempunyai ciri yang sama di sekitar Temerloh, Pahang

Nota daripada buku panduan;

Singkapan di sini terdiri daripada jujukan batuan sedimen berbutir sederhana hingga halus. Batu pasir berpelapisan tebal & berwarna cerah manakala syal lebih nipis dan berwarna lebih gelap. Satu hal yang menarik ialah batu pasir di sini kaya dengan Tuf yang berbutir halus.



LOKALITI 8 : Kuari Yam Fong, Jabi, Segamat (Johor)
Waktu : 15.25
Jenis lokaliti : Bekas kuari
Batuan : Basalt - Volkanik (keluarga batuan igneus)


Ternampak kalimah Allah di bukit (dalam perjalanan ke lokaliti)


Subhanallah, pemandangan sekitaran kawasan ini sangat cantik & lapang


Ini pemandangan dari paras lokaliti (ya, yang tersergam tu basalt juga)


terdapat fault plane pada permukaan batuan itu

Sedikit Nota daripada buku panduan;

Batuan Volkanik (G.berapi) yang terdapat di sini & sekitarnya dikenali sebagai Basalt Segamat,

usia - Tersier Awal

berbutiran halus, berwarna hijau gelap / kehitaman, coklat gelap dan bertekstur porfiri

Fenokris batuan ini terdiri daripada piroksin (augit hijau tua), plagioklas hablur memanjang, cerah & mudah kelihatan pada permukaan yang terluluhawa


Amygdule = rongga2 dalam batuan yang diisi oleh benda2 asing (mineral,etc)

Adakah batuan ini sesuai digunakan sebagai aggregate?

tak boleh sebab batuan ni mudah terluluhawa oleh kerana kandungan Mg (Magnesium) yang tinggi


LOKALITI 9 : Ophir Kuari Gunung Ledang (Johor)

Waktu : 18.00
Jenis lokaliti : Bekas kuari
Batuan : Granit Usia Kapur (keluarga batuan igneus)


Setibanya di lokasi

Foliasi batuan


Bandingkan saiz bukit itu dengan skala manusia di hujung bucu kanan & bawah


Sempadan antara batu igneus dengan hornfels (skala perbandingan dengan tangan Dr. Anizan)


Gunung Ledang..hmm..bunyi yang menarik..tapi kami pergi ke kakinya sahaja =D tetap menarik!

batuan di situ besar2 belaka~! MasyaAllah, sangat menakjubkan, melihat kepelbagaian jenis batu & saiznya di satu tempat yang sama, sudah tentu tempat ini merupakan salah 1 favourite place bagi pakar2 geologi

ketiga2 jenis keluarga batuan (igneus, sedimen & metamorf) yang terlibat dalam kitaran batuan (rock cycle) terdapat di sini ~ '3 in 1' gitu ;p

Tambahan pula lokaliti ini merupakan destinasi terakhir untuk semester 1 ini, semestinya seakan2 pepatah "Save the best for the last"

Nota dari buku panduan;

Singkapan pada kuari ini cukup penting untuk pembelajaran geologi kerana di sini terdapat singkapan yang sangat baik untuk menunjukkan sempadan (boundary) / lebih tepat lagi sentuhan (contact) antara jasad batuan granit dengan sedimen.

Granit biotit yang terdapat di sini telah menerjah (intrude) batuan sedimen berbutir halus pada zaman kapur

Akibat haba daripada granit menerjah (yang pada masa itu adalah magma), batuan sedimen telah bertukar (termetamorf) menjadi hornfels (hasil metamorfisme haba)

Rejahan granit yang masih cair & bersentuh dengan batuan sedimen menyebabkan berlaku tindak balas kimia, lalu menghasilkan mineral2 kalka-silikat baru seperti garnet, piroksin (diopsid) wolastonit & dll.


Apa beza granit di sini dengan granit di Senaling?
  • Granit di sini terbentuk di Mesozone ~ di mana batuannya lebih besar & kasar

  • Granit di Senaling berusia Triasic ~ di mana batuannya banyak yang pecah2

Apabila cerapan sudah selesai, kami berkumpul di 1 kawasan lapang & para prof memberi ucapan penutup yang menyemarakkan semangat kami untuk meneruskan pembelajaran & kajian dalam bidang ini. Kemudian 2 wakil pelajar diminta untuk memberi ucapan & mereka mewakili kami untuk mengucapkan segunung terima kasih kepada para pensyarah & kakitangan sokongan yang telah banyak menabur ilmu & bantuan . Masing2 amat berpuas hati & Alhamdulillah kami dapat manfaat daripada kerjalapangan ini.

Menjelang waktu maghrib, kami menuju ke bas untuk berangkat pulang ke perbukitan ilmu yang menanti~~UKM~~

Dalam perjalanan pulang, aku tidak dapat melelapkan mata walau keletihan. Entah mengapa.. nak kata excited sangat pun tidak.. Kelihatan ada yang membaca nota math..haha, apakan dayaku, tidak mampu untuk membaca atas kenderaan (mabuk nanti), apatah lagi dalam keadaan gelap yang ditemani lampu dalaman bas oren ala2 romantis gitu. Aku hanya mampu bertawakkal atas segala apa yang telah kubaca sebelum ke fieldwork ini..hee~ semoga segala ilmu yang dipelajari diredhai-Nya, InsyaAllah.

Dalam pukul 11 malam, akhirnya kami tiba di UKM

(gambar2 tambahan di ada di Fb)



~Sekian, Wassalam~